Jumaat, 15 Januari 2016

Love Y0u Spy Girl!! 11


Semua dah sedia???tanya Tuan Azman..

Dah!!

Tuan Azman meneliti setiap ahli-ahli kumpulan KSI yang sudah siap berpakaian lengkap untuk pergi menjalankan misi mengangkap kumpulan JJ.. Oh ya,lupa pula ingin bercerita tentang KSI.. KSI merupakan satu pertubuhan yang telah ditubuhkan khas untuk kegiatan penyiasatan, tidak ramai orang yang mengetahui kewujudan KSI, kerana ia merupakan gerakan rahsia untuk membantu orang yang dalam kesusahan menyiasat jenayah-jenayah yang dilakukan tanpa diketahui contohnya pembunuhan, penculikan atau sebagainya yang kebiasaannya berlaku tanpa sepengetahuan orang umum.. Tetapi selain menyiasat, KSI juga merupakan pertubuhan yang telah dibenarkan untuk menggunakan senjata-senjata api dan membantu pihak berkuasa dalam membanteras orang-orang jahat..

Manakala pemburuan kumpulan JJ pula berlaku disebabkan Rafiq iaitu arwah ayah Krystal dibunuh..  Kejadian kebakaran yang berlaku di apartmen 13 tahun yang lalu yang telah meragut nyawa hampir 3 orang termasuklah arwah ibu Krystal, hampir 9 tahun kes itu dianggap sebagai kes kebakaran biasa yang disebabkan kelalaian salah satu penghuni di situ yang lupa untuk menutup gas didapurnya.. 

Tapi 4 tahun yang lalu Rafiq berjaya membongkarkan motif sebenar kejadian itu berlaku, kes itu bukan disebabkan kecuaian tetapi kes itu mempunyai motifnya tersendiri, iaitu untuk membunuh.. Mula-mula pihak atasan hanya menganggap kata-kata Rafiq sebagai satu penipuan kerana Rafiq tidak dapat menerima yang  bahawa isterinya mati ketika kebakaran berlaku..

Tapi tiba-tiba suatu hari ketika menjalankan satu kes, Rafiq ditembak sebelum jatuh ke dalam sungai oleh JJ dan sehingga kini, mayat Rafiq tidak dijumpai dan dipercayai telah hilang di bawa arus sungai.. Setelah berjaya menangkap salah seorang pengikut kumpulan JJ barulah mereka mengetahui akan kebenaran kata-kata Rafiq tentang kes kebakaran 13 tahun lalu berlaku kerana memang telah dirancang, dirancang oleh ketua kumpulan itu sendiri iaitu JJ, malah kes yang dijalankan pada hari Rafiq ditembak mati juga telah dirancang rapi dengan tujuan untuk membunuh Rafiq.. 

Sejak itulah mereka asyik berusaha untuk menangkap kumpulan JJ, namun sehingga kini mereka masih tidak dapat menangkap kumpulan JJ kerana mereka tiada bukti dan mereka juga tidak mengetahui kedudukan sebenar kumpulan JJ kerana kumpulan itu asyik berpindah..

Tuan Azman menundukkan sedikit kepalanya, kesal masih berada di hatinya.. Kalaulah dia mempercayai kata-kata Rafiq, mungkin mereka sudah menangkap kumpulan JJ dan mungkin juga sekarang ni anak-anak arwah itu tidak sengsara seperti sekarang ini.. 

Teringat seketika ketika dia pertama kali mengetahui bahawa Krystal merupakan anak kepada kawan baiknya sendiri, dia sangat gembira tetapi melihat kesungguhan Krystal untuk mencari jawapan kenapa ayahnya mati, tahulah dia yang Krystal dan adik-adiknya sangat menderita kerana kehilangan ayah mereka.. Salah dia juga, kerana dia tidak pernah mengambil tahu hal anak-anak Rafiq setelah mereka dijaga oleh pak cik mereka iaitu Dato Benjamin..

Tuan??tegur Zaf apabila melihat ketuanya seperti termenung kerana hampir 5 minit mereka berdiri untuk mendapatkan arahan, tapi Tuan Azman masih tidak mengeluarkan apa-apa arahan..

Tuan Azman terus memandang Zaf.. Kenapa??

Kami semua sedang tunggu arahan daripada Tuan.. ujar Zaf sekali gus menjawab pertanyaan Tuan Azman..

Oh ya, maaf.. Ok, berdasarkan maklumat yang kita dapat dari komputer Krystal, kedudukan kumpulan JJ tidak jauh pun dari sini, dan jika maklumat yang kita dapat betul, jadi tempat ini adalah markas sebenar kumpulan JJ selama ni, manakala tempat-tempat sebelum ni hanyalah untuk menggaburi mata pihak KSI.. Dan bukan sahaja mereka terlibat dalam kes pembunuhan arwah ibu dan ayah Krystal, malah mereka juga terlibat dalam kes jual beli dadah..

Jadi, disebabkan group 1 iaitu Kevin, Zaf dan Dian yang selalu menguruskan hal kumpulan JJ ni saya mereka, Keyril dan group 2  ikut saya untuk masuk ke dalam bangunan di mana menjadi tempat persembunyian kumpulan JJ selama ni, manakala group 3 pula diketuai oleh Puan Lia stand by dekat luar, kalau ada masalah atau kami perlukan bantuan, kami akan informkan melalui cip masing-masing.. Saya harap semua faham..terang Tuan Azman..

Saya pun nak ikut juga!!ujar Keifa..

Ifa!!tegur Keyril..
Kenapa abang boleh ikut tapi Ifa tak boleh, Keifa pun nak tahu kenapa diaorang bunuh ibu dengan ayah.. Apa yang diaorang dah buat, sampai akak nak sangat cari diaorang!!

Kita dah bincangkan, abang masuk dalam, dan Ifa akan tunggu dekat luar dengan Puan Lia..

Tapi Ifa nak masuk juga!!

Listen Ifa, tolong jangan serabutkan keadaan lagi.. Abang tahu Ifa nak tolong juga, tapi kalau Ifa masuk dah ada apa-apa terjadi pada Ifa, macam mana?? Cukuplah kalau diaorang dah izinkan abang untuk bantu dalam misi ni, Ifa tak payah masuk campur!!

Kalau apa-apa terjadi dekat abang??

Abang takkan apa-apa..

 Keifa mengeluh perlahan..

*****

Saya rasa, mungkin Krystal akan pergi juga ke tempat kumpulan JJ.. ujar  Tuan Azman ketika di kereta..

Apa maksud Tuan?? Bukan ke, ubat dalam minuman Krystal sangat kuat ia akan membuatkan sesiapa yang meminumnya tidak akan sedar untuk semalaman.. balas Dian..

Tapi itu kalau betul dia minum air tu kan??

Tapi bukan ke kita semua sendiri nampak yang Krystal minum air tu depan mata kita.. Zaf pula bersuara..

Memanglah, tapi takkanlah dia seorang yang licik, boleh mempercayai yang kita hanya akan meletakkan ubat untuk menidurkannya beberapa jam sahaja.. Lagipun kita sendiri tidak akan menjangka yang dia kan minum air tu kan?? Mesti dia ada rancangan sendiri kenapa dia minum air tu, atau air yang dia minum bukannya air yang berisi ubat yang kita berikan..

Kalau betul pun, macam mana dia nak buat semua tu?? Kita semua nampak apa yang dia buat, dia tak sentuh air itu sebelum dia minum, jadi mana sempat dia nak buat apa-apa??Kevin turut bertanya..

Itu saya tak tahu, tapi saya ada firasat yang kuat, yang dia akan turut datang.. Betul tak Keyril??

Keyril yang sedari tadi mendengar menangguk-anggukkan kepalanya.. Akak memang sukar dijangka, kemungkinan besar untuk apa yang Tuan katakan tepat belaka.. Tapi kenapa Tuan boleh seyakin itu?? Yang kakak saya akan datang ke tempat kumpulan JJ??

Tuan Azman tersenyum.. Tak pernah berdiam diri bila disuruh, suka memberontak secara senyap, buat sesuatu diluar jangkaan, dan bijak membuat helah.. Saya yakin sebab dia mengikut semua perangai ayahnya..

Kenapa Tuan tak cakap semua ni tadi?? tanya Dian, pelik pula tiba-tiba Tuan Azman baru memberitahu semuanya sekarang, jika Tuan Azman bagitahu tadi, mungkin mereka boleh menghantar beberapa orang untuk memerhatikan Krystal..

Untuk apa?? Kalau kita berhadapan dengan orang macam Krystal apa-apa pun yang kita buat takkan memberi kesan, entah-entah dia sendiri dah boleh agak semua tu.. Malah mungkin dia dah membuat back up plan lagi..  Lagipun, kalau saya cakap tadi, mungkin Keifa makin berkeras untuk ikut kita..balas Tuan Azman, matanya memandang kearah Keyril sebelum tersenyum..

*****

Semua sedia, saya akan ketuai group 2 dan pergi ke arah ni, Keyril dan group 1 akan pergi ke arah bertentangan.. Ingat, jangan buat apa-apa selagi belum dapat arahan dari saya!! Arah Tuan Azman..

Faham!! jawab mereka semua serentak.. Setelah itu, masing-masing bergerak ke posisi-posisi yang telah di arahkan.. Tuan Azman bersama dengan 5 orang anggota group 2, manakala group 1 yang diketuai oleh Kevin juga memiliki 5 orang anggota termasuk 
Keyril, dan dua anggota tambahan..

Kevin memerhatikan persekitarannya dahulu, sebaik sahaja dia melihat kawasan itu 
selamat dia terus menggerakkan tangannya menyuruh groupnya untuk memasuki bangunan yang kelihatan sudah lama terbiar dan terletak di pedalaman, tempat dimana sepatutnya kumpulan JJ yang selama ini menyorok..

Setelah groupnya masuk, dia terus membuat gerak tangan yang menyuruh untuk kumpulannya berpecah secara dua orang sekumpulan.. Zaf, Keyril dan seorang lagi anggota tambahan bergerak kearah bertentangan dengan Kevin..

Kevin memerhatikan sekeliling bangunan, dia ternampak 2 orang ahli kumpulan JJ sedang berada di tingkat 2 bangunan, dia member isyarat kepada Dian untuk bergerak mengikutinya manakala seorang lagi di suruh tunggu untuk memerhatikan keadaan..

Kau rasa apa yang kita buat ni betul ke?? bisik Dian perlahan, ada sebab mengapa kumpulan Kevin dipecahkan kepada dua dan kenapa Keyril perlu pergi mengikut Zaf..
Kevin memandang Dian sekilas.. Kita hanya mengikut arahan, betul atau tak, itu fikirkan kemudian.. Ingat, kita datang sebab kita ada misi.. Pastikan Keyril tak syak apa-apa..balas Kevin secara berbisik juga..

Tapi Kevin, kau tak rasa ke yang keadaan macam ni sangat berbahaya, especially untuk diaorang??tanya Dian lagi..

Dian!! Boleh tak kau fokus, kita ada misi yang besar ok?? Apa-apa pun kau nak fikir, kau fikirlah lepas ni, jangan nak fikir sekarang.. tajam mata Kevin merenung Dian, bukan dia nak marah.. Tapi dia tak suka apabila Dian hilang fokus ketika mereka sedang menjalankan misi, sebab jika ada stu kesilapan, maka semua rancangan mereka akan hancur..

Dian menundukkan kepalanya apabila Kevin sudah merenungnya, dia tahu apabila Kevin sudah menrenungnya sebegitu maknanya lebih baik berdiam diri dari bercakap.. Lagipun dia tahu, sepatutnya dia sebagai orang bawahan hanya perlu mengikut arahan ketua, tapi boleh pulak dia banyak tanya..

Kevin terus bergerak semula setelah Dian sudah tidak membuka mulutnya lagi bertanyakan itu dan ini..

Dian memandang kearah Kevin, Kevin kelihatan sangat tertumpu dengan tugasnya.. Dian mengeluh perlahan, dia tahu yang mereka ada misi.. Tapi tak ke dengan melibatkan Keyril dan Keifa itu akan merumitkan keadaan?? Dia sendiri tak faham kenapa Tuan Azman boleh membenarkan Keyril dan Keifa mengikuti misi ini, kalau Keyril mungkin jugalah dia boleh terima kerana Keyril memang pernah mengikuti kem, tapi kenapa Keifa dibenarkan ikut sekali?? Walaupun Keifa hanya tunggu diluar, itu tetap tidak masuk akal!!

Yang dia tahu, Tuan Azman dan Puan Lia hanya mengarahkan mereka untuk menutup mulut sahaja apabila Keyril dan Keifa ingin mengikut mereka untuk ke sini.. Sedangkan ketika dirumah Krystal semalam, ketua-ketuanya itu kelihatan agak keberatan untuk membenarkan Keyril dan Keifa mengikuti misi ini, tiba-tiba pula pagi tadi mereka berdua dibenarkan ikut, dan ahli KSI yang lain disuruh tutup mulut.. Entah apa yang perlu dirahsiakan pun dia tak tahu..

Tapi dia tahu pasti ada sesuatu yang akan berlaku nanti, baik atau buruk dia masih belum dapat duga.. Tapi dia dapat rasa yang sesuatu rahsia akan terbongkar, kerana Krystal juga kelihatan tidak suka bila Keyril dan Keifa masuk campur dalam hal kumpulan JJ, dan pasti ada sebab kenapa, yang pentingnya dia tahu selain Krystal takut apa-apa terjadi pada adik-adiknya ada sesuatu yang lebih besar daripada itu lagi yang cuba dirahsiakan..

Dian wake up!! Kau tengah dalam misi!! Dian terus menampar dirinya sendiri, banyak 
pulalah yang dia fikirkan sekarang.. 

Melihat Kevin sudah berada jauh sedikit daripadanya, Dian terus melajukan sedikit pergerakannya.. Apa-apa pun macam Kevin cakap, mereka hanya mengikut arahan, pasti 
ada sebab tersendiri kenapa TuanAzman mengeluarkan arahan sebegitu kepada mereka


*****

Tiada ulasan: