Rabu, 14 Januari 2015

Love Y0u Spy Girl!! 7





Krystal memerhatikan barang-barang mentah yang ada di peti sejuk, sebelum tersenyum..
Lupa pula tadi si Dian dah masak lauk ayam, pastinya ayam sudah tiada.. Aku tinggal sikit je ayam tu, sebab ingatkan tiada siapapun yang nak datang.. Lagipun, sebelum datang sini lupa pula aku nak membeli apa-apa bahan masakanujar Krystal perlahan sambil tangannya menutup semula pintu peti sejuk.. 

Krystal pantas melangkah keluar daripada dapur, kakinya kemudian laju di bawa ke tingkat atas, untuk ke biliknya.. Semasa melintas di ruang tamu, Krystal tidak mempedulikan langsung mata-mata yang memandangnya penuh tanda tanya..

Setelah sampai di bilik, kunci motornya yang seingatnya diletakkan di meja bilik dicari.. Aik, mana pulalah kunci motor aku ni menyorok??kata hati Krystal sambil dahinya sudah berkerut memikirkan di mana koordinat kuncinya sekarang..

Hah!! Apalah pelupa sangat kau ni Krystal.. Tadikan kau keluar, lepas tu kau letak kau punya kunci kat meja dekat ruang tamu!! jerit Krystal memarahi dirinya sendiri..

Angka jam yang semakin lama meningkat minitnya itu membuatkan dia sedikit gelabah.. Takut juga dia kalau ada yang tiba-tiba kena gastrik sebab dia lambat sangat memasak, tak pasal-pasal pula ada yang masuk hospital disebabkan dia..

Kaki terus ditujukan ke arah pintu, untuk keluar sambil tangannya pantas mengambil jaket hitamnya yang tersangkut di belakang pintu.. Berlari anak Krystal untuk ke ruang tamu..
Akak kenapa ni?? Gelabah je Key tengok?? Kenapa, ada benda yang berlaku ke?? tanya Keyril bertalu-talu apabila melihat kakaknya yang sedikit kelam kabut berlari ke ruang tamu itu..

Bahan masakan habis, akak kena keluar beli bahan sekejap.. Korang tahan lapar sekejap boleh?? Ke nak akak beli lauk dekat luar je?? tanya Krystal sambil matanya melilau mencari kunci motornya yang diletakkan di meja..

Keyril hanya mengangkat bahu, kemudiannya dia memandang ke arah Kevin, Keifa, Dian dan Zaf bergilir-gilir..  Kalau dia, dia lebih suka kakaknya yang masak, tapi kesian pula dekat yang lain-lain terpaksa berlapar..

Oh, sorry sebab saya ingatkan ayam ada lagi.. Dian meminta maaf, di sebabkan dia bahan habis..

Its okay, lagipun ikan pun dah habis.. Jadi saya boleh beli sekali.. Jadi macam mana ni?? Nak saya beli or tunggu saya beli bahan sekejap??tanya Krystal sekali lagi..

Saya tunggu awak masak jelah.. ujar Dian, manalah tahu dia boleh tumpang sekali belajar memasak.. Lagipun teringin juga dia merasa makanan buatan Spy Girl yang selama ni di buru..

Saya punZaf pun bersuara menyatakan dia juga tidak kisah untuk menunggu..
Krystal kemudian mengalihkan pandangannya memandang Kevin, tapi hanya untuk seketika sahaja sebelum matanya dialihkan untuk memandang Keifa yang mendiamkan diri sedari tadi..

Ifa tak kisah..Keifa bersuara dingin, dia masih merajuk lagi dengan Krystal jadi dia tak nak cakap lebih-lebih..

Korang semua ok, saya pun oklah.. ujar Kevin setelah yang lain menyatakan yang mereka bersetuju untuk menunggu Krystal membeli bahan masakan dan memasak untuk mereka..

Oklah kalau macam tu saya masak jelah.. Oh ya, ada nampak kunci motor saya tak??tanya Krystal, seingatnya dia meletakkan kunci motornya di meja kat ruang tamu itu, tapi kenapa hilang?? Takkanlah dia silap letakkan kot..

Oh ni ya.. ujar Kevin sambil menunjukkan satu kunci yang dijumpai di kakinya, mungkin terjatuh barang kali..

Hah tulah.. Krystal bergerak untuk mengambil kunci motornya yang kini berada ditangan Kevin.. Tapi nasib malang buatnya, disebabkan pergerakannya agak tergesa-gesa.. Kakinya secara tidak sengaja tersandung kaki meja, badannya hilang imbangan.. Krystal sudah memejamkan matanya..

Krystal terkedu untuk beberapa seketika, entah kenapa dia terasa yang kini tangannya telah memaut bahu seseorang, tak bukan memaut lebih kepada.. PELUK!! Krystal pantas membangunkan dirinya dengan pantas, bibir diketap menahan malu yang amat..

Kenapalah dalam banyak-banyak orang dalam rumah ni.. Dia juga yang aku terpeluk.. Kau ni pun satu Krystal!! Boleh pula kau main drama kat sini, main tersandung-tersandung macam heroinlah lepas tu hero tolong sambut!! Sweet sangat!!marah Krystal kepada dirinya sendiri..

Fuyoh.. Keyril, Zaf dan Dian sudah mula mengusik, suka pula mereka melihat wajah Krystal dan Kevin yang sudah kemerah-merahan itu, pastinya mereka malu.. Alah tapi hati masing-masing manalah kita tahu, mana tahu diaorang sendiri suka dengan apa yang berlaku..

Keifa pula hanya tersenyum.. Walaupun dia rasa Krystal dan Kevin bukanlah kenal sangat antara satu sama lain, tapi  entah mengapa dia dapat rasakan yang mereka berdua sangat sesuai menjadi sepasang kekasih..

Kevin turut terkedu, pandangannya dialihkan memandang tempat lain.. Pelukan Krystal yang erat di lehernya tadi membuatkan hatinya berdebar-debar.. Kenapa?? Kenapa hatinya berasa seperti ini?? Takkanlah aku sudah.. Jatuh cinta?? Kevin menelan air liurnya dengan payah..

Kevin mengalihkan semula pandangannya untuk memandang Krystal semula, dia tersenyum melihat wajah Krystal yang seperti sudah terbakar, merah betul..  Kesian pula dia melihatnya, apatah lagi Dian, Zaf dan Keyril asyik mengusik sahaja.. Dia tak kisah pun kena usik, hatinya kebal.. Tapi nasib baiklah si Keifa tu merajuk dengan kakaknya itu, kalau tak.. Pasti Keifa turut akan ikut mengusik dia dan Krystal..

Nah kuncinya.. Kevin berdiri dan menghulurkan kunci motor kepada Krystal..
Krystal menyambut huluran itu dengan pantas, Krystal terus berjalan laju untuk pergi jauh dari ruang tamu itu.. Tapi suara Keyril menghentikan langkahnya..

Akak nak bawa motor dengan keadaan akak cacat macam tu ke?? tanya Keyril, selamba sahaja dia bertanya..

Cacat?? Amboi, amboi, amboi.. Key cakap akak cacat?? Hei, ada yang nak tidur luar rumah ni..Krystal membulatkan matanya memandang kearah Keyril, selamba badak dia je panggil orang cacat.. Tak nak kawan, huh!!

Alah, janganlah merajuk, orang gurau je.. Dah akak yang tak sedar diri, dah sakit tapi nak juga naik motor..Marah Keyril..

Ek eleh, ni siapa yang tengah marah?? Dia ke aku?? Tak faham betul aku.. Cakap aku tak sedar diri pula tu.. Bukannya sakit mana pun..

Key tak kira, Key ikut akak.. ujar Keyril..

Kira tak kira.. Akak punya motor, akak punya badan.. So, just shut up and wait!!ujar Krystal selamba, keadaannya bukanlah lemah mana sampai kena berteman bagai.. 

Lagipun kaki dan tangannya dah dirawat pun, jadi tak adalah sakit manapun kalau setakat nak naik motor..

Akak..Keyril sudah mengerutkan dahinya.. Orang risaukan dia kot, boleh pulak dia buat selamba macam tu..

Krystal buat muka tak kisah, dia melangkah laju keluar daripada rumah.. Karang lambat dia masak, ada pulak yang pengsan kat sini..

Tak apalah biar saya je yang temankan dia..ujar Kevin tiba-tiba..

Semua mata sudah terarah kearah Kevin, masing-masing mengukir senyuman.. Kevin yang melihat terus bangun..

Pergi dulu.. Kevin teru berlari keluar.. Seram pula nak duduk dengan diaorang, lagipun dia pasti kalau dia terus duduk disitu.. Pasti Zaf dan Dian akan mengusiknya mengenai peristiwa romantiktadi tu, jadi lebih baik dia larikan diri dulu..

*****

Krystal berlari-lari anak untuk mendapatkan motornya.. Belum sempat, tangannya ingin menghidupkan enjin motor, dia sudah ditarik.. Tubuhnya berpusing..

Erk, a.. Apa awak buat ni??tanya Krystal apabila matanya menangkap gerangan yang menarik tangannya tadi..

Saya nak ikut awak..balas Kevin sambil matanya dihalakan kearah lain, entah kenapa tiba-tiba dia tidak boleh memandang wajah Krystal..

Er, buat apa?? Saya oklah, tak sakit pun..

Saya kena pergi juga!!tegas Kevin membalas, matanya masih tidak memandang kearah Krystal..

Krystal mengerutkan dahinya.. Apa maksud awak?? Awak kena pergi juga?? Ada orang paksa awak pergi ke?? Keyril ke??

Tak saya nak pergi sendiri.. A, awak tahulah kan tadi awak terjatuh kat saya.. Saya malas nak dengan diaorang usik-usik saya.. Kevin menerangkan hal sebenarnya..

Oh..Sebab tu ke?? Kalau macam tu kejap, saya ambil kunci kereta kejaplah.. Takkan nak naik motor pulakkan.. Krystal sudah berkira-kira untuk melangkah, tapi tiba-tiba tangannya digenggam..

Kita naik kereta saya jelah..Kevin terus membawa Krystal ke keretanya, Krystal yang terkedu itu hanya mengikut langkah Kevin sahaja..

Kevin membukakan pintu penumpang disebelah depan untuk Krystal.. Masuklah..

Krystal memandang Kevin lama.. Erk, tangan saya..

Kevin memandang kearah tangannya yang erat mengenggam tangan Krystal, dengan laju genggaman tangannya dilepaskan.. Apa kau buat ni Kevin??!! Memalukan diri sendiri jelah!!jerit hatinya, tangannya pula laju menampar pipinya..

Krystal tersenyum melihat gelagat Kevin, kelihatan comel pula Kevin ketika itu.. Yelah setahunya selama ini, Kevin mana pernah gelabah seperti itu.. Eleh cakap orang, kau pun samalah!! ejek akalnya.. Krystal menggigit bibir sebelum masuk ke dalam kereta..
Kevin pula terus menutupkan pintu Krystal dan berjalan untuk ke tempat duduk 
pemandu..

*****

Krystal dan Kevin memandang kearah pasar yang kelihatan sesak itu sambil menggaru kepala masing-masing..

Ramailah pula.. rungut Krystal dan Kevin perlahan..

Macam nilah, awak tunggu jelah dekat kereta.. Karang kalau kita pergi sama-sama, seorang ke sana, seorang ke sini..

Kalau macam tu, sama jelah macam awak pergi seorang diri.. Biarlah saya temankan, kalau tak jumpa ke nanti, boleh call kan??balas Kevin..

Saya lupa nak bawa handphone saya..

Kevin menggaru dahinya perlahan.. Kalau macam tu, terpaksalah..

Terpaksalah apa?? tanya Krystal..

Kevin tidak menjawab, sebaliknya dia terus mengambil tangan kanan Krystal lalu digenggam erat.. Awak nak beli apa dulu?? Kevin bertanya cuba menutup malunya, tindakan refleksnya itu memang tak dijangka langsung..

Krystal terdiam, kelu lidahnya untuk berkata-kata.. Er, erm.. Kita beli ayam dululah..
Ok.. Kevin terus menarik tangan Krystal untuk masuk ke dalam pasar itu..

*****

Awak nak berapa kilo?? tanya Kevin..

Erm, 3 kilolah.. Boleh simpan stok.. balas Krystal sambil tersenyum..

Ok.. Abang, bagi ayam 3 kilo ya.. Kevin terus berkata kepada penjual ayam itu..

Ok dik, nak potong ke tak??

Potong lapan..Krystal  bersuara..

Ok..

Sambil menunggu ayam dipotong, Kevin dan Keyril melihat ikan-ikan yang ada disebelah tempat jual ayam itu..

Acik, bagi 2 ikan siakap dengan 2 ikan bawal..ujar Krystal..

Ok..

Kevin memerhatikan sahaja tingkah Krystal, tak kekok pun dia dengan persekitaran pasar itu..

Nah dik 3 kilo ayam..ujar penjual ayam itu, sambil menghulurkan plastik berisi 3 kilo ayam kepada Kevin..

Berapa bang??

24 ringgit, tapi sebab isteri adik tu comel.. Abang bagi 20 ringgit dahlah.. ujar penjual ayam itu..

Kevin terkedu, Krystal membulatkan matanya.. Saya bukan isteri dialah bang.. Kawan je.. pantas Krystal bersuara..

Lah yeke.. Tapi korang nampak sepadanlah, comel sangat.. Senang-senang kahwin jelah..

Krystal menggigit bibir..

Kevin tersenyum.. Tengoklah macam mana bang.. Kalau ada jodoh ada, kalau tak ada tak adalah.. 24 ringgit ya?? Kevin sudah mengeluarkan duitnya..

Krystal tercengang, apa mamat ni merepek tiba-tiba ni?? Kahwin?? Jodoh??

Takpelah, 20 ringgit dah..penjual ayam itu tersenyum..

Terima kasih bang..

Sama-sama..

Krystal pantas menarik tangan Kevin jauh dari situ..

Eh, ikan awak dah ambil ke??tanya Kevin, bila melihat Krystal dengan laju menariknya pergi dari situ..

Dah, dah bayar pun.. ujar Krystal sambil menunjukkan plastic yang berisi ikan kepada Kevin..

Kevin tersengih, dia asyik sangat melayan abang penjual ikan tadi kot, sampai tak perasan yang Krystal dah pun selesai membeli ikan..

Lepas ni awak nak beli apa??

Erm, saya rasa nak beli udang dengan sotong sikitlah.. Boleh buat tomyam seafood malam ni..

Tomyam seafood??tanya Kevin teruja..

Haah, kenapa awak suka tomyam seafood ke??

Suka sangat, favourite saya tu..

Kalau awak nak saya boleh masakkan lebih untuk awak, boleh awak bawa balik nanti..
Boleh juga, tapi kan awak kata nak masak malam ni..

Takpelah, malam nanti boleh panaskan.. Masak lauk lain pun boleh..

Tak sedaplah kalau panaskan, kan lagi sedap kalau hiding terus.. Ataupun macam ni, awak masak je untuk malam ni.. Nanti saya ajaklah Zaf dengan Dian pergi rumah awak.. Tu pun kalau awak sudilah.. ujar Kevin, dalam hatinya berharap sahaja agar Krystal bersetuju.. Boleh jumpa lagi, hihihi.. Sah kau dah gila Kevin!!

Ok juga idea awak tu.. Jadi lauk tu untuk malam nantilah.. terus Krystal bersetuju..

Yes!!!jerit hati Kevin..


*****

Sorry lambat masukkan entry baru, tahun ni busy sangat.. So entry2 yang lain pun akan lambat masuk juga.. Harapnya sabarlah menunggu ya.. :D