Sabtu, 22 November 2014

Love Y0u Spy Girl!! 6






Kevin memerhatikan tubuh Krystal yang terbaring lemah dikatil.. Kevin telah pun meminta izin untuk mengubatkan luka di tangan Krystal itu.. Kakinya melangkah dengan perlahan supaya dia tidak membuat bising..

Kevin duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Krystal, tangan Krystal yang ter cedera di ambil.. Tangan Kevin tangkas meletakkan ubat di tangan Krystal yang terluka, kemudian tangan Krystal yang telah selesai diletak ubat itu dibalut..

Kevin dapat melihat tangan yang sama dibawah lukadi tangan Krystal itu ada kesan kebiruan, mungkin tangan kecil itu telah dipukul or ditendang fikir Kevin.. Tangannya automatik mengurut lembut tangan Krystal.. Kaki Krystal yang terseliuh itu juga diurut.. 

Nasib baik jugalah ibu Kevin merupakan tukang urut, jadi tahu jugalah Kevin macam mana nak mengurut,kalau tak makin teruk jugalah tangan dan kaki Krystal dibuatnya..

Setelah selesai, Kevin terus mengemas semula peralatan first aid yang digunakannya tadi.. Sedang tangannya mengemas, matanya tiba-tiba terarah ke wajah Krystal yang diulit mimpi itu, wajahnya yang putih itu kelihatan sedikit pucat, mungkin penat agaknya.. Kevin leka memerhatikan wajah yang kelihatan comel diwajahnya itu..

Senior..Kevin yang sedari tadi memerhatikan wajah Krystal terus memalingkan wajahnya kearah pintu, memandang kearah Keyril yang memanggilnya sebentar tadi..

Ya?? Ada apa??tanya Kevin..

Senior Dian dengan Senior Zaf panggil, tadi diaorang tadi ada masak lauk untuk  tengah hari ni.. Senior belum siap lagi ke??

Dah, dah siap dah..Tak apalah, awak turun dulu nanti saya turun.. Saya nak kemas barang-barang ni kejap..

Ok, saya turun dulu..Keyril terus pergi untuk ke bawah semula..

Kevin memandang first aid yang hendak dikemasnya itu, dia tersenyum.. Nak kemas apanya?? Dah siap kemas dah pun.. Kevin tersenyum sambil sekali lagi matanya memandang kearah Krstal.. Mungkin bukan first aid yang belum dikemas, tapi hatinya..

Entah kenapa, hatinya bagai biji benih yang bertebaran macam nak berbunga sahaja setiap kali matanya memandang kearah Krystal.. Perasaan apa yang sedang dirasainya saat ini?? Dia sendiri tidak dapat mengetahui jawapan kepada soalan itu..

Kevin!! Wake up, kau masih dalam tugasan.. Jangan leka!! Jerit hatinya.. Kevin hanya mampu tersenyum.. Akhirnya dia melangkah untuk keluar dari bilik itu dan sebelum pintu tertutup sekali lagi matanya memandang kearah Krystal dan sekali lagi bibirnya mengukir senyuman..

*****

Korang masak lauk apa je??tanya Kevin kepada Dian dan Zaf apabila dia sampai di meja makan..

Dian yang sibuk menghidangkan makanan manakala Zaf pula sedang menyediakan pinggan dan cawan itu terus memandang kearah Kevin setelah mendengar suara itu menegur..

Lauk biasa je.. ujar Dian acuh tak acuh, kerana dia leka dengan tugasnya..

Memanglah lauk biasa je, takkanlah kau masak  lauk yang luarbiasa pula..Kevin membalas..
Zaf sudah tergelak.. Dian menjeling..

Aku masak lauk ayam masak merah  dengan sup sayur.. Puas??ujar Dian geram, orang tengah sibuk dok tanya-tanya pula..

