“Kahwin?? Apa yang mama dengan papa merepek ni?? Siapa
yang nak kahwin??” tanya Tengku Nur Sabrina atau lebih gemar dikenali dengan
nama Sabrina itu..
“Apa yang merepeknya?? Takkanlah nak kahwin tu hal yang merepek?? Apalah
Rina ni!!” ujar Tengku Syahir..
“Yelah Rina, betul apa yang papa kamu cakap tu.. Siapa yang nak kahwin??
Rina tanya macam papa dengan mama ada anak lain selain Rina je.. Mestilah papa
dengan mama nak kahwinkan Rina, takkanlah nak kahwinkan anak orang lain pula..”
Tengku Shima pun bersuara..
Sabrina membulatkan matanya.. “Rina?? Mama dengan papa nak jodohkan
Rina?? Are you kidding me?? Is it true??”
“Of course dear.. Mana pernah papa dengan mama
main-main..”
Sabrina mengigit bibirnya mendengar kata-kata mamanya.. “Dengan siapa??
Rina kenal ke?? Anak kawan mama or papa??” tanya Sabrina bertalu-talu..
“Rina kenal, dulu masa kecil-kecil Rina selalu main dengan dia bila dia
datang sini.. Anak kawan papa..”
Berkerut dahi Sabrina cuba mengingati siapa gerangan yang disebutkan
oleh Datin Isma itu.. “Itukan masa Rina kecil.. Sekarang Rina dah besar,
manalah Rina nak ingat siapa orangnya..” ujar Sabrina setelah lama berfikir..
“Anak Uncle Rizmanlah.. Takkan Rina tak ingat..” celah Tengku Syahir..
“Anak Uncle Rizman?? Si Ameer tu ke??” tanya Sabrina laju..
“Hah kenal pun..”
“Seriously mama, papa?? Si Ameer tu yang mama dengan papa nak
kahwinkan dengan Rina??” Sabrina bertanya tidak percaya..
“Yelah.. Uncle Rizman kamu
tu mana ada anak lain selain Ameer..”
“No, Rina tak setuju.. Takkanlah mama dengan papa nak kahwinkan
Rina dengan playboy bajet hensem tu?? Pleaselah, Rina tak nak!!”
bantah Sabrina..
Tengku Shima dan Tengku Syahir memandang antara satu-sama lain.. Sebelum
Tengku Syahir bersuara..
“Rina cubalah rapat-rapat dengan dia, manalah tahu kalau dia suka dengan
Rina lepas tu nak berubah ke..”
“Kalau dia tak berubah juga macam mana?? Lagipun apa jaminan mama dengan
papa yang dia akan berubah kalau Rina rapat dengan dia?? Rina dengan dia pun
dah lama tak jumpa, last jumpa tak salah Rina 17 tahun yang lalu.. So,
mesti susah..”
“Sayang, cuba fikir positif sikit.. Belum apa-apa Rina dah cakap macam
tu, cubalah dulu..” lembut suara Tengku Shima memujuk anaknya itu.. Dia tahu,
keras-keras hati Rina pun ada lembutnya kalau dipujuk..
“Tapi mama..”
“Rina, betul apa yang mama kamu cakapkan tu.. Cuba dulu, oklah papa bagi
Rina masa untuk kena-kenal dengan dia..” Tengku Syahir mencelah..
“Maksudnya??” Sabrina mengerutkan dahi..
“Papa dengan mama bagi Rina masa 3 bulan, Rina cuba juga untuk rapat
dengan Ameer.. Pergilah ikut mana dia pergi, cakaplah Uncle Rizman yang
suruh.. Tapi kalau dalam 3 bulan tak ada perubahan juga, perkahwinan batal tapi
kalau dalam 3 bulan Ameer dah jatuh cinta dengan Rina, kahwin!! Amacam?? Ok???”
tanya Dato’ Syahir..
Sabrina memejamkan matanya seketika, cuba untuk berfikir.. Setelah lama
berfikir dia mengangkat wajah dan memandang kearah orang tuanya.. “Ok!! Rina
setuju!!”
*****
“Rina ingat ya, jumpa dengan
Ameer cuba kenal-kenal, jangan buat benda lain!!” Tengku Syahir awal-awal dah
bagi amaran, bukan dia tak tahu perangai anak perempuannya itu.. Kalau tak
diingatkan, pasti Sabrina bukan pergi berjumpa dengan Ameer, entah-entah dia
pergi melancung ke tempat lain.. Dah arif sangat dia dengan perangai anaknya
itu..
Sabrina mengeluh sambil kakinya laju melangkah untuk ke Restoran Bonda
di mana Ameer berada.. Kata-kata papanya tadi membuatkannya lemah semangat..
Sampai sahaja dihadapan restoran itu, matanya meliar mencari dimana Ameer
berada.. Setelah lama dicari, dia dapat melihat Ameer sedang duduk sekelompok
dengan 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan..
