Sabtu, 16 Januari 2016

Love Y0u Spy Girl!! 12




Ada dapat apa-apa isyarat dari Tuan Azman?? tanya Puan Lia kepada Charles salah seorang anggota kumpulannya..

Belum Puan, Tuan Azman atau Kevin masih belum berikan apa-apa isyarat sedari tadi..ujar  Charles..

Puan Lia mengangguk..

Puan, sampai bila kita nak duduk sini je?? Abang Key kat dalam tu ok ke?? Dah jumpa dengan JJ tu?? tanya Keifa bertubi-tubi, dia memang sekarang ni sangat tertanya-tanya mengapa kakaknya sebegitu ingin mencari maklumat tentang JJ dan apa perkara yang cuba kakaknya itu sembunyikan dari dia dan Keyril..

Keifa, boleh tak kamu rileks?? Selagi kita tak dapat apa-apa berita maknanya masih belum ada lagi masalah, abang kamu ok lagi dan semestinya JJ masih belum ditangkap.. Kalau semudah itulah JJ ditangkap, dah lama dah kami dapat tangkap dia.. balas Puan Lia, dia tahu anak muda didepannya itu sangat risau, tertanya-tanya, macam-macam perasaanlah yang ada..

Dah tutup muka kamu tu balik..arah Puan Lia..

Keifa mengeluh, dia memandang sekejap bangunan yang dimasuki Keyril tadi, sebelum kembali menutup kepalanya dengan kain hitam.. Dia sendiri tidak tahu kenapa Puan Lia menyuruhnya berbuat sedemikian.. Yang dia tahu, Puan Lia hanya cakap supaya walaupun kehadiran mereka disedari oleh musuh, tapi mereka takkan menyedari kehadirannya.. Tapi entahlah, dia hanya mengikut arahan sahaja..

Tapi kepalanya sarat dengan persoalan.. Apa yang sebenarnya akak cuba sorokkan dari kitaorang?? Kenapa sampai abang dengan Ifa tak boleh tahu?? hatinya masih penuh 
dengan pertanyaan yang belum ada jawapannya lagi..

*****

Zaf bergerak perlahan agar, kehadirannya tidak disedari oleh orang-orang JJ, dia sempat mengarahkan Keyril dan seorang lagi anggota untuk bergerak jauh sedikit darinya..
Keyril mengikut arahan Zaf, dia sebenarnya sedikit gementar.. Dia belum pernah menyertai misi-misi sebegini, ini adalah kali pertama untuknya, jadi dia memang sedikit gementar..

Tiba-tiba kedengaran suara-suara yang datang dari bahagian hadapan mereka bertiga.. Zaf cepat-cepat menyuruh Keyril dan seorang lagi anggota untuk menyorok .. Tapi entah mana yang silap ketika Keyril cuba untuk menyorok dia tersepak tin kosong yang kebetulan berada berdekatan dengan tempatnya.. Tin itu mengeluarkan bunyi yang agak bising..

Keyril terkejut, suara yang didengar tadi bertukar kepada bunyi derapan kaki yang semakin laju datang kearah mereka..

Zaf memandang kearah Keyril yang kelihatan terkaku itu, dia terus berlari kearah Keyril.. 
Pergi dari sini, cari Kevin dan suruh Kevin bagitahu Tuan Azman untuk menyorok dahulu..

Tapi senior..

Pergi sekarang!! Zaf terus menolak tubuh Keyril dan menyuruhnya pergi, Keyril masih baru lagi, jadi untuk berhadapan dengan orang-orang JJ dia rasa itu agak mustahil untuk dibiarkan..

Lagipun Tuan Azman dah menyuruhnya untuk menjaga Keyril sepanjang misi ini dijalankan, jadi takkan dia ingin membiarkan Keyril untuk berlawan sama, lagipun belum tentu lagi yang mereka akan selamat jika berlawan.. Jadi adalah lebih baik jika salah seorang daripda mereka pergi memberikan amaran kepada ahli-ahli yang lain..

Keyril terpaksa berpusing semula untuk memberitahu tentang kehadiran mereka yang sudah diketahui musuh.. Keyril sempat memandang ke belakang sekejap, dia melihat Zaf dan seorang lagi anggota yang bersama mereka tadi sedang berlawan dengan hampir 4-5 orang JJ.. Aku kena cepat jumpa senior Kevin!! Keyril melajukan lagi lariannya..

Tiba-tiba ada seseorang menarik tangan Keyril dengan kuat..

*****

JJ memandang wajah Keyril yang tidak sedarkan diri itu dengan senyuman sinis..  Matanya beralih kearah komputer-komputer dihadapannya itu, komputer-komputer itu memaparkan kesemua ahli-ahli KSI yang kononnya tengah menyorok?? Dan cuba untuk menangkap dirinya dan ahli-ahli kumpulannya..

Tuan!! Bila tuan nak kami bertindak??!! tanya salah seorang pengikut JJ, yang turut berada di situ..

JJ tersenyum sinis.. Tunggu dulu, permainana belum lagi bermula.. Lagipun aku tengah tunggu kehadiran seseorang.. Seseorang yang sepatutnya dah lama mati!! Tapi tak apa, cepat atau lambat.. Aku akan pastikan yang dia akan mati!!jerit JJ kuat sambil tangannya menghentak meja..

Beberapa pengikutnya menundukkan kepala mereka, sudah bertahun lamanya mereka bekerja dengan JJ.. Tapi mereka sendiri tidak tahu kenapa JJ begitu sibuk untuk menguruskan hal-hal Spy Girl dan adik-adiknya itu, setahu mereka Spy Girl tak ada kaitan dengan urusan jual beli dadah yang diuruskan oleh ketua mereka itu.. Tspi nak buat bagaimana, inilah kerja kuli.. Hanya mengikut arahan ketua..

Korang ingat aku bodoh?? Korang ingat aku tak tahu apa rancangan korang?? Korang memang silap!! Berani korang memperdayakan aku ya??!! Aku takkan lepaskan korang!! Aku takkan lepaskan seorang pun dari korang??!! Lepas apa yang korang dah rampas dari aku??!!jerit JJ kuat, matanya menjeling tajam kearah Keyril yang masih belum sedarkan diri itu sebelum dia tersenyum..

Kita tengok siapa yang menang permainan ni..mata JJ kembali memandang kearah skrin komputer yang betul-betul berada dihadapannya sebelum menyambung kata-katanya..

RAFIQ!!!

*****

Rafiq!!jerit Tuan Azman, matanya tertancap kearah kawannya yang selama ini diingatkan sudah tiada..

Azman..balas Rafiq a.k.a Black, dia tersenyum memandang kawannya itu.. 4 tahun tidak bersua, tetapi wajah Tuan Azman masih serupa saat dia terakhir kali melihatnya..

Tuan Azman dan Rafiq berpelukan seketika..

Mana kau menghilang selama ni?? Kau tahu tak, terkejut aku bila tiba-tiba semalam aku dapat berita yang kau masih hidup lagi..ujar Tuan Azman, mana tak terkejut dia apabila tiba-tiba semalam dia mendapat telefon daripada seseorang yang mengatakan Rafiq masih lagi hidup.. Awal-awal memang tak percaya, tapi apabila suara Rafiq sendiri yang didengarinya, memang tak disangsikan lagi yang Rafiq masih hidup.

Rafiq tersenyum.. Lepas aku kena tembak tu, memang aku jatuh dalam sungai.. Tapi ahli-ahli JJ terus ambil aku dan bawa ke markas JJ yang dulu.. Kiranya lepas tu aku hilang ingatan sebab masa terjatuh dalam sungai tu kepala aku terhentak kuat dekat batu.. Jadi, JJ terus pergunakan aku dan jadikan aku sebagai orang suruhan dia, tapi identiti aku disorokkan dan aku diberikan nama Black..

Kenapa dia nak jadikan kau orang suruhan dia??

Entahlah, aku rasa mungkin dia nak buat aku kelihatan jahat..

Motif??

Rafiq mengeleng-gelengkan kepalanya..
Tuan Azman menepuk perlahan bahu Rafiq.. Dia sempat menyuruh anggota kumpulannya untuk meneruskan pencarian.. Setelah mereka semua pergi barulah dia kembali bertanya.. 

So macam mana kau boleh ingat balik??

Lepas hampir 2 tahun aku hilang ingatan, JJ ada ambil seseorang untuk jadi ahli baru dia.. Ery namanya, aku rasa kau kenal dia.. Sejak budak tu ada, ingatan aku slow-slow datang balik, then aku dan dia bekerjasama untuk menjatuhkan JJ dengan berpura-pura menjadi ahli dia..  Sebab kalau aku larikan diri pun aku rasa tak berbaloi kalau tak ada bukti, sebab tu lah aku masih kat sini..

Kebetulan si Ery tu datang sini pun sebab Krystal minta tolong dia, setelah hampir setahun, tiba-tiba Krystal semakin agresif untuk mencari aku, sampaikan JJ nak tangkap dia, yang baru-baru ni, terkejut tau aku dibuatnya bila Ery cakap yang Krystal tercedera sebab cuba selamatkan Keifa..

Aku takut kalau apa-apa terjadi dekat anak-anak aku tu, jadi aku terpaksalah suruh Ery tu untuk contact kau semalam.. At least kalau Krystal datang sini pun, ada back up.. Jadi taklah aku risau sangat nanti..

Tuan Azman menganggukkan kepalanya.. Aku tahu, diakan keras kepala macam kau, suka buat hal tak bagitahu orang..

Eh kau ni, aku tengah risau boleh pula main kutuk-kutuk!!

Tak adalah aku gurau.. Dah sekarang kau jangan risau.. Aku dah bawa back up untuk kau, Lia pun ada kat luar dengan Keifa..

Keyril??

Dia dengan kumpulan Kevin, kau ingat tak Kevin budak yang kau uruskan dulu tu..

Mestilah aku ingat, budak tu awal-awal masuk je dah kena tampar dengan aku.. Lembik sangat..

Woi, kau cakap baik-baik sikit.. Dia dah kuat tau sekarang, makin tough lagi.. Kalau kau tengok dia sekarang, aku takkan rasa kau akan kenal dia.. Memang lain gila dia sekarang.. Serius memanjang, boleh dikatakan hati keras jugalah..

Ye ke?? Baru 4 tahun aku tak ada dah berubah??  Nampaknya tak sia-sialah aku bagi penampar sulong aku kat dia..

Tahu tak apa, tapi kau nak tahu tak.. Sejak dua menjak ni je dia kurang serius tu pun kadang-kadang je..

Rafiq mengerutkan dahinya.. Cepat betul budak tu berubah??

Tuan Azman tersenyum mendengar kata-kata kawannya itu.. Kawan rapat dia kata, dia macam falling in love..

Bahaya tu, tengah kerja mana boleh masukkan hal peribadi dengan cinta.. Habis tu, macam mana kau boleh lepaskan dia untuk ikut misi ni?? Karang apa pula jadi nanti..

Aku kenal dia, dia bukan macam dia yang dulu.. Dia dah matang dan professional untuk handle perasaan dia tu.. Kau tak nak tahu ke, siapa yang berjaya menambat hati keras dia tu..

Rafiq tidak menjawab dia hanya mengangkat keningnya sambil memandang kearah Tuan Azman..

Kau tak nak teka ke??

Hish kau ni, nak main teka-teki pula kat sini.. Nak cakap, cakap.. Tak nak, sudah..

Kau ni, kau tu dah besar tahu tak..  Baru suruh taka je, itu pun nak merajuk dengan aku..

Eleh, apa kau tu dah besar sangat ke?? Main teka-teki macam budak-budak pula.. Malas aku nak layan..Rafiq sudah bersedia untuk bergerak..

Kau nak ke mana tu??tanya Tuan Azman, dia juga turut melangkah mengikuti langkah Rafiq..

Nak jumpa Ery, nak bincang plan seterusnyalah.. Baik kau suruh ahli kumpulan kau berkumpul, boleh bincang sekali.. Tak payah sambung nak cari JJ tu, setahu aku JJ keluar, yang ada pengikut-pengikut dia je.. Suruh ahli kau jumpa aku dekat bilik yang kat hujung tu, bilik tu memang selamat sebab JJ tak pernah guna..

Kenapa kau tak cakap awal-awal?? Kalau tak aku tak suruh ahli kumpulan aku pergi cari JJ tu, nanti kantoi macam mana..

Aku tahu, tapi aku nak juga diaorang tahu selok belok bangunan ni.. Sebab kalau ada apa-apa berlaku senang, bangunan ni laluan.. Kalau kau tak biasa, kau akan sesat..

Takkanlah macam tu sekali..

Ya, aku pun hampir sesat tau kat sini.. Aku dah bagi juga plan bangunan ni dekat Ery, suruh dia bagi dekat Krystal.. Sebab takut dia pun sesat dalam ni..

Tapi kalau ahli kumpulan JJ yang lain dapat tahu yang ada penceroboh macam mana??

Kau jangan risaulah, kebiasaannya JJ tak letak ahli-ahlinya kat tingkat 1, biasanya dia letak kat tingkat 2 dan keatas..

Ok, tapi kenapa kau suruh aku bawa Keifa dengan Keyril sekali.. Siap suruh bawa Keyril lagi masuk dalam bangunan ni, kau tak rasa bahaya ke?? Mana tahu, kalau JJ jumpa diaorang, JJ buat macam apa yang berlaku dekat isteri kau dulu..

Rafiq terdiam.. Memanglah bahaya, tapi.. Sekurang-kurangnya diaorang ada depan mata aku.. Kau tahu tak betapa rindunya aku dengan diaorang, aku takut kalau ini adalah kali terakhir aku akan jumpa diaorang..

Kenapa kau cakap macam tu??

Aku tak bagi diaorang khabar berita, yang diaorang tahu diaorang dah tak ada ayah.. Aku takut yang diaorang takkan terima aku kalau diaorang dapat tahu ayah yang selama ni diaorang ingat dah tak ada, rupa-rupanya masih hidup lagi..

Takkanlah sampai macam tu sekali, aku rasa diaorang akan ok..

Kau tak tahu Man.. Ada banyak rahsia yang aku simpan dari anak-anak aku..

Dahlah, kau jangan risau.. Apa-apa rahsia yang kau simpan pun, itu semua mesti ada sebab tersendiri..

Rafiq tunduk..

Dahlah, aku nak bagitahu kau sesuatu ni..

Apa??

Orang yang berjaya tambat hati Kevin tu..

Rafiq menjeling Tuan Azman.. Kau ni tak habis-habislah..

Tuan Azman tersenyum.. Krystal.. Dialah orang yang berjaya menambat hati di Kevin 
tu..


*****


Tiada ulasan: