Semua mata tertumpu kepada lima orang lelaki yang sedang melangkah masuk
ke dalam Café.. Kelima-lima lelaki itu merupakan pemain basketball
untuk Kolej Elit, mereka sangat terkenal
kerana masing-masing memiliki wajah yang memang menjadi perhatian
perempuan-perempuan..
“Oi, korang pandang apa tu hah??” tanya Nur Iffah Syakirah kepada dua
rakan perempuannya yang sedang khusyuk memandang tempat lain, sehingga
kehadirannya disitu tidak diperasan oleh mereka..
“Kau ni.. Janganlah kacau, kitaorang tengah tengok mamat-mamat hensem
ni..” balas Aina, manakala seorang lagi kawanku Karina masih lagi leka
memandang jejaka berlima itu..
“Huh, korang ni.. Dah-dahlah asyik nak tengok lelaki-lelaki tu, diaorang
bukannya pandang orang macam kita ni.. Lagipun kita masuk sini bukan nak
bercintan-cintun ok, ingat kita ada mak ayah yang bersusah-payah masukkan kita
kat sini.. Jangan di sebabkan cinta, pelajaran ke mana, mak ayah kita ke
mana..” Nur Iffah Syakirah sudah memulakan bebelannya..
Aina dan Karina dengan pantas menutup telinganya.. “Dah-dahlah kau
membebel nek Iffah oi.. Sakit telinga aku dengan Aina mendengar bebelan kau
tu..” Karina bersuara..
“Ha’ah, dah banyak kali dah nek Iffah membebel dekat kitaorang, penatlah
kitaorang asyik kena ceramah je..”
“Korang ni, aku cakap untuk kebaikan korang tau.. Aku nasihatkan korang
sebab korang ni jelah sahabat aku yang paling aku sayang.. Aku tak nak korang
berdua terluka disebabkan cinta, terleka disebabkan cinta.. Lebih baik kita
fokus belajar.. Kalau ada jodoh adalah, kalau tak ada tak payahlah kita
terhegeh-hegeh..” lembut suara Nur Iffah Syakirah bersuara..
Itulah sikap dia.. Dia tidak mudah untuk melenting, marah sesuka hati..
Hatinya amat lembut, tapi tak bermakna dia lemah.. Dia sudah diajar dari kecil
lagi oleh mak dan ayahnya, sentiasa menjaga akhlak dengan sesiapapun.. Tak kiralah
orang jahat atau orang baik, kita tetap kena bersikap baik dengan mereka,
itulah pesanan mak dan ayahnya yang selalu diingatinya..
“Alah, kitaorang nak tengok je pun.. Bukan nak buat apa-apa pun, dah
diaorang berlima tu hensem sangat” balas Karina..
“Entah, bukan kitaorang nak ngorat diaorang pun.. Just tengok-tengok
je, lagipun memang lumrah manusiakan suka tengok benda yang cantik dan
hensem..” Aina turut menyokong kata-kata Karina..
“Aku tahu, tapikan lebih baik kita siapkan assignment kita yang
berlambak tu, kan lebih berfaedah.. Lagipun kalau kita tengok muka diaorang tu lebih
baik kita tengok muka mak ayah kita,dapat pahala..” Nur Iffah Syakirah masih
berbicara dengan lembut.. Dia bukannya orang yang suka memaksa orang lain, tapi
selagi dia mampu memberikan nasihat, dia akan cuba semampunya untuk menasihati
orang lain..
“Oklah, kitaorang salah dan kitaorang takkan buat lagi..” kata Aina dan
Karina serentak, masing-masing dah mengangkat tangan tanda mengalah..
Nur Iffah Syakirah tersenyum.. “Aku minta maaflah kalau kau terasa
dengan kata-kata aku tadi.. Tapi aku cuma taknak kita terlalu taksub memuji
orang lain, sedangkan Allah lebih berhak menerima pujian tu, kerana Dialah yang
mencipta semua yang ada di dunia ni..”
“Kitaorang tahu, kau sayang kitaorang sebab tulah kau selalu nasihatkan
kitaorang..” Aina berkata sambil memeluk bahu Nur Iffah Syakirah..
“Ha’ah, kau tak jemu pun nasihatkan kitaorang.. Dan kau je yang sudi
melayan karenah kitaorang ni.. Thank you so much!!” Karina turut memeluk
bahu Nur Iffah Syakirah..
Nur Iffah Syakirah tersenyum gembira, dia pun memeluk bahu kedua sahabat
kesayangannya itu..
*****
Dari jauh Lisa selaku ketua pasukan sorak Kolej Elit memerhatikan gelagat
Nur Iffah Syakirah dan kawan-kawannya itu.. Saat itu, beberapa ahli kumpulan
pasukan sorak Lisa, Adira dan Eryka sedang
duduk bersama dengan ahli pasukan basketball..
“Adam, kau tengok tiga orang perempuan tu..” ujar Lisa sambil
menunjukkan kearah Nur Iffah Syakirah dan kawan-kawannya..
“Kenapa pun dengan diaorang tu??” tanya Adam Syafiq a.k.a ketua bagi
pasukan basketball Kolej Elit..
“Kau tak nak kenakan budak-budak tu ke?? Macam yang selalu kau kenakan
dekat perempuan-perempuan lain..” balas Adira untuk Lisa, dia tahu pastinya
fikiran dia dan Lisa sama..
“Malaslah, dah banyak kali dah aku kenakan perempuan macam tu..” balas
Adam Syafiq acuh tak acuh..
“Ini bukan calang-calang perempuan, Adam oi.. Ini perempuan yang agak
berduri sikit..” Eryka turut bersuara..
“Banyak dah perempuan yang kau cakap berduri-duri ni, tapi sekali aku
senyum sikit semua cair..” Adam Syafiq berkata dengan selamba, bukan dia nak
sombong, tapi itulah hakikatnya..
“Adam, cuba kau tengok betul-betul.. Aku rasa perempuan ni memang lain
daripada yang lainlah..” ujar Kamal sambil memaksa Adam Syafiq untuk memandang
kearah perempuan yang mereka sebutkan dari tadi..
“Apa yang bezanya!!?? Sama je..”
“Kau tengok yang pakai tudung pink tu, yang duduk tengah- tengah..”
Aidil terus memanjangkan tangannya tepat
menunjukkan kearah Nur Iffah Syakirah..
“Perempuan yang aku tackle sebelum ni pun ada yang pakai tudung
juga.. Sama jelah..” Adam Syafiq masih tetap dengan keputusannya..
“Adam, trust me.. Kali ni, kalau kau nak tackle
awek tu, mesti payah habis.. Percayalah..” Akim mencelah..
“Ha’ah wei, aku dengar ada beberapa orang lelaki dah try ngorat dia..
Semua tak berjalan..” Zaidi turut menyokong kata-kata kawan-kawannya yang
lain..
“Seriously??” tanya Adam Syafiq sambil matanya diarahkan kepada
perempuan yang asyik diperkatakan itu..
“Yes!!” serentak semua kawan-kawannya berkata..
“I’ll try my best..”
Mendengar sahaja kata-kata Adam Syafiq yang lain sudah bersorak
keriangan.. “Ini barulah Adam Syafiq, Playboy yang tak pernah gagal
membuat perempuan-perempuan patah hati!!!”
Adam Syafiq tersenyum sambil mengangkat keningnya.. ‘Susah sangat ke nak
tackle perempuan macam tu??’
*****
Nur Iffah Syakirah berlari-lari anak untuk ke perpustakaan, dia ingin
meminjam beberapa buku untuk dibuat sebagai rujukan.. Aina dan Karina pula
hanya mengelengkan kepala mereka, itulah tabiat Nur Iffah Syakirah sedari
mereka bersahabat lagi..
Kalau perempuan lain sukakan Shopping Mall, tapi Nur Iffah
Syakirah terbalik.. Dia lebih suka membaca buku-buku,tak kiralah buku
apa-apapun.. Pasal pelajaran ke, cinta ke, seram ke, semua dia suka.. Kalau
pergi Shopping Mall pun bukan dia cari baju, dia pergi ke MPH nak
borong buku…
Sedang Nur Iffah Syakirah berlari-lari tiba-tiba tubuhnya terlanggar
seseorang, menyebabkan dia terjatuh..
“Adui..” perlahan Nur Iffah Syakirah mengadu kesakitan..
“Awak ok??” tanya Adam Syafiq, dia cuba untuk membantu Nur Iffah
Syakirah untuk bangun tetapi dengan laju Nur Iffah Syakirah menepis..
“Maaf, kita bukan mahram, lagipun saya boleh bangun sendiri..” ujar Nur
Iffah Syakirah, taknaklah pula ada orang terasa hati sebab dia menepis sebegitu.. Bukan dia sengaja, tangannya yang
laju menepis, mungkin sebab dia memang tak suka dipegang oleh orang bukan
mahram.. Bagi dia, selagi dia boleh buat dia akan buat sendiri tak perlu
menyusahkan orang lain..
Adam Syafiq terkedu seketika, dia hanya melihat Nur Iffah Syakirah yang
sudah berdiri itu..
“Sorrylah, saya tak tersengaja tepis tangan awak.. Sakit ke???”
tanya Nur Iffah Syakirah, takut-takutlah kalau dia tertepis kuat sangatkan..
“Eh, tak adalah.. Tak sakit pun..” balas Adam Syafiq..
“Oklah, kalau macam tu saya nak pergi dulu ya.. Sorry lagi sekali
sebab saya lari-lari sampai terlanggar awak.. Saya minta diri dulu ya..” Nur
Iffah Syakira berkata sambil tersenyum manis..
“It’s okay..” Adam Syafiq memerhatikan Nur Iffah Syakirah yang
sudah melangkah pergi itu, dia bagaikan terkaku untuk meneruskan
perjalanannya.. Dia macam tak nak Nur Iffah Syakirah melangkah pergi, dia ingin
berbicara lagi dengan Nur Iffah Syakirah..
‘Kenapa?? Kenapa dengan aku ni??!!’ Adam Syafiq melangkah pergi dengan laju
daripada situ, sambil tangannya memegang dadanya.. Jantungnya bagai tak nak
berhenti berdegup, bukannya dia berlari laju sangat, tapi kenapa jantungnya
berdegup dengan laju??
*****
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam.. Eh, awak.. Tak sangka kita berjumpa lagi, awak buat
apa kat sini??” ramah Nur Iffah Syakirah bertanya.. Dia sedang membaca buku di
tasik berhampiran dengan Kolej Elit, manakala Aina dan Karina sedang membeli
air..
“Saya saja-saja je nak jalan-jalan kat sini.. Tak sangka pula boleh
jumpa dengan awak..” ujar Adam
Syafiq membalas pertanyaan Nur Iffah Syakirah..
“Oh, saya memang suka belajar dekat sini.. Sambil-sambil tu boleh hirup
udara segar..”
“Oh ya lupa nak kenalkan diri saya.. Saya Muhd Adam Syafiq, just call
me Adam..”
“Nama saya Nur Iffah Syakirah, panggil Iffah boleh, panggil Syakirah pon
boleh..”
“Awak tak bosan ke asyik baca buku??” tanya Adam Syafiq, sepanjang dia
memerhatikan Nur Iffah Syakirah, dia selalu perasan yang perempuan itu selalu
membawa buku kemana-mana sahaja..
“Saya memang suka baca buku, boleh tambahkan pengetahuan.. Kenapa awak
tanya???” Nur Iffah Syakirah bertanya sambil tersenyum memandang kearah Adam
Syafiq..
“Taklah, biasanya perempuan kan suka dengan barang kemas, shopping,
tapi awak suka baca buku pula..”
“Saya pun tak tahu kenapa saya lebih suka membaca daripada buat semua
yang perempuan lain suka buat tu.. Mungkin sebab dari dulu lagi mak dan ayah
saya sudah ajarkan saya untuk hidup sederhana.. Lagipun saya rasa tak berbaloi
habiskan beratus-ratus untuk barang kemas je.. Kalau baju tu bolehlah, untuk
pakaikan..”