Sabrina mengetap gigi geram.. ‘Mama dengan papa ni pun satu, cakaplah
dengan mamat playboy tu yang aku nak jumpa dia.. Ini tak, boleh pula
suruh aku jejak mamat playboy tu sendiri, lepas tu suruh kenal-kenal even
depan kawan-kawan mamat playboy tu!! Tak patut betul kang tak
pasal-pasal aku dapat title perigi cari timba!!’ rungut Sabrina didalam
hati, tapi kakinya tetap melangkah kearah Ameer dan kawan-kawannya itu..
Sabrina terus mengambil kerusi kosong di meja bersebelahan dengan meja
Ameer kemudian dengan selambanya dia duduk hujung meja bersebelahan dengan
Ameer.. Suasana yang riuh tadi bertukar senyap, semua mata tertumpu kearah
Sabrina..
Sabrina buat muka blur sahaja, malu tak malu itu letak tepi.. Sekarang
ni dia kena fokus untuk ‘kenal’ dengan mamat playboy tu!!
“Excuse me?? Ini tempat kitaorang ya..” tegur salah seorang
daripada perempuan yang bernama Anne, manakala yang lain masih memandang kearah
Sabrina..
“Saya tahu!!” balas Sabrina selamba..
“So??”
“Saya malas nak panjangkan cerita, kita straight to the
point jelah.. Sebalum tu saya kenalkan diri saya dulu.. Nama saya Tengku
Nur Sabrina bt Tengku Syahir, umur 25 tahun.. Bekerja di SS Holdings, saya baru
sahaja habis belajar, 2 tahun yang lepas.. Saya tak tahu sama ada ibu dan ayah
awak, Ameer Syazwan bin Dato’ Rizman dah bagitahu awak atau belum, yang pasti
kita bakal dikahwinkan..” ujar Sabrina panjang lebar..
Ameer atau nama panjangnya Ameer Syazwan itu memandang tajam kearah
Sabrina..
“Apa yang kau merepek ni??”
“Saya tak merepek, saya cakap benda yang betul.. Uncle Rizman
dengan aunty Solehah yang suruh saya kenal-kenal dengan awak..”
Tiba-tiba kedengaran hilai tawa daripada kawan-kawan Ameer kedengaran..
“Oh no!! Playboy dah kena kahwin?? It’s so funny..”
ujar Kamal salah seorang kawan Ameer..
“Siapa kata aku nak kahwin?? Dengan perempuan macam ni?? Jangan buat
lawaklah!!” ujar Ameer sinis..
“Betul tu.. Apa nama kau tadi?? Sabrina ya.. Hmm, kesiannya kau ni, kau
tak tahu ke yang Ameer ni suka perempuan yang cantik, seksi, comel.. Bukan
bertutup litup macam kau tu..” Perempuan bernama Fida itu bersuara dengan
sombong..
Sabrina tersenyum sinis.. “Maksudnya perempuan yang tak ada maruah
tayang body sana sini macam tak ada duit nak beli kain tu ke??” tanya
Sabrina selamba, tapi kata-katanya itu agak kasar.. Nak buat macam manakan
memang sikap semula jadi dia suka cakap lepas..
“Kau jangan nak kurang ajar eh!!” jerit Fida kuat..
Sabrina hanya menjuihkan bibirnya.. “Tak payahlah jerit kuat-kuat, saya
bukannya pekak lagi..”
“Kau!!” Fida sudah bangun, dia ingin meluru kearah Sabrina tapi sempat
dihalang oleh Azman seorang lagi kawan Ameer yang kebetulan duduk disebelah
Fida..
“Aku ingat perempuan bertudung ni tahu nak hormat orang, rupanya tak..
Macam tak ada beza pun bertudung ke tak..” sinis Ameer bersuara..
“Saya bukan tak nak hormat orang.. Tapi, saya tak suka orang
banding-banding apa yang saya pakai.. Macam apa yang dia pakai tu dah cukup
baik je..” Sabrina masih bersuara dengan nada perlahan..
“Memang pakaian aku dah cukup baik, lagi mahal daripada pakaian kau!!”
jerit Fida..
Sabrina tersenyum.. “Cukup baik?? Dapat ke pakaian kau menutupi
aurat-aurat kau?? Mahal?? Dapat ke pakaian kau yang mahal tu selamatkan kau
daripada azab di akhirat kelak??” Sabrina balas dengan tegas, cukup pantang dia
kalau orang bermegah-megah dengan pakaian yang tak menutup aurat itu..
Fida terkedu..
“Stop it!! Kau cakap jelah apa yang kau nak, tak payah nak
cari pasal kat sini pula..” Anne pula bersuara..
