“Ada dapat apa-apa
isyarat dari Tuan Azman??” tanya Puan Lia
kepada Charles salah seorang anggota kumpulannya..
“Belum Puan, Tuan
Azman atau Kevin masih belum berikan apa-apa isyarat sedari tadi..”ujar Charles..
Puan Lia
mengangguk..
“Puan, sampai bila
kita nak duduk sini je?? Abang Key kat dalam tu ok ke?? Dah jumpa dengan JJ
tu??”
tanya Keifa bertubi-tubi, dia memang sekarang ni sangat tertanya-tanya mengapa
kakaknya sebegitu ingin mencari maklumat tentang JJ dan apa perkara yang cuba
kakaknya itu sembunyikan dari dia dan Keyril..
“Keifa, boleh tak kamu
rileks?? Selagi kita tak dapat apa-apa berita maknanya masih belum ada lagi
masalah, abang kamu ok lagi dan semestinya JJ masih belum ditangkap.. Kalau
semudah itulah JJ ditangkap, dah lama dah kami dapat tangkap dia..”
balas Puan Lia, dia tahu anak muda didepannya itu sangat risau, tertanya-tanya,
macam-macam perasaanlah yang ada..
“Dah tutup muka kamu
tu balik..”arah
Puan Lia..
Keifa
mengeluh, dia memandang sekejap bangunan yang dimasuki Keyril tadi, sebelum
kembali menutup kepalanya dengan kain hitam.. Dia sendiri tidak tahu kenapa
Puan Lia menyuruhnya berbuat sedemikian.. Yang dia tahu, Puan Lia hanya cakap
supaya walaupun kehadiran mereka disedari oleh musuh, tapi mereka takkan
menyedari kehadirannya.. Tapi entahlah, dia hanya mengikut arahan sahaja..
Tapi kepalanya
sarat dengan persoalan.. ‘Apa yang sebenarnya
akak cuba sorokkan dari kitaorang?? Kenapa sampai abang dengan Ifa tak boleh
tahu??’
hatinya masih penuh
dengan pertanyaan yang belum ada jawapannya lagi..
*****
Zaf bergerak
perlahan agar, kehadirannya tidak disedari oleh orang-orang JJ, dia sempat
mengarahkan Keyril dan seorang lagi anggota untuk bergerak jauh sedikit
darinya..
Keyril
mengikut arahan Zaf, dia sebenarnya sedikit gementar.. Dia belum pernah
menyertai misi-misi sebegini, ini adalah kali pertama untuknya, jadi dia memang
sedikit gementar..
Tiba-tiba
kedengaran suara-suara yang datang dari bahagian hadapan mereka bertiga.. Zaf
cepat-cepat menyuruh Keyril dan seorang lagi anggota untuk menyorok .. Tapi
entah mana yang silap ketika Keyril cuba untuk menyorok dia tersepak tin kosong
yang kebetulan berada berdekatan dengan tempatnya.. Tin itu mengeluarkan bunyi
yang agak bising..
Keyril
terkejut, suara yang didengar tadi bertukar kepada bunyi derapan kaki yang
semakin laju datang kearah mereka..
Zaf memandang
kearah Keyril yang kelihatan terkaku itu, dia terus berlari kearah Keyril..
“Pergi
dari sini, cari Kevin dan suruh Kevin bagitahu Tuan Azman untuk menyorok
dahulu..”
“Tapi senior..”
“Pergi sekarang!!”
Zaf terus menolak tubuh Keyril dan menyuruhnya pergi, Keyril masih baru lagi,
jadi untuk berhadapan dengan orang-orang JJ dia rasa itu agak mustahil untuk
dibiarkan..
Lagipun Tuan
Azman dah menyuruhnya untuk menjaga Keyril sepanjang misi ini dijalankan, jadi
takkan dia ingin membiarkan Keyril untuk berlawan sama, lagipun belum tentu
lagi yang mereka akan selamat jika berlawan.. Jadi adalah lebih baik jika salah
seorang daripda mereka pergi memberikan amaran kepada ahli-ahli yang lain..
