Sesampai
sahaja Krystal dan Kevin dirumah arwah ibu dah ayah Krystal, mereka berdua
cepat-cepat menurunkan bahan makanan untuk makan ‘tengah
hari’
mereka itu.. Pastinya adik-adiknya, juga kawan-kawan Kevin sudah kebuluran
didalam..
Buka sahaja
pintu rumah, terlihat Keyril, Keifa, Zaf dan Dian sudah melelapkan mata,
kesiannya.. Mesti lapar sangat, sehingga tidak ada tenaga..
“Awak tolong letakkan
bahan-bahan ni dekat dapur erk.. Saya nak naik atas kejap..”ujar
Krystal kepada Kevin..
“Oh, ok..”
Kevin terus menuju kearah dapur untuk meletakkan bahan-bahan masakan yang baru
sahaja dibeli di pasar sebentar tadi..
*****
Krystal mengerutkan
dahinya apabila melihat Kevin tertidur di meja yang disediakan didapur..
Krystal tersenyum, penat sangatlah tu, tak sampai tiga minit pun dia kat atas,
Kevin sudah pun terlelap..
Kyrstal
mendekatkan wajahnya dengan wajah Kevin.. ‘Hmm,
hensem juga mamat ni, walaupun mukanya nampak lesu dan penat wajahnya tetap
kelihatan cool..’Mana
tak penat, bukan dia tidak tahu Kevin dan dua orang kawannya itu, telah disuruh
untuk mengawasinya beberapa hari ni, mungkin mereka kurang tidurlah kot..
Sekali lagi
mata Krystal tertumpu kepada wajah penat Kevin.. ‘Sumpah!!
Memang hensem mamat ni, boleh cair kalau tengok lama-lama..’Krystal!!
Wake up!! Karang tak pasal-pasal ada yang mati kebuluran nanti sebabkan
kau tak masak –masak lagi!!
Krystal terus
meneruskan kerjanya yang tergendala disebabkan oleh kekacakan Kevin itu.. Huh,
serupa orang yang dilamun cinta..
Bahan-bahan
masakan untuk lauk ayam masak merah dan ikan masak tiga rasa disiapkan terlebih
dahulu sebelum memulakan proses memasak.. Matanya sempat dilirikan kearah jam
yang sudah menunjukkan pukul 3.21- petang..
Tangan Krystal semakin lincah memotong sayur-sayur, ayam dan ikan..
Semuanya dibuat dengan pantas agar makanan ‘tengah
hari’
mereka siap sebelum pukul 4 petang..
Kuali
dipanaskan, setelah Krystal melihat kuali itu sudah cukup panas, ayam yang
telah dipotong sebentar tadi di goreng.. Kemudian dia kembali memotong
bahan-bahan masakan..
“Aduh!! Aish..”
Krystal melihat jari telunjuknnya yang terhiris sedikit itu akibat dia agak
tergesa-gesa untuk memotong.. Jarinya itu dibawa ke singki dan dibasuh, sebelum
dia
kembali menyelesaikan kerjanya..
Apabila
dilihat ayam sudak siap dimasak pantas Krystal mengangkatnya, ketika ayam itu
diangkat untuk diletakkan di pinggan, pergelangan tangannya tersa sedikit
sakit, mungkin kesan sakit akibat terseliuh masih belum hilang.. Lain pula
dengan kakinya yang sudah ok itu.. Setelah hampir 25 minit berperang didapur itu,
akhirnya makanan yang dimasak telahpun siap..
Krystal
bertepuk seketika, gembira akhirnya dia telah siap memasak.. Matanya kemudian
tertala kepada Kevin, senyuman makin melebar sejurus sahaja matanya jatuh
diwajah Kevin.. Perlahan-lahan kaki dibawa melangkah kearah Kevin yang sudah
nyenyak itu..
“Awak.. Bangunlah,
saya dah siap masak ni..”panggil Krystal
perlahan..
“Hmm, lima minit..”
Kevin memusingkan kepalanya..
Krystal
tersengih mendengar suara Kevin yang kedengaran seperti anak kecil yang meminta
ibunya baginya masa untuk tidur lama sikit sahaja..
“Awak!! Bangunlah,
tadi kata lapar.. Saya dah siap masak ni, jomlah makan..”Krystal
mengerakkan sedikit tubuh Kevin..