“Fine.. Disebabkan papa dan mama aku dah bagi aku misi untuk buat
kau jatuh cinta dengan aku dalam masa 3 bulan, jadi aku kenalah kenal dengan
kau.. Jadi mulai hari ni, aku akan ikut kau pergi ke mana sahaja.. Dating
dengan girlfriends kau, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan kau or
ke mana-mana tempat lain yang kau nak pergi.. Tapi kau jangan risau kalau dalam
3 bulan kau masih tak jatuh cinta dengan aku, kita tak payah kahwin...”
“Kau ni memang tak tahu malu ke??” tanya Ameer..
Sabrina hanya menjungkitkan bahunya.. Gila tak malu?? Tapi orang tua
punya pasal,
terpaksalah aku berkorban, walaupun kalau boleh aku nak larikan
diri je sekarang ni..
*****
Sabrina memandang kearah Ameer dan kawan-kawannya, matanya tertumpu pada
Fida dan Anne seketika, waktu itu dia sudah ingin pulang ke rumahnya.. Sabrina
mengeluh, dia kembali ke tempat Ameer dan kawan-kawannya melepak..
“Kau buat apa lagi kat sini?? Tadi kata dah nak balik??!!” tanya Ameer
sedikit kasar, rimas pula dia melihat perempuan yang tiba-tiba muncul
dihadapannya dan kawan-kawannya itu..
“Memanglah aku nak balik, tapi aku belum minta maaf lagi..”
“Oh, kau nak minta maaf kat aku ke?? Yelah dah menganggu hidup aku
sepanjang hari ni..” tanya Ameer sedikit sinis..
Sabrina membuat muka.. “Oh please!! Aku takkan pernah minta maaf
dengan kau, sebabnya bukan aku yang nak buat semua tu ok.. Aku buat sebab orang
tua aku dan kau!! Nak harapkan kau pikat aku?? Memang takkan jalanlahkan.. Lagipun
aku bukannya nak sangat dengan kau!! And sepatutnya kau yang kena minta
maaf dengan aku tau!! Tak pasal-pasal aku yang kena ganggu hidup kau, semuanya
sebabkan kau ni buaya darat!! Huh!!”
Muka Ameer sudah berubah riak.. “Kau berambus sekarang, semak pula aku
tengok kau kat sini lama-lama!!”
“Memang aku dah nak berambus pun, tapi lepas aku dah minta maaf..”
Sabrina terus mengalihkan pandangannya kepada Anne dan Fida, malas dia nak
layan si Ameer tu, lama-lama boleh jadi gila tahu tak!!
“Aku minta maaf sebab aku dah cakap kasar-kasar dengan korang berdua,
aku emo sikit tadi, yelah kena paksa pikat lelaki gila..”
“Hoi!!”
Sabrina hanya menjeling Ameer yang menjerit apabila dikata lelaki gila..
“Aku tahu aku tak berhak nak judge korang, I’m so sorry..
Anggaplah yang kita gaduh tadi tu gurau-gurau je, aku tak naklah sebabkan
kelakuan aku tadi buat korang benci pula dengan aku.. Sorry ok??”
Fida memandang Anne, Anne pula memandang Fida, mereka tersenyum..
“Taklah, kitaorang yang sepatutnya minta maaf..” ujar Anne..
“Entah, lagipun kitaorang yang mulakan tadi..” Fida pula menyambung.
“Sorry..” Fida dan Anne bersuara serentak..
Sabrina tersenyum.. “Ok, friends??” tanya Sabrina sambil
menghulurkan tangannya kepada Fida dan Anne..
“Friends..” Fida dan Anne menyambut huluran tangan Sabrina,
mereka tersenyum lagi.. Mereka dapat melihat keikhlasan daripada mata Sabrina
ketika diamenghulurkan tangan, nampaknya Sabrina bukanlah teruk mana yang
disangkakan tadi..
“Oklah, kita jumpa lagi esok.. Friends!! And crazy boy!!”
Sabrina terus melangkah pergi setelah masalahnya selesai..
Ameer mengetap bibir geram apabila dia sekali lagi dikatakan lelaki
gila.. Tetapi tiba-tiba dia tersenyum, tak pernah ada perempuan yang
mengutuknya depan-depan, perempuan yang bernama Sabrina itu memang lain
daripada yang lain.. Lagipun dia suka apabila Sabrina berani meminta maaf,
walaupun bukannya dia yang mulakan dulu..
“Wow, playboy in love??” Kamal bersuara..
“Shut up!!” kata-kata Ameer disambut dengan gelakan dari
kawan-kawannya..
*****
Sabrina duduk hadapan Ameer yang sedang makan itu.. Ameer mengangkat
wajahnya memandang kearah Sabrina..
“Kau ni kenapa hah?? Masuk hari ni dah dekat sebulan kau asyik ikut aku
ke hulur ke hilir, kau tak ada kerja ke apa??”
“Tak ada.. Sebab papa aku asyik suruh aku kenal dan rapat dengan kau
je.. Terpaksalah aku ikut..”
“Yelah tu, ke kau dah jatuh cinta dengan aku??” ujar Ameer sambil
tersenyum, sudah hampir 3 minggu dia kenal dengan Sabrina, rupanya Sabrina ni friendly
juga.. Baik, lembut, sopan, cuma kalau dah marah je jadi hulk.. Malah
kawan-kawannya si Azman, Kamal, Fida dan Anne pun sudah mula rapat dengan si
Sabrina ni.. Anne dan Fida juga sudah mula berpakaian yang sedikit tertutup,
mungkin sebab dah sedar agaknya..
“Aku?? Jatuh cinta dengan kau?? Kau buat lawak ke apa??” Sabrina terus
berpura-pura untuk ketawa mendengar soalan daripada Ameer itu..
“Manalah tahu kau cintakan aku, yelah aku ni kan hensem..” Ameer sudah
mula perasan, masuk bakul angkat sendiri.. Semakin lama Sabrina mengenali
Ameer, semakin dia tahu yang Ameer memang suka perasan!!
“Papa aku bagi masa 3 bulan untuk buat kau suka aku.. Bukan buat aku
suka kau!!” balas Sabrina tidak mahu mengalah..
“Samalah tu, kalau dua-dua dah jatuh cinta barulah boleh kahwin..
Maksudnya kalau aku jatuh cinta dengan kau dan kau jatuh cinta dengan aku, barulah
kita boleh kahwin…”
“Pleaselah.. Siapa nak jatuh cinta dan kahwin dengan kau??
Lagipun girlfriends kau yang berlambak tu nak letak mana??” Sabrina
menjelirkan bibirnya kearah Ameer.. Dia cuba untuk menutup kegelisahannya,
entah kenapa hatinya ber dub dab sahaja sedari tadi..
“Kaulah!! Kalau pasal diaorang kau jangan risaulah, tahulah aku nak handle..”
Ameer berkata sambil tersenyum manis..
“Malaslah aku nak layan kau, banyak sangat merapunya, dah tercabut
agaknya wayar dalam otak kau tu.. Aku keluar dulu nak ke 7 eleven
kejap, nak beli wayar baru untuk kepala kau tu..” Sabrina terus keluar dari
situ dengan laju..
Wajah Sabrina yang mula merah itu membuatkan dia tidak boleh berhenti tersenyum
apatah lagi melihat Sabrina melarikan diri membuatkan senyumannya makin melebar,
dia sendiri tidak tahu kenapa..
‘Mungkin kau dah jatuh cinta dengan dia kut..” akalnya bersuara..
‘Maybe..’ hatinya masih tidak mahu membuat keputusan, tapi
sejujurnya Sabrina benar-enar dah mengubah perangainnya sedikit demi sedikit, sekarang ni dia sudah jarang berjumpa dengan girlfriendsnya yang berlambak itu, masanya banyak dihabiskan bersama kawan-kawan dan Sabrina yang asyik tak henti-henti bertanyakan itu dan ini tentang dirinya.. Jadi rasanya tak salahkan kalau playboy sepertinya jatuh cinta??
*****
Sabrina, Ameer dan kawan-kawan Ameer yang lain sudah berkumpul
bersama-sama di Restoran Bonda tempat kegemaran si Ameer itu.. Sudah hampir 2
bulan lebih berkenalan menyebabkan mereka sudah seperti kawan sahaja..
“Rina.. Kau belum berjaya buat Ameer jatuh cinta dekat kau ke??” tanya
Fida sambil mengangkat keningnya..
“Ha’ah, aku tengok kau dengan Ameer macam dah rapat.. Belum ada apa-apa
ke??” Anne pula bersuara..
“Buat Ameer jatuh cinta?? Korang berdua ni buat lawak ke?? Aku tak pikat
dia pun, aku cuma ikut dia je or tanya apa yang dia suka apa yang tak”
balas Sabrina, cinta?? Macam lawak sahaja bunyinya, bukan dia pikat si Ameer tu
pun..
“Memanglah, tapi aku tengok kau dengan Ameer macam sweet je tau,
macam dah boleh kahwin..” Azman pun berkata..
“Entah!! Tak payah tunggu 3 bulanlah, kahwin je terus..” ujar Kamal..
Ameer sudah tersenyum.. “Aku on je.. Kalau boleh sekarang ni juga
aku nak kahwin..” kata-kata Ameer membuatkan kawan-kawannya bersorak..
Sabrina membulatkan matanya.. “Kau jangan nak buat lawak kat sini boleh
tak.. Karang orang tua kita dengar, sekarang ni juga diaorang kahwinkan kita!!”
balas Sabrina sambil menjegilkan matanya..
