Isnin, 7 Disember 2015

Love Y0u Spy Girl!! 9


Hello Krystal.. ujar Kevin sejurus Krystal mengangkat telefon..

Ya, ada apa?? tanya Krystal, telefonnya di loud speaker kerana tangannya sibuk memotong bahan-bahan masakan untuk malam ni.. Yelah ada orang nak datangkan malam ni.. 

Er, macam mana ya saya nak cakap ni.. Hmm..Kevin teragak-agak untuk memberitahu sesuatu pada Krystal..

Kenapa ni?? Awak tak jadi datang ke??

Bukan..

Krystal mengerutkan dahinya.. Kalau awak jadi nak datang, apa benda yang awak nak cakap sebenarnya?? Ke awak datang lewat sikit nanti??

Er. Taklah.. Sebenarnya, Tuan Azman dangan Puan Lia dan beberapa lagi ahli KSI pun nak datang sekali.. Bukan salah saya, Zaf dengan Dian yang kecoh sangat tadi.. Tu yang tiba-tiba diaorang semua nak ikut sekali..

Krystal tersenyum, seriously suara Kevin kedengaran comel sekali di pendengarannya.. 
Its  okay, saya tak kisah.. Saya pun baru start nak masak ni, takpelah saya boleh je masak lebih..

Tak menyusahkan awak ke?? Kalau menyusahkan, saya cancel jelah..Dahlah awak masih cedera lagi.. Lepas tu kena masak lauk banyak-banyak pula..

Awak risaukan saya ke??Krystal menghentikan tangannya matanya ditumpukan kepada hensetnya..

Er, ehem.. Mestilah saya risau, awak kena pukul teruk juga kot tadi, tangan awak pun lukakan kena tembak.. Awak ok ke??

Sekali lagi Krystal tersenyum, ambil berat juga dia ni.. Awak dah tolong urutkan saya tadi, mestilah saya ok.. Cuma tangan saya sakit sikit jelah, yelah walau kena tembak sipi-sipi pun masih sakit tau..

Sakit sangat ke?? Nak pergi hospital??

Kalau nak ajak saya pergi hospital.. Sepatutnya awak ajak dari petang tadilah, ada ke patut dah malam macam ni baru nak ajak saya pergi hospital..

Sorry, petang tadi saya tak tahu pula yang awak masih sakit.. Dah muka awak macam dah sihat je.. Oh ya, awak masak sorang-sorang ke??

Haah..

Adik-adik awak tak tolong awak masak ke??
Krystal diam..

Awak?? Awak ok ke?? Sorrylah kalau saya ada tersilap cakap..

Taklah, tadi diaorang memang nak tolong saya masak tapi saya tak bagi.. Mesti diaorang penat.. Macam- macam benda berlaku hari nikan..Krystal menundukkan kepalanya, berita yang Ery hantar tadi membuatkan hatinya takut..

Oh, boleh tak awak buka pintu rumah awak??

Kenapa??Krystal mengerutkan dahinya apabila Kevin tiba-tiba menyuruhnya untuk buka pintu rumahnya, ada apa-apa ke??

Alah, bukalah.. Kalau awak tak buka, selagi tulah awak takkan tahu..

Perlu ke saya tahu??

Entah, selagi awak tak buka pintu manalah awak tahu, sama ada awak perlu atau tak.. Tapi kalau awak taknak buka pun tak apa, terpulang pada awak..

Main teka tekilah pula.. Yelah tunggu kejap, saya pergi buka..Krystal bangkit dari tempat duduknya lalu pergi ke pintu utama rumah.. Sesampai sahaja didepan pintu, Krystal menggigit bibirnya.. Nak buka ke tak nak?? Buka jelah

Uwargh!!.. Sejurus pintu dibuka Kevin yang memang telah bersedia diluar pintu terus menjerit untuk mengejutkan Krystal..

Krystal hanya memandang sahaja wajah Kevin dengan muka blurnya.. Ni ke benda yang perlu saya tengok??

Kevin menggaru-garu kepalanya.. Ingatkan nak terkejutkan perempuan dihadapannya itu, tak sangka pula, dia yang terkejut mendengar kata-kata Krystal, macam kena hiris pula hati ni.. Saya tak kata pun yang awak perlu tengok, saya katakana lepas awak tengok tu baru awak boleh pilih sama ada perlu atau tak.. Kalau dah tak perlu, saya balik jelah..

Krystal terus menarik tangan Kevin yang kelihatan ingin keluar semula dari rumahnya itu.. Alah, takkan merajuk kot?? Saya gurau sikit pun nak merajuk, tak gentlemen langsunglah..