“Mak dan ayah awak memang selalu nasihatkan awak ya??”
“Ha’ah, mak dengan ayah saya selalu nasihatkan saya supaya jaga pergaulan,
jaga aurat, jaga maruah, jaga akhlak, macam-macam lagilah..”
“Oh, mesti diaorang sayang sangat dengan awak..”
“Memanglah, sekarang ni mereka cuma ada saya je.. Sayalah satu-satunya
anak mereka..”
“Sebelum ni awak ada adik-beradik yang lain ke??”
“Saya ada kakak dulu, tapi dah meninggal dunia.. Kemalangan dengan
tunangnya tahun lepas..” perlahan suara Nur Iffah Syakirah menuturkan
kata-katanya itu..
“Saya minta maaf, saya tak tahu..”
“It’s okay.. Saya tak kisah pun, benda dah jadikan..”
“Awak tak sedih ke??”
“Tipulah kalau saya kata saya tak sedih.. Pastinya saya sedih, saya
kehilangan kakak saya.. Tapi saya
tahu kesedihan saya tak boleh menandingi
kesedihan mak dan ayah saya sebab itu anak mereka yang mereka besar sejak 25
tahun dulu.. Mak dan ayah saya redha menerima ujian ini, jadi kenapa saya tak
boleh kan??”
“Apa perasaan awak kalau awak sebatang kara??”
“Saya sendiri tak tahu, tapi saya rasa saya akan sedih.. Bukan senang
nak hidup dekat dunia tanpa orang tua.. Tapi, saya yakin yang saya takkan lemah
sebab mak dan ayah saya dah didik saya dari kecil lagi, untuk redha dengan
setiap cubaan dan dugaan yang tertimpa kepada kita.. Lagipun Allah takkan
berikan ujian yang hamba-hamba-Nya tak mampu untuk hadapi dan Allah ada
perancangannya tersendiri..”
“Hmm, saya cemburu dengan awak..” suara Adam Syafiq sudah mulai
perlahan..
“Kenapa?? Apa yang ada pada saya sehingga awak cemburu dengan saya??
Saya rasa saya tak ada apa-apa yang istimewa pun sampai awak boleh cemburu
dengan saya..”
“Ada, ada banyak benda yang saya cemburu dengan awak, walaupun kita baru
kenal.. Tapi mendengar apa yang awak cakapkan dari tadi, cukup buat saya
cemburu.. Awak tabah, awak sabar, awak tak terlalu ikutkan perasaan sedih
awak.. Malah awak yakin yang Allah dah tentukan semuanya, yang Allah takkan
bagi ujian yang tak mampu hamba-hamba-Nya hadapi..”
“Awak pernah kehilangan seseorang ke??”
Adam Syafiq tersenyum hambar.. “Saya sebatang kara..”
Nur Iffah Syakirah terkedu… “I’m so sorry..”
“Takpe, awak tak perlu minta maaf… Macam yang awak cakap semua benda dah
jadi pun.. Thanks Akira, sebab awak saya sedar saya tak sepatutnya
terlalu bersedih.. Saya tak sepatutnya sakitkan perasaan orang lain disebabkan
saya bersedih, saya sepatutnya redha sebab papa dan mama saya selalu didik saya
untuk redha dengan apa yang berlaku.. Thanks so much
Akira..”
“Awak pernah lukakan perasaan orang lain??”
“Awak tahukan saya ni playboy.. Saya selalu pikat perempuan
kemudian saya tinggalkan mereka, saya permainkan perasaan mereka.. Dulu saya
tak macam ni, tapi selepas mama dan papa saya dah tak ada, saya berubah.. Saya
dah tak ingat dengan semua didikan yang diberikan kepada saya.. Saya terlalu
mengikutkan perasaan je..”
“Hmm, baguslah kalau awak dah sedar.. Saya tumpang gembira untuk awak
Syafiq..”
“Syafiq??”
“Tak salahkan?? Awak panggil saya Akira, saya panggil awak Syafiq..”