“Biarlah orang tua kita dengar pun, boleh kahwin terus.. Lagipun mesti
kau tak sabar nak bersuamikan lelaki terkenal seperti aku ni..”
“Playboy terkenal maksud kau??” Sabrina berkata sambil tersenyum
kearah Ameer, sengaja dia memperbetulkan semula ayat lelaki itu..
“Playboy pun playboylah asal terkenal dan hensem sudah..”
Tak habis-habis perasan si Ameer ni!!
“Dahlah, stop main-main ok..” Sabrina sudah mula mengalah, dia
sebolehnya tidak mahu bercakap tentang hati dan perasaan.. Takut sendiri yang
sedih nanti apabila hatinya dah mula mengharap..
“Siapa kata aku main-main??” mendengar bicara Ameer itu membuatkan
Sabrina dan yang lain-lain pantas memandang kearah Ameer, wajah Ameer kelihatan
serius sambil matanya tajam memandang kearah Sabrina..
“Apa maksud kau ni Ameer?? Dah-dahlah pun kalau nak bergurau dengan
aku.. Aku datang sini nak makan, bukan nak layan kau punya ayat-ayat manis kau
tu.. Kita dah jadi kawankan, takkan dengan aku pun kau nak main-main..” ujar
Sabrina perlahan..
“Aku taknak untuk cuma jadi kawan kau, aku nak hubungan kita lebih dari
itu.. Memang itu yang orang tua kita nak pun kan?? Kau percaya atau tidak, kau
kena dengar, sebab inilah pertama kali aku cakap ni dekat seorang
perempuan.. Aku cintakan kau Sabrina,
aku cintakan kau setulus hati aku..”
“Ini bukan masa yang tepat untuk main-main Ameer, ini bukan benda yang
kau fikir boleh dibuat main.. Ini menyangkut soal hati dan perasaan tau tak!!
Perasaan aku, perasaan kau dan perasaan orang tua kita!!”
“Aku bukan main-main Sabrina!! Aku cintakan kau setulus hati aku!! Aku
tak nak tahu benda lain, yang aku nak tahu kau cintakan aku atau tak, sama ada
kau terima aku atau tidak, itu je!! Tolonglah jawab, aku nak jawapan yang
ikhlas dari hati kau!!”
Sabrina memandang kearah Ameer, wajah Ameer yang kelihatan ikhlas itu
membuatkan hatinya berbelah bagi.. Dia takut kalau Ameer hanya ingin
mempermainkan dia sahaja, dia takut untuk terluka!!
“Please Sabrina.. Give me an answer, do
you love me or not..” sekali lagi Ameer
berkata, nadanya seperti berharap sangat.. Memang dia sangat mengharap sekarang
ni, hatinya betul-betul dah suka dengan Sabrina..
“Aku.. Jawapan aku..” Belum sempat Sabrina menghabiskan kata-katanya
pelayan yang ingin menghantar air ke meja itu dengan tidak sengajanya
terjatuhkan air jus kearah Sabrina.. Dengan laju Sabrina bangun, tindakannya
itu menyebabkan tubuhnya terhentak sedikit ke meja sebelum terjatuh..
Sabrina sudah memejamkan matanya tapi tiba-tiba dia merasa ada tangannya
yang menyambutnya, pantas matanya dibuka.. Seketika matanya bertembung dengan
mata Ameer, tapi dengan laju Sabrina menepis tangan Ameer dan membangunkan dirinya..
"I'm sorry, aku tak sengaja nak sentuh kau.." ujar Ameer, tindakan drastiknya itu memang dia tak jangka langsung..
Sabrina hanya menganggukkan kepalanya, dia tahu Ameer bukannya sengaja ingin menyentuhnya tanpa sebab, memang kedudukan Ameer yang paling hamir dengannya, jadi takkan dia nak memarahi Ameer pula, belum sempat Sabrina ingin bersuara tragedi menimpa dirinya, pipinya tiba-tiba ditampar kuat oleh seseorang..
"I'm sorry, aku tak sengaja nak sentuh kau.." ujar Ameer, tindakan drastiknya itu memang dia tak jangka langsung..
Sabrina hanya menganggukkan kepalanya, dia tahu Ameer bukannya sengaja ingin menyentuhnya tanpa sebab, memang kedudukan Ameer yang paling hamir dengannya, jadi takkan dia nak memarahi Ameer pula, belum sempat Sabrina ingin bersuara tragedi menimpa dirinya, pipinya tiba-tiba ditampar kuat oleh seseorang..
Sabrina terkaku seketika apabila dirinya ditampar sebelum tiba-tiba tudungnya ditarik.. “Jadi
kaulah punca Ameer tinggalkan aku!! Tak sedar diri!! Dahlah buruk, hodoh ada
hati nak rampas boyfriend orang!!” jerit seorang perempuan yang entah
dari mana munculnya itu sambil tangannya masih kuat menarik tudung Sabrina..
“Apa ni Katty??!! Stop it!!” jerit Ameer yang kelihatan
terkejut melihat Katty salah seorang ex girlfriendsnya itu muncul secara
tiba-tiba.. Memang semenjak hatinya sudah mula terpaut dengan Sabrina, dia
sudah meminta putus dengan girlfriendsnya yang berlambak itu..
Katty buat tak kisah, kawan-kawan Ameer yang lain cuba untuk memisahkan
Katty dan Sabrina namun mereka tak mampu disebabkan genggaman Katty yang terlalu
kuat mencengkan tudung Sabrina, manakala Sabrina masih kuat mencengkam
tudungnya supaya tudung tidak terbuka..
Katty masih lagi tidak mahu melepaskan Sabrina walaupun sudah ditarik
beberapa kali.. Sabrina sudah tidak tahan, dia takut auratnya akan terbuka
kalau keadaan berterusan seperti itu, dengan sekuat tenaganya, tangannya
dihayunkan laju ke wajah Katty.. Pang!! Terjatuh Katty akibat tamparan yang
sangat kuat daripada Sabrina itu..
“Kurang ajar!!” Katty menjerit marah, bila bibirnya sudah mengalir
cecair merah.. Katty bangkit untuk mendapatkan Sabrina..
Ameer yang melihat Katty mulai bangkit pantas menghalang Katty dari
terus mendekati Sabrina.. “Dah Katty!! Cukup!!” jerit Ameer..
Kawan-kawan Ameer sudah menelan air liur, Katty memang agak obses sangat dengan Ameer, so tak berani sangatlah diaorang nak masuk campur.. Kalau si Katty ni, hanya Ameer yang boleh urus..
Kawan-kawan Ameer sudah menelan air liur, Katty memang agak obses sangat dengan Ameer, so tak berani sangatlah diaorang nak masuk campur.. Kalau si Katty ni, hanya Ameer yang boleh urus..
“I takkan berhenti selagi I tak puas hati.. Perempuan ni
dah tampar I, dia dah rampas you daripada I.. I
takkan berdiam diri!!” Katty juga tidak mahu mengalah..
“Apa yang you merepek ni?? I tinggalkan you bukan
disebabkan perempuan ni.. I tinggalkan you, sebab I tak
suka dengan you!! I tak pernah suka dengan you!! I
selama ni cuma main-mainkan you jelah!!”
“Apa maksud you?? Jadi selama ni you main-mainkan I??”
Katty kelihatan semakin membara..
“I tak percaya, you cintakan I.. Ini mesti
disebabkan perempuan tak guna ni!! Mesti dia dah hasut you untuk
tinggalkan I!! Selama dia selalu ikut you pergi mana-mana, mesti
dia yang buatkan you minta putus dengan I!!” Katty sekali lagi
ingin meluru kearah Sabrina..
“Tak!! Dia macam you juga, dia terlalu bodoh kerana percayakan I,
percaya yang I cintakan dia.. Sedangkan sekelumit cinta pun I tak
ada untuk dia, sama macam you.. I pun tak cintakan you.. I
ni playboy, I hanya nak kenakan you all, just
that!! Tapi you all yang bodoh sebab percayakan I!!”
“Sampai hati you buat I macam ni.. I cintakan you
Ameer, I really love you!!” Katty sudah mula
mengalirkan air mata..
“Itu masalah you, siapa suruh you bodoh sangat percayakan I??
Lagipun you sendiri tahukan yang I ni playboy?? So,
kenapa you cintakan I..” ujar Ameer sinis sekali..
“I hate you!! I hate you Ameer!!” Katty menjerit kuat
sebelum berlari keluar daripada Restoran Bonda itu..
Ameer hanya memandang sahaja Katty berlari keluar daripada situ..
Setelah bayang-bayang Katty sudah tidak kelihatan, dengan pantas dia berpusing
untuk mendapatkan Sabrina..
“Rina are you okay??” Ameer terus bertanya setelah dia sampai
disisi Sabrina..
Sabrina hanya diam.. Bush!!
“Aku menyesal sebab kenal dengan lelaki tak guna macam kau.. Sepatutnya
aku tak kenal lelaki licik macam kau ni!! Yang hanya tahu menyakitkan hati perempuan!!
Bodoh??? Ya aku bodoh!! Bodoh sebab aku hampir terima kau tadi, bodoh sebab aku
sudah mula cintakan kau!! Tapi kau jangan risau, orang bodoh ni takkan pernah
muncul dalam hidup kau lagi.. Kau tak payah tunggu 3 bulan, mulai hari ini!!
Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku!!” ujar Sabrina, air matanya turut
mengalir..
Sungguh dia amat terluka, kata-kata Ameer tadi amat menyakiti hatinya..
