Ahad, 10 Januari 2016

Mamat Sewel Itu Bos Aku!!




Laju tangan Erisya menaip proposal yang hendak dihantar kepada bosnya Encik Ziyad Ilyas.Sekali-sekala matanya melihat jam di tangan.Dia perlu menyiapkan kerjanya sebelum habis waktu pejabat.Dan sekarang jamnya menunjukkan pukul 4.45 petang.

“Huh,apalah malangnya nasib aku ni,nak keluar lunch pun tak sempat!...,apa-apa pun aku kena juga siapkan kerja ni sebelum balik,tak nak aku buat overtime,ni semua mamat sewel tu punya pasal!”,Erisya merungut perlahan.

Dia masih ingat bagaimana dia di tengking oleh Encik Ziyad.Katanya proposal yang dihantar oleh Erisya ada banyak kesalahan.

Flashback

“Ya Encik Ziyad ada apa-apa yang saya boleh tolong?”,Tanya Erisya sambil tersenyum manis

“Awak tak payah nak senyum sangatlah,Kalau awak rasa nak main-main je kat pejabat baik awak berhenti!”,kata Ziyad Ilyas tegas.

“Apa maksud Encik?”,soal Erisya.

“Kita nak bentangkan proposal ni untuk dapatkan tender!kalau macam nilah cara awak buat kerja,baik awak resign jelah!..awak buat kerja macam budak-budak,terlalu banyak kesalahan, kalau kita hantar proposal macam ni,syarikat akan rugi!awak nak tanggung semua itu?!apa guna belajar tinggi-tinggi kalau kerja yang senang nak buat pun awak tak boleh buat,terus terang saya cakap,proposal yang awak buat ni macam sampah”,marah Ziyad Ilyas.

Erisya mengeluh perlahan sambil menundukkan wajahnya.Dia cuba untuk menahan dirinya daripada membalas kata-kata Encik Ziyad.

“Saya minta maaf Encik Ziyad,minggu ni saya tak berapa sihat sangat,jadi….”,

“Tak kisahlah awak sihat ke tak ke,masalahnya sekarang ni,kita nak hantar kertas kerja ni untuk rebutkan tender yang besar,janganlah sebab faktor kesihatan awak ,syarikat yang tanggung akibatnya…,sekarang saya nak awak buat balik,saya nak benda ni ada kat atas meja saya hari ini jugak,tak kisahlah  awak nak siapkan sebelum habis waktu pejabat atau awak nak buat overtime,faham!”, Ziyad Ilyas memotong percakapan Erisya.

“Tapi Encik Ziyad,bukan ke proposal  ni kena bentangkan tulat?tak boleh ke saya hantar esok?”,soal Erisya dengan perlahan.

“Sekarang ni saya bos atau awak?”,soal Ziyad Ilyas sambil menjengilkan matanya.

“Encik Ziyad bos”,balas Erisya lalu menundukkan wajahnya.

So, what are you waiting for?Do your work now!”,Tengking Ziyad Ilyas.

“Baiklah Encik Ziyad”,kata Erisya lalu keluar menuju ke mejanya.

~@~@~@~

“Alhamdulillah,siap juga akhirnya”,Erisya berkata perlahan.

“Hai Risya,dari tadi akak tengok kau khusyuk buat kerja,kau buat kerja apa?”,soal Kak Linda.

“Saya tengah buat proposal untuk tender Bumi Putera tulah kak”,balas Erisya.

“Bukan kau dah siap ke?siap hantar lagi kat Encik Ziyad semalam?”,soal Kak Linda pelik.

“Mamat sewel tu kata banyak sangat kesalahan,itu yang saya buat balik tu”,balas Erisya sebal.

“Uitt,cakap perlahan sikit!kalau Encik Ziyad lalu,tak ke naya!”,kata Kak Linda perlahan sambil menbulatkan matanya.

Erisya hanya tersengih.

“Tapi bukan ke perbentangan proposal ni kena tunda bulan depan?kenapa kau beriya-iya sangat buat ni?,sampai lunch pun tak keluar”,soal Kak Linda lagi.

“Hah!bulan depan!”,soal Erisya dengan nada tinggi.
“Kau tak tahu ke?Tak akanlah Encik Ziyad tak inform kat kau kot”,balas Kak Linda terkejut.

“Tak guna betullah mamat ni!penat kot saya berperang dengan komputer ni nak siap kan proposal ni,eii saya rasa nak tumbuk je muka mamat tu kak!”,kata Erisya dengan bengang.Dia menjeling ke arah pintu pejabat milik bosnya itu.