Kevin tidak membalas, dia hanya tersengih sahaja.. Tuan Azman dan Puan Lia sudah pulang, mereka bertiga disuruh untuk tinggal sekejap disitu manakala kawan Krystal, si Ery itu juga terpaksa pulang ada hal katanya..

Sudah hampir pukul satu petang tapi tak ada sesiapa yang memasak.. Keifa dan Keyril memang tidak berapa tahu memasak, selama ni Krystal je yang memasak, diaorang tolong gitu-gitu je.. Dian, Zaf dengan Kevin mereka setakat maggi tahulah kalau nak masak yang lain tu hehehehe memang hancurlah gamaknya.. Yelah, selama mereka sibuk, makan pun kat luar je, mana pernah memasak sendiri..

Akhirnya Dian terpaksalah memasak, Zaf juga diheret untuk menolongnya memasak.. Kevin awal-awal dah cakap nak ubatkan Krystal.. Bukan tak boleh keluar beli makanan dekat luar, tapi awal-awal lagi Tuan Azman dah pesan jangan keluar dari rumah itu selagi Krystal tak sedarkan diri, jadi nak tak nak terpaksalah mereka mendengar arahan..

Keifa dan Keyril muncul tiba-tiba dari dapur membawa air dan nasi.. Keifa terus menuangkan air sirap bandung yang dibancuhnya tadi, kalau air bolehlah dia sedia tapi kalau nak memasak, dia memang k.o.. Keyril pula menuangkan nasi di semua pinggan yang telah disusun oleh Zaf..

Wei Dian.. Kau tak rasa ke makanan yang kau buat ni sikit sangat?? Macam nak makan untuk kau dengan si Zaf ni je.. ujar Kevin apabila melihat lauk-lauk yang di masak oleh Dian, sikit gila.. Cukup ke tidak ni..

Tak payah nak makan banyak-banyaklah.. Asal semua dapat makan dah, tak payah nak banyak songeh sangat.. Aku dah masak ni pun kira okeylah dari tak masak apa-apa..Dian membalas geram, dahlah tak pasal-pasal dia kena masak, lepas tu banyak sangat pula  komennya, huh!!

Rilekslah Dian, Kevin tanya je kot..Takkan tu pun nak marah..ujar Zaf melihat Dian yang marah-marah itu..

Aku tak marah okey, lagipun punyalah baik dan sopan santun aku cakap tadi.. Takkan kau tak nampak!!

Zaf kemudiannya memandang Kevin, Kevin turut membalas pandangan Zaf.. Akhirnya mereka sama-sama mengangkat bahu tanda..

Dah makan jom.. Sorrylah Key, Ifa, kalau makanan yang akak masak ni tak sedap.. ujar Dian kepada Keyril dan Keifa..

Takpelah kak, daripada tak ada makanan langsung baik ada makanan.. Keifa tersenyum sambil memandang Dian, dia tahu pasti Dian dah bertungkus-lumus nak memasak untuk mereka..

Haah senior, sekurang-kurangnya kami dapat makan pun jadilah.. Sedap tak sedap belakang kiralah.. Keyril juga bersuara..

Dian tersenyum mendengar bicara Keifa dan Keyril.. Thanks.. hanya itu sahaja yang dia mampu balas..

Dah, jomlah kita makan ye.. Zaf terus duduk di kerusi di meja makan.. Kevin, Dian, Keyrildn Keifa juga terus mengambil tempat duduk masing-masing..

Masing-masing mengambil lauk yang terhidang dihadapan mereka.. Dimulai dengan Zaf, mereka yanglain khusyuk melihat reaksi Zaf yang ingin makan lauk ayam masak merah beserta dengan nasi.. 
Makanan yang semakin hampir dengan mulut Zaf itu dipandang oleh Kevin, Dian,Keyril dan Keifa dengan penuh minat, tak sabar rasa nya mereka ingin mengetahui rasa makanan yang dimasak oleh Dian..

Zaf terus memasukkan makanan yang ada ditangannya ke mulut..Perlahan-lahan makanan itu dikunyah, dahinya berkerut sedikit apabila dia mulai rasa makanan yang kini berada di mulutnya itu.. Serentak itu, Zaf memuntahkan semula makanannya, terbatuk dia dibuatnya..

Apasal pedas gila kau punya ayam merah ni, masin pula tu!! jerit Zaf, tangannya laju mengambil gelas berisi air sirap bandung dan meminumnya dengan rakus, seperti telah lama tidak meminum air sahaja gayanya..

Kevin terus mengambil sesudu sup sayur kemudian dihirup masuk ke mulutnya dan sama seperti Zaf dia juga turut memuntahkan semula sup yang dihirupnya tadi..

Kenapa?? Tak sedap juga ke?? tanya Dian..

Masin!!Kevin mengetap bibir perlahan menahan rasa masin yang teramat di mulutnya saat itu..

Kita nak makan apa, kalau semua lauk yang aku masak ni tak sedap.. ujar Dian lirih, sedih juga rasa hatinya.. Yelah, first time dia nak masuk dapur memasak bagai.. Alih-alih masakannya akan ke tong sampah..

Takpelah kita makan jelah lauk yang ada ni.. Takkan kita nak buang pulakan.. ujar Keyril, dia ingin menyedapkan hati Dian, pastinya Dian terasa kalau makanan yang dimasaknya itu dibuang..

Tak payah, makanan ni dah tak serupa makanan.. Tak payah makan, karang sakit perut pula!! Dian membalas tegas, makanan yang dihidang tadi diangkat semula.. Dia ingin membuang semua makanan itu.. Baik dia buang, karang ada yang cirit birit pula lepas ni kalau dipaksa makan makanannya itu..
Keyril, Keifa, Zaf dan Kevin berpandangan sesama sendiri melihat Dian yang sudah membuang lauk masakannya itu ke dalam tong sampah..

Kita order pizza je erk.. ujar Dian, setelah dia membuang lauk-lauk masakannya ke tong sampah..
Sekali lagi mereka berpandangan antara satu sama lain dan akhirnya mereka menganggukkan kepala 
tanda setuju.. Itu sahaja pilihan yang mereka ada saat itu..

*****

Krystal membuka matanya perlahan-lahan, kepalanya yang sedikit pening membuatkan pandangannya sedikit berpinar.. Krystal memerhatikan biliknya yang bercatkan warna hijau muda itu, tenang sedikit dia melihat warna kesukaannya itu..

Krystal menyandarkan badannya di kepala katil, tangannya yang sudah  dibalut itu dipandang sahaja, sakit di tangannya itu sudah mula berkurangan.. Kakinya yang terseliuh pun sudah boleh digerakkan, mungkin ada yang mengurut kakinya tadi..

Krystal terus bangun untuk keluar dari bilik, kakinya yang seperti sudah sihat itu laju melangkah ke pintu bilik untuk keluar dari biliknya itu.. Langkah terus dibawa ke tangga untuk turun ke tingkat satu.. Sesampai sahaja di bawah matanya tertumpu di ruang tamu..

Zaf dapat tak call?? tanya Dian, dah hampir setengah jam mereka menunggu Zaf yang sedang menelefon pizza, tapi sampai sekarang asyik tak dapat sahaja..

Tak, aku pun tak tahu kenapa asyik tak angkat.. Ramai yang order pizza kot hari ni..balas Zaf apabila panggilannya yang sudah masuk ke 20 kali itu masih tak berjawab..

Tak makanlah gamaknya kita.. ujar Keyril, dia dari tadi hanya membelai lembut kepala Keifa, kesian pula melihat wajah Keifa yang tak bermaya itu.. Baru dia ingat, pagi tadi Keifa tak sempat bersarapan apa-apa pun.. Keyril dan yang lain sempat bersarapan sebelum datang ke sini, jadi mereka masih mampu menahan kelaparan lagi buat masa ni..
Ifa lapar.. adu Keifa perlahan kepada abangnya, perutnya tidak berhenti berkeroncong menandakan dia sudah benar-benar kelaparan..

Zaf kau cuba call tempat lain yang ada delivery.. cadang Kevin.. Zaf mengangguk, tapi belum sempat dia menelefon ada suara yang mencelah..

Korang semua ni tak makan tengah hari lagi ke??celah Krystal sambil matanya memandang kearah jam yang sudah menunjukkan pukul tiga petang..

Akak!! panggil Keyril, terkejut dia melihat kakaknya yang tiba-tiba muncul itu, bukan dia sahaja yang lain-lain pun turut mempamerkan riak terkejut melihat Krystal yang muncul tiba-tiba itu..

Yelah, akaklah ni.. Siapa lagi.. balas Krystal apabila melihat wajah-wajah yang terkejut melihat dia, macamlah dia ni hantu kea pa, sampai buat muka terkejut sampai macam tu sekali..

Krystal mengatur langkahnya ke ruang tamu.. Korang tak makan lagi ke?? sekali lagi Krystal bertanya apabila soalannya tadi tidak mendapat balasan..

Tiada balasan, tetapi dengan serentak mereka semua mengelengkan kepala.. Gaya macam dah tak larat sangat hendak bersuara..

Nak makan apa?? tanya Krystal, kesian pula dia melihat wajah-wajah dihadapannya yang sudah kelihatan lemah itu.. Lapar sangatlah tu, yelah mana tak lapar.. Belum makan tengah hari sedangkan jarum jam dah menunjukkan pukul tiga petang..

Dapat dilihat masing-masing membuat muka gembira.. Pastinya gembira, akhirnya mereka bakal makan tengah hari juga setelah beberapa jam berlapar..

Senior Dian nak makan apa?? tanya Keyril kepada Dian.. Yelah Dian yang bersusah payah sedari tadi, jadi biarlah dia yang pilih lauk tengah hariuntuk mereka semua..

Hmm, ayam masak merah lah.. Dari tadi nak makan ayam masak merah tapi yang tadi tak jadi pula.. kata Dian, ye dia tiba-tiba teringin makan ayam masak merah pula..

Itu je??  Ke ada nak makan apa-apa benda lain lagi?? tanya Krystal, manalah tahu ada yang teringin makan benda lain..

Hmm, kalau dah offer tu.. Boleh tak buatkan ikan masak tiga rasa sekali.. Zaf terus bersuara, apabila Krystal bertanya tadi..

Ada lagi?? Key? Ifa? Kevin?ujar Krystal sambil memandang kearah mereka bertiga bergilir-gilir.. Krystal memandang Keifa, tetapi Keifa hanya menundukkan kepalanya, masih merajuklah tu, Krystal tersenyum.. Matanya kemudiannya tiba-tiba terhenti pada Kevin yang sedang turut memandangnya..

Sesaat, dua saat, tiga saat.. Serentak Krystal dan Kevin mengalihkan pandangan mereka.. Tiga saat?? Entah mengapa terasa sangat lama tiga saat itu untuk mereka berdua, masa yang agak lama sehingga mampu mewujudkan debaran dihati masing-masing..
Ehem, kalau dah tak ada yang nak lauk lain.. Saya masak dua lauk tu je ye.. ujar Krystal, dia ingin pergi cepat dari situ, sebelum hatinya berasa benda-benda lain pula.. Laju Krystal melangkah ke dapur..


Gelagat Krystal membuatkan Kevin tersenyum.. Senyuman yang menyebabkan Zaf dan Dian berpandangan sesame sendiri.. Pelik mereka melihat Kevin, senyum?? Jarang sekali Kevin tersenyum di hadapan mereka, tiba-tiba Kevin yang kedekut senyum ni tersenyum!! Unbelievable!!

*****