Tadi bukan main lagi Ameer menyatakan cinta, rupa-rupanya semua tu hanya
main-main sahaja.. Tipulah kalau dia kata dia tak sedih, dia amat sedih,
kecewa, bengang, semua ada.. Sabrina terus berlari keluar dari Restoran Bonda,
dia sudah tak nak terluka, cukuplah sekali..
Fida, Anne dan Kamal terkaku melihat Sabrina yang sudah pergi meninggalkan mereka dan Ameer yang sudah lecun disimbah dengan air sebelum mereka mengeleng-gelengkan kepala mereka.. Sabrina dah salah faham..
“Rina!! Sabrina!! Bukan itu yang aku maksudkan, kau dah salah faham!!”
Ameer menjerit memanggil nama Sabrina, mata-mata yang sibuk memandangnya dan bajunya yang habis lecun itu tidak dihiraukan, kelibat Sabrina sudah mulai hilang.. Ameer terduduk.. ‘Kau dah
salah faham Rina.. Aku tak maksudkan macam tu..’
*****
Hampir sebulan lepas kejadian di Restoran Bonda itu berlaku dan sudah
hampir sebulan jugalah Sabrina tidak berjumpa dengan Ameer.. Sabrina duduk
termenung di taman yang berada dibelakang halaman rumahnya..
“Hari ni adalah hari terakhir, hari terakhir untuk buat Ameer jatuh
cinta dengan aku.. Hari terakhir, sebelum aku bebas daripada berkahwin dengan playboy
macam Ameer.. Hari ni akan mengakhirkan semuanya, mengakhirkan sesuatu yang tak
sepatutnya aku mulakan..” Sabrina bersuara perlahan..
“Tak.. Hari nilah semuanya akan bermula, hari ni adalah hari yang Ameer
akan ucapkan sekali lagi yang dia amat mencintai Tengku Nur Sabrina bt Tengku
Syahir seikhlas hatinya, hari inilah hari yang akan mengikat Tengku Nur Sabrina
bt Tengku Syahir dengan Ameer, hari inilah yang akan memulakan semuanya yang
sepatutnya dimulakan dari dulu lagi..”
Sabrina terus memusingkan badannya mencari dari mana datangnya suara
itu, suara yang amat dikenali itu.. Tapi tiada sesiapa pun yang berada di
situ..
“Sabrina, maafkan saya.. Saya tak pernah berniat untuk sakitkan hati
awak, maafkan saya kalau kata-kata saya tempoh hari membuatkan awak terluka..
Saya cuma tak nak Katty apa-apakan awak, itu sahaja.. Saya taknak orang yang
saya cintai terluka, maafkan saya sebab tak fikirkan pasal perasaan awak, tapi
saya sendiri tak tahu kenapa laju je saya cakap semua benda itu.. Mungkin sebab
saya takut dia cederakan awak, mungkin saya takut apa-apa jadi dekat awak..
Tapi percayalah, saya tak langsung berniat untuk buat awak sakit hati atau
untuk kenakan awak.. I’m really love you, Sabrina”
Sabrina mula tersenyum, walau dia tidak tahu di si empunya suara, tapi
dia yakin itu adalah suara milik Ameer, suara orang yang sudah mula mengisi
ruang di hatinya kini..
“Mungkin awak dah tak nak percayakan saya, tapi saya tak boleh tipu diri
sendiri.. Sepanjang 2 bulan kita berkenalan, saya belajar macam-macam dari
awak.. Awak membuatkan hati saya yang dulunya tertutup untuk menerima cinta,
kini ia dibuka untuk menerima cinta, tapi cinta untuk awak sahaja.. Selama ni
saya cuba menidakkan cinta saya, tapi saya tak boleh sebab hati saya asyik
mengatakan yang dia mencintai awak sepenuh hati, hanya awak..”
Sabrina tertunduk, dia terdiam tak tahu untuk membalas apa.. Tapi dia tahu, dia yakin Ameer betul-betul ikhlas dengan apa yang diucapkan tadi.. Sabrina tersenyum..
“Tengku Nur Sabrina bt Tengku Syahir, saya tahu awak juga mencintai
saya.. Jadi yang saya ingin tahu sekarang ini.. Su, ehem-ehem..” kedengaran
Ameer berdehem seketika..
Ameer menarik nafas sebelum menghembusannya perlahan.. “Sudikah awak
menjadi yang halal untuk saya selama-lamanya??”
Sabrina mengigit bibir sebelum bersuara.. “Saya maafkan awak dan saya
ingin minta maaf.. Saya tak sepatutnya melulu simbah air dekat awak tanpa sebab, mesti awak malu sangatkan, dahlah saya simbah dekat depan orang ramai, I'm sorry.. Dan walaupun saya tak tahu, kat mana awak sekarang ni sama
ada ini betul awak atau awak hanya ilusi saya saja, saya cuma nak cakap yang… Saya sudi!!”