Tiba-tiba
sahaja Kevin mengangkat wajahnya.. Krystal terkedu!! Wajah mereka begitu dekat
sekali, menyebabkan jantungnya berdetak laju.. Kevin yang mamai itu pun
terbeliak matanya apabila melihat wajah Krystal begitu dekat, pantas Kevin dan
Krystal menjarakkan jarak masing-masing..
“Sa.. Saya dah siap
masak, awak tolong kejutkan diaorang dekat ruang tamu erk..”
ujar Krystal sedikit gagap.. Alahai jantung, tolonglah jangan buat hal kat
sini!!!
“O.. Ok, saya kejutkan
diaorang sekarang..”
Kevin dengan laju terus melangkah ke ruang tamu.. Apa kau dah buat Kevin!!!!
*****
Krystal
tersenyum melihat gelagat adik-adiknya bersama dengan Kevin, Zaf dan Dian..
Makan macam dah lama tak makan saja, lahap gila..
“Apa yang akak asyik
tersengih-sengih tu??” tanya Keyril apabila
sedari tadi Krystal asyik tersengih-sengih sendiri..
“Tak ada apa-apalah,
akak cuma tak sangka yang korang lapar sampai macam ni sekali.. Kalau akak tahu
sebelum korang pagi tadi, akak dah siap-siap beli barang dah.. Taklah korang
kebulur macam ni..”ujar
Krystal sambil bibirnya tidak henti tersengih..
“Yelah tu, ke akak
gembira sebab ada ‘orang’
tu makan makanan yang akak buat ni..” Keyril bertanya
sambil keningnya diangkat.. Zaf, Dian dan Keifa sudah tersengih..
Hilang terus
sengihan yang tersungging di bibir Krystal sebentar tadi, Kevin pula sudah
tersedak.. Melihat Kevin yang sudah terbatuk-batuk membuatkan Krystal terus
menghulurkan segelas air dan
menepuk-nepuk belakang Kevin.. Tidak diduga oleh Krystal yang tindakannya itu
membuatkan Zaf, Dian, Keyril dan Keifa makin tersenyum lebar..
“Awak ok tak ni??”tanya
Krytal perlahan sambil tangannya masih menepuk belakang tubuh Kevin..
“Saya ok..”
Kevin berkata sambil menangguk-anggukan kepalanya..
“So
sweet..”
serentak Keyril dan Keifa bersuara..
“Zaf, awak ok tak ni??”
celah Dian tiba-tiba, tangannya juga menepuk-nepuk belakang tubuh Zaf seperti
yang dilakukan oleh Krystal..
“Saya ok je, awak
jangan risau..”Zaf
pun terus memainkan wataknya sebagai Kevin dengan berpura-pura batuk..
Kevin dan
Krystal sudah berpandangan sesama sendiri melihat gelagat Zaf dan Dian yang
sudah tergeak-gelak bersama dengan Keifa dan Keyril.. Krystal sudah membuat
muka ketat..
“Dah ada tenaga nak
gelak ni, maknanya dah kenyanglahkan??”tanya Krystal sambil
tangannya laju ingin mengemas lauk yang ada dimeja makan..Kevin yang melihat
tingkah-laku Krystal turut berbuat demikian..
Zaf dan Dian
dah tergamam.. Keyril dan Keifa pula menggigit bibir..
“Akak, orang lapar
lagilah..”rungut
Keyril, nak sentaplah tu, tak boleh nak diajak bergurau langsunglah kakaknya
yang seorang itu..
“Kitaorang baru lahap
sikit je ikan tiga rasa tu..” Zaf dah mula
merengek seperti budak kecil.. Dahlah ikan tiga rasa sudah lama dia inginkan,
bila dah ada depan mata takkan nak makan sikit je..
“Entah, takkanlah nak
gurau-gurau sikit pun tak boleh.. Janganlah sentap sangat..”
Dian ikut menyampuk, tak sanggup dia nak melihat ayam masak merah yang
merupakan makanan kegemarannya itu dibawa pergi..
Keifa hanya
memuncungkan mulutnya tanda dia merajuk, kalau sekarang dia bukan tengah
merajuk dengan Krystal, pasti mulutnya yang paling sibuk nak bersuara sekarang..
