
Krystal
memandang adik-adiknya dan anggota-anggota KSI dari tingkat atas.. Dia tahu
sebenarnya dari awal lagi apa yang dirancang oleh mereka semua, dia yakin
pertemuan malam ni semuanya dah dirancang dan pastinya semua takkan berlaku
kalau.. Kalau Keifa dan Keyril tak masuk campur..
Dia sedar dari
petang tadi lagi, Kevin, Dian dan Zaf yang tidak terus pulang bersama dengan
ketua mereka tetapi menunggu sehingganya sedar, dengan perangai Kevin yang berubah
tiba-tiba.. Ingin makan malam dirumahnya pula dan Keifa dan Keyril yang seperti
menyembunyikan sesuatu dan yang paling penting apabila tiba-tiba
anggota-anggota KSI yang lain nak makan malam sekali..
“Huh..”
Krystal mengeluh.. Fikirannya sangat kusut saat ini, dia buntu.. Apa yang dia
kena buat sekarang ni?? Maklumat yang baru dia dapat dari Ery tadi menunjukkan
yang positif yang Black adalah orang yang dikenalinya..
Macam mana dia
nak hadapi kebenarannya saat ini?? Macam mana dia nak terangkan semuanya kepada
adik-adiknya?? Dia buntu!! Keifa dan Keyril dah mula syak sesuatu tentang apa
yang dilakukannya selama ni, pastinya mereka akan membantu pihak KSI untuk
membongkar kegiatannya.. Keifa terutamanya!! Pasti dia akan lakukan apa-apa
sahaja untuk membongkar segala-galanya selepas apa yang telah berlaku kepada
dia hari ni..
Tapi bukan itu
yang digeruninya sekarang, yang dia takut adalah, bila semuanya terbongkar,
perkara yang dah lama dia simpan dari pengetahuan Keifa dan Keyril turut akan
terbongkar!! Walaupun dia dah lama nantikan saat ini sejak dia mulakan
penyelidikan tentang kumpulan JJ dengan Ery sejak 3 tahun lepas, tapi dia
tiba-tiba rasa takut.. Takut tentang kebenaran, takut untuk kehilangan..
Krystal
menarik nafas dalam-dalam, dia turun ke bawah seperti tiada apa-apa yang
berlaku.. Walaupun dia tahu sesuatu akan berlaku nanti..
“Kenapa Ery tu call
kak??”tanya
Keyril..
“Erm, tak ada
apa-apalah, dia cuma tanya keadaan akak.. Yelah, akak kan baru lepas bergaduh
tadi..”jawab
Krystal dan pastinya tiada siapa yang percaya dengan jawapannya tadi..
“Oh ya ke..”
Krystal hanya
tersenyum hambar tangannya sudah menggengam cawan air yang dia ambil sebelum
dia naik mengangkat panggilan dari Ery tadi.. Matanya memandang kearah air itu
sebelum memandang kearah orang-orang yang ada didepannya..
“Air ni ada ubat tidur
ke??”
tanya Krystal..
“Hah.. Apa yang akak
merepek ni??”
balas Keyril, pelik pula dia apabila akaknya berkata seperti itu..
Krystal
tersengih.. “Habis
tu?? Korang letak apa kat dalam air ni?? Untuk buat akak tidur??”
Keyril
memandang Keifa dan yang lain-lain.. “Akak, Key dengan
diaorang ni tak letak apa-apalah dalam air ni..”
“Sebab Key dah fikir
nak pengsankan akak macam mana pihak KSI buat masa first time diaorang
tangkap akak??”Krystal
memandang Keyril dan Keifa..
“Akak!! Akak ni
kenapa?? Cakap pelik-pelik pula ni, kitaorang takkan buat apa-apalah..”
Krystal
memandang tajam kearah Keyril.. “Then why you look so
nervous?? Like something will happen soon..”
Keyril
terdiam..
Krystal
memandang satu-persatu manusia dihadapannya itu.. Sebelum matanya terhenti
kepada Kevin.. “Korang
nak apa sebenarnya?? Nak bongkarkan apa?? Nak cari apa?? Nak buat apa?? Sampai
korang perlu datang ke sini??”tanya Krystal
bertubi-tubi..
“Jangan ingat akak tak
tahu semua rancangan korang.. Semua rancangan korang yang bermula petang tadi..”
sambung Krystal lagi..
“Dan kenapa kalau akak
tahu pun??”
balas Keifa..
Krystal
memandang kearah adik perempuannya itu.. “Sebab
akak perlu sebab untuk akak bagi korang cari maklumat yang korang nak dalam
rumah ni..”
“Akak ingat akak boleh
lawan dengan semua orang yang ada depan akak ni ke kalau akak nak halang
diaorang sekalipun untuk dapatkan maklumat dalam rumah ni??”
“Hah.. Kalau orang
lain akak tak kisahlah.. Tapi ni Key dan Ifa, adik-adik akak.. Korang ingat
akak tak ada rancangan akak sendiri ke?? Lagipun rumah ni akak dah tukar semua
sistem keselamatannya dan pastinya untuk kegunaan akak kalau akak dalam keadaan
seperti ini..”
tenang sahaja Krystal membicarakan kata-katanya, siap boleh tersenyum
sinis
lagi mendengar kata-kata Keifa..
“Bersedia!!”
arah Tuan Azman.. Serentak itu anggota-anggota KSI berdiri dan mengelilingi
Krystal termasuklah Kevin, Dian dan Zaf.. Manakala Keyril dan Keifa
berdiri di
belakang mereka..
“Memang kitaorang dah
boleh agak.. Takkanlah Spy Girl yang selama ni susah untuk ditangkap,
boleh ditipu dengan semudah itu..”ujar Puan Lia..
“Dan korang masih rasa
yang aku tak ada back up untuk plan korang yang sekarang ni ke??”Krystal
bertanya dengan riak wajah yang tidak gentar langsung, walaupun dikelilingi
dengan pihak lawan yang sangat ramai..
“Apa-apa pun back
up plan kau, sekarang ni kau dah tak boleh lari lagi..”balas
Dian.. Memang diaorang dah rancang untuk menangkap Krystal malam ni, semua yang
terjadi dari petang tadi semuanya rancangan mereka, itu pun tak akan dapat
diaorang lakukan, kalau Keifa tidak meminta sebegitu..
“Dah lupa ke?? Macam
yang aku pernah cakap sebelum ni, aku tak pernah bagi orang tangkap aku..
Korang hanya boleh tangkap aku bila aku nak korang tangkap aku..”Krystal
mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya..
“Apa yang kau nak
buat!!”
“Rileklah.. Bukan aku
nak buat apa-apa pun.. Nampak ni, bola biasa je..”Krystal
menunjukkan sebiji bola yang dikeluarkan dari poket seluarnya.. Dia
melambung-lambung bola itu..
“Berhenti!! Jangan
paksa kitaorang guna keganasan..”
Krystal
tersenyum.. “Rasa
haus pula tiba-tiba..” Krystal terus minum
minuman yang tadi masih ada di tangannya yang dia yakin telah diletakkan
sesuatu dalamnya untuk membuatkan dia tidur..
Semua
kelihatan terkejut.. Tiba-tiba muncul satu benda di beberapa skrin yang selalu
Max muncul.. Kelihatan seperti jam.
“Bermula sejam dari
sekarang, korang boleh geledah rumah.. Carilah apa yang korang nak cari.. Tapi
lepas sejam, korang kena keluar dari rumah ni, sebab sistem berkaitan dengan
alatan elektronik atau apa-apa yang berkaitan dengannya termasuklah
gadget-gadget korang yang ada disekitar kawasan rumah ni takkan berfungsi
sehingga aku aktifkannya balik.. Oh ya, korang kena keluar dari tepat sejam dari
sekarang, sebab walaupun sistem dah mati, sistem keselamatan Max yang aku cipta
lain daripada lain akan mengesan setiap denyutan nadi yang ada dalam rumah ni
dan bila dah dikesan yang denyutan nadi itu bukan milik aku, maka rumah ni akan
meletup dengan serta-merta!!”ujar Krystal tegas,
matanya sudah berpinar-pinar..
“And one more thing..
Korang tak payah nak keluarkan aku dari rumah ni, sebab jika sistem keselamatan
rumah ini tidak mengesan denyutan nadi aku, rumah ni tetap akan meletup.. Lagipun melihatkan keadaan aku ni, nampaknya
korang memang dah letakkan sesuatu yang kuat sehinggakan aku pening sangat ni,
mungkin dalam 3 ke 4 jam aku takkan sedarkan diri.. Tapi ingat!! Itu tak
bermakna sistem keselamatan Max tidak aktif!! Jadi cepat cari apa yang kau nak
cari, walaupun tak ada apa yang kau boleh cari sa.. sangat..”habis
sahaja berkata, Krystal terus terjatuh, nampaknya kesan daripada minuman itu
dah berjaya membuatkan Krystal pengsan untuk waktu yang lama..
“Macam mana ni Tuan??
Puan??”tanya
Zaf..
“Kita kena dapatkan
beberapa maklumat yang penting sekarang juga.. Kalau betullah apa yang
dikatakan oleh Krystal, makanya kita kena bertindak dengan pantas..”ujar
Tuan
Azman..
“Ya.. Macam nilah,
sebahagian pergi ke tingkat atas, manakala sebahagian lagi dekat tingkat
bawah.. Cari maklumat yang boleh kita kaitkan dengan kes JJ, ingat cari dekat
semua bahagian, jangan tinggalkan satu kawasan kosong pun!!”
arah Puan Lia..
“BAIK!!”
serentak itu sebahagian daripada anggota KSI naik ke atas, manakala sebahagian
lagi mencari di tingkat bawah..
“Apa yang boleh kami
tolong??”
tanya Keyril kepada Tuan Azman dan Puan Lia.. Keifa pula hanya memandang
Krystal yang sudah pengsan itu..
“Saya rasa kamu dan
adik kamu dah banyak membantu pihak kami, jadi biarkan yang selebihnya kami handle..”
“Tak boleh!! Saya dan
abang saya ada hak, kami dah tolong pihak Tuan dan Puan.. Sekarang pihak Tuan
dengan Puan kena bagi kami masuk campur dalam hal ni, apa-apa pun semua ni
berkaitan dengan kakak kami!! Kalau kakak kami sebegitu ingin merahsiakan
sesuatu, pastinya benda itu sesuatu yang saya dan abang saya perlu tahu!!”Keifa
menentang kata-kata Puan Lia dengan tegas, dia takkan berdiam diri kalau
perkara ini melibatkan ahli keluarganya..
“Ifa..”tegur
Keyril, dia tahu adiknya itu ingin sekali masuk campur dalam hal itu, semuanya
disebabkan melihat kakak mereka yang sebegitu berusaha dalam mencari maklumat
kumpulan JJ..
“Abang nak Ifa diam je
ke?? Abang, Ifa tak pernah nampak akak risau dan serius seperti sekarang ni,
abang tak nampak ke yang akak seperti ingin menyembunyikan sesuatu dari kita??
Sesuatu yang akak tak nak kita tahu!! Lagipun Ifa tak boleh berdiam diri, kalau
kumpulan JJ dah sampai nak tangkap Ifa, maknanya akak betul-betul dalam
bahaya!! Akak dah berkorban macam-macam untuk Ifa, untuk kita!! Takkanlah bila
Ifa nak tolong akak pun diaorangg tak izinkan??!!”Keifa
dah tak boleh bersabar, walau apa-apa yang berlaku, dia nak masuk campur juga
dalam hal berkaitan kumpulan JJ, dia takkan biarkan ahli keluarganya pergi
tinggalkan dia lagi!! Dia takkan biarkan perkara yang sama menimpa orang
tuanya, berlaku kepada Krystal!!
Keyril
mengetap bibirnya.. “Tuan,
Puan.. Tolonglah, bagi saya dah adik saya sertai misi ni, kami pun nak tahu apa
tujuan kakak kami menyelidik kumpulan JJ dan kalau betullah apa yang Tuan
pernah cakap dengan saya sebelum, maknanya kemungkinan akak kami sedang cari
maklumat tentang pembunuhan orang tua kami, jadi.. Kami pun berhak untuk masuk
campur dalam hal ni.. Tolonglah tuan, izinkan kami!!”Keyril
merayu kepada Tuan Azman dan Puan Lia, dia juga sebenarnya juga ingin menyertai
misi ini seperti mana Keifa..
Puan Lia dan
Tuan Azman berbalas pandangan sesama sendiri..
*****
Tuan Azman
melihat jam di skrin hanya tinggan 5 minit sahaja lagi.. “Ok
semua berkumpul!!”
jerit Tuan Azman..
Setelah semua
anggota-anggota KSI berkumpul di hadapan Tuan Azman termasuklah Keifa dan
Keyril, Tuan Azman terus keluarkan arahan agar semua orang keluar daripada
rumah itu dengan kadar yang segera..
“Tapi Tuan, kakak saya
macam mana??”
tanya Keyril..
“Kalau betul apa yang
kakak awak cakap tadi, maknanya rumah ni takkan apa-apa, termasuklah kakak
awak..”
“Tapi kalau rumah ni
meletup juga macam mana??”
“Keyril!! Saya tahu
awak percayakan kakak awak kan??? Takkan dia nak bahayakan nyawa dia sendiri??
Kalau betul yang dia nak tumpaskan kumpulan JJ atau nak cari apa-apa maklumat
tentang kes pembunuhan ayah awak atau sesiapa sahaja yang ada dalam kumpulan
JJ, saya rasa dia takkan bertindak untuk membunuh diri..”ujar
Puan Lia, dia tahu yang Keyril pasti risau kalau apa-apa terjadi pada kakak
mereka apatah lagi, Krystal tengah pengsan dan tak sedarkan diri..
“Tapi..”
“Abang.. Ifa percaya
yang akak takkan cuba bunuh diri, mungkin akak bagi amaran awal-awal supaya
kita boleh keluar dari rumah ni agar tiada siapa yang mati dan mungkin ada
sebab akak buat macam ni..”Keifa cuba
menenangkan abangnya, walaupun dia taklah beberapa nak tenang sangat..
“1 minit lagi sebelum
sistem dimatikan dan keselamatan dihidupkan..”
suara Max muncul entah dari mana memberi peringatan..
“Cepat, kalau kamu
berdua lambat.. Mungkin bukan hanya nyawa kakak kamu dalam
bahaya, tapi nyawa
kamu berdua juga.. Percayalah dengan kakak kamu..”ujar
Puan Lia..
Keyril dan
Keifa memandang Krystal yang terbaring diruang tamu itu seketika.. Sebelum
mereka turut melarikan diri untuk keluar dari rumah itu meninggalkan kakak
mereka seorang diri..
Sebaik sahaja
mereka keluar dari rumah itu, kedengaran suara Max.. “Sistem
dimatikan dan sistem keselamatan dihidupkan..”
“Pengesanan denyutan
nadi..”
Mereka yang di
luar rumah menunggu seketika, mana tahu kalau ada apa-apa terjadi..
“Pengesanan selesai,
denyutan nadi seorang, milik cik Krystal.. Pengeboman dibatalkan..”serentak
itu semua pintu rumah dan laluan yang menghubungkan bahagian dalam rumah dengan
luar rumah dikunci..
Mendengar
kata-kata Max membuatkan Keifa dan Keyril serta ahli-ahli KSI yang lain
terkejut, kalau mereka tak keluar tadi, pastinya rumah tu dah betul-betul
meletup..
“Haih, memang betullah
yang kakak kamu berdua ni sukakan adventure..”Puan
Lia menepuk bahu Keifa dan Keyril sebelum tersenyum..
“Betul tu, terlebih adventure
pula tu..”Keifa
dan Keyril juga tersenyum..
Kevin, Zaf dan
Dian menarik nafas lega melihat situasi yang tidak kelihatan bermasalah itu..
Walaup pun mereka tahu, ini baru permulaan, belum pengakhiran lagi..
*****
Tiada ulasan:
Catat Ulasan