“Yeah!! Tahniah!!” habis sahaja Sabrina berkata, kelihatan orang tuanya,
orang tua Ameer dan kawan-kawan Ameer muncul dari dalam rumah sambil menepuk
tangan dengan kuat..
“Ameer mana??” hanya itu sahaja yang membuatkan Sabrina tertanya-tanya,
macam mana semua orang boleh ada di sini, dan kenapa Ameer tidak ada???
“Atas ni!!” mendengar suara Ameer tadi menjerit membuatkan Sabrina
memandang keatas.. Ameer sedang berada di atas pokok, dia terus melompat ke
bawah..
“Adoi..” jerit Ameer bila dia terjelopok jatuh ke bawah..
“Eh ok tak ni??” tanya Sabrina risau..
“Sakitlah takkan ok pula..” rungut Ameer..
“Tahu pun sakit, yang gatal pergi naik atas tu siapa suruh?? Dah tu main lompat-lompat macam katak pula tu..”
“Ada ke kita disamakan dengan katak?? Ish, tak nak kawanlah macam tu..”
Ameer sudah
memuncungkan bibirnya..
“Merajuk pula??”
“Mana tak merajuk Rina oi.. Hampir sebulan dia praktis nak panjat pokok
tau nak pujuk kau, alih-alih kau cakap dia katak, mahu tak sentap..” Anne
mencelah tiba-tiba..
Sabrina tersenyum.. “Kenapa kau tukar panggilan kita?? Bukan ke kita dulu beraku kau je??” tanya Sabrina tiba-tiba..
“Mestilah, kita dah nak kahwin mana boleh cakap beraku kau.. Tak sweetlah..”
“Habis tu awak saya tu sweet ke??”
“Itu sementara je.. Nanti lepas kahwin dengan saya, awak kenalah panggil
saya abang..” balas Ameer..
“Abang?? Tak nak baby??”
Ameer dah membulatkan matanya.. “Eh, kalau nak panggil baby pun
apa salahnya..” laju
sahaja Ameer berkata..
“Hah, senang je rupanya nak pujuk awak ni..” mendengar kata-kata Sabrina
membuatkan dia mencebikkan bibirnya, ingatkan betul-betul..
“Ameer.. Terima kasih awak sebab sudi terima saya, terima kasih awak
sebab pilih saya dan bukan girlfriends awak.. Terima kasih awak sebab
awak sanggup bersusah payah untuk saya, terima kasih sebab buat benda yang saya
sendiri tak jangka yang playboy macam awak sanggup buat, hanya untuk
saya..”
Ameer membalas pandangan Sabrina.. “Itulah orang kata berhati-hati kalau
playboy dah jatuh cinta, awak sendiri tak jangka apa yang bakal playboy
tu buat.. Tapi awak sangat malang dapat playboy macam saya sebab playboy
ni, bukan kenakan awak tapi playboy ni akan ikat awak sampai awak dah
tak boleh lepas lagi..”
Sabrina tersenyum.. “Boleh kalau awak tak nak lepaskan saya, tapi awak
kenalah ikat saya dengan ikatan sah dulu.. Kalau lambat takut awak terpaksa
lepaskan saya..”
Ameer memandang Sabrina sebelum memandang kearah Tengku Syahir dan
Tengku Shima.. “Uncle, aunty.. Jangan bagi Sabrina kat orang lain
tau, nanti hujung minggu Ameer ajak daddy dengan mummy pergi
meminang..”
“Yelah, uncle dengan aunty takkan bagi Sabrina dekat orang
lain.. Bagi dekat Ameer je!!”
“Mummy dengan daddy dah bersediakan nak pinang Sabrina,
hujung minggu ni?? Tanya Ameer, takut-takut tak jadi je..
“Yelah, Ameer.. Mummy dengan daddy dah bersedia lama dah
dari 3 bulan yang lepas lagi..” ujar Aunty Solehah, dai tersenyum,
suaminya Uncle Rizman turut mengukirkan senyuman, akhirnya anak mereka dah
jumpa cinta yang sebenarnya, tak adalah orang gelar anaknya playboy lagi
lepas ni..
Ameer sudah memegang dadanya lega.. Sabrina yang melihat Ameer berbuat
sedemikian sudah tersenyum gembira, dia yakin Ameer benar-benar mencintainya..
Anne, Fida, Azman dan Kamal sudah ketawa melihat Ameer yang kelihatan
takut, takut Sabrina terlepas dekat tangan orang lain.. Orang tua Sabrina dan
orang tua Ameer berpandangan sesama mereka sebelum tersenyum gembira..
‘Saya cintakan awak Ameer!!’ uit, siapa cakap tu?? Hihihi..
Tamat!!
Hope semua enjoy cerpen ni!!!