Keyril
terpaksa berpusing semula untuk memberitahu tentang kehadiran mereka yang sudah
diketahui musuh.. Keyril sempat memandang ke belakang sekejap, dia melihat Zaf
dan seorang lagi anggota yang bersama mereka tadi sedang berlawan dengan hampir
4-5 orang JJ.. ‘Aku
kena cepat jumpa senior Kevin!!’ Keyril melajukan
lagi lariannya..
Tiba-tiba ada
seseorang menarik tangan Keyril dengan kuat..
*****
JJ memandang
wajah Keyril yang tidak sedarkan diri itu dengan senyuman sinis.. Matanya beralih kearah komputer-komputer
dihadapannya itu, komputer-komputer itu memaparkan kesemua ahli-ahli KSI yang
kononnya tengah ‘menyorok’??
Dan cuba untuk menangkap dirinya dan ahli-ahli kumpulannya..
“Tuan!! Bila tuan nak
kami bertindak??!!”
tanya salah seorang pengikut JJ, yang turut berada di situ..
JJ tersenyum
sinis.. “Tunggu
dulu, permainana belum lagi bermula.. Lagipun aku tengah tunggu kehadiran
seseorang.. Seseorang yang sepatutnya dah lama mati!! Tapi tak apa, cepat atau
lambat.. Aku akan pastikan yang dia akan mati!!”jerit
JJ kuat sambil tangannya menghentak meja..
Beberapa
pengikutnya menundukkan kepala mereka, sudah bertahun lamanya mereka bekerja
dengan JJ.. Tapi mereka sendiri tidak tahu kenapa JJ begitu sibuk untuk
menguruskan hal-hal Spy Girl dan adik-adiknya itu, setahu mereka Spy
Girl tak ada kaitan dengan urusan jual beli dadah yang diuruskan oleh ketua
mereka itu.. Tspi nak buat bagaimana, inilah kerja kuli.. Hanya mengikut arahan
ketua..
“Korang ingat aku
bodoh?? Korang ingat aku tak tahu apa rancangan korang?? Korang memang silap!!
Berani korang memperdayakan aku ya??!! Aku takkan lepaskan korang!! Aku takkan
lepaskan seorang pun dari korang??!! Lepas apa yang korang dah rampas dari
aku??!!”jerit
JJ kuat, matanya menjeling tajam kearah Keyril yang masih belum sedarkan diri
itu sebelum dia tersenyum..
“Kita tengok siapa
yang menang permainan ni..”mata JJ kembali
memandang kearah skrin komputer yang betul-betul berada dihadapannya sebelum
menyambung kata-katanya..
“RAFIQ!!!”
*****
“Rafiq!!”jerit
Tuan Azman, matanya tertancap kearah kawannya yang selama ini diingatkan sudah
tiada..
“Azman..”balas
Rafiq a.k.a Black, dia tersenyum memandang kawannya itu.. 4 tahun tidak bersua,
tetapi wajah Tuan Azman masih serupa saat dia terakhir kali melihatnya..
Tuan Azman dan
Rafiq berpelukan seketika..
“Mana kau menghilang
selama ni?? Kau tahu tak, terkejut aku bila tiba-tiba semalam aku dapat berita
yang kau masih hidup lagi..”ujar Tuan Azman, mana
tak terkejut dia apabila tiba-tiba semalam dia mendapat telefon daripada
seseorang yang mengatakan Rafiq masih lagi hidup.. Awal-awal memang tak
percaya, tapi apabila suara Rafiq sendiri yang didengarinya, memang tak
disangsikan lagi yang Rafiq masih hidup.
Rafiq
tersenyum.. “Lepas
aku kena tembak tu, memang aku jatuh dalam sungai.. Tapi ahli-ahli JJ terus
ambil aku dan bawa ke markas JJ yang dulu.. Kiranya lepas tu aku hilang ingatan
sebab masa terjatuh dalam sungai tu kepala aku terhentak kuat dekat batu..
Jadi, JJ terus pergunakan aku dan jadikan aku sebagai orang suruhan dia, tapi identiti
aku disorokkan dan aku diberikan nama Black..”
“Kenapa dia nak
jadikan kau orang suruhan dia??”
“Entahlah, aku rasa
mungkin dia nak buat aku kelihatan jahat..”
“Motif??”
Rafiq
mengeleng-gelengkan kepalanya..
Tuan Azman
menepuk perlahan bahu Rafiq.. Dia sempat menyuruh anggota kumpulannya untuk
meneruskan pencarian.. Setelah mereka semua pergi barulah dia kembali
bertanya..
“So
macam mana kau boleh ingat balik??”
“Lepas hampir 2 tahun
aku hilang ingatan, JJ ada ambil seseorang untuk jadi ahli baru dia.. Ery
namanya, aku rasa kau kenal dia.. Sejak budak tu ada, ingatan aku slow-slow
datang balik, then aku dan dia bekerjasama untuk menjatuhkan JJ dengan
berpura-pura menjadi ahli dia.. Sebab
kalau aku larikan diri pun aku rasa tak berbaloi kalau tak ada bukti, sebab tu
lah aku masih kat sini..”
“Kebetulan si Ery tu
datang sini pun sebab Krystal minta tolong dia, setelah hampir setahun,
tiba-tiba Krystal semakin agresif untuk mencari aku, sampaikan JJ nak tangkap
dia, yang baru-baru ni, terkejut tau aku dibuatnya bila Ery cakap yang Krystal
tercedera sebab cuba selamatkan Keifa..
“Aku takut kalau
apa-apa terjadi dekat anak-anak aku tu, jadi aku terpaksalah suruh Ery tu untuk
contact kau semalam.. At least kalau Krystal datang sini pun, ada
back up.. Jadi taklah aku risau sangat nanti..”
Tuan Azman
menganggukkan kepalanya.. “Aku tahu, diakan
keras kepala macam kau, suka buat hal tak bagitahu orang..”
“Eh kau ni, aku tengah
risau boleh pula main kutuk-kutuk!!”
“Tak adalah aku
gurau.. Dah sekarang kau jangan risau.. Aku dah bawa back up untuk kau,
Lia pun ada kat luar dengan Keifa..”
“Keyril??”
“Dia dengan kumpulan
Kevin, kau ingat tak Kevin budak yang kau uruskan dulu tu..”
“Mestilah aku ingat,
budak tu awal-awal masuk je dah kena tampar dengan aku.. Lembik sangat..”
“Woi, kau cakap
baik-baik sikit.. Dia dah kuat tau sekarang, makin tough lagi.. Kalau
kau tengok dia sekarang, aku takkan rasa kau akan kenal dia.. Memang lain gila
dia sekarang.. Serius memanjang, boleh dikatakan hati keras jugalah..”
“Ye ke?? Baru 4 tahun
aku tak ada dah berubah?? Nampaknya tak
sia-sialah aku bagi penampar sulong aku kat dia..”
“Tahu tak apa, tapi
kau nak tahu tak.. Sejak dua menjak ni je dia kurang serius tu pun
kadang-kadang je..”
Rafiq
mengerutkan dahinya.. “Cepat betul budak tu
berubah??”
Tuan Azman
tersenyum mendengar kata-kata kawannya itu.. “Kawan
rapat dia kata, dia macam falling in love..”
“Bahaya tu, tengah
kerja mana boleh masukkan hal peribadi dengan cinta.. Habis tu, macam mana kau
boleh lepaskan dia untuk ikut misi ni?? Karang apa pula jadi nanti..”
“Aku kenal dia, dia
bukan macam dia yang dulu.. Dia dah matang dan professional untuk handle
perasaan dia tu.. Kau tak nak tahu ke, siapa yang berjaya menambat hati keras
dia tu..”
Rafiq tidak
menjawab dia hanya mengangkat keningnya sambil memandang kearah Tuan Azman..
“Kau tak nak teka ke??”
“Hish kau ni, nak main
teka-teki pula kat sini.. Nak cakap, cakap.. Tak nak, sudah..”
“Kau ni, kau tu dah
besar tahu tak.. Baru suruh taka je, itu
pun nak merajuk dengan aku..”
“Eleh, apa kau tu dah
besar sangat ke?? Main teka-teki macam budak-budak pula.. Malas aku nak layan..”Rafiq
sudah bersedia untuk bergerak..
“Kau nak ke mana tu??”tanya
Tuan Azman, dia juga turut melangkah mengikuti langkah Rafiq..
“Nak jumpa Ery, nak
bincang plan seterusnyalah.. Baik kau suruh ahli kumpulan kau berkumpul, boleh
bincang sekali.. Tak payah sambung nak cari JJ tu, setahu aku JJ keluar, yang
ada pengikut-pengikut dia je.. Suruh ahli kau jumpa aku dekat bilik yang kat
hujung tu, bilik tu memang selamat sebab JJ tak pernah guna..”
“Kenapa kau tak cakap
awal-awal?? Kalau tak aku tak suruh ahli kumpulan aku pergi cari JJ tu, nanti
kantoi macam mana..”
“Aku tahu, tapi aku
nak juga diaorang tahu selok belok bangunan ni.. Sebab kalau ada apa-apa
berlaku senang, bangunan ni laluan.. Kalau kau tak biasa, kau akan sesat..”
“Takkanlah macam tu
sekali..”
“Ya, aku pun hampir
sesat tau kat sini.. Aku dah bagi juga plan bangunan ni dekat Ery, suruh dia
bagi dekat Krystal.. Sebab takut dia pun sesat dalam ni..”
“Tapi kalau ahli
kumpulan JJ yang lain dapat tahu yang ada penceroboh macam mana??”
“Kau jangan risaulah, kebiasaannya JJ tak letak ahli-ahlinya kat tingkat 1, biasanya dia letak kat tingkat 2 dan keatas..”
“Ok, tapi kenapa kau
suruh aku bawa Keifa dengan Keyril sekali.. Siap suruh bawa Keyril lagi masuk
dalam bangunan ni, kau tak rasa bahaya ke?? Mana tahu, kalau JJ jumpa diaorang,
JJ buat macam apa yang berlaku dekat isteri kau dulu..”
Rafiq terdiam..
“Memanglah
bahaya, tapi.. Sekurang-kurangnya diaorang ada depan mata aku.. Kau tahu tak
betapa rindunya aku dengan diaorang, aku takut kalau ini adalah kali terakhir
aku akan jumpa diaorang..”
“Kenapa kau cakap
macam tu??”
“Aku tak bagi diaorang
khabar berita, yang diaorang tahu diaorang dah tak ada ayah.. Aku takut yang
diaorang takkan terima aku kalau diaorang dapat tahu ayah yang selama ni
diaorang ingat dah tak ada, rupa-rupanya masih hidup lagi..”
“Takkanlah sampai
macam tu sekali, aku rasa diaorang akan ok..”
“Kau tak tahu Man..
Ada banyak rahsia yang aku simpan dari anak-anak aku..”
“Dahlah, kau jangan
risau.. Apa-apa rahsia yang kau simpan pun, itu semua mesti ada sebab
tersendiri..”
Rafiq tunduk..
“Dahlah, aku nak
bagitahu kau sesuatu ni..”
“Apa??”
“Orang yang berjaya
tambat hati Kevin tu..”
Rafiq
menjeling Tuan Azman.. “Kau ni tak
habis-habislah..”
Tuan Azman
tersenyum.. “Krystal..
Dialah orang yang berjaya menambat hati di Kevin
tu..”
*****