Dah awak cakap awak tak perlukan saya, buat apa saya ada kat sini.. Baik saya balik je, yelah daripada datang tapi orang tak sudi..Kevin mengalihkan pandangannya daripada Krystal..

Awak nak tahu sesuatu tak??tanya Krystal tiba-tiba..

Apa??

Awak nampak comel sangat kalau merajuk.. Hahaha, lain betul daripada Kevin yang saya kenal selama saya mengintip KSI.. Tak adalah muka tu nampak tegas je sepanjang masa..

Kevin terkedu seketika, dia mengetap bibirnya.. Manusia boleh berubah apa.. Kenapa awak tak suka ke??

Ada saya cakap manusia tak boleh berubah?? Dan ada saya cakap saya tak suka ke?? Saya ok je, kalau seseorang berubah atau tak, itu hak diakan.. Oh ya, kenapa awak datang awal sangat ni??

Kevin tersenyum.. Sebab disebabkan ramai kawan kerja saya yang akan datang nanti, jadi saya nak tolong awak masaklah..

Wow, rajinnya.. Awak tak ada kerja ke?? Sampai boleh ke sini pula nak tolong saya masak??

Sebab tak adalah saya datang, jomlah kita pergi masak.. Nantikan yang lain datang, kita masih tak siap-siap masak lagi..

Kalau awak dah nak tolong sangat, jomlah..Krystal menarik tangan Kevin untuk ke dapur, manakala Kevin hanya menurut sahaja, mata Kevin tertacap pada tangan Krystal yang menggengam tangannya, Kevin tersenyum..

*****

Woi buka pintu woi.. Orang dah tak tahan nak makan tom yam ni woi..jerit Zaf dari luar rumah..

Entah woi, orang dah lapar dah ni woi, buka cepat sebelum kitaorang pecahkan pintu ni woi.. dan macam biasalah, seorang lagi yang sentiasa menyambung kegilaan Zaf semestinya Dian..

Bagus juga idea tu.. Kita kira sampai tiga, kalau diaorang tak buka pintu ni, kita pecahkan pintu ni.. ujar Zaf..

Menurut perintah!!

Ehem-ehem!! tiba-tiba kedengaran bunyi deheman daripada belakang Zaf dan Dian..
Zaf dan Dian terkaku, Alamak!! Macam manalah diaorang boleh terlupa tentang kehadiran Tuan Azman dan Puan Lia?? Macam mana ni??

Zaf memandang Dian, Dian memandang Zaf.. Serentak mereka berpusing.. Selamat malam Tuan!! Maafkan kami, kami memang selalu bergurau macam ni..

Haish kamu berdua ni, perangai macam budak-budak betul.. Puan Lia dah menggeleng-gelengkan kepalanya..

Zaf dan Dian hanya tersengih sahaja mendengar kata Puan Lia, anggota-anggota KSI yang lain semua dah masak dengan perangai mereka hanya tersenyum dibelakang Puan Lia dan Tuan Azman..

Tiba-tiba pintu rumah dibuka dari dalam.. Jemput masuk semua..Keyril yang muncul disebalik pintu terus mempelawa tetamu-tetamunya untuk masuk ke dalam rumah..
Zaf dan Dian terus melangkah masuk dengan cepat sejurus pintu dibuka.. Fuh selamat dari kena bebel..

Wow, boleh bau sampai sini tom yam seafoodnya, bau yang amat menggoda dan mengasyikkan.. Zaf dah mula merepek..

Dian terus menendang kaki Zaf, terjerit Zaf dibuatnya..

Sakitlah ngongok!!

Tahu pun sakit.. Kau jangan lupa yang orang atasan kita ada sekarang ni.. Jangan nak buat hal gila kau kat sini erk.. ugut Dian, walaupun dia memang gila-gila dengan Zaf tapi kalau dah depan orang atasan mereka takkan nak buat kerja gila jugak kot..
Zaf terus diam.. Sebelum kepalanya terangguk-angguk..

Makanan dah siap, lauk boleh ambil dekat meja ni, makan dekat ruang tamu.. ujar Keifa yang muncul dari dapur..

Ok..balas Zaf, Dian dan yang lain-lain..

Oh ya, Key.. Kevin tak datang lagi ke??tanya Zaf..

Erm?? Senior Kevin dah datang sejam awal lagi, ada kat dapur tu.. Katanya sebab nak tolong kak Krystal masak..

Apa?? Daebak!! Diaorang ni memang betul-betul dalam proses mencintai dan dicintai ke??tanya Dian..

Entahlah..Zaf hanya memandang kearah dapur..

*****

Krystal memandang kesemua anggota-anggota KSI yang ada didepannya itu.. Sebelum matanya beralih kepada Keyril dan Keifa.. Mereka semua sedang makan..

Krystal tersenyum seketika, rasa lucu pula.. Yelah, dulu dia ni selalu ingin ditangkap oleh pihak KSI, tapi sekarang ni mereka boleh makan dalam satu rumah, macam tak ada apa-apa yang berlaku sebelum ni..

Akak kenapa berdiri je tu?? Jomlah makan sekali..ajak Keyril..

Ok..Krystal terus bergerak untuk mengambil makanan, setelah mengambil makanan dan air dia duduk di sebelah Keifa..

Terima kasih Krystal, sebab sudi masakkan untuk kitaorang.. Menyusahkan je.. dahlah petang tadi dah masakkan untuk kitaorang malam ni pun kau tolong masakkan untuk kitaorang.. Mesti kau penatkan.. ujar Dian..

Sama-sama, bukan susah mana pun.. Lagipun tadi Kevin dengan adik-adik saya ada tolong.. Jadi, tak adalah penat mana.. balas Krystal..

Tiba-tiba kedengaran satu suara yang menyebabkan mereka semua berhenti makan.. Cik Krystal..

Krystal memandang kearah dinding di sebelah tv, Max muncul di skrin kecil yang berada di situ.. Ada apa??

Telefon cik berbunyi, kawan cik Ery telefon.. Cik nak jawab dekat sini or cik nak jawab menerusi henset cik sahaja??

Krystal terdiam.. Erm.. Saya jawab melalui henset saya saja..

Baiklah cik..Max terus hilang sebaik sahaja mendengar kata-kata Krystal..

Saya minta diri sekejap.. Krystal berlalu untuk ke biliknya.. Bukan dia tak nak menjawab call Ery diruang tamu sahaja, tapi kalau Ery nak memberitahu perkara mengenai Black, pastinya semua orang akan syak sesuatu.. Walaupun diorang pastinya dah syak sesuatu sekarang.. Tapi yang paling penting mereka tidak tahu apa-apa pasal Black..

Ery yang petang tadi tu ke?? tanya Tuan Azman..

Ya Tuan, dialah Ery kawan yang paling rapat dengan Krsytal.. ujar Dian..

Lagi?? Matanya memandang kearah Kevin dan Zaf..

Ery adalah nak tunggal dan sudah tidak mempunyai sesiapa lagi didunia ni.. Daripada yang saya tahu, Krystal dan Ery telah berkawan dari umur mereka 15 tahun lagi.. Tetapi walaupun Ery dan Krystal sangat rapat, Keifa dan Keyril tak pernah tahu kewujudan Ery dalam hidup Krystal.. balas Kevin..

Dia juga merupakan salah satu pengikut kumpulan JJ, saya tak tahu apa yang Krystal dan Ery nak buat tetapi mereka pastinya ada motif mereka tersendiri sehingga Ery melibatkan diri dengan kumpulan JJ..sambung Zaf..

Motif apa?? Untuk membongkar rahsia tentang siapa pembunuh orang tua Krystal, Keyril dan Keifa??tanya Puan Lia..

Mungkin.. Atau mungkin mereka ada motif yang lain, saya tak boleh nak teka, kerana mereka sangat menjaga setiap langkah mereka.. Hanya beberapa info berkaitan kumpulan JJ mereka akan biarkan di sistem komputer dibilik rahsia Krystal.. Jadi kami tak boleh nak agak apa motif mereka yang sebenarnya..ujar Dian..

Keyril?? tanya Tuan Azman..

Keyril memandang Keifa seketika, sebelum dia membalas.. Saya tak boleh nak kata yang saya tahu, tapi saya rasa akak tengah nak cuba dapatkan maklumat seseorang.. Siapa orang tu saya tak boleh nak cakap, sebab akak memang sangat berhati-hati, contohnya petang tadi.. Saya dan Keifa dengar perbualan akak dengan Ery, diaorang cakap sesuatu dan akak tiba-tiba tergesa-gesa ke bilik rahsia, yang saya pasti benda yang akak tergesa-gesa nak tengok tu, sebab Ery dah meletakkan masa selama setengah jam sebelum benda tu hilang dan takkan dapat dilihat oleh mana-mana gadget..

Apa yang sebenarnya yang diaorang cuba sorokkan?? Keifa memandang kearah 
abangnya Keyril dan Keyril hanya mampu menggelengkan kepalanya..

*****
Sory lambat masukkan entry baru, tak banyak idea sangatlah lately ni.. But, hope korang enjoy membaca cerita Love You Spy Girl!!

Tiada ulasan: