“Apa!!?? Asal Ikin pula!!??” suara Ikin menjerit marah diruang tamu
rumah Pak Ngah (Encik Azmi) dan Mak Ngahnya (Puan Herlina)..
“Ikin, Ikin tak kesian ke dengan Mak Ngah dan Pak Ngah Ikin..
Kesian mereka berdua tau, semua persiapan dah disiapkan, takkan last-last nak
cancel pula..” Puan Fatimah a.k.a ibu Ikin bersuara..
“Huh” Ikin memandang wajah Pak Ngah, Mak Ngah dan kemudian
memandang kearah Tengku Rizal dan Tengku Raihana kedua orang tua Tengku Izzat,
orang yang sepatutnya berkahwin dengan anak sulung Pak Ngah dan Mak Ngahnya
Elyana.. Tapi tiba-tiba sehari sebelum perkahwinan mereka, Elyana pula
menghilangkan diri dari pagi sampailah dah ke malam, batang hidung pun tak
nampak.. Telefon asyik tak berangkat sahaja..
“Tak ada orang lain ke?? Liza kau??” tanya Ikin kepada Liza adik
Elyana..
“Gila kau, nak campak mana abang kesayangan kau tu.. Kau bolehlah
kau masih tak ada sesiapa..”
“Senangnya lah kau cakap, memanglah aku tak ada sesiapa sekarang ni
sebab memang aku taknak couple-couple lagi apatah lagi kahwin!! Dengan orang
tak kenal pula tu!!”
“Bercinta lepas nikah kan best?” Liza berkata sambil mengangkat
kening..
“Huh, bukan nak tolong aku, tambah merumitkan keadaan je..” marah
Ikin, dia tak bersedia nak berkahwin ok, umurnya baru 22 tahun kot.. Belajar
pun belum habis lagi..
Hish, kalau aku jumpa si Elyana ni, memang habis aku
kerjakan nanti.. Dia memang sengaja nak kenakan aku!! Belum kenal agaknya aku
ni siapa..
“Maaflah kalau aku tanya, Tengku.. Apa nama dia??” tanya Ikin
sambil menunding kearah Tengku Izzat..
“Tengku Izzatlah kau ni berapa kali aku dah ingatkan kau..” balas
Liza..
“Oh, Tengku Izzat, Tengku kan golongan kaya raya, takkanlah tak ada
orang yang minat Tengku or Tengku punya sepupu sepapat ke, ajaklah dia kahwin..
Habis cerita..” ujar Ikin..
Tengku Izzat memandang muka Ikin, Ikin terus memandang wajah Tengku
Izzat sambil mengangkat kening kanannya..
“Tak ada” ujar Tengku Izzat ringkas..
“Takkanlah sedara pun tak ada, Tengku ni biar betul??” kali ini
Ikin memandang kearah Tengku Rizal dan Tengku Raihana..
“Ada tu memang ada, tapi Izzat tak nak..” ujar Tengku Raihana..
Pulak… Ikin menepuk dahinya, haish masalah betullah..
“Takpelah,
kalau Ikin tak nak kita tak boleh paksa..” ujar Tengku Rizal..
“Betul tu..” sokong Ikin lalu dia memandang kearah Puan Fatimah, Encik Malik (ayah Ikin),
Puan Herlina dan Encik Azmi.. Wajah mereka seperti kecewa, yelah mana taknya
beribu Encik Azmi dan Puan Herlina duit untuk perkahwinan ini, ibu bapanya pula
dan gembira bila dapat tahu Elyana nak berkahwin, yelah kalau nak ikut aku
mungkin 4 tahun depan baru diaorang dapat tengok anak diaorang ni berkahwin,
itupun kalau ada jodoh..
“Takpelah kalau Ikin tak nak tolong, kita tetap tidur sini.. Nak
buat macam manakan, esok kena juga berjalan majlisnya.. Kita buat jelah majlis
kesyukuran ye Lina..” ujar Puan Fatimah..
“Hmm, Lina tak kisah pun kak, dari majlisnya terus tak jadi.. Kesian
pula dengan tetamu-tetamu yang datang esok nanti kan..”
“Tengku.. Tengku tidur dekat sini ye, lagipun dah pukul 8 malam dah
ni.. Tengku pun mesti dah lapar, biar kami masakkan untuk Tengku..” ujar Puan
Herlina..
“Tak apalah.. Lina dengan Imah pun mesti penat kan..” balas Tengku
Raihana..
“Tak menyusahkan pun, anak kami dah buat hal sampai majlis ni tak
jadi, lagilah menyusahkan Tengku sekeluarga..”
“Kami ikutkan jelah..” ujar Tengku Raihana, dia nak marah pun tak
guna benda dah jadi dah pun.. Lagipun bukan Puan Herlina dan Encik Azmi yang
salah..
“Dah Lina jom kita masak..” ajak Puan Fatimah..
“Tak apalah kak, biarlah saya je yang masak..”
“Tak apalah, kita saling bantu-membantu Lina.. Kan kita satu
keluarga..” ujar Puan Fatimah, pasti sahaja adik iparnya itu sedih dengan apa
yang berlaku..
“Terima kasih kak..” ujar Puan Herlina..
Puan Fatimah membalas dengan senyuman..
“Umi, umi nak Ikin…” belum sempat Ikin menghabiskan kata-katanya..
Puan Herlina terlebih dahulu memotong..
“Tak payah, Ikin tolong Liza sediakan bilik untuk keluarga
Tengku..” ujar Puan Fatimah..
Ikin memandang langkah Puan Fatimah yang sudah pergi bersama dengan
Puan Herlina ke dapur.. Aku paling tak suka, bila ibu sedih, aku benci tengok
ibu mengalirkan air mata hatta sedikitpun hanya kerana aku.. Ya, aku memang
anak yang keras kepala dan degil tapi kalau sudah melibatkan perasaan ibu dan
ayahku pasti aku akan kalah..
Aku tak mampu untuk sakiti hati kedua orang tuaku
itu, aku tak nak ibu dan ayahnya sedih lagi seperti mana ketika arwah abangku yang
sulung meninggal dunia dua tahun lepas, meninggal sehari selepas perkahwinannya
dengan arwah kakak iparku Aina akibat kemalangan..
Ikin memandang Encik Malik
dan Encik Azmi, muka mereka kelihatan suram, pastinya mereka bersedih..
Keluargaku dengan keluarga Pak Ngah memang rapat, sampaikan masa arwah abang sulungku
menikah dulu pun mereka gembira dan merancang pelbagai idea bersama untuk
menjayakan perkahwinan itu, tapi hanya sehari mereka gembira sebelum semuanya
hilang dengan sekelip mata.. Apa aku nak buat??
Ikin memandang pula kearah Tengku Rizal dan Tengku Raihana yang
turut memandang kearahnya..
“Ikin, jom kita pergi kemaskan bilik tetamu..” ujar Liza sambil
menepuk bahu Ikin perlahan.. Dia tahu sekarang Ikin dalam keadaan berbelah
bagi, dia juga sedih melihat Ikin seperti itu.. Dia tahu dalam keras si Ikin
tu, ada juga lembutnya..
Ikin memandang kearah Liza.. “Aku juga kan yang bersalah..” ujar
Ikin lemah.. Ikin bangun dengan wajahnya yang sangat pucat, dia memang akan
seperti itu kalau terlampau banyak berfikir..
“Ikin..” panggil Liza lembut.. Ikin memandang Liza..
“Muka kau nampak pucat ni, kau janganlah fikirkan sangat pasal mama
dengan Mak Long tu.. Nanti migrain kau datang kang susah..”
“Aku ok, aku kemas sorang jelah ya, kau tolong umi dengan Mak Ngah
kat dapur..
Pujukkan diaorang sekali ya untuk aku.. Pak Long dengan abi aku pun
pujuk sekali tau” ujar Ikin sambil tersenyum kepada Liza.. Ya, Pak Long dan
abinya pun macam tak nak bercakap dengannya, semuanya macam dah berpakat tak
nak bercakap dengannya..
“Ok, kalau kau rasa nak pengsan ke apa ke, cepat-cepat bagitahu aku
tau..” ujar Liza bersungguh-sungguh..
“Asal pula??”
“Aku cepat-cepat suruh Mak Long, Pak Long dengan Mama, papa aku
kahwinkan kau dengan Tengku Izzat tu masa kau dah pengsan..” gurau Liza..
“Mangkuk!!” Ikin menyekeh kepala Liza, ada aje idea mengarut nak
kenakan aku..
“Dahlah malas aku nak layan kau, aku kemas bilik dulu.. Layan kau
sampai malam tak habis, tak pasal-pasal kang ada yang merajuk buat kali kedua
dengan aku..” ujar Ikin, aku terus bergerak kearah Tengku Raihana dan Tengku
Rizal..
“Tengku, Tengku punya beg mana, biar saya bawa sekali ke atas..”
“Tak apalah, nanti kami boleh letak sendiri..” balas Tengku Raihana
sambil tersenyum, suka dia melihat wajah Ikin, walaupun kasar tapi sangat baik
hati dan comel..
“Eh, tak apa-tak apa.. Saya boleh bawa keatas, alang-alang saya nak
kemaskan bilik tu, baik bawa sekali baju Tengku..”
“Oklah kalau macam tu, Izzat pergi tolong Ikin ambil beg dalam
kereta..”
“Tak payah, saya boleh ambil sendiri..” cepat-cepat Ikin menghalang..
“Beg-beg tu beratlah, mana larat kamu angkat sorang..”
“Tak kisah, selagi saya boleh angkat, saya angkatlah.. Kalau saya
tak larat baru saya minta tolong Tengku..” ujar Ikin..
“Nah kuncinya..” Tengku Izzat menghulurkan kunci kereta kepada
Ikin..
“Thanks..” Ikin mengambil kunci di tangan Tengku Izzat sebelum
berlalu..
“Kalaulah dia terima jadi menantu kita bang.. Sejuk hati saya,
dahlah comel, baik pulak tu.. Wajahnya yang dilitupi dengan hijab tu buatkan
saya rasa gembira aje, hilang rasa sedih saya tengok dia tu..”
“Hmm, nak buat macam mana Ana, dia dah tak nak.. Takkan kita nak
paksa kot..” ujar Tengku Rizal, kalau boleh dia pun nak sahaja Ikin menjadi
menantu.. Sejujurnya, walaupun dia baru berjumpa dengan Ikin pagi tadi, dia
dapat rasakan anaknya Tengku Izzat lebih sesuai dengan Ikin berbanding Elyana..
Elyana dilihat bukanlah budak yang liar, Elyana sangat sopan santun
ketika bertemu dulu, mungkin ada masalah yang mendorong dia tinggalkan
majlisnya.. Ikin pula kasar, tetapi dapat dilihat hatinya lembut.. Walaupun
kelihatan ganas, dia tetap menjaga aurat dan hati orang tuanya..
Bukan niatnya ingin membuat perbandingan diantara Ikin dan Elyana..
Tetapi, hati tuanya lebih menyukai sikap Ikin itu, sekurang-kurangnya dia tahu
yang Ikin tak sukakan seseorang sebab wajah dan harta, yelah kalau perempuan
lain di offer kahwin pasti cepat sahaja setuju.. Yelah anaknya Tengku Izzat itu
memang digilai ramai, tapi dia yakin, semua itu disebabkan harta dan kehenseman
anaknya sahaja.. Walau ramai yang dah cuba untuk menambat hati anaknya, tak ada
perempuan yang berjaya membuat anaknya itu tersangkut..
Sebab itulah dia mengaturkan pertunangan Tengku Izzat dan Elyana..
Kalau nak diharapkan si Tengku Izzat mencari sendiri, comfirm sampai tahun
depan pun tak berkahwin lagi anak tunggalnya itu.. Tapi, tak menjadi juga
rancangannya untuk mengahwinkan Tengku Izzat.. Dia yakin setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya..
“Abang, apa yang duk mengelamun tu..”
Tengku Raihana mengerakkan
bahu suaminya yang sedari tadi mendiamkan diri.. Mengelamun apa pula??
“Hah, tak ada apa-apalah..”
Tengku Raihana hanya mengelengkan kepalanya…
*****
Ikin hanya memandang kearah ibu dan ayahnya.. Takkan masih merajuk
kut.. Tak syoklah macam ni.. Matanya beralih pula kepada Pak Ngah dan Mak
Ngahnya, hmm sama juga..
Tengku Raihana dan Tengku Rizal memandang sahaja wajah Ikin yang
tidak habis memandang kearah wajah ibu bapa dan pakcik makciknya.. Kesian pula
mereka melihat wajah Ikin yang gusar itu..
Ikin mengetap gigi.. “Ok, oklah Ikin mengalah..” Semua mata memandang kearahnya..
“Umi nak sangat ke perkahwinan ni berjalan??”
Puan Fatimah mengangguk..
“Abi??”
Encik Malik juga turut mengangguk..
“Pak Ngah??”
Encik Azmi juga mengangguk..
“Mak Ngah??”
Anggukan juga Puan Herlina berikan..
“Tengku??”
“Kalau semua kata ya.. Kami pun sama..”
“Tengku Izzat awak tak kisah ke dengan perkahwinan ini diteruskan,
tetapi berlainan pengantin perempuannya??..”
Tengku Izzat memandang Ikin “Tak kisah, kalau awah dah tertulis
sebagai jodoh saya… Saya tak ada
masalah..”
Ikin memandang sahaja Tengku Izzat, jawapan macam tak kisah je..
Aku punyalah tolak perkahwinan ni sebab takut dia tak suka and mestilah sebab
aku tak suka.. Rupa-rupanya dia tak kisah.. Haish..
“Liza..”
“Aku sokong” belum sempat ditanya Liza terlebih dahulu memberikan
jawapan.. Ikin menjeling Liza tajam..
“Haish, ok Ikin terima but, ada syarat..”
“Ikin!!” Puan Fatimah dah bersuara..
“Ikin bukan nak minta benda bukan-bukan.. Ikin cuma nak, Liza jadi
pengapit Ikin dan kalau Elyana balik, Ikin nak ‘ajar’ dia sikit, sebab dah buat
Ikin dalam keadaan macam ni.. Macam mana?? Deal??” tanya Ikin, aku rasa syarat
aku tak adalah melampau mana..
Mereka semua berpandangan sesama sendiri.. “Kuat sangat ke kau nak ‘ajar’
kakak aku??” tanya Liza, Ikin ni bukannya boleh dibuat main.. Kena tanya
betul-betul, kalau main deal je habis kakak aku masuk hospital..
“Bergantung pada keadaan,
kalau dia muncul masa aku tak ada mood, mungkin teruk sikitlah, tapi kalau aku
ada mood, taklah teruk mana, mungkin muka cantik dia tu lembam beberapa hari..”
Ikin tersengih.. Dalam kepalanya sudah terbayangkan tangannya yang dia tengah
meng‘ajar’ Elyana..
“Aku bukan tak percaya kan kau Ikin, memang aku tak boleh
percayakan kau!! Tak boleh ke kau kurangkan sikit deal tu, ‘ajar’ tu nampak
macam kau nak sepak terajang kakak aku je..”
“Tak kakak kau aku ‘ajar’, kau yang aku ‘ajar’.. Oklah tu, taklah
teruk mana, ni pun aku dah bagi discount tau, bukan senang nak dapat..”
“Ikin, takkan lah sampai nak ‘ajar’ si Elyana tu.. Kejam sangat
tu..” ujar Encik Malik..
“Ikin bukan nak ‘ajar’ je, ini boleh bagi pelajaran kat dia..
Lagipun dia dah makin teruk Ikin tengok, bukan Ikin nak salahkan Mak Ngah..
Tapi, Mak Ngah terlalu memanjakan dia..
Itu yang buat dia naik lemak, bila Pak
Ngah marah dia, Mak Ngah kata tak apa, dia masih belum matang lagi, sampai bila
Mak Ngah?”
“Ikin sayangkan Mak Ngah dan Pak Ngah sama macam Ikin sayangkan ibu
bapa Ikin.. Ikin tahu Mak Ngah dan Pak Ngah akan malu kalau majlis esok takkan
berlangsung, tapi Mak Ngah dan Pak Ngah diam je, sampailah umi suruh Ikin
gantikan Yana.. Ikin tahu, Mak Ngah tak kisah siapa pun yang akan berkahwin
esok sama ada anak Mak Ngah Elyana atau Ikin.. Sebab Mak Ngah dah anggap Ikin
dan abang Ikin macam anak Mak Ngahkan..”
“Tapi tak ada sikit ke rasa terkilan Mak Ngah, bila Yana pergi
macam tu saje?? Hilang, sehari sebelum majlis perkahwinannya akan berlangsung..
Ikin tak akan ‘ajar’ dia sesuka hati je, Ikin cuma nak dia tahu.. Dia tak
berhak untuk pergi macam tu sahaja, lepas dia dah banyak menyusahkan ramai
orang untuk siapkan majlis dia ni!!!”
“Ikin tahu, Mak Ngah terkilan kan?? Tapi apa boleh buat semua tu
dah terjadi.. Mungkin Mak Ngah boleh maafkan dia, tapi bukan Ikin.. Dia benci
Ikin sebab seorang lelaki, jadi Ikin akan benci dia, sebab dia sakitkan hati
orang yang Ikin sayang.. Tapi, benci Ikin bukan sampai nak malukan keluarga,
nak malukan orang yang Ikin benci, Ikin tak kejam sampai macam tu sekali..”
Ikin berhenti berkata, panjang lebar dia meluahkan perasaan yang dah lama
terbuku di hati..
“Ikin..” Puan Fatimah memanggil lembut anak perempuannya itu, dia
tahu Ikin tak berpuas hati dengan perangai Elyana..
“Umi, dah jangan sedih-sedih.. Ikin kira deal kita ni dah
dipersetujui lah ye.. Dah jom makan..” ujar Ikin, dia tersenyum..
Tengku Izzat hanya memandang wajah Ikin sebelum tersenyum..
*****
“Kau janganlah mekap tebal-tebal!!” jerit Ikin..
“Oi, kau tu dah nak jadi pengantin!! Perangai tu jaga sikit, duk
terjerit-jerit..” marah Liza..
“Dah kau mekap tebal-tebal siapa suruh, dah aku nak basuh muka..”
Ikin bangun, dia tak peduli, dia takkan biarkan mekap menodai wajahnya yang
neutral beauty ni..
“Wei janganlah, penat aku mekap!!”
“Aku peduli apa!!” Ikin tak mempedulikan Liza, dia masuk ke bilik
air lalu mengunci tombol pintu.. Wajahnya yang seperti di cat itu dibersihkan..
Bukan dia tak bagitahu dekat Liza yang dia tak nak dimekap tebal-tebal, pergi
juga mekapnya tebal-tebal..
Setelah selesai membasuh muka, Ikin terus melangkah keluar..
Terkebil-kebil dia melihat Tengku Izzat berada di dalam bilik itu.. Ikin
memegang kepalanya.. ‘Fuh nasib baik pakai tudung’..
“Eh, mana Liza??”
“Dia kat luar..”
“Oh” Ikin melangkah ke meja kecil tempat Liza mekapnya tadi..
Wajahnya dikeringkan menggunakan tisu, selepas itu bedak di sapukan
diwajahnya.. Gincu berwarna merah lembut disapukan ke bibirnya.. Akhir sekali,
celak diletakkan di atas matanya.. Siap!!
“Macam tu je??” tanya Tengku Izzat..
“Of course, tak kuasa saya nak pakai tebal-tebal, asalkan saya
pakai dari tak pakai langsung…” ujar Ikin..
Tengku Izzat tersenyum, ‘simple but wonderful’..
“Oh ya, apasal awak masuk sini??” tanya Ikin..
“Saya cuma nak bagi ni..” Tengku Izzat menghulurkan satu surat
kepada Ikin..
Ikin mengerutkan dahi, surat?? “Awak jangan nak buat hal dengan
saya!!”
“Hal?? Hal apa??” Tengku Izzat pula yang mengerutkan dahi..
“Awak nak letakkan syaratkan, alah macam dalam novel ‘JODOH ATAU CINTA’
tu.. Yang suami dia bagi surat kat dia sebelum diaorang nak kahwin..”
Tengku Izzat tersengih.. “Ganas-ganas pun baca novel juga..”
Ikin memandang Tengku Izzat geram.. “Apa orang ganas tak boleh nak
jiwang ke??”
“Saya tak kata pun macam tu.. Kalau orang ganas jiwang, mesti lagi
romantikkan.. Yelah dalam ego dan ganasnya, masih ada lagi sifat lemah lembut
dan romantik, so cute..”
Tercengang Ikin memandang Tengku Izzat, ‘betul ke mamat yang duduk
depan aku ni Tengku Izzat?? Macam pelik aje, malam tadi punyalah payah nak
bercakap.. Tiba-tiba banyak cakap pula??
“Dah tak payah nak buat muka pelik macam tu, saya bukan macam
Daniel, saya takkan bagi syarat bagai.. Mana tahu kalau tiba-tiba saya jatuh
cinta dekat awak, susah payah saya kena pujuk awak balik macam Daniel kena
pujuk Iman tu..”
Jatuh cinta?? Dengan aku?? Memang dah kena sawan budak ni.. “Tapi
endingnya kan diaorang bebaik..”
“Memanglah diaorang berbaik, tapi susah payah tau si Daniel tu nak
pujuk Iman.. Kalau Daniel pun susah nak pujuk Iman yang lemah lembut tu, apatah
lagi saya?? Mahu patah saya kena bantai dengan awak..”
“Saya tak bantai orang, saya ‘bunuh’ je terus!!”
“Tapi kalau awak dah terjatuh cinta kat saya.. Mesti awak tak
sampai hati nak ‘bunuh’ saya.. Saya pergi dulu..” Tengku Izzat melangkah keluar
dari bilik itu..
“Gila!!!” jerit Ikin, dia terus membuka surat yang dibagi oleh
Tengku Izzat tadi.. Tiba-tiba dia terkedu..
Assalamualaikum,
Saya Tengku Izzat bin Tengku Rizal,
bakal suami yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menjadi suami
kepada Nur Asyikin bt Mohamad Malik.. Terus terang saya cakap, saya bukanlah
seorang yang mudah untuk jatuh cinta..
Bukan mudah untuk saya menerima seseorang dalam hidup saya.. Perkahwinan saya
sepatutnya adalah bersama dengan Elyana.. Tapi, dia menghilang secara
tiba-tiba, saya tak kisah pun.. Sebab saya hanya menyetujui perkahwinan ini
disebabkan kedua orang tua saya.. Tapi, tiba-tiba sahaja awak muncul dan umi
awak menyuruh awak menggantikan tempat Elyana.. Awak tolak sekeras-kerasnya, saya
boleh nampak yang awak amat tidak suka untuk berkahwin secara tiba-tiba, apatah
lagi dengan orang yang awak baru jumpa.. Saya suka dengan personaliti awak yang
jujur, tidak hipokrit.. Tapi, malam tadi awak tiba-tiba berubah fikiran dan
sanggup untuk menggantikan tempat Elyana.. Saya tahu, awak lakukan itu semua
untuk menggembirakan hati orang tua awak juga pak cik dan mak cik awak.. Tapi,
bagi saya awak setuju untuk berkahwin dengan saya adalah sebab awak ikhlas
untuk menerima saya dalam hidup awak.. Bila awak tanyakan kepada saya adakah
saya setuju untuk berkahwin dengan awak.. Saya cakap ikhlas dari hati saya, saya baru
dapat merasa apa itu ‘Cinta Pandang Pertama’.. Nur Asyikin binti Mohamad Malik,
sudikah awak menjadi pemaisuri hati Tengku Izzat bin Tengku Rizal?? Saya harap
awak sudi..
Yang Benar,
‘Suamimu’ tersayang..
‘Suamimu’ tersayang..
Ikin terdiam beberapa saat sebelum tersenyum, baru pertama kali
rasanya dia menerima surat cinta dari seseorang.. Apatah lagi ‘seseorang’ yang
bakal bergelar suaminya yang sah beberapa jam sahaja lagi..
“Woi, berangan apa tu??!!” jerkah Liza..
Ikin dengan pantas menyelukkan surat yang dibagi oleh Tengku Izzat
ke dalam poket seluarnya, nasib baiklah dia belum tukar bajunya ke baju
pengantin, nak disorok dimana kalau dah pakai baju pengantin tu..
“Fuyoh, ada surat.. Romantik giler, meh sini aku nak baca..”
“Tak payah, ni surat untuk aku.. Kau tak payah nak menyibuk!!”
“Tak apa, sombong kau erk.. Mentang-mentanglah, ‘suami’ kau bagi
surat cinta..” Liza sudah memuncungkan bibirnya..
“Ek eleh, poyolah kau ni.. Oklah bulan depan nanti kau nak kahwin
dah kan, nanti aku suruh abang kesayangan kau tu, tulis surat cinta penuh
dengan ayat-ayat romantis yang memikat jiwa.. Ok!!”
“Tak payahlah!! Buat malu je..” ujar Liza sambil tersenyum-senyum..
“Malu-malu tapi mahu.. Poyolah kau!! Nak malu apanya, bukan kau
dengan abang aku dah lama bercinta ke.. Poyo nak malu-malu bagai..” oh ya, lupa
nak cakap.. Abang aku ada dua, satu umurnya 26 tahun yang dah meninggal dunia
tu namanya Aizat (sulung).. Satu lagi umurnya 25 tahun, yang nilah bakal suami
Liza namanya Aiman (anak ke-2).. Aiman sekarang berada di Melaka ada kursus,
malam ni baru balik.. Itupun patutnya balik 2 hari lagi, tapi bila dapat tahu
yang aku nak kahwin, terus dia minta izin pihak universiti untuk balik awal..
Dalam perancangan perkahwinan Liza dan Elyana nak buat serentak,
tetapi Elyana yang minta untuk perkahwinannya dibuat masa cuti semester..
Patutlah sebab dah merancang nak lari bagai, itu sebab majlis Liza dilewatkan,
apatah lagi Aiman sekarang tengah sibuk sekarang ni.. Lupa pula nak cakap,
Aiman bekerja sebagai Lecturer di kolej UiTM tapi seminggu lepas habis cuti
nanti dia akan berpindah ke kolej mereka (Ni rahsia tau, jangan sampai Liza
tau..)..
“Alah kau, apa dah lama bercinta tak ada perasaan malu ke.. Kau
lainlah cerita, belum bercinta dah kahwin..”
“Diamlah kau!!”
“Hehehe, dah cepatlah siap, kang Mak-mak kat bawah ni bising
pula..” ujar Liza..
“Hmm..”
Liza melangkah ke almari yang menyimpan baju pengantin milik
Elyana, gaun labuh berwarna biru lembut itu lalu dihuluran kepada Ikin.. “Wah,
mesti comel gila kalau kau pakai..”
Ikin hanya tersenyum, nasib baiklah badannya dan Elyana hampir
kurang sama je, kalau tak naya nak cari baju pengantin malam-malam tadi.. Ikin
terus menyambut huluran Liza.. “Aku pakai apa pun comel” setelah berkata Ikin
terus masuk ke bilik air..
“Poyo!!” jerit Liza..
Ikin hanya tersenyum, dia terus memakai baju pengantin yang labuh
itu, nasib baik labuh kalau singkat, tak jadi aku nak kahwin!! Setelah selesai,
Ikin melangkah keluar..
“Wah!! Cutenya!! Nah pakai tudung ni..” Liza dengan pantas mencabut
tudungku dan memakaikan tudung segi tiga yang labuh berwarna biru lembut
kepadaku.. Liza meletakkan butang berhati-hati ke dua-dua belah bahuku kemudian
membetulkan tudung segi tiga yang disilangkan itu..
“Lagi cantik kalau kau pakai mekap aku yang tadi..” gurau Liza..
“Apasal tak cantik ke??” tanya Ikin..
“Tak..”
“Wei, janganlah main-main..” Ikin menolak bahu Liza perlahan..
“Taklah, kau nampak gile cantik!! Muka kau berseri-seri tau tak..
Yelah orang baru dapat surat cintakan..”
Ikin mengambil bantal peluk sederhana kecil dari atas katil lalu
dicampak kepada Liza.. “Jealous!!!”
Liza sempat mengelak dari terkena bantal peluk yang dibaling oleh
Ikin itu.. “Dah nak jadi isteri orang pun ganas lagi.. Habislah suami kau, tak
sampai seminggu dah jadi biru, lembam asyik kena pukul aje!!”
“Diamlah!!” ujar Ikin.. Aku tersengih mendengar kata-kata Liza..
“Ikin!! Liza!! Cepatlah, dah nak gerak ke masjid ni!!” jeritan Puan
Fatimah, membuatkan Liza dan Ikin berpandangan..
“Habis mak kau dah marah..” ujar Liza..
“A.k.a mak mertua kau..” balas Ikin..
“bakal erk..”
“Eleh, dalam hati tak sabar-sabar nak buang bakal tu..”
“Ikin!! Liza!!” kali ni suara Puan Herlina pula kedengaran..
Serentak itu Ikin dan Liza terus membuat larian marathon untuk ke bawah..
*****
“Aku terima nikahnya Nur Asyikin binti Mohamad Malik dengan mas
kahwin lima ribu ringgit tunai..” dengan sekali lafaz Ikin kini sah bergelar
isteri kepada Tengku Izzat bin Tengku Rizal..
Ikin memandang wajah Tengku Izzat.. ‘Ya Allah, jika dia ditakdirkan
untukku dan aku ditakdirkan untuknya, KAU peliharalah dan jauhkan aku dan
suamiku dari hasutan syaitan-syaitan yang sentiasa ingin merobohkan masjid yang
dibina.. Sesungguhnya, hanya pada-Mu aku meminta dan hanya pada-Mu aku memohon
pertolongan’.. Setitis air mata jatuh ke pipi Ikin..
Tiba-tiba ada yang menyapu perlahan air mata yang mengalir dipipi
Ikin, pantas Ikin mengangkat wajahnya..
“Terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya..”
“Terima kasih juga, kerana
sudi memperisterikan saya yang ganas ni..”
“Ganas jiwangkan romantik..” ujar Tengku Izzat sambil bibirnya
mengukir senyuman, dia mengambil tangan kanan Ikin dan perlahan-lahan
menyarungkan cincin ke jari manis Ikin..
Ikin tersenyum.. Dia terus menyalami tangan Tengku Izzat dan Tengku
Izzat terus mencium dahi Ikin..
*****
Majlis perkahwinan Tengku Izzat dan Ikin berjalan dengan lancar..
“Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar..” gembira Tengku
Raihana berkata..
“Alhamdulilah..” ujar Puan Fatimah dan Puan Herlina serentak..
Tengku Rizal, Encik Malik dan Encik Azmi tersenyum melihat
kegembiraan yang terpancar diwajah isteri-isteri mereka..
Ikin turut mengukir senyuman, tenang hatinya melihat senyuman yang
terukir diwajah-wajah orang yang disayanginya itu..
Ikin memeluk lengan Liza.. “Aku suka gila tengok mak ayah kita ni, tersenyum
je.. Bila kau nak kahwin??”
Liza mencubit paha Ikin.. “Diaorang bukan gembira sebab perkahwinan
je!!” ada ke kahwin je boleh buat orang tua kita gembira.. Banyak lagi benda
lain yang boleh buat orang tua kita gembira kot..
“Aku gurau je, tu pon nak marah.. Marah sebab aku langkah bendul
ke?” tanya Ikin..
“Ha’ahlah, kau langkah bendulkan.. Nanti aku suruh abang Aiman
‘pau’ suami kau cukup-cukup” ujar Liza bersama dengan senyuman jahat yang
sengaja dibuat-buat..
“Kejam gila!!” Ikin menumbuk bahu Liza..
“Ceh backup suami tersayang nampak..”
Ikin menjeling Liza.. Liza yang melihat jelingan Ikin, turut sama
menjeling Ikin, keningnya turut diangkat-angkat.. Terus Ikin menolak Liza..
“Macam budak-budak!!”
“Kau pun, lagi dah jadi isteri orang..”
“Liza, daripada kamu kacau pengantin baru tu, baik tolong ibu
masak..” ujar Puan Herlina.. Puan Herlina, Puan Fatimah dan Tengku Raihana
sudah bangun..
“Eh takpe-takpe, Mak Ngah, Umi dengan Tengku duduk je.. Biar Ikin
dengan kakak ipar Ikin yang masak malam ni..” serentak itu satu cubitan
dihadiahkan oleh Liza kepada Ikin.. Minah ni, beberapa kali nak kena cakap
bakal lah bakal!! Dahlah ada mak mertua opps bakal mak mertua aku..
“Adoi, sakitlah..” Ikin mengaduh sakit tapi sempat lagi menjelir
lidah kepada Liza..
“Ikin..” Panggil Tengku Raihana..
“Ya Tengku??”
“Panggil mummy.. Kamukan dah jadi anak mummy dengan daddy..”
“Oh ya… Ok mummy..”ujar Ikin, janggal pula rasa lidahnya nak
menyebut..
“Oklah umi, mummy dengan Mak Ngah duduk je kat sini.. Biar
kitaorang yang masak.. Ok jom..” terus Ikin menolak tubuh Liza ke dapur..
Tengku Izzat yang sedari tadi hanya memerhatikan gelagat isterinya
itu tersenyum.. Gembira hatinya melihat senyuman yang terukir di bibir
isterinya itu..
*****
“Assalamualaikum.. Mak Ngah, Pak Ngah..”
“Siapa yang datang malam-malam ni???” tanya Puan Herlina..
“Mungkin Aiman kot..” balas Puan Fatimah, dia terus bangun untuk
membuka pintu untuk anak lelakinya itu..
“Ya Allah, kenapa ni??” terkejut Puan Fatimah melihat Aiman sedang
menarik Elyana untuk masuk ke rumah..
“Umi tolong, minah ni ganas gila..” ujar Aiman, sakit tangannya
bila Elyana asyik meronta-ronta minta dilepaskan, dahlah dia menahan Elyana
dengan menarik baju Elyana menggunakan tangannya, Elyana pula asyik
terpusing-pusing sahaja..
“Azmi.. Tolong Aiman ni..” Puan Fatimah terus memanggil adiknya
Encik Azmi untuk membantu Aiman..
Encik Azmi yang pelik apabila diminta untuk menolong Aiman terus
bangun.. Encik Malik dan Puan Herlina turut bangun.. Cuma Tengku Raihana,
Tengku Rizal dan Tengku Izzat sahaja berdiam, tak tahu apa yang berlaku..
Encik Azmi melihat anaknya Elyana yang meronta-ronta itu terus
menarik tangan anaknya untuk masuk ke dalam rumah..
Terkejut Puan Herlina melihat Elyana yang sudah berdiri di ruang
tamu rumahnya setelah ditarik oleh suaminya Encik Azmi..
“Yana..” perlahan Puan
Herlina memeluk tubuh Elyana..
“Mana Yana pergi nak, kenapa buat ibu macam ni
nak.. Kenapa Yana tinggalkan majlis perkahwinan Yana..”
Elyana menolak tubuh ibunya perlahan.. “Sebab Yana tak cintakan
orang lain selain Izwan!!”
“Kalau Yana tak nak berkahwin dengan Izzat, jadi kenapa Yana
setuju!!??”
“Sebab.. Kalau Yana tinggalkan perkahwinan ni, pasti Mak Long akan
suruh Ikin untuk gantikan tempat Yana!! Dan Ikin pasti akan terima sebabkan Mak
Long jadi Ikin tak kan ganggu hubungan Yana dengan Izwan!!”
“Kurang ajar!!” Encik Azmi terus menghayunkan tangannya untuk
menampar wajah Elyana..
Elyana dah memejamkan matanya apabila melihat ayahnya sudah
mengangkat tangan.. Dia tahu, pasti dia akan ditampar, mestilah sebab apa yang
dia buat dah menyusahkan ramai orang, tapi dia puas sebab Ikin dah tak boleh
rapat dengan Izwan lagi..
Satu saat, dua saat, tiga saat.. Elyana masih tak dapat merasa
tamparan ayahnya hinggap ke pipinya menyebabkan dia membuka matanya..
Terkejut?? Ya, dia sangat terkejut..
“Ya Allah abang!!” ujar Puan Herlina..
*****
“Liza..” panggil Ikin, perlahan-lahan dia melangkah kearah Liza..
“Kau ok tak??” tanya Ikin, dia memegang pipi Liza yang menghalang
wajah Elyana dari
ditampar tadi.. Bibir Liza kelihatan sedikit berdarah..
“Kenapa Liza halang ayah nak.. Kenapa??” tanya Encik Azmi, sedih
hatinya melihat pipi Liza yang merah ditambah lagi bibir Liza yang pecah
mengeluarkan sedikit darah itu..
“Jangan pukul kak Yana, dia memang bersalah.. Tapi, jangan pukul
dia..” ujar Liza, bukan dia nak membela Elyana, tapi kalau ayahnya menampar
Elyana, pasti Elyana akan menyalahkan Ikin.. Dia tak nak hubungan Elyana dan
Ikin semakin keruh, dia nak hubungan Ikin dan Elyana seperti dahulu, sentiasa
bergurau senda bersamanya..
Ya, dia, Elyana dan Ikin sangat rapat.. Ikin dan dia sama umur
sedangkan Elyana lebih tua setahun dari mereka.. Mereka sangat rapat, sehingga
suatu hari.. Elyana marah dengan Ikin disebabkan Izwan lelaki yang dia suka,
suka kepada Ikin bukan dengannya.. Sejak itu, hubungan Ikin dan Elyana mula
merenggang.. Bukan Ikin tidak cuba berbaik, tetapi Elyana yang keras kepala..
Asyik cakap yang Ikin merampas Izwan darinya, sedangkan Ikin tidak ada rasa
suka atau cinta pun pada Izwan…
“Liza..” panggil Aiman
perlahan, dia tahu apa yang dirasai oleh tunangnya itu.. Dialah yang menelefon
Liza apabila dia melihat Elyana berada di Melaka bersama dengan kawan-kawannya
dan beberapa kawan lelaki.. Apabila Liza menyuruhnya membawa Elyana pulang,
terus dia meletakkan ubat tidur dalam minuman perempuan itu, kalau tak pasti
perempuan itu buat hal ketika dia sedang memandu, tak pasal-pasal ada orang
yang aksiden pula nanti..
Setelah Elyana itu pengsan, dia terus mengangkat Elyana dengan
bantuan dua rakan kerjanya.. Dia ingat dengan membawa Elyana pulang, akan
menyelesaikan keadaan, rupanya makin teruk jadinya..
Liza hanya tersenyum memandang Aiman.. “Terima kasih..”
Aiman membalas dengan senyuman yang hambar, sakit hatinya melihat pipi
tunangnya merah.. Kalau dia tahu yang Liza ingin menghalang Elyana daripada
ditampar, biar dia yang halang dulu.. Ya, walaupun Liza keanak-anakkan, tetapi
kalau melibatkan hal keluarganya pasti dia kan jadi seorang yang matang..
Ikin mengenggam tangannya erat, dia tahu apa yang niat Liza sehingga menyebabkan Liza menghalang
Elyana dari ditampar, tapi alih-alih dia yang ditampar.. Hatinya bertambah
geram dengan Elyana.. Dia terus menarik tangan Elyana untuk keluar dari situ..
Elyana yang masih terkaku melihat Liza menghalang dia dari
ditampar, mengikut sahaja langkah Ikin.. Mereka berhenti di taman di tepi
rumah..
“Yana, pandang aku!!” arah Ikin..
Elyana menundukkan wajahnya..
“Look at me!!” suara Ikin semakin kuat..
Elyana mengangkat perlahan wajahnya..
Ikin tersenyum sinis.. “Kau menangis?? Rupanya orang hati batu
macam kau pun tahu nak menangis.. Aku ingat kau dah lupa cara nak menangis..”
“Aku pun manusialah!!” marah Elyana, geram bila dirinya di sindir..
“Kau manusia?? Aku ingatkan kau haiwan, yelah tinggalkan ibu bapa
sendiri sebab nak pergi keluar dengan kawan-kawan.. Berdendam dengan aku
sebabkan seorang lelaki dan di sebabkan kau adik kau sendiri kena tampar..
Manusia ke tu?? Syaitan bertopengkan manusia??”
“Aku..”
“Kau diam!! Aku tak habis cakap lagi!! Kau, Liza dengan aku kawan
baik dari kecil lagi kan?? Siapa yang mula hancurkan persahabatan kita?? Kau!!
Disebabkan kau suka sangat dengan Izwan, kau marah dan benci kat aku sebab
Izwan suka dekat aku.. Satu ya aku nak cakap dengan kau, aku tak pernah suka
dia!! Dari dulu lagi aku dah cakap, tapi kau tak percaya!! Kau cakap aku dengki
dengan kau..”
“Kau buat perancangan untuk berkahwin tiba-tiba kau menghilang!!
Sebabkan kau nak aku yang ganti tempat kau, untuk buat Izwan takkan suka pada
aku lagi.. Kalau aku dengki dengan kau, pasti aku dah lama dah terima Izwan,
tapi aku tak buat macam tu sebab aku tak nak hubungan kita putus disebabkan
seorang lelaki dan aku memang tak ada sekelumit perasaan pun pada dia”
“Lepas tu kau balik, kau cakap dengan semua orang apa sebab kau
buat semua ni.. Sebab kau cintakan orang lain.. Dan disebabkan kau buat semua
ni, Liza kena tampar?? Kakak jenis apa kau ni?? Anak jenis apa kau ni??”
“Mula-mula kau bencikan aku disebabkan seorang lelaki.. Lepas tu,
kau lukakan hati ibu ayah kau sebabkan seorang lelaki dan kau buat adik kau
ditampar disebabkan seorang lelaki.. Sebabkan seorang lelaki?? Dulu kau ok, kau
dengar cakap ibu dan ayah kau, kau selalu protect adik kau, kau selalu bergurau
senda dengan aku dan Liza.. Mana?? Mana Yana aku yang kenal?? Ke kau dah buang
Yana yang aku kenal di sebabkan seorang lelaki juga??”
“Kau ingat kenapa Liza halang kau dari kena tampar?? Sebab dia tak
nak kau makin marahkan ibu dan ayah kau dan kau akan salahkan aku lepas tu..
Sedangkan kau yang menyebabkan Pak Ngah marah sebab kau yang mulakan semua ni,
kau yang menghilang, kaulah yang bersalah!!”
“Tapi kau takkan terima, sebab dalam hati kau cuma, aku yang
bersalah.. Sebabkan akulah kau tak dapat Izwan, sebabkan akulah kau buat macam
ni, sebabkan akulah kau hampir kena tampar tadi.. Semua aku!! Aku!! Dan aku!!
Sedangkan aku tak pernah suruh Izwan untuk sukakan aku dan kalau dia sukakan
aku pun, aku tak boleh halang sebab itu hak dia.. Dia nak suka aku ke apa ke,
aku tak boleh halang.. Tapi aku juga yang kau salahkan..”
“Ya aku ganas, ya aku baran dan ya aku degil.. Tapi aku takkan
pernah sesekali sakiti hati kelurga aku disebabkan seorang lelaki yang belum
pasti akan menjadi milik aku.. Mungkin kata-kata aku buat kau terasa, memang
aku nak kau terasa pun.. Biar kau rasa macam mana sakit hatinya Mak Ngah dan
Pak Ngah bila tahu kau hilang.. Biar kau rasa macam mana sakitnya Liza kena
tampar disebabkan dia tak nak kakak dia makin berdendam.. Biar kau tahu betapa
kejamnya kau, kau sakiti keluarga kau sendiri..”
Air mata semakin deras mengalir dari tubir mata Elyana.. ‘Ya Allah,
kejamnya aku.. Aku dah buat ibu bapaku sedih, aku dah buat adikku ditampar atas
kesalahanku.. Aku dah hancurkan hubungan eratku dengan Ikin.. Semuanya
disebabkan seorang lelaki yang belum tentu menjadi milikku.. KAU ampunkanlah
aku Ya Allah..’
Elyana terus memeluk tubuh Ikin..
“Maafkan aku, aku yang salah..
Aku terlampau taksubkan seorang lelaki sampai aku lupa tentang perasaan ibu dan
ayah aku.. Aku dah lukakan hati mereka, aku dah buat adik aku kena tampar dan
aku dah buat hubungan kita renggang.. Aku minta maaf Ikin..”
Ikin tersenyum “Aku maafkan kau, kitakan kawan.. BFF??”
Elyana menganggukkan kepalanya.. “BFF”
‘Alhamdulilah’, hanya itu yang mampu Ikin ucapkan saat itu..
Nampaknya menjadi rancangannya untuk meng‘ajar’ Elyana..
Liza tersenyum, dibalik pintu rumahnya.. Semua ahli keluarganya
turut menyaksikan Ikin meng‘ajar’ Elyana..
“Alhamdulilah” Liza mengucap syukur melihat hubungan Ikin dan
kakaknya sudah baik semula..
“Dah tak sakit dah pipi??”
tanya Aiman, suka dia melihat Liza tersenyum seperti itu..
“Tak, sakit tu dah hilang.. Sebab gembira sangat dapat tengok Ikin
dan kak Yana dah berbaik..”
Aiman memandang Liza, Liza
turut membalas pandangan Aiman sebelum mereka sama-sama tersenyum gembira..
*****
“Ikin..” panggil Tengku Izzat, sejak semalam lagi isterinya itu
sibuk menyelesaikan assigmentnya.. Dahlah mereka baru sahaja kahwin minggu
lepas, bila dah datang duduk dirumahnya isterinya pula sibuk memanjang..
Walaupun hubungan mereka masih tak terlalu rapat lagi, dia tetap mahukan
perhatian isterinya..
“Ya..” sahut Ikin, dia memandang kearah Tengku Izzat yang sudah
duduk di sebelahnya.. Semenjak dia sudah sah bergelar isteri Tengku Izzat,
hatinya sudah mula belajar erti cinta..
“Sibuk sangat ke?? Sampai suami sendiri pun tak dilayan..”
Ikin tersenyum.. “Sorrylah, bukan tak nak layan awak.. Saya banyak
sangat assignment.. Saya ingat masa duduk rumah Mak Ngah masa tu nak buat, tapi
tak pasal-pasal jadi pengantin ekspres pula, lepas tu kena duduk rumah mummy
awak pula.. Sekarang ni barulah saya ada masa nak siapkan assignment saya ni..”
ujar Ikin, ya nasib baiklah Tengku Izzat sudah mempunyai rumah sendiri, jadi senang
sikit untuk dia membuat assignment…
Tengku Izzat memuncungkan bibirnya.. Nak merajuklah!!
Ikin yang sedari tadi menaip di laptopnya tiba-tiba berhenti
apabila kata-katanya tidak dibalas oleh Tengku Izzat.. Terus matanya memandang
Tengku Izzat..
“Awak merajuk ke??” Walaupun perkenalan mereka hanyalah sehari
sebelum perkahwinan, hubungan Ikin dan Tengku Izzat, seperti sudah kenal lebih
dari 2 tahun.. Mungkin sebab cinta dah berputik, cuma nama panggilan sahaja
belum bertukar..
Tengku Izzat tidak membalas.. Dia mengalihkan pandangannya dari
menatap wajah Ikin.. Dia bukanlah orang yang mudah merajuk, memang susahlah
kalau nak tengok dia merajuk.. Dia pun tak adalah kisah mana kalau isterinya
sibuk, tapi apabila mendengar Ikin berkata dengannya dengan menggunakan
saya-awak membuatkan dia rasa kecil hati..
Dia sendiri tak tahu kenapa..
“Awak merajuk sebab saya asyik buat assignment sampai lupakan awak
ke?? Kalau pasal tu saya minta maaflah, saya memang kena siapkan juga minggu
ni, minggu depan kan dah nak habis cuti semester..” ujar Ikin.. Menyesal pula
tak buat masa mula-mula cuti dulu.. Cuti dua bulan dihabiskan untuk berehat,
kang sekarang dah tak boleh nak rehat..
“Alah, macamlah tak sempat buat minggu depan..”
“Saya dah nak siaplah.. Lepas ni kita pergi jalan-jalan erk..”
pujuk Ikin..
Tengku Izzat tidak membalas..
“Abang tak nak ikut Ikin ke?? Baru ingat lepas ni nak ajak abang
tengok wayang..”
sengaja dia menukarkan nama panggilan Tengku Izzat, mana tahu
terpujuk ke nanti..
Dan ternyata panggilan Ikin itu telah berjaya membuat Tengku Izzat
menguntumkan senyuman.. “Mestilah abang nak ikut isteri abang, takkanlah abang
nak biarkan isteri abang tengok wayang seorang diri..”
“Kan comel kalau awak senyum macam tu..” Ikin tersenyum melihat
senyuman Tengku Izzat itu..
“Ikin..” wajah Tengku Izzat kembali muram..
“Kenapa ni?? Awak ada masalah ke??” tanya Ikin pelik, sekejap ok
sekejap tak. Pelik sungguh!!
“Boleh tak kalau Ikin panggil abang dengan panggilan abang??Tak
naklah panggil awak, awak, awak.. Lama-lama karang dari awak ke wak..”
“Pasal tu ke awak muram macam ni.. Sebab saya panggil awak dengan
panggilan awak, bukan macam isteri-isteri dalam novel tu..” Ikin bertanya
sambil mengangkat kening, manja sungguh suami yang dianggap taklah suka sangat
dengan perempuan, mungkin dia memang dah jatuh cinta pandang pertama kat
isterinya kot.. Siapa lagi kalau bukan aku..
“Mestilah, Ikin kan dah jadi isteri abang..
Mestilah Ikin kena
panggil abang dengan panggilan yang menunjukkan abang ni suami Ikin..” ujar
Tengku Izzat, bibirnya dimuncungkan lagi..
Haish, manja gila mamat sorang ni, nasib baik suami aku.. Ikin
mengeleng-gelengkan kepalanya.. “Jadi awak nak saya panggil awak abang??”
Tengku Izzat mengangguk laju..
“Tak nak saya panggil awak lagi dah??”
Tengku Izzat mengangguk lagi..
“Kalau saya panggil awak kau boleh??”
“Mana boleh!!”
“Hmm, Encik Izzat??”
“Tak boleh!!”
“Kalau Tengku??”
“Ikin!!”
“Hmm, kalau saya panggil..”
“Tak boleh!! Ikin kena panggil abang, abang juga!!” tegas Tengku
Izzat..
“Lah baru nak tanya boleh tak panggil darling atau hubby atau baby
ke.. Tapi abang tak bagi tak apalah..”
“Apa?? Baby?? Kalau baby abang nak..” ujar Tengku Izzat, dia sudah tersenyum..
“Tak jadilah, kan abang kata tak boleh tadi..” ujar Ikin sambil
tersengih-sengih..
“Sengaja je nak kenakan abang..” pantas tangan Tengku Izzat
mencubit pipi Ikin dengan kuat..
“Adoi, sakitlah..” Ikin terus menggosok-gosok pipinya yang sudah
kemerahan akibat dicubit oleh Tengku Izzat..
“Alah ciannya dia..” Tengku Izzat mengusap pipi isterinya yang
kelihatan kemerahan itu..
Ikin terus mengambil kesempatan itu dan mencubit paha Tengku Izzat
dengan kuat.. Selepas itu, Ikin terus lari daripada Tengku Izzat..
“Ikin!!!”
“Abang yang mula dulukan.. Padan muka!!” ujar Ikin sambil
menjelirkan lidahnya sambil keningnya diangkat-angkat..
Tengku Izzat tersenyum melihat telatah isterinya.. Kakinya
dihayunkan untuk mengejar langkah si isteri.. Ikin terus melarikan diri apabila
melihat Tengku Izzat mula mengejarnya.. Kedengaran ketawa memenuhi ruang tamu
apabila Tengku Izzat dan Ikin berkejar-kejaran sesama sendiri..
*****
Ikin melepak di café bersama dengan Liza dan Elyana, mereka baru sahaja
habis kuliah, tu yang nak lepak kejap.. Mereka baru sahaja habis cuti semester
semalam..
“Aik Ikin?? Apasal muka kau macam muram je?? Takkan baru berpisah
dengan suami tersayang dah muram kot..” ujar Elyana, sejak peristiwa di rumah
Pak Ngah tempoh hari.. Hubungan mereka sudah kembali baik seperti dahulu..
“Ingatkan Liza je perasan, akak pun perasan juga rupanya..” ujar
Liza kemudiannya..
“Mana ada aku muram, aku ok aje..” ujar Ikin, tapi dalam hatinya
sudah menjerit-jerit memanggil nama suaminya.. Yelah, baru berkahwin tak sampai
dua minggu dah kena berpisah, yelah suaminya universiti lain, dia pula
universiti lain.. Lagipun, beberapa hari sebelum cuti semester habis, suaminya
seperi sibuk menguruskan sesuatu.. Jadi, mereka tak dapat nak meluangkan masa
lama-lama..
“Nak main tipu-tipu pula..” ujar Liza dan Elyana serentak..
“Mana ada aku tipu..”
“Macamlah aku dengan kak Yana baru kenal kau, kitaorang tahulah kau
punya perangai.. Dah arif sangat dah..”
“Entah, bagitahulah apahal.. Kau bergaduh dengan suami kau ke??”
tanya Elyana..
“Taklah..”
“Habis tu..”
Ikin memandang Liza dan Elyana seketika.. “Rindu..”
Serentak itu Liza dan Elyana ketawa sambil menekan-nekan perut..
Ikin mengetap gigi sahaja melihat dua beradik itu ketawa..
“Dah ar!! Korang ni tak sportinglah..”
Liza dan Elyana berpandangan, mereka menarik nafas sebelum
menghembuskannya kembali..
“Ok, kitaorang dah berhenti gelak..” ujar Elyana..
Tapi tak sampai sesaat Elyana dan Liza menyambut gelak lagi..
“First time tengok ‘gangster girl’ cakap rindu..” kata Liza..
“Aku duduk tempat lainlah..” Ikin sudah bangun dari tempatnya..
Elyana dan Liza pantas menghalang Ikin.. “Alah, sorrylah..
Kitaorang dah tak gelak dah.. Kan kak??”
Elyana menganggukkan keplanya..
“Nasib baik aku baik..” ujar Ikin dan duduk semula dikerusi yang
diduduknya tadi..
Liza dan Elyana berpandangan sebelum membuat reaksi seperti nak
muntah.. Melihat Liza dan Elyana membuat muka, Ikin menjelir lidah kepada
mereka..
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..” serentak Ikin, Liza dan Elyana menjawab salam
yang diberi..
“Hai Ikin, lama tak nampak..” muncul Izwan bersama kawan-kawan
lelakinya, ada juga beberapa kawan perempuan bersama dengannya..
“Huh. .Oh hai..” balas Ikin acuh tak acuh..
Elyana tersenyum melihat Ikin yang seperti malas nak melayan
Izwan.. ‘Kenapalah aku baru sedar, Ikin memang tak pernah sukakan si Izwan, aku
aje yang buta hati..’
“Er, boleh tak kalau saya nak ajak awak jalan-jalan malam ni..
Bukan kita berdua aje, member-member saya pun ikut.. Kalau awak nak bawa Liza dan
Elyana sekali pun tak apa..” ujar Izwan..
“Hmm, aku kena tanya suami aku dululah..” ujar Ikin selamba..
Kawan-kawan Izwan sudah tergelak.. Lawak apa pula yang Ikin buat
ni, takkan dah tak ada idea lain sampai cakap dah kahwin..
“Awak ni janganlah main-main.. Takkanlah cuti dua bulan awak dah
kahwin kot..” ujar Izwan, dia turut tergelak..
“Dia memang dah kahwinlah, baru je dua minggu lepas..” ujar Liza..
“Tipulah, kalau awak kahwin kenapa tak jemput kami??”
“Lah kena ke jemput kau?? Buat apa??” selamba badak Ikin bertanya..
Liza dan Elyana ketawa mendengar ayat selamba Ikin itu..
“Takkanlah, awak selama ni mana ada kekasih..” ujar Izwan, dia
masih tidak berpuas hati..
“Memanglah aku tak ada kekasih.. Aku gantikan tempat Yana masa dia
pergi dengan korang ke Melaka.. Jadi, sebab tulah sekarang aku dah kahwin, aku
kahwin dengan tunang Yana..”
“Hah?? Maksudnya yang sepatutnya kahwin Yana bukan awak??”
“Ya.. Dah jodoh aku dengan tunang si Yana ni nak buat macam mana,
terima jelah..”
“Kiranya awak tak cinta punlah dengan suami awak…”
“Buat lawak apa kau?? Dah jadi suami aku, comfirmlah aku cintakan
dia..”
“Elyanakan suka dia..”
“Elyana suka orang lainlah, kalau tak buat apa dia tinggalkan
majlis dia..” ujar Ikin dengan geram..
“Kenapa awak ikut kami sedangkan masa tu awak kena kahwin??” tanya
Izwan kepada Elyana, geram pula dia kepada Elyana, tak pasal-pasal kekasih
hatinya yang terpaksa berkahwin..
“Sebab masa tu saya ‘gila’.. Sebab tu saya buat macam tu..” ujar
Elyana selamba..
“ ‘Gila’?? ‘Gila’ pasal apa??”
“Dahlah Iz.. Jodoh tu Allah yang tetapkan, mungkin ada hikmah
Elyana ‘gila’.. Kalau tak mungkin aku tak kahwin sekarang ni.. Lagipun aku
bahagia dengan suami aku, so tak payahlah nak bising sangat..”
“Tipulah kalau awak bahagia.. Awak kahwin pun terpaksa sebab kena
gantikan Yana, mana awak tahu awak bahagia!!??”
“Hanya aku, yang tahu sama ada aku bahagia atau tak.. Kau tak payah
sibuk nak tahu, aku punya sukalah nak bahagia ke tak.. Dah aku nak bahagia, apa
masalahnya dengan kau??”
“Tapi saya cinta awak..”
“Kau tak payah buang masa dengan aku, kalau Yana jadi kahwin pun
masa tu, aku tetap
takkan cintakan kau, sebab aku memang tak pernah ada
perasaan terhadap kau.. Aku pun sekarang dah kahwin dah aku bahagia dengan
perkahwinan aku ni, jadi mustahil aku akan cintakan kau.. Kau carilah orang
lain, ada orang yang lebih menyintai kau..” ujar Ikin..
“Siapa??” tanya Izwan..
Elyana sudah gelisah, apahal Ikin nak bocor rahsia pula ni!! Liza
sudah tersengih melihat kakaknya tak senang duduk..
“Dia ada, sentiasa ada dengan kau..” ujar Ikin lagi..
“Awak sengaja nak sedapkan hati sayakan..”
“Taklah, perempuan tu memang wujud.. Dia..”
“Maaf, eh kelas dah nak mula.. So, saya nak ambil budak ni ye..”
Elyana pantas berkata lalu menarik tangan Liza dan Ikin untuk pergi dari situ..
Izwan memandang langkah Elyana yang laju mengheret Liza dan Ikin..
‘Siapa perempuan yang suka aku??’
“Aku rasakan, perempuan yang Ikin maksudkan ialah Yana..” ujar
Kamil, salah satu kawan kepada Izwan..
“Ha’ah, aku pun dah lama kenal si Yana tu.. Aku rasa dia memang
sukakan kau..” Anita pula bersuara..
Izwan terdiam seketika.. ‘Yana??’
*****
“Kau ni Ikin!! Baik tak terlepas cakap tadi..” marah Elyana..
“Sampai bila kau nak berahsia..”
“Aku bukan nak berahsialah, aku cuma tak bersedia..”
“Kalau nak tunggu akak sedia, sampai bila-bilalah akak takkan
pernah cakap yang perasaan sebenar akak kat Izwan.. Karang kena rembat, akak
yang meraung..”
“Takkanlah akak nak jadi ‘gila’ lagi disebabkan seorang lelaki??”
“Akak, akak ‘gila’ sebab akak tak nak tengok orang lain dengan
Izwan.. Tapi, bila dah ada masa akak pendamkan pula perasaan akak dekat dia..”
“Betul cakap Liza tu, sekaranglah masa untuk kau berterus terang
dengan dia.. Mana tahu dia akan cintakan kau macam mana kau cintakan dia..”
“Aku tahu korang nak tolong aku dan aku pun tak nafikan yang aku
cintakan Izwan.. Tapi, aku tak rasa aku layak dengan dia.. Lagipun, aku tak nak
dia cintakan aku, sebab dia dah kecewa dengan Ikin.. Aku nak dia cintakan aku,
sebab diri aku sendiri..”
“Jadi, selama ni awak cinta dekat saya??” celah satu suara dari
belakang Elyana..
Elyana terus memusingkan badannya, terkejut dia melihat Izwan
berdiri di belakangnya..
“Apa awak buat kat sini??” tanya Elyana, dia rasa seperti hendak
lari seribu batu je, mesti dengar apa yang aku cakap!! Argh!!
“Saya tanya betul ke apa yang saya dengar tadi?? Awak cintakan
saya..”
“Awak merepek apa ni?? Mana ada saya cakap macam tu, awak salah
dengar ni..” balas Elyana, tak nak aku
mengaku, tak pasal-pasal kena tolak.. Buat malu je!!
“Please Yana, jangan pura-pura yang awak tak cakap apa-apa tadi..
Saya sendiri dengar yang awak cakap awak cintakan saya.. Is it true??”
Elyana menelan air liur.. "Saya tak ingat apa yang saya cakap
tadi.. Kalau awak rasa awak terdengar apa-apa, mungkin awak silap dengar..” selesai
berkata Elyana terus berjalan untuk meninggalkan tempat itu..
Tapi Izwan lebih pantas, dia menarik lengan baju Elyana.. “Saya
takkan bagi awak pergi, selagi awak tak jujur dengan saya..”
“Saya.. Eh, Ikin suami kau..” ujar Elyana..
“Kau jangan nak tipulah Yana..” ujar Ikin, takkanlah suaminya ada
dekat sini, suaminya kan dekat kolej dia..
“Betullah!! Tu dia..” Elyana menunjuk kearah yang bertentangan
dengannya..
Serentak itu, Liza, Ikin dan Izwan memalingkan muka mereka
memandang tempat yang di tunjuk oleh Elyana..
“Abang!!” Ikin sudah bangun, betul apa yang di cakap oleh Elyana,
suaminya sedang berjalan kearahnya..
Tengku Izzat tersenyum melihat isterinya yang tersenyum sambil
melambai kearahnya itu..
Elyana yang melihat semua orang terleka melihat kehadiran Tengku
Izzat, dia pantas menarik lengan bajunya dengan kuat lalu berlari menjauhi
Izwan, Liza, Ikin dan Tengku Izzat..
“Yana!!” panggil Izwan..
Elyana tidak mempedulikan panggilan Izwan dia terus berlari..
‘Cubalah kejar, tu pun kalau dapat.. Hehehe, aku juara larian marathon tau
dulu, comfirm tak boleh nak kejar!!’
“Kenapa tu Ikin??” tanya Tengku Izzat, pelik pula tiba-tiba melihat
Elyana berlari laju menjauhi mereka..
“Dia tu tak nak mengaku yang dia suka Izwan.. Tadi Izwan tanya dia,
dia bagi alasan macam-macam.. Tiba-tiba dia cakap abang datang, kitaorang tak
percaya.. Tapi lepastu dia cakap macam serius je, kitaorang pun pandanglah..
Sekali memang betul abang datang, apalagi dah ada peluang, larilah dia..” ujar
Ikin..
“Abang datang kenapa??” tanya Ikin..
“Aik macam tak suka je abang datang..” dia sengaja je datang nak
melawat isterinya itu, tapi kehadirannya macam tak menggembirakan isterinya
pun..
“Bukan tak suka, tadi baru je Ikin dengan Liza nak tengok drama..
Abang datang terus the end..” keluh Ikin..
“Entah abang Izzat, kalau datang lewat sikit tadi, mungkin
kitaorang boleh tengok kisah cinta baru nak tumbuh tadi..” Liza turut mengeluh,
baru nak tengok cerita Hindustan versi melayu..
“Abang baliklah macam ni..”
Tengku Izzat dah mula melangkah..
“Alah, janganlah marah.. Ikin gurau je.. Tak hensem suami Ikin yang
sorang ni kalau tengah marah..” pujuk Ikin..
“Abang hensemlah, abang marah pun hensem..”
“Oh, oklah abang hensem, tapi kalau abang senyum lagi
berganda-ganda hensem.. Dah janganlah marah..”
“Uwek..” Liza sudah buat gaya nak muntah.. Meremang bulu tengkuk
aku melihat drama suami isteri ni..
Ikin menjeling Liza, “Kau jangan nak uwek, uwek sangat.. Karang dah
kahwin dengan abang Aiman, kau buat macam ni juga tau..”
“Tapi masalahnya, aku belum kahwin dengan abang Aiman lagi..” balas
Liza..
“Er, maaf kalau mengacau..” celah Izwan..
Serentak itu, Liza, Ikin dan Tengku Izzat memandang kearah Izwan..
“Ada apa??” tanya Liza..
“Yana ada kelas ke lepas ni??”
“Tak ada, kelas kak Yana dah habis 45 minit yang lalu dah pun..
Sebab hari ni dia ada kelas tengah hari je..”
“Esok??”
“Esok kak Yana ada kelas pagi pukul lapan hingga sepuluh, lepas tu
dah tak ada.. Sebab kelas dengan Prof. Mazlan ditunda..”
Ikin memandang Liza pelik .. ‘Diaorang bukan sekelas pun, tapi Liza
tahu macam-macam pula.. Mesti dia dah curi data awal-awal lagi ni, bijak
sungguh ‘kakak ipar’ kesayanganku seorang ni..’ Ikin tersenyum..
“Kelas aku esok pukul sembilan hingga sebelas.. Boleh tak kau
dengan Ikin lengahkan dia untuk sejam?? aku nak bercakap dengan dia..” ujar
Izwan bersungguh-sungguh, ya dia kena bercakap dengan Elyana juga!!
Liza memandang Ikin, Ikin memandang Elyana sebelum tersenyum.. “Kau
jangan risau, benda sesimple tu, kau serahkan dekat aku dengan Ikin.. Kitaorang
tahu apa nak buat..” balas Liza sambil tersengih, Ikin turut tersengih
mendengar kata-kata Liza..
Izwan melihat Liza dan Ikin yang sudah tersengih.. Seram siot,
macam nak rancang
perbunuhan je..
Tengku Izzat pula hanya mengelengkan kepala, walaupun dia baru kenal
Liza dan Ikin, dia
tahu pasti adalah tu benda yang diaorang nak kenakan kat
Elyana..
*****
“Macam mana ni, kasut aku dah hilang!!” rungut Elyana, baru je
letak sekejap dah hilang..
Ikin dan Liza sedaya upaya menyembunyikan senyuman mereka supaya
tidak buat Elyana syak..
Elyana pula asyik mencari-cari kasutnya di luar perpustakaan.. Ya,
di kolej mereka, sesiapa yang ingin masuk ke perpustakaan kena buka kasut
dulu.. Tapi, selama ni tak pernah pula ada kes orang hilang kasut, tiba-tiba
hari ni ada pula..
“Alah,akak pakai jelah kasut lain..” ujar Liza..
“Entah, kau cari pun bukan boleh jumpa, dah hilang kan..” Ikin pun
bersuara..
“Masalahnya takkan aku nak pakai kaki ayam je kot..” hish, menyesal
pula dia ikut rancangan Liza dengan Ikin untuk ke perpustakaan, dekat setengah
jam mereka cari rujukan, nak balik je tiba-tiba kasut dia pula hilang..
“Kejap, Liza cuba tanya dengan kawan Liza kejap.. Liza rasa dia ada
kasut lebih, kak Yana tunggu sini dengan Ikin kejap ya..” selesai berkata, Liza
terus berlalu..
Liza pergi ke lokernya, di buka lokernya untuk mengambil ‘kasut’
yang dia dan Ikin pilih, untuk buat Elyana tak boleh berlari dah.. Liza
tersengih seketika, dia terus berlari ke perpustakaan kembali setelah
mendapatkan Elyana dan Ikin yang sedang menunggunya di perpustakaan..
“Nah kak, ini aje ‘kasut’ yang kawan Liza ada..” Liza menghulurkan
‘kasut’ yang dipegangnya kepada Elyana..
Mata Elyana mambulat.. “Takkanlah akak nak pakai ‘kasut’ tu!!”
“Dah ini aje ada, nak buat macam mana..”
Elyana memandang sahaja ‘kasut’ yang dipegang oleh Liza.. Bukan dia
nak memilih, tapi ‘kasut’ tu terlalu tinggi, lebih kurang lima sentimeter kot..
Mana pernah dia pakai kasut tumit tinggi yang setinggi itu.. Mahu tergolek dia
kalau pakai kasut tu..
“Alah pakai jelah Yana, dari kau berkaki ayam..” Ikin berkata
sambil mengambil kasut ditangan Liza dan meletakkannya sebelah kaki Elyana..
“Dah cuba try..”
Elyana mengeluh, tapi dia tetap memakai kasut tumit tinggi itu..
Yelah takkan nak berkaki ayam kot.. Elyana cuba berdiri, ketinggiannya meninggi
sedikit disebabkan tumit kasut itu tinggi.. Ketinggiannya hanya beza sikit je
dengan Liza dan Ikin, tapi setelah dia memakai tumit tinggi itu, membuatkan
ketinggiannya meningkat sedikit..
“Hah, oklah tu.. Cuba jalan..”
Elyana mengikut sahaja kata-kata Liza dan Ikin.. Tiba-tiba dia rasa
nak jatuh, tapi nasib baik dia sempat mengimbangkan badan..
Liza dan Ikin berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum dan
membuat high five kerana berjaya menyelesaikan misi mereka dengan sempurna..
*****
“Yana!!” panggil Izwan, dia terus sahaja pergi ke taman setelah
habis kelas.. Dia diberitahu oleh Liza yang mereka sedang berada di taman..
Elyana yang duduk dibangku yang berada ditaman itu menoleh kearah
suara yang memanggil namanya.. Tadi dia asyik nak terjatuh aje, itu yang dia
suruh Liza dan Ikin berehat disini dahulu..
Tetapi melihat Izwan yang melangkah kearahnya, Elyana terus bangun
dan hendak berlari.. Belum sempat beberapa langkah dia berlari dia sudah
terjatuh.. “Adoi!!” Elyana mengaduh sakit, lututnya terhentak ke batu dan
pergelangan kakinya sedikit terkehel..
‘Macam mana aku boleh lupa yang aku
tengah pakai kasut tumit tinggi ni!!’
Liza dan Ikin melangkah perlahan-lahan ke belakang semak berdekatan
dengan bangku itu.. Menjadi nampaknya rancangan mereka untuk membuatkan Elyana
tak boleh larikan diri lagi dari Izwan..
“Awak ok??” tanya Izwan.. Dia sudah pun berada di sisi Elyana yang
sudah terduduk itu..
“Nampak macam saya ok ke?? Sakit tau tak..” rungut Elyana, tak
nampak ke mukanya ni berkerut, mestilah sakit!!
“Itulah dah tahu nak lari pakai heels kenapa..” ujar Izwan..
“Nak buat macam mana dah kasut saya hilang.. Kalau tak saya pun tak
teringin nak pakai heelslah..” Elyana membuka kasut tumit tinggi dari kakinya
itu.. ‘Jalan kaki ayam lagi bagus..’
Izwan tersenyum, pasti kerja Liza dan Ikin..
“Apasal senyum-senyum?? Gila ke??” tanya Elyana, orang tengah sakit
dia boleh pulak tersenyum-senyum.. Elyana terus bangun, walaupun kakinya
sedikit sakit..
Izwan hanya membalas pertanyaan Elyana dengan senyuman..
“Liz.. “ eh, mana pula Liza dengan Ikin ni?? Elyana memandang
sekeliling, ‘bukan tadi diaorang kat bangku tu ke?’
“Liza!! Ikin!!” panggil Elyana.. Ah sudah!! Diaorang tinggalkan aku
ke?? Elyana melangkah untuk mencari Liza dan Ikin, tapi sekali lagi dia
terjatuh..
“Aduh!!” Elyana memegang kuat kakinya yang terasa berdenyut-denyut
itu..
“Dah tahu kaki awak sakit, yang awak nak berjalan lagi kenapa??”
Izwan terus menolong
Elyana untuk bangun..
“Habis tu takkan saya nak duduk kat sini je sampai kaki saya
elok..”
“Yelah, tapikan saya ada.. Minta tolong sayakan boleh..”
“Tak kuasa saya nak minta tolong awak.. Dah, awak boleh pergi saya
nak tunggu Liza dan Ikin kat sini..” setelah dia telah duduk dibangku dengan
bantuan Izwan, dia terus menyuruh lelaki itu untuk pergi..
“Tapi saya dah tolong awak pun…”
“Saya tak minta pun..” tolonglah pergi!! Jerit hati Elyana, gila
tak selesa dia bila bersama dengan Izwan.. Manalah Liza dengan Ikin ni!!
“Walaupun awak tak minta, tapi saya dah tolong.. Takkan tak ada upah
kot untuk saya??”
“Ceh, tak ikhlas rupanya..”
“Ikhlas tu hanya Allah dan saya je tahu..”
Elyana memandang wajah Izwan lalu mengeluarkan dompetnya dari beg..
“Berapa awak nak??”
Izwan tersenyum.. “Saya tak nak duitlah..”
Elyana menjeling Izwan.. “Habis tu nak apa?? Nak saya..”
Belum sempat Elyana menghabiskan kata-katanya Izwan mencelah..
“Ha’ah..”
“Apa yang ha’ah!!?? Orang belum habis cakap dah ha’ah, gila ke??”
“Saya nak awak..”
Elyana terkedu mendengar kata-kata Izwan itu.. Nak aku?? Memang dah
sah mamat ni dah gila!! Mana mungkin semalam baru dikecewakan hari ni nak
bercinta balik.. Gila, gila, gila..
“Awak ni gila ke apa??”
“Tak, saya tak gila..”
“Habis tu?? Datang sini, tolong saya lepastu nak upah, saya bagi
duit tak nak, then cakap
nak saya pula, padahal
baru je semalam awak patah hati.. Tak ke gila namanya tu??”
“Saya tak gila, cuma saya bengap..”
Elyana mengerutkan dahi.. Mamat ni memang dah gila dah ni..
“Saya bengap sebab selalu terkejarkan Ikin yang tak pernah ada
sekelumit perasaan pun dekat saya.. Saya bengap sebab tak pernah nampak yang
awak memang dah lama taruh perasaan awak kat saya.. Dan saya bengap sebab baru
sedar yang saya pun ada perasaan dekat awak..”
“Huh, saya rasa awak memang kena jumpa doktorlah.. Check kepala
awak tu, mana tahu ada wayar yang dah terputus ke..” Elyana sudah membuat muka,
kalau dia ada perasaan kat aku, mana mungkin dia tak sedar!!
“Bukan wayar dekat kepala saya yang putus, tapi dekat hati.. Awak
kawan saya dan awak kakak sepupu Ikin.. Saya selalu ceritakan dekat awak yang
saya suka Ikin dan minta awak cakap dekat Ikin.. Lama-kelamaan, saya tengok
awak jarang dah bergaul dengan Ikin dan awak pun menjauhkan diri dari saya..
Saya rasa sepi bila awak tak ada untuk mendengar kata-kata saya, untuk
mendengar segala masalah dan luahan saya.. Saya rasa rindu untuk mendengar
kata-kata awak yang selama ni sentiasa beri saya semangat.. Selalu bebel dekat
saya dan mengajar saya pelajaran yang saya tak faham..
Saya anggap itu adalah
kesepian bila tiada kawan untuk meluahkan perasaan dan kerinduan kepada kawan
yang semakin menjauh.. Sebab itu saya rancang percutian di Melaka, saya nak
rapatkan hubungan kita balik.. Tapi, awak langsung tak layan saya, awak hanya
bersembang dengan Anita dan kawan-kawannya.. Awak ingatkan masa kita dekat
restoran, saya ke tandas sekejap dan bila saya keluar awak dah tak ada.. Makin
saya sakit hati bila Anita kata awak pengsan, lepas tu ada seorang lelaki
datang dan ambil awak..
Saya terus duduk dalam bilik hotel seharian sebab tak ada mood nak
keluar.. Bila Kamil tanya kenapa, saya cakap saya tak sihat.. Tapi Kamil hanya
senyum dan lepas tu dia cakap kat saya ‘Kau kena selalu tahu tentang perasaan
kau, faham apa yang hati kau nak sebenarnya.. Bukan hanya berkata kau suka
dekat orang ni tapi hati kau dekat orang lain!!’.. Saya tak faham apa yang
Kamil cuba sampaikan..
Sampailah semalam kita berjumpa di café.. Bila saya ajak Ikin untuk
keluar, saya harap sangat dia terima, sebab kalau dia pergi, pasti awak ada..
Tiba-tiba Ikin cakap dia dah ada suami, saya terkejut.. And lepas tu dia cakap
yang sepatutnya awak yang berkahwin tapi awak ikut saya pula ke Melaka, jadi
dia yang kena gantikan tempat awak, saya jadi makin terkejut..
Tapi saya tak percaya yang Ikin cakap sebab kalau awak dah nak
berkahwin awak tetap ikut kami.. And then Ikin cakap dah tak payah sukakan dia
lagi, sebab dia memang tak sukakan saya pun.. Saya sendiri pelik kenapa masa
dia cakap macam tu, saya tak rasa sakit hati macam mana bila awak pengsan dan
awak dibawa pergi oleh lelaki lain.. Tiba-tiba Ikin cakap yang ada orang yang
lebih menyintai saya, saya juga tak tahu kenapa?? Tapi hati saya berharap agar
Ikin sebut nama awak.. Saya tak tahu kenapa saya berharap yang
awak adalah
perempuan itu sedangkan selama ni saya kata saya suka Ikin..
Tapi belum sempat Ikin bagitahu siapa perempuan yang mencintai saya
tu, awak dah bawa dia pergi.. Saya pun pergi ikut awak bila Kamil dan Anita
kata perempuan yang Ikin cakap itu adalah awak.. Bila saya sampai situ, saya
dengar awak cakap yang awak cintakan saya dan hati saya rasa gembira.. Saat itu
barulah saya faham kenapa Kamil cakap yang saya harus lebih memahami hati
saya.. Sebab selama ni mulut saya suka Ikin tapi hati saya
suka orang lain..”
Elyana terdiam, dia tersenyum air matanya menitis disapu perlahan..
Dia memandang Izwan, laju tangannya menumbuk bahu Izwan dengan kuat.. Terkedu
Izwan dibuatnya..
“Awak memang bengap!! Kenapa sekarang awak baru sedar yang awak
cinta saya??!! Kenapa tak dari dulu?? Awak tahu tak saya dah buat kerja ‘gila’
bila awak kata awak suka
Ikin!! Bengong!!” Elyana sekali lagi menumbuk kuat
bahu Izwan..
Izwan tersenyum.. Ingatkan apalah tadi.. Dia dah tahu semua pasal
kenapa Elyana tak jadi bertunang dan Ikin yang menggantikan tempat Elyana..
Ikin dan Liza dah cerita semuanya pada saya..
“Maafkan saya sebab lambat sedar tentang perasaan saya dekat awak..
Maafkan saya juga sebab dah buat awak buat kerja ‘gila’ disebabkan saya.. Tapi
saya gembira, kalau awak tak buat kerja ‘gila’ tu, pasti sekarang saya yang
sedih dan merana..”
“Nur Elyana bt Mohamad Azmi, sudikah awak menjadi teman hidup
kepada Muhamad Izwan bin Dato’ Ismail??”
Elyana yang mendengar sudah tersenyum.. “Saya sudi..”
“Selamat Pengantin Baru!!” jerit Ikin dan Liza, mereka terus keluar
dari semak tempat mereka menyorok dari tadi..
“Oh, ni semua mesti idea korang!!” ujar Elyana geram, padahal dalam
hati suka..
“Memanglah, kalau tak sampai bila-bilalah akak tak nak bagitahu
perasaan akak.. Terpaksalah Dr cinta Ikin dan Liza masuk campur.. Kan Ikin..”
“Ha’ah, meriahlah rumah Mak Ngah nanti.. Dapat dua orang menantu
sekali gus..” ujar Ikin..
Elyana dan Liza tersenyum mendengar kata-kata Ikin.. Seketika wajah
Liza kelihatan sedikit muram..
Ikin dan kak Yana dah kena propose.. Aku bila lagi?? Keluh hati
Liza perlahan.. Walaupun hampir setahun dia dan Aiman bertunang, Aiman belum
lagi propose dia macam yang dilakukan oleh Izwan dan Tengku Izzat..Diaorang
belum tunang dah di propose.. Aku??
Tanpa disedari ada sepasang mata yang galak memerhatikan perbuatan
Liza.. Sudah lama dia berada di situ, di sebalik pokok berhampiran dengan
tempat Liza dan yang lain-lain..
*****
Liza melangkah ke lokernya untuk mengambil beberapa buku dan nota
yang telah dia tinggalkan di situ.. Pintu loker dibuka, terkejut dia melihat
isi didalamnya.. Sekuntum bunga mawar merah dan sekeping kad.. Liza terus
mengambil bunga dan kad itu.. Kad itu diambil dan dibaca..
“AiLi?? Siapa pula ni??” Liza memerhatikan sekeliling, ‘silap hantar
kot’.. Liza terus mengambil buku nota yang dikehendakinya lalu menutup pintu
loker.. Bunga dan kad tadi dicampakkan kedalam tong sampah.. Itu bukan haknya
dan dia pun tak tahu milik siapa, jadi baik buang..
Liza terus melangkah untuk ke dewan kuliah.. Di sebalik dinding
berdekatan dengan tempat loker itu, kelihatan seseorang sedang tersenyum..
*****
“Hish!! Ada orang gila apa dekat kolej ni!!!” ujar Liza dengan
geram.. Dia mencampak sekeping kertas dan sekuntum bunga yang berada didalam
lokernya dengan kasar ke dalam tong sampah.. Sudah beberapa kali dia telah menerima
kad dan bunga, takkanlah asyik silap kirim je kot!!
Kalau tak silap kirim pon, siapa yang sukakan aku dekat kolej ni??
Rasanya semua kawan lelaki aku dah ada girlfriend dah!! Liza mengingati kembali
ayat yang tertulis di kad yang dibuangnya tadi..
AiLi?? Siapa pulalah dia ni?? Rasanya aku tak ada kenalan bernama
AiLi, pelik bebenor namanya.. Entah-entah ada orang yang sengaja nak kenakan
aku.. Tapi siapa?? Takkanlah Ikin dengan Kak Yana kot, diaorang manalah suka
menulis surat-surat apatah lagi berlove-love macam tu..
Liza memerhatikan sekeliling, ish musykil betullah!!
“Liza!!” jerit seseorang..
“Opocot kau meletop!!” Liza mula melatah..
“Kau ni kan!! Nak sangat aku ‘jalan’ dulu ke apa??!!” marah Liza
kepada Ikin yang memeranjatkannya tadi..
“Alah janganlah marah, takkanlah nak gurau sikit pun tak boleh??”
ujar Ikin sambil tersengih..
“Apasal kau ni?? Tersengih-sengih macam kerang busuk je.. Dah
gila??”tanya Liza, pelik dia melihat Ikin yang sedari tadi asyik tersenyum
sahaja..
“Hehehe, kau tak dengar cerita ke??”
“Cerita?? Cerita apa??” tanya Liza, tangannya pantas menutup pintu
lokernya lalu dia member tumpuan kepada Ikin semula..
“Ada Lecturer baru akan gantikan Prof Hamisah..”
Liza mengerutkan dahinya, pasal ada lecturer baru yang akan
gantikan Prof Hamisah semestinya dia tahu kerana sekarang Prof Hamisah sudah
nak bersalin.. Tapi, apa yang buat Ikin gembira sangat??
“Benda tu je?? Sampai tersengih-sengih macam tu??”
“Kau ni!! Memang tak ambil tahu hal semasalah.. Aku dengar ada
orang cakap Lecturer tu lelaki, hensem lagi..”
“Alahai tu je.. Apasal kau nak try pikat lecturer tu ke??”
“Hish, kau!! Agak-agak lah, perkahwinan aku tak sampai sebulan lagi
kot..”
“Hah tahu pun!! Dah tu yang kau duk suka sangat tu apasal?? Bukan
kau boleh buat apa pun..”
“Memanglah aku tak boleh buat apa-apa.. Tapi kau boleh trykan??”
gurau Ikin sambil mengangkat keningnya..
Liza tersengih.. “Aku try lecturer baru tu?? Buat apa?? Buang masa
je, aku dah ada ‘lecturer’ sendirilah..”
“Poyo!! Oh ye, bila kau dengan abang Aiman nak kahwin?? Aku dah tak
sabar nak makan nasi minyak korang ni..”
“Siapa nak bagi kau makan nasi minyak aku, nak makan belilah
sendiri..” ujar Liza ambil tersenyum sebelum berlalu meninggalkan Ikin..
Ikin hanya tersenyum sahaja memandang langkah Liza sebelum dia
terus berlari untuk menyaingi langkah Liza..
*****
“Liza!!” jerit Elyana dan Ikin serentak..
Liza mengurut perlahan dadanya.. “Boleh tak kalau korang tak payah
jerit-jerit!! Terkejut tahu tak!” marah Liza, asyik nak mengejutkan aku aje
kerjanya!!
“Janganlah marah…” ujar Elyana sambil mengusap-ngusap perlahan
tubuh Liza, nak meredakan amarah adiknya itu..
“Mana ada Liza marah..” ujar Liza, sambil bibirnya dimuncungkan..
“Eleh poyolah kau..” Ikin dengan pantas mencubit bibir Liza yang
dimuncungkan itu.. Tapi Liza pantas menepis..
“Bibir aku kau jangan berani nak sentuh, aku tumbuk nanti baru
tahu..” Liza memberi amaran kepada Ikin, Ikin hanya menjelirkan lidahnya..
“Hah, apasal korang tersengih-sengih ni??” tanya Liza, apabila
Elyana dan Ikin asyik tersengoh-sengih sesame sendiri sahaja..
Ikin menolak tubuh Elyana sambil membuat isyarat mata kepada
Elyana.. Elyana hanya mengangguk dan tersengih.. Liza mengerutkan dahinya
melihat kakaknya dan kawannya yang macam dah tak betul itu..
“Korang ni kenