Ahad, 14 Jun 2015

Love Y0u Spy Girl!! 8


Sesampai sahaja Krystal dan Kevin dirumah arwah ibu dah ayah Krystal, mereka berdua cepat-cepat menurunkan bahan makanan untuk makan tengah hari mereka itu.. Pastinya adik-adiknya, juga kawan-kawan Kevin sudah kebuluran didalam..

Buka sahaja pintu rumah, terlihat Keyril, Keifa, Zaf dan Dian sudah melelapkan mata, kesiannya.. Mesti lapar sangat, sehingga tidak ada tenaga..

Awak tolong letakkan bahan-bahan ni dekat dapur erk.. Saya nak naik atas kejap..ujar Krystal kepada Kevin..

Oh, ok.. Kevin terus menuju kearah dapur untuk meletakkan bahan-bahan masakan yang baru sahaja dibeli di pasar sebentar tadi..

*****

Krystal mengerutkan dahinya apabila melihat Kevin tertidur di meja yang disediakan didapur.. Krystal tersenyum, penat sangatlah tu, tak sampai tiga minit pun dia kat atas, Kevin sudah pun terlelap..

Kyrstal mendekatkan wajahnya dengan wajah Kevin.. Hmm, hensem juga mamat ni, walaupun mukanya nampak lesu dan penat wajahnya tetap kelihatan cool..Mana tak penat, bukan dia tidak tahu Kevin dan dua orang kawannya itu, telah disuruh untuk mengawasinya beberapa hari ni, mungkin mereka kurang tidurlah kot..

Sekali lagi mata Krystal tertumpu kepada wajah penat Kevin.. Sumpah!! Memang hensem mamat ni, boleh cair kalau tengok lama-lama..Krystal!! Wake up!! Karang tak pasal-pasal ada yang mati kebuluran nanti sebabkan kau tak masak –masak lagi!!

Krystal terus meneruskan kerjanya yang tergendala disebabkan oleh kekacakan Kevin itu.. Huh, serupa orang yang dilamun cinta..

Bahan-bahan masakan untuk lauk ayam masak merah dan ikan masak tiga rasa disiapkan terlebih dahulu sebelum memulakan proses memasak.. Matanya sempat dilirikan kearah jam yang sudah menunjukkan pukul 3.21- petang..  Tangan Krystal semakin lincah memotong sayur-sayur, ayam dan ikan.. Semuanya dibuat dengan pantas agar makanan tengah hari mereka siap sebelum pukul 4 petang..

Kuali dipanaskan, setelah Krystal melihat kuali itu sudah cukup panas, ayam yang telah dipotong sebentar tadi di goreng.. Kemudian dia kembali memotong bahan-bahan masakan..

Aduh!! Aish.. Krystal melihat jari telunjuknnya yang terhiris sedikit itu akibat dia agak tergesa-gesa untuk memotong.. Jarinya itu dibawa ke singki dan dibasuh, sebelum dia 
kembali menyelesaikan kerjanya..

Apabila dilihat ayam sudak siap dimasak pantas Krystal mengangkatnya, ketika ayam itu diangkat untuk diletakkan di pinggan, pergelangan tangannya tersa sedikit sakit, mungkin kesan sakit akibat terseliuh masih belum hilang.. Lain pula dengan kakinya yang sudah ok itu..  Setelah hampir 25 minit berperang didapur itu, akhirnya makanan yang dimasak telahpun siap..

Krystal bertepuk seketika, gembira akhirnya dia telah siap memasak.. Matanya kemudian tertala kepada Kevin, senyuman makin melebar sejurus sahaja matanya jatuh diwajah Kevin.. Perlahan-lahan kaki dibawa melangkah kearah Kevin yang sudah nyenyak itu..

Awak.. Bangunlah, saya dah siap masak ni..panggil Krystal perlahan..

Hmm, lima minit.. Kevin memusingkan kepalanya..

Krystal tersengih mendengar suara Kevin yang kedengaran seperti anak kecil yang meminta ibunya baginya masa untuk tidur lama sikit sahaja..

Awak!! Bangunlah, tadi kata lapar.. Saya dah siap masak ni, jomlah makan..Krystal mengerakkan sedikit tubuh Kevin..

Tiba-tiba sahaja Kevin mengangkat wajahnya.. Krystal terkedu!! Wajah mereka begitu dekat sekali, menyebabkan jantungnya berdetak laju.. Kevin yang mamai itu pun terbeliak matanya apabila melihat wajah Krystal begitu dekat, pantas Kevin dan Krystal menjarakkan jarak masing-masing..

Sa.. Saya dah siap masak, awak tolong kejutkan diaorang dekat ruang tamu erk.. ujar Krystal sedikit gagap.. Alahai jantung, tolonglah jangan buat hal kat sini!!!

O.. Ok, saya kejutkan diaorang sekarang.. Kevin dengan laju terus melangkah ke ruang tamu.. Apa kau dah buat Kevin!!!!

*****

Krystal tersenyum melihat gelagat adik-adiknya bersama dengan Kevin, Zaf dan Dian.. Makan macam dah lama tak makan saja, lahap gila..

Apa yang akak asyik tersengih-sengih tu?? tanya Keyril apabila sedari tadi Krystal asyik tersengih-sengih sendiri..

Tak ada apa-apalah, akak cuma tak sangka yang korang lapar sampai macam ni sekali.. Kalau akak tahu sebelum korang pagi tadi, akak dah siap-siap beli barang dah.. Taklah korang kebulur macam ni..ujar Krystal sambil bibirnya tidak henti tersengih..

Yelah tu, ke akak gembira sebab ada orang tu makan makanan yang akak buat ni.. Keyril bertanya sambil keningnya diangkat.. Zaf, Dian dan Keifa sudah tersengih..

Hilang terus sengihan yang tersungging di bibir Krystal sebentar tadi, Kevin pula sudah tersedak.. Melihat Kevin yang sudah terbatuk-batuk membuatkan Krystal terus menghulurkan  segelas air dan menepuk-nepuk belakang Kevin.. Tidak diduga oleh Krystal yang tindakannya itu membuatkan Zaf, Dian, Keyril dan Keifa makin tersenyum lebar..

Awak ok tak ni??tanya Krytal perlahan sambil tangannya masih menepuk belakang tubuh Kevin..

Saya ok.. Kevin berkata sambil menangguk-anggukan kepalanya..

So sweet.. serentak Keyril dan Keifa bersuara..

Zaf, awak ok tak ni?? celah Dian tiba-tiba, tangannya juga menepuk-nepuk belakang tubuh Zaf seperti yang dilakukan oleh Krystal..

Saya ok je, awak jangan risau..Zaf pun terus memainkan wataknya sebagai Kevin dengan berpura-pura batuk..

Kevin dan Krystal sudah berpandangan sesama sendiri melihat gelagat Zaf dan Dian yang sudah tergeak-gelak bersama dengan Keifa dan Keyril.. Krystal sudah membuat muka ketat..

Dah ada tenaga nak gelak ni, maknanya dah kenyanglahkan??tanya Krystal sambil tangannya laju ingin mengemas lauk yang ada dimeja makan..Kevin yang melihat tingkah-laku Krystal turut berbuat demikian..

Zaf dan Dian dah tergamam.. Keyril dan Keifa pula menggigit bibir..

Akak, orang lapar lagilah..rungut Keyril, nak sentaplah tu, tak boleh nak diajak bergurau langsunglah kakaknya yang seorang itu..

Kitaorang baru lahap sikit je ikan tiga rasa tu.. Zaf dah mula merengek seperti budak kecil.. Dahlah ikan tiga rasa sudah lama dia inginkan, bila dah ada depan mata takkan nak makan sikit je..

Entah, takkanlah nak gurau-gurau sikit pun tak boleh.. Janganlah sentap sangat.. Dian ikut menyampuk, tak sanggup dia nak melihat ayam masak merah yang merupakan makanan kegemarannya itu dibawa pergi..
Keifa hanya memuncungkan mulutnya tanda dia merajuk, kalau sekarang dia bukan tengah merajuk dengan Krystal, pasti mulutnya yang paling sibuk nak bersuara sekarang..

Krystal dan Kevin memerhatikan muka mereka berempat yang sudah buat muka sedih..  Sebelum mereka berdua pula yang ketawa..

Tahu takut..Krystal kembali meletakkan lauk ke atas meja makan dengan bantuan Kevin..

Alahai,akak dengan senior Kevin memang macam pasangan serasilah.. Comel gila!! bisik Keifa dekat telinga abangnya Keyril..

Dapat anak buahlah kita tak lama lagi..balas Keyril..
Pantas Keifa menepuk paha Keyril, sambil ketawa perlahan.. Merepek betullah abang ni!! Kahwin pun belum dah dapat anak buah!!

Kutuk akaklah tu..

Serentak itu Keifa dan Keyril memandang ke depan dan buat-buat mereka tidak tahu apa-
apa,wajah mereka diseriuskan, sebijik muka budak-budak tak pandai menipu.. Karang kantoi, menangis tak berlagulah perut mereka nanti.. Krystal tersenyum melihat gelagat adik-adiknya itu, dah besar tapi masih kelihatan seperti budak-budak..  

*****

Oklah, kitaorang nak balik dululah, dah nak pukul 6 ni, nanti bising pula big boss kitaorang..ujar Dian, apabila melihat angka jam yang semakin lama semakin menunjukkan hari sudah makin lewat petang..

Lah, senior dah nak balik dah ke?? Tak duduk sini sampai malam ke??? tanya Keyril, baru sahajadia nak berapat-rapat dengan senior-seniornya itu..

Mestilah, dah lama tau kitaorang duduk sini, Key.. Lagipun kitaorang banyak tugasan lagi kat pejabat.. kata Zaf membalas bicara Keyril..

Malam ni, awak jadi datang tak?? tanya Krystal tiba-tiba..

Semua mata terus ditumpukan kepada Krystal yang muncul tiba-tiba dari dapur itu.. Krystal bergerak menghampiri Zaf, Dian, Kevin, Keifa dan Keyril di ruang tamu..

Awak cakap dengan siapa?? Siapa yang jadi datang ke tak tu?? tanya Dian, yelah manalah tahu ada kawan-kawan Krystalyang serupa si Ery yang menyorok kat mana –mana ruang yang tersorok di rumah ni..

Krystal tidak menjawab, dia hanya memandang kearah Kevin yang sedang turut 
memandang kearahnya itu..

Jadi, tapi mungkin saya dengan kawan-kawan saya akan sampai lewat sikit sebab ada hal yang kitaorang kena settlekan dulu..ucap Kevin..

Zaf dan Dian sudah bertukar pandangan sebegitu juga dengan Keyril dan Keifa.. Masing-masing sudah tersenyum, senyuman yang penuh maksud tersurat dan tersirat..

Dah korang jangan nak fikir bukan-bukan erk.. Malam ni Krystal nak masak tom yam seafood.. Tu yang aku cakap aku nak join malam ni, korangkan suka sangat bantai aku punya tom yam seafood..cepat sahaja Kevin mencari alasan..

Zaf dan Dian memandang Kevin dengan jelingan dan senyuman yang sinis..  Tiba-tiba Zaf dan Dian tersenyum..Eleh macamlah kitaorang tak tahu yang itu cuma sekadar alasankan??

Haah, alasan untuk mencintai dan dicintai.. Zaf dengan cepat mengiyakan kata-kata Dian sebentar tadi.. Memang serasi betul diaorang berdua ni sekepala..

Keifa dan Keyril sudah memalingkan tubuh mereka, agar Krystal tidak nampak eksperasi muka mereka yang jelas sedang menahan ketawa saat itu.. Bayangkanlah, muka Zaf dan Dian yang sebegitu serius sebentar tadi, tiba-tiba sahaja berubah perwatakan, persis budak-budak tak cukup umur..

Krystal sudah menjeling kedua-dua adiknya yang sudah membelakang tubuh mereka, melihat bahu Keyril dan Keifa terhinjut-hinjut, tahulah dia adik-adiknya itu sedang menahan ketawa.. Bukan nak back up, boleh pula diaorang ketawakan kakak sendiri..
Manakala, Kevin mengetap gigi melihat Zaf dan Dian yang sudah ketawa berdekah-dekah itu, malah si Zaf siap menekan-nekan perut..

Korang jangan nak buat malu!! serentak itu Kevin menarik cuping telinga Zaf dan Dian..

Argh!! Sa.. Sakitlah sengok!! jerit Zaf dan Dian serentak, sengok itu adalah bahasa yang biasa diaorang bertiga gunakan se untuk sengal dan ngok untuk bongokdan semestinya yang pakar mencipta bahasa yang memang menghancurkan bahasa melayu itu adalah si Zaf..

Kitaorang balik dulu ye.. ujar Kevin, dia langsung tidak mengendahkan suara Dian dan Zaf yang sekejap merayu sekejap, mengugut dan sekejap menjerit meminta Kevin melepaskan telinga mereka..

Krystal, Keyril dan Keifa hanya mengangguk, kelakar pula mereka melihat Zaf dan Dian di tarik cuping telinga mereka oleh Kevin, macam mak yang menarik telinga anak-anaknya yang degil..

*****

Ada apa??tanya Krystal kepada Ery yang sedang berada di talian itu..

Aku dah dapat apa yang kau nak pasal Black dari kumpulan JJ tu.. Aku dah send terus ke komputer utama dekat bilik rahsia.. Kau kena pergi tengok cepat, sebab aku dah letakkan had masa selama setengah jam, lepas tu benda tu akan hilang..

Ok, aku tengok sekarang..Krystal terus menutup telefonnnya dan terus berlari ke bilik rahsianya untuk melihat tentang Black ahli kumpulan JJ yang sangat berpengaruh, tapi tak dikenali.. Dia tahu tentang Black itu pun selepas Ery memasuki kumpulan JJ sebagai pengintipnya.. Kumpulan JJ seperti ingin menyembunyikan identiti Black daripada pihak yang berkuasa, bagai ada sesuatu yang tidak boleh didedahkan..

Bayangkan, daripada setiap informasi yang diberikan oleh Ery.. Black terlibat dalam semua kegiatan kumpulan JJ, bukan yang kecil-kecil tetapi hanya yang besar-besar sahaja, malah ketua kumpulan JJ sendiri melindungi identiti Black daripada pihak berkuasa..  
Dari situ pun boleh diketahui bahawa Black sangat berpengaruh dan merupakan salah seoarang orang yang paling penting untuk kumpulan JJ sehingga identiti Black dijaga..

Ery sendiri pun pernah memberitahunya, tiada sesiapapun didalam kumpulan JJ yang pernah berjumpa dengan Black.. Malah orang-orang penting dan orang-orang kuat kumpulan JJ sendiri tidak dibenarkan untuk berjumpa atau mengetahui identiti Black melainkan ketua kumpulan JJ sahaja..

Tapi yang memusykilkan Krystal sekarang ini bukan kehebatan Black dan pengaruhnya dalam kumpulan JJ, tetapi identiti sebenar Black.. Kenapa dia dapat rasakan yang dia amat mengenali Black??

Sampai sahaja di bilik rahsia, Krystal dengan pantas membuka komputernya untuk melihat dokumen tentang Black.. Tangannya sedikit terketar-ketar untuk membuka profile Black, entah kenapa dia tiba-tiba rasa takut untuk mengetahui identiti sebenar Black, sedangkan selama ni dia yang sibuk menyuruh Ery mencari maklumat tentang Black..

Krystal menguatkan semangatnya untuk menekan folder profile Black, matanya terus membaca dengan teliti setiap baris yang terkeluar di paparan komputernya.. Krystal tiba-tiba terkaku, air matanya mengalir perlahan, badannya terketar-ketar..
Tak.. Tak mungkin!!

*****

So sorry, sebab entry lambat masuk.. Tak ada idea lah lately ni.. But entry lepas ni mungkin lewatjuga sebab tahun ni exam untuk PT3 jadi mungkin busy sikit.. Apa-apapun selamat membaca!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bestnya.. Sambunglah lgi!!!