Adam Syafiq yang tadinya bersedih tersenyum terus.. “Memang tak salah
pun.. Oh ya, boleh tak kalau Syafiq nak jadi kawan Akira?? Tanya Adam Syafiq..
“Eh, mestilah boleh.. Akira bukannya pilih kawan, siapa yang nak kawan
dengan Akira, Akira kawan je dengan diaorang.. Kalau Syafiq tak kisah nak kawan
dengan Akira, Akira pun tak kisah kawan dengan Syafiq..”
Mendengar bicara masing-masing membuatkan mereka ketawa serentak.. Tetapi hanya sekejap sahaja apabila ada suara
yang berdehem.. Mereka terus berpaling melihat dimana suara berdehem itu
muncul..
“Aina, Rina..”
“Bercinta ke??” tanya Aina dan Karina serentak..
“Mana adalah, aku dengan Syafiq berbual je tadi..”
Adam Syafiq terus bangun.. “Saya pergi dululah, maaf menganggu.. Oh ya,
Akira kalau ada masa kita berbual-bual lagi ya..”
“In Sha Allah..” mendengar sahaja kata-kata Nur Iffah Syakirah, Adam
Syafiq pun beredar dari situ..
Aina dan Karina memandang tajam kearah Nur Iffah Syakirah..
“Aku berbual je dengan dia.. Seriously!!”
Aina dan Karina ketawa setelah meliha wajah Nur Iffah Syakirah yang
kelihatan mula pucat itu..
“Rileklah Iffah kitaorang tak kisahlah..” Aina
berkata kemudian memeluk bahu Nur Iffah Syakirah seperti selalu..
“Entah, macam kau cakap.. Kalau ada jodoh, adalah kalau tak ada,maknanya
tak ada.. Dah jodoh kau dengan dia, kitaorang tak kisah..”
“Kitaorang kawan jelah..”
“Kawan ke kekasih ke.. Kitaorang tak kisah..” Karina dan Aina terus
memeluk tubuh sahabat karib
mereka itu.. Nur Iffah Syakirah pun membalas
pelukan sahabat-sahabatnya itu, dia tersenyum..
*****
“Amacam?? Dah dapat tackle belum??” tanya Aidil kepada Adam
Syafiq.. Aidil merupakan kawan yang paling rapat dengan Adam Syafiq..
Adam Syafiq hanya berdiam diri sahaja..
“Tak dapat lagi?? Dah dekat 4 bulan dah, takkanlah tak dapat lagi.. Aku
tengok kau dah rapat dengan minah tu, takkanlah belum sangkut lagi.. Biasanya 2
minggu kau dah dapat, minggu depan Lisa dah suruh kau malukan dia..”
“Aku takkan malukan sesiapa lagi..”
“Maksud kau??”
“Bukan aku yang tackle dia, tapi aku rasa dia yang dah tackle
aku..” Adam Syafiq tersenyum sendiri mendengar kata-katanya..
“Apa??!!” Aidil mengerutkan dahinya, tapi seketika sahaja, dia tersenyum..
“Aku tumpang gembira.. So, minggu depan macam mana??” Aidil bertanya
lagi..
“Tak ada lagi acara memalukan orang.. Aku rasa aku nak propose
dia..”
Aidil tersenyum, inilah pertama kali dia melihat senyuman yang
benar-benar ikhlas terukir diwajah Adam Syafiq, pastinya kawannya itu
benar-benar dilamun cinta dan dia sendiri akan bantu Adam Syafiq untuk
mendapatkan cintanya itu..
*****
Adam Syafiq dan geng basketballnya tidak lupa dengan 3 orang ahli
pasukan sorak menunggu kedatangan Nur Iffah Syakirah dan rakannya yang dua
orang itu dicafe dimana selama ini itulah tempat mereka mengenakan setiap
perempuan yang dipikat oleh Adam Syafiq.. Setelah hampir beberapa minit
menunggu…
“Maaf sebab buat korang semua menunggu..” ujar Nur Iffah Syakirah sambil
menundukkan kepalanya.. Aina dan Karina turut berbuat demikian..
“Takpe, bukan lama sangat pun
Syafiq tunggu Akira.. Kawan-kawan Syafiq pun tak kisah..” gurau Adam Syafiq..
Kata-kata Adam Syafiq membuatkan semua mata kawan-kawan dia memandang
kearahnya.. Mereka terkejut mendengar Adam Syafiq mengelarkan dirinya Syafiq,
sedangkan semua tahu yang Adam Syafiq memang tak suka orang lain memanggilnya
Syafiq, sesiapa yang memanggilnya Syafiq pasti akan dimarahnya.. Panggilan
Syafiq itu merupakan panggilan arwah mama dan papa Adam Syafiq untuk dirinya,
jadi Adam Syafiq tak suka orang lain memanggilnya dengan panggilan Syafiq..
“Nasib baik tak lama.. Akira ingat Syafiq tunggu lama tadi..” Nur Iffah
Syakirah juga bergurau sebelum dia duduk dikerusi yang kosong diikuti Aina dan
Karina..
“Korang ni betul-betul bercinta ke??” tanya Lisa..
“Hah??” Nur Iffah Syakirah sudah mengerutkan dahinya..
“Gaya korang macam korang betul-betul bercinta.. Adam, kau betul-betul
cintakan dia ke??” tanya
Kamal pula..
“Apa maksud korang??” tanya Nur Iffah Syakirah..
“Takkan kau tak tahu?? Kitaorang suruh Adam untuk rapat dengan kau then
tackle kau sampai kau jatuh cinta dengan dia.. Lepastu clash..”Eryka
menjelaskan keadaan sebenar..
Nur Iffah Syakirah memandang kearah Adam Syafiq yang sedang tersenyum
tu… Mukanya jelas berubah.. “Hebat awak
Syafiq.. Awak cakap awak dah berubah..”
Adam Syafiq tidak menjawab..
“Tapi tak apa, saya tahu manusia boleh berubah.. Tapi perubahan perlukan
masa betulkan.. Jadi, kali ni saya maafkan awak..”
Adam Syafiq masih mendiamkan dirinya tanpa membalas kata-kata Nur Iffah
Syakirah..
“Tapi saya nak berterima kasih sebab awak tak buat sampai saya abaikan
pelajaran saya hanya sebab awak, kalau tak mungkin susah saya nak maafkan
awak..” Memang dia bersyukur, sekurang-kurangnya dia tidak mengabaikan
pelajaran hanya untuk seorang lelaki..
“Oklah kalau itu je yang korang nak cakap, saya minta diri dulu..” lirih
suara Nur Iffah Syakirah, tipulah kalau dia tak sedih, tak marah.. Dia rasa
semua tu, tapi dia malas untuk mendengar apa-apa lagi, dia takut dia yang
terlebih bersedih nanti..
“Nur Iffah Syakirah..” panggil Adam Syafiq lembut..
Nur Iffah tak jadi untuk berdiri, dia membalas pandangan Adam Syafiq..
“Ya Muhd Adam Syafiq, what can I help you??”
“Can you be my wife??”
“What do you mean by that??”
Nur Iffah Syakirah mengerutkan dahinya, sungguh dia tak faham dengan perangai
Adam Syafiq itu..
“Memang sebelum ni niat saya untuk permainkan perasaan awak.. Tapi sejak
saya mengenali awak, saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak.. Sepanjang 4
bulan lebih kita berkenalan, sikap awak, akhlak awak, cara awak menjaga
batas-batas pergaulan… Semuanya membuatkan saya jatuh cinta dengan awak.. Saya
cintakan awak Akira..” ikhlas Adam Syafiq bersuara mengungkap perasaannya..
“Macam mana saya nak tahu awak betul-betul ikhlas??” tanya Nur Iffah
Syakirah tegas..
Adam Syafiq tak menjawab sebaliknya dia menghulurkan telefon bimbitnya
kepada Nur Iffah Syakirah..
“Apa ni??”
“Encik Bakri..”
Nur Iffah Syakirah terus mengambil telefon bimbit Adam Syafiq setelah
mendengar nama ayahnya disebut..
“Assalamualaikum.. Ayah??”
“Waalaikumusalam.. Iffah, apa khabar?? Sihat??”
“Alhamdulilah, Iffah sihat.. Mak dengan ayah sihat??”
“Alhamdulilah, mak dengan ayah pun sihat je, Iffah..”
“Ya??”
“Ayah dah dengar semuanya nak… Tadi Adam telefon ayah dan buka pembesar
suara.. Adam betul-betul ikhlas dengan kamu, dia telefon ayah sejak 3 bulan
yang lalu, dia selalu bertanyakan khabar mak dengan ayah..”
“Kenapa Iffah boleh tak tahu ni??” Nur Iffah Syakirah menghalakan
pandangan kearah Adam Syafiq.. Adam Syafiq hanya tersenyum..
“Adam kata jangan beritahu Iffah dulu, dia nak betul-betul mengenali
Iffah sebelum dia buat keputusan.. Dia awal-awal lagi minta izin dengan ayah
untuk lebih mengenali Iffah.. Dia ikhlas dengan kamu Iffah, terimalah dia.. Mak
dengan ayah pun suka dia..”
“Tapi ayah..”
“Ayah yakin kamu juga sukakan diakan.. Yakinlah Iffah, kalau dia hanya
nak main-main, tak mungkin dia sanggup untuk menelefon ayah dan mak selalukan..
Hanya lelaki yang betul-betul ikhlas sahaja yang mampu melakukan semua tu..”
“Ayah.. Iffah sayang ayah dengan mak, terima kasih ayah..” ujar Nur
Iffah sambil tersenyum, tahulah dia yang Adam betul-betul tulus..
“Nur Iffah Syakirah, sudikah awak berkahwin dengan saya??” tanya Adam
Syafiq tiba-tiba..
Nur Iffah Syakirah terkaku seketika, tetapi bunyi suara ayahnya berdehem
membuatkan dia sedar dari lamunannya.. Dia tersenyum.. “Kalau awak benar-benar
ikhlas, datanglah ke rumah mak dah ayah saya..”
“Alhamdulilah..” dapat didengari jelas oleh Nur Iffah Syakirah suara mak
dan ayahnya yang mengucapkan syukur..
Adam Syafiq sudah tersenyum sambil mulutnya tak sudah-sudah mengucapkan
kata-kata syukur kepada Illahi…
Kawan-kawan Adam Syafiq tersenyum, mereka telah disuruh oleh Adam Syafiq
untuk berlakon yang kiranya Adam Syafiq memang nak kenakan Nur Iffah Syakirah,
tetapi sebenarnya Adam Syafiq nak bagi mudah jelaskan semuanya sahaja, sebab
tulah sampai call ayah mertua.. Eh silap, bakal ayah mertua..
Aina dan Karina sudah memeluk Nur Iffah Syakirah, mereka turut tumpang
gembira dengan berita gembira itu..
“Pandai awak rancang semua
nikan.. Berpakat dengan kawan-kawan awak dengan mak ayah saya sekali pula tu..”
Adam Syafiq tersenyum sahaja mendengar bicara Nur Iffah Syakirah..
“Sebab saya tahu kalau saya berpakat dengan kawan-kawan saya je, mesti awak dah
pergi dah tadi.. Sebab tulah saya berpakat dengan mak dan ayah mertua saya..”
“Oi, oi.. Belum kahwin lagi, jadi masih bakal mertua lagi ya..” balas
Encik Bakri yang masih ada dalam talian ketika itu..
Yang lain terus ketawa setelah mendengar bicara Encik Bakri..
“Sabarlah Adam oi, nanti kau kahwinlah dengan si Iffah ni, jadi tak
payahlah nak gelojoh sangat..” kata-kata
Aidil membuatkan semuanya kembali ketawa semula..
Nur Iffah Syakirah memandang Adam Syafiq, begitu juga Adam Syafiq,
mereka saling berbalas pandangan sebelum masing-masing tersenyum..
TAMAT