Krystal dan
Kevin memerhatikan muka mereka berempat yang sudah buat muka sedih.. Sebelum mereka berdua pula yang ketawa..
“Tahu takut..”Krystal
kembali meletakkan lauk ke atas meja makan dengan bantuan Kevin..
“Alahai,akak dengan
senior Kevin memang macam pasangan serasilah.. Comel gila!!”
bisik Keifa dekat telinga abangnya Keyril..
“Dapat anak buahlah
kita tak lama lagi..”balas
Keyril..
Pantas Keifa
menepuk paha Keyril, sambil ketawa perlahan.. “Merepek
betullah abang ni!! Kahwin pun belum dah dapat anak buah!!”
“Kutuk akaklah tu..”
Serentak itu
Keifa dan Keyril memandang ke depan dan buat-buat mereka tidak tahu
apa-
apa,wajah mereka diseriuskan, sebijik muka budak-budak tak pandai menipu..
Karang kantoi, menangis tak berlagulah perut mereka nanti.. Krystal tersenyum
melihat gelagat adik-adiknya itu, dah besar tapi masih kelihatan seperti
budak-budak..
*****
“Oklah, kitaorang nak
balik dululah, dah nak pukul 6 ni, nanti bising pula big boss
kitaorang..”ujar
Dian, apabila melihat angka jam yang semakin lama semakin menunjukkan hari
sudah makin lewat petang..
“Lah, senior dah nak
balik dah ke?? Tak duduk sini sampai malam ke???”
tanya Keyril, baru sahajadia nak berapat-rapat dengan senior-seniornya itu..
“Mestilah, dah lama
tau kitaorang duduk sini, Key.. Lagipun kitaorang banyak tugasan lagi kat
pejabat..”
kata Zaf membalas bicara Keyril..
“Malam ni, awak jadi
datang tak??”
tanya Krystal tiba-tiba..
Semua mata
terus ditumpukan kepada Krystal yang muncul tiba-tiba dari dapur itu.. Krystal
bergerak menghampiri Zaf, Dian, Kevin, Keifa dan Keyril di ruang tamu..
“Awak cakap dengan
siapa?? Siapa yang jadi datang ke tak tu??”
tanya Dian, yelah manalah tahu ada kawan-kawan Krystalyang serupa si Ery yang
menyorok kat mana –mana ruang yang tersorok di rumah ni..
Krystal tidak
menjawab, dia hanya memandang kearah Kevin yang sedang turut
memandang
kearahnya itu..
“Jadi, tapi mungkin
saya dengan kawan-kawan saya akan sampai lewat sikit sebab ada hal yang
kitaorang kena settlekan dulu..”ucap Kevin..
Zaf dan Dian
sudah bertukar pandangan sebegitu juga dengan Keyril dan Keifa.. Masing-masing
sudah tersenyum, senyuman yang penuh maksud tersurat dan tersirat..
“Dah korang jangan nak
fikir bukan-bukan erk.. Malam ni Krystal nak masak tom yam seafood.. Tu
yang aku cakap aku nak join malam ni, korangkan suka sangat bantai aku punya
tom yam seafood..”cepat sahaja Kevin
mencari alasan..
Zaf dan Dian memandang
Kevin dengan jelingan dan senyuman yang sinis.. Tiba-tiba Zaf dan Dian tersenyum..“Eleh
macamlah kitaorang tak tahu yang itu cuma sekadar alasankan??”
“Ha’ah,
alasan untuk mencintai dan dicintai..” Zaf dengan cepat
mengiyakan kata-kata Dian sebentar tadi.. Memang serasi betul diaorang berdua
ni sekepala..
Keifa dan
Keyril sudah memalingkan tubuh mereka, agar Krystal tidak nampak eksperasi muka
mereka yang jelas sedang menahan ketawa saat itu.. Bayangkanlah, muka Zaf dan
Dian yang sebegitu serius sebentar tadi, tiba-tiba sahaja berubah perwatakan,
persis budak-budak tak cukup umur..
Krystal sudah
menjeling kedua-dua adiknya yang sudah membelakang tubuh mereka, melihat bahu
Keyril dan Keifa terhinjut-hinjut, tahulah dia adik-adiknya itu sedang menahan
ketawa.. Bukan nak back up, boleh pula diaorang ketawakan kakak
sendiri..
Manakala,
Kevin mengetap gigi melihat Zaf dan Dian yang sudah ketawa berdekah-dekah itu,
malah si Zaf siap menekan-nekan perut..
“Korang jangan nak
buat malu!!”
serentak itu Kevin menarik cuping telinga Zaf dan Dian..
“Argh!! Sa.. Sakitlah
sengok!!”
jerit Zaf dan Dian serentak, sengok itu adalah bahasa yang biasa diaorang
bertiga gunakan se untuk ‘sengal’
dan ngok untuk ‘bongok’dan
semestinya yang pakar mencipta bahasa yang memang menghancurkan bahasa melayu
itu adalah si Zaf..
“Kitaorang balik dulu
ye..”
ujar Kevin, dia langsung tidak mengendahkan suara Dian dan Zaf yang sekejap
merayu sekejap, mengugut dan sekejap menjerit meminta Kevin melepaskan telinga
mereka..
Krystal,
Keyril dan Keifa hanya mengangguk, kelakar pula mereka melihat Zaf dan Dian di tarik
cuping telinga mereka oleh Kevin, macam mak yang menarik telinga anak-anaknya
yang degil..
*****
“Ada apa??”tanya
Krystal kepada Ery yang sedang berada di talian itu..
“Aku dah dapat apa
yang kau nak pasal Black dari kumpulan JJ tu.. Aku dah send terus ke komputer
utama dekat bilik rahsia.. Kau kena pergi tengok cepat, sebab aku dah letakkan
had masa selama setengah jam, lepas tu benda tu akan hilang..”
“Ok, aku tengok
sekarang..”Krystal
terus menutup telefonnnya dan terus berlari ke bilik rahsianya untuk melihat
tentang Black ahli kumpulan JJ yang sangat berpengaruh, tapi tak dikenali.. Dia
tahu tentang Black itu pun selepas Ery memasuki kumpulan JJ sebagai
pengintipnya.. Kumpulan JJ seperti ingin menyembunyikan identiti Black daripada
pihak yang berkuasa, bagai ada sesuatu yang tidak boleh didedahkan..
Bayangkan,
daripada setiap informasi yang diberikan oleh Ery.. Black terlibat dalam semua
kegiatan kumpulan JJ, bukan yang kecil-kecil tetapi hanya yang besar-besar
sahaja, malah ketua kumpulan JJ sendiri melindungi identiti Black daripada
pihak berkuasa..
Dari situ pun boleh
diketahui bahawa Black sangat berpengaruh dan merupakan salah seoarang orang
yang paling penting untuk kumpulan JJ sehingga identiti Black dijaga..
Ery sendiri
pun pernah memberitahunya, tiada sesiapapun didalam kumpulan JJ yang pernah berjumpa
dengan Black.. Malah orang-orang penting dan orang-orang kuat kumpulan JJ
sendiri tidak dibenarkan untuk berjumpa atau mengetahui identiti Black
melainkan ketua kumpulan JJ sahaja..
Tapi yang
memusykilkan Krystal sekarang ini bukan kehebatan Black dan pengaruhnya dalam
kumpulan JJ, tetapi identiti sebenar Black.. Kenapa dia dapat rasakan yang dia
amat mengenali Black??
Sampai sahaja
di bilik rahsia, Krystal dengan pantas membuka komputernya untuk melihat
dokumen tentang Black.. Tangannya sedikit terketar-ketar untuk membuka profile
Black, entah kenapa dia tiba-tiba rasa takut untuk mengetahui identiti sebenar
Black, sedangkan selama ni dia yang sibuk menyuruh Ery mencari maklumat tentang
Black..
Krystal
menguatkan semangatnya untuk menekan folder profile Black, matanya terus
membaca dengan teliti setiap baris yang terkeluar di paparan komputernya..
Krystal tiba-tiba terkaku, air matanya mengalir perlahan, badannya terketar-ketar..
‘Tak.. Tak mungkin!!’
*****
So sorry, sebab entry lambat masuk.. Tak ada idea lah lately ni.. But entry lepas ni mungkin lewatjuga sebab tahun ni exam untuk PT3 jadi mungkin busy sikit.. Apa-apapun selamat membaca!!