“Sabar Risya,mungkin Encik Ziyad ada sebab dia sendiri”,kata Kak Linda cuba menyabarkan Erisya.

“Dah lah kak,Akak balik jelah dulu,saya kena hantar proposal yang penting sangat ni kat meja Encik Yazid.”,kata Erisya sambil menekankan perkataan penting sangat.

“Kau jangan timbulkan masalah tau,akak tak nak dengar esok keluar berita pekerja cekik bos sampai mati”,nasihat Kak Linda.

“Takdelah sampai cekik sampai mati,paling-paling pun nyawa-nyawa ikan”,balas Erisya sambil tersengih nakal.

“Kau jangan macam-macam Risya,kau tak kenal bos tu macam mana lagi,akak ni dah lama makan garam”,tegur Kak Linda.

“Kenapa kak?dia makan orang ke?”,balas Erisya.

“Takdelah sampai macam tu sekali,tapi kau janganlah buat dia angin,nanti akak takut kau yang tak tahan nanti”,kata Kak Linda lagi.

“Huh,akak ni buat saya takut jelah”,kata Erisya dengan muka cuak.

“Takdelah,tapi akak dengar dia tu baru clash dengan girlfriend dia,akak takut kot-kot marah punya pasal kena tempiasnya kat kau”,ujar Kak Linda.

“Tak akan lah Encik Ziyad nak campur adukkan masalah peribadi dekat pejabat kot”,balas Erisya sambil menggelengkan kepalanya.

“Akak cuma nak ingatkan kau je,lelaki ni kita bukan boleh jangka pun,lagi-lagi kalau yang jenis ego tinggi melangit,huh!tak kuasa nak melayan”,kata Kak Linda lagi.

“Akak nak kata bos kita tu ego ek?”,kata Erisya sambil menangkat keningnya.

“Hehehe,mana ade,dahlah akak nak gerak balik ini,asyik melayan kau je,tak makan malam gamaknya suami akak nanti”,kata Kak Linda.

“Yelah orang dah bersuamikan,bukan macam kita ini,takde orang nak”,kata Erisya sambil membuat muka sedih.

“Dah-dahlah tu Nur Erisya Safia,tak habis-habis nak berdrama,bukan akak tak tahu kau tu ramai yang datang meminang tapi satu pun kau tak pilih..,nak kata tak hensem semuanya cukup pakej,hensem giler kot,kalau akak jadi kau,dah lama akak terima tau,dah lah makin lama akak layan kau makin merapu-rapu pulak jadinya nanti,hah!kau tu jangan nak balik lambat sangat ,bahaya! dah lah akak nak balik ,Assalamualaikum”,kata Kak Linda dan terus bergerak menuju ke pintu.

“Waalaikumussalam,hati-hati kak,kalau ade mat bangla yang cuba usya akak,akak terus call saya tau”,kata Erisya sambil tersengih.
Kak Linda menjengilkan matanya kepada Erisya sambil menunjukkan penumbuk.Erisya hanya tersenyum melihatnya lalu menjelirkan lidah.Dia hanya memerhatikan langkah Kak Linda.

“Dah habis dah berborak?”,tiba-tiba ada suara yang menyoal dari belakang.
Erisya terkejut.Dia menoleh untuk melihat siapa yang menegurnya itu.Dia menarik nafas lega apabila melihat Encik Ziyad yang berada di belakangnya.

“Punyalah seronok awak berborak,dah siap ke kerja yang saya bagi?”,soal Ziyad Ilyas.

Don’t worry Encik Ziyad,saya dah bereskan semuanya”,balas Erisya sambil tersenyum.

“Awak jangan yakin sangat!kalau ada satu kesalahan pun,awak tahu kan apa akibatnya?”,soal Ziyad Ilyas tegas.

“Saya yakin kali ini takde yang salah,saya dah pastikan semuanya perfect”,kata Erisya dengan bangga.

“Oh ya?jadi kenapa proposal yang awak hantar kat saya sebelum ini teruk?jangan nak confident sangat, saya tak nak nanti awak ulang kesalahan yang sama”,sinis Ziyad Ilyas.

“Encik Ziyad,takde manusia yang sempurna,setiap manusia akan melakukan kesilapan,dan mereka akan belajar dari kesilapan mereka untuk melakukan sesuatu yang lebih baik,lagipun benda tu bukan salah saya sepenuhnya.Proposal tu sepatutnya kena hantar petang ni,tapi Encik Ziyad tiba-tiba keluarkan arahan suruh hantar semalam sebelum balik!dan kerana saya kurang sihat jadi itu jelah yang saya mampu buat”,perli Erisya.

“Awak nak kata semua ni salah saya!”,suara Ziyad Ilyas naik seoktaf.Dia merenung tajam pekerjanya itu.

“Takdelah salah Encik Ziyad,saya cuma nak nyatakan pendapat saja,kalau Encik Ziyad tak suka takpe….,oklah senang katakan semua ini salah saya,saya malas nak gaduh-gaduh,oh ya!Encik Ziyad nak saya letakkan proposal ini kat mana?”,soal Erisya dengan berkhemah.

“Letak kat meja sayalah!”,tengking Ziyad Ilyas.

“Saya cuma tanya,manalah tahu kalau Encik Ziyad nak tengok proposal ni minggu depan ke dua minggu lagi ke..,yelah kan sebab perbentangan ni kena postpone bulan depan,tapi kalau Encik Ziyad dah kata begitu,takpelah,tepi Encik Ziyad.., saya nak letakkan proposal yang penting sangat ni dekat meja Encik Ziyad”,kata Erisya dan terus menuju ke bilik bosnya itu.

Erisya tersenyum kemenangan apabila melihat muka Ziyad Ilyas yang sudah memerah itu. ‘itulah,jangan di sangka air yang jernih tiada buaya,sabar aku pun hadnya juga’,bisik hati Erisya.Akalnya tergelak jahat

~@~@~@~

Erisya leka melakukan kerja di meja.Tiba-tiba mejanya di penuhi Fail-fail yang pelbagai warna.Erisya terus melihat wajah yang meletakkan fail-fail tersebut.Encik Ziyad!

“Kenapa ni Encik Ziyad?”,soal Erisya dengan nada lembut.

“Saya nak awak periksa fail-fail ni,saya nak awak hantar kat bilik saya hari ni jugak!”,kata Ziyad Ilyas sambil membuat muka kereknya itu.

“What!Encik Ziyad…, sekejap lagi nak lunch dah kot!semalam saya tak keluar lunch di sebabkan encik ziyad tau,kalau kena hantar hari ini maknanya tak keluar lunch lah saya”,balas Erisya tegas.

“Awak jangan nak banyak alasan boleh tak?saya kata buat-buat jelah,”,marah Ziyad Ilyas.
“Encik Ziyad suruhlah orang lain,saya pun ada kerja yang nak kena buat”,ujar Erisya sebelum mengeluh perlahan.

No!saya nak benda ada atas meja saya sebelum balik”kata Ziyad Ilyas tegas sebelum masuk ke biliknya.

“Arg,bengonglah mamat ni”,rungut Erisya perlahan.Dia mengurut dadanya perlahan,cuba untuk bersabar.

“Macam dia sorang je ade kerja,habis kerja aku siapa nak buat”,gerutnya lagi.Matanya memandang ke arah fail-fail yang bertimbun itu dengan perasaan geram.

~@~@~@~

Erisya mengurut kepalanya perlahan.Matanya mengerling melihat jam dinding. ’3.15! lambat lagilah aku nak balik’,rungut Erisya di dalam hati.

“Aduhai,masa nilah migraine nak datang,aku dahlah tak bawak ubat”,Erisya berkata perlahan.

Dahinya dah mula berpeluh.‘Arg,aku kena minta halfday lah gamaknya,makin menjadi-jadilah pulak sakit ni’

Dengan bersusah-payah dia bangun menuju ke bilik Ziyad Ilyas.Dia mengetuk perlahan bilik itu .Apabila Erisya mendengar arahan Ziyad Ilyas menyuruhnya masuk,dia terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik Ziyad Ilyas.

“Awak nak ape?”,soal Ziyad Ilyas.

“Saya nak minta halfday,boleh tak Encik Ziyad?”,soal Erisya perlahan.

“Huh,Awak dah siapkan kerja yang saya bagi tadi ke?”,soal Ziyad Ilyas.

“Saya suruh Laila buat,lagipun tinggal sikit je lagi,..erm boleh tak saya nak balik?”,

“Awak ni memang takde rasa tanggungjawab ke!?awak boleh suruh orang lain buat kerja awak!”,marah Ziyad Ilyas.

“Saya minta maaf,tapi kepala saya tiba-tiba ..”

“Tolonglah jangan nak bagi alasan kat saya,cakap jelah yang awak tu malas!sakit kepalalah demamlah,banyak betul ye sakit awak ni!lepas ni apa pulak?”, Ziyad Ilyas memotong percakapan Erisya.

Erisya memejamkan matanya.Rasa sakit di kepala semakin menekan-nekan.kepalanya mula berasa pening.

“Encik Ziyad,masa saya demam,saya tak minta cuti pun,Cuma kali ni je saya minta cuti,tu pun halfday,saya tak larat ni”,ujar Erisya cuba bertoleransi.Matanya mula berair.Kepalanya semakin terasa sakit.

“Huh!bukan boleh percaya sangat perempuan zaman sekarang ni,memang jenis korang macam ni ke?gunakan air mata untuk meraih simpati,korang ni memang tak de maruah ke?”,sinis Ziyad Ilyas menyoal.

“Encik Ziyad ni kenapa?tak kan lah sebab nak minta cuti halfday pun dikira meraih simpati!takde maruah?at least saya lebih baik daripada Encik Ziyad.Susah sangat ke nak bagi saya cuti,”,Erisya meninggikan suaranya.Meluap-luap kemarahannya.

“Kalau setakat sakit sikit tak payahlah nak mengedik balik rumah!kenapa?awak tak puas hati dengan saya?huh,awak fikir awak siapa?”,herdik Ziyad Ilyas.

Ziyad Ilyas menjeling Erisya.Egonya terasa di cabar apabila Erisya melawan kata-katanya.Dia melihat Erisya sedang memandang ke arahnya tajam.

“Kenapa?tak puas hati,ataupun awak nak bagi saya alasan yang lebih gempak untuk dapatkan cuti?mak awak meninggal ke ayah awak meninggal ke atau kedua-duanya sekali!”,soal Ziyad Ilyas.

Mengigil badan Erisya menahan marah.

“Ataupun mak ayah awak dah pun meninggal”,tambah Ziyad Ilyas lagi.Dia tersenyum puas melihat muka Erisya yang sudah merah.

“Ye!memang mereka dah meninggal!puas hati Encik!...tapi sekurang-kurangnya mereka dah tinggalkan ilmu yang cukup untuk saya!saya masih ade sifat perikemanusiaan,dan saya masih manusia yang berhati perut!bukan macam Encik!...Encik jangan ingat orang kaya macam encik ni bagus sangat!!Encik juga jangan sentiasa ingat orang yang berada di atas akan sentiasa berada di atas,ingat,Allah tu maha adil…,and for you information,I’m resign!.....oh ya,Encik Ziyad..,pleaselah jangan campurkan urusan peribadi dengan urusan pejabat kalau tak inilah akibatnya!saya nak nasihatkan Encik,janganlah dijunjung sangat ego tu kelak diri yang merana,and one more thing,sebagai seorang ketua tunjukkanlah sikit sifat kepimpinan tu,tak akanlah kena tinggal dengan seorang perempuan pun boleh jadi giler”,kata Erisya lalu keluar dari bilik Ziyad Ilyas.

Erisya terus duduk di kerusi miliknya.Kepalanya seakan-akan terasa ingin pecah.Dia mengeluarkan telefon lalu menelefon abangnya Erman untuk mengambilnya di pejabat.

“Risya,kau ok tak?kau gaduh dengan Encik Ziyad ke?sampai kat luar pun dengar suara 
korang bertengkar”,tegur Kak Linda tiba-tiba.

“Nantilah saya cerita kak,kepala saya tengah pening sangat ni”,ujar Erisya perlahan.

“Emm,kau ni ok tak??muka kau pucat sangat ni”,kata Kak Linda bimbang.

“Takde apa-apalah akak,kepala pening sikit”,balas Erisya.
Telefon Erisya berbunyi menandakan mesej masuk.Erisya terus membaca mesej tersebut

“Akak saya nak balik dulu,abang saya dah sampai”,kata Erisya.

“Jom akak hantar,karang tak pasal-pasal pengsan dalam lif nanti”,balas Kak Linda lalu 
memapah Erisya ke bawah

~@~@~@~

Ziyad Ilyas termenung di dalam pejabatnya.Dia teringat perbualannya dengan abang Erisya,Erman Sufian.

Flashback

“Err,Encik Ziyad Ilyas?”,soal Erman kepada Ziyad Ilyas.

“Ye saya,awak siapa”,balas Ziyad Ilyas .

“Saya abang Erisya Safia,dia suruh saya hantar surat berhenti kat Encik Ziyad,”,kata Erman.

“Kenapa dia tak hantar sendiri?”,soal Ziyad Ilyas.

“Semalam saya amik dia kat pejabat,dalam perjalanan balik rumah tiba-tiba dia pengsan dalam kereta,bila saya hantar hospital dia kena tahan pulak untuk beberapa hari sebab keadaan dia yang terlalu lemah.Migrane adik saya ni agak teruk sikit.Pagi tadi bila dia sedar dia terus suruh saya buatkan surat berhenti dan suruh hantar kepada Encik Ziyad.”,kata Erman.

“Encik Ziyad!”,Ziyad tersentak apabila terdengar namanya di panggil dia terus melihat suara yang memanggilnya.Misya setiusahanya.

“Ye,kenapa”,soalnya kepada Misya.

“Ini fail yang Encik Ziyad perlu tandatangani”,balas Misya sambil meletakkan beberapa fail di atas meja Ziyad Ilyas.

“Emm,sekejap lagi saya buat,awak boleh keluar dulu”,arah Ziyad Ilyas.

“Baiklah Encik Ziyad,saya keluar dulu”,balas Misya lalu keluar dari pejabat Ziyad Ilyas.
Ziyad Ilyas melihat surat berhenti Erisya yang berada di atas mejanya itu.

‘Kejam sangat ke aku ni?’Ziyad Ilyas berkata-kata dalam hati sebelum mengeluh perlahan.

~@~@~@~

“Adik!ada orang nak melawat adik”,kata Erman kepada Erisya.

“Siapa?Kak Linda?tak kanlah dia kan baru datang tadi”,soal Erisya pelik.

Tiba-tiba pintu wad yang di dudukinya dibuka.

“Encik Ziyad!”,Erisya terkejut melihat Ziyad Ilyas.‘Apa pulak mamat ni buat kat sini? Dia memang tak boleh tengok aku hidup senang ke?’,gerutu Erisya dalam hati.

“Err,abang nak keluar dululah,macam menganggu pulak “,kata Erman lalu keluar dari wad itu.

“Err,awak sihat?”,soal Ziyad Ilyas perlahan.

“Boleh tahanlah,kenapa Encik tiba-tiba baik hati nak lawat saya ni?Encik Ziyad jangan 
buang masa lawat orang macam saya ni”,balas Erisya dingin.

“Awak masih marah pasal kejadian kelmarin ke?”,soal Ziyad Ilyas perlahan.

Erisya mengeluh perlahan.Kesian pula dia melihat muka sayu Ziyad Ilyas tu.

“Takdelah,Cuma adelah sikit rasa terkilan”,balas Erisya.

“Saya minta maaf,saya tahu saya agak keterlaluan sangat,memang patutlah awak marah saya,saya bukan apa,emosi saya tengah bercampur aduk masa tu,tapi lepas dengar apa yang awak kata saya terus sedar,buat apa saya duk teringat kat perempuan yang tinggalkan saya tu,lebih baik saya bangkit  dan teruskan hidup saya seperti biasa,kan?seperti yang awak kata,seorang ketua perlulah ada sifat kepimpinan,sekarang saya akan menjadi ketua yang lebih baik lagi daripada sebelum ni”,kata Ziyad Ilyas.

“Dah lah Encik Ziyad,kan saya pernah kata,manusia tak akan lepas daripada melakukan kesilapan,jadi Encik tak payahlah risau sangat”,balas Erisya lembut.

“Awak maafkan saya tak?”,soal Ziyad Ilyas.

“Emm,nanti-nantilah saya fikir,saya tengok keadaan dulu”,balas Erisya jual mahal.

“Janganlah macam tu,awak buatkan saya rasa serba salah”,kata Ziyad Ilyas.

“Emm,first time saya tengok seorang bos minta maaf kepada pekerja dia,macam ni saya kena demand lebih sikit,apa kata Encik belanja saya makan luar,hotel 5 bintang ke restoran ke KFC pun boleh”,balas Erisya sambil menangkat-angkat keningnya.

“Ok,awak cakap je awak nak kat mana,nanti saya bawak”,ujar Ziyad Ilyas bersungguh-sungguh.

“Hehehe,saya gurau jelah,saya dah maafkan Encik Ziyad”,balas Erisya.

“Betul ni,tapi saya tak kisah pun kalau kena belanja awak sekali”,kata Ziyad Ilyas lagi.

“Tak perlulah Encik Ziyad”,kata Erisya sambil tersenyum manis.
Ziyad Ilyas terpaku melihat senyuman Erisya.Jantungnya berdengup kencang.

“Awak cantik!”,kata Ziyad Ilyas tanpa sedar.

“Hah!Err,Encik Ziyad ok”,soal Erisya pelik. ‘Buang tebiat ke dia ni?tiba-tiba je cakap aku cantik!tak akanlah dah biul kot’,getus Erisya dalam hati.

Ziyad yang baru tersedar terus meraup mukanya.Mukanya merah menahan malu. ‘Apa yang aku cakap ni’,getusnya di dalm hati.

“Hah,erh takde papelah,err..sebenarnya saya banyak kerja yang kena buat kat pejabat,so, saya dah kena balik yang pasal surat berhenti tu lupakan jelah,saya anggap awak amik cuti je,kalau awak dah sihat datanglah pejabat”,kata Ziyad Ilyas kelam-kambut.

“Err,baiklah Encik Ziyad”,balas Erisya teragak-agak.Pelik dia melihat Ziyad Ilyas yang kelam kambut tu.

“Saya balik dulu”,kata Ziyad Ilyas.Kerana langkahnya yang laju dia terlanggar kaki kerusi lalu terjatuh  ke atas lantai.

“Encik Ziyad!”,terjerit Erisya apabila melihat Ziyad Ilyas jatuh tergolek.
Ziyad Ilyas terus bangun.Mukanya bertambah merah.Mukanya berkerut menahan sakit 
‘Habis jatuhlah macho aku macam ni”,getus hatinya.

Are you okay?”,soal Erisya risau.

“O..ok je,saya pergi dulu”,kata Ziyad Ilyas lalu terus keluar.

Erisya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat Ziyad Ilyas.

~@~@~@~

2 bulan kemudian….

“Encik nak bawak saya pergi mana ni?”,soal Erisya.

‘Oh ya,semenjak kejadian Erisya masuk hospital.Hubungan Ziyad Ilyas dengan Erisya semakin akrab.Ziyad Ilyas telah membuktikan bahawa dia ialah seorang ketua yang berwibawa.Dia juga dah menjadi seorang lelaki yang macho’,Erisya berkata di dalam hati

“Awak ni kenapa?,ni dekat 10 kali awak tanya saya soalan yang sama,cuba sabar sikit!”,balas Ziyad Ilyas sambil menjengilkan matanya kepada Erisya.

“Saya tahulah,masalahnya dari tadi encik pusing kat roundabout ni,kalau macam ni sampai bila-bila pun kita takkan  sampai ke destinasinya,dah lah  kacau masa cuti saya,kalau tak mesti saya sekarang ni masih bergolek kat atas katil ”,bebel Erisya sambil menjuihkan bibirnya

Ziyad Ilyas menghentikan keretanya di tepi jalan.

“Encik ni kenapa sebenarnya?dari sejak kita keluar tadi,muka encik nampak gelisah je,ade masalah ke?”,soal Erisya prihatin.

Tiba-tiba muka Ziyad bertukar serius.

“Saya nak awak dengar apa yang bakal saya cakap ni betul-betul,sebab saya tak akan ulang buat kali kedua”,kata Ziyad Ilyas tegas.

“Ok,apakah ia?”,soal Erisya.

“Saya tak tahu bila dan saya tak tahu bagaimana,tapi hati saya sentiasa berdengup kencang apabila bersama awak,hati saya tak keruan bila bersama awak ,dan saya yakin awaklah jodoh yang telah ditetapkan untuk saya,saya nak propose awak untuk jadi isteri saya,will you marry me ?”,kata Ziyad Ilyas lalu mengeluarkan cincin yang bertahkta berlian.

Erisya terkaku,Tetapi kemudian dia tersenyum.

Ziyad Ilyas gelisah menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut Erisya.

“Saya bukan nak kata apalah,tapi sebenarnya ramai dah yang  pinang saya,tapi kiranya Encik beruntunglah sebab saya dah malas nak menolak,yelah umur makin melanjut ,jadi kalau Encik Ziyad nak kahwin dengan saya,pergi jumpa abang saya,itu pun kalau Encik 
Ziyad beranilah”,cabar Erisya.

Ziyad tersenyum gembira mendengar jawapan Erisya.

“Kita jumpa abang awak sekarang juga”,kata Encik Ziyad.

“Wooo,gelojoh betul Encik Ziyad ni”,balas Erisya.

Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum kedua-duanya tergelak.


Alhamdulilah akhirnya mereka selamat bernikah dan hidup bahagia sebagai suami isteri.

                                                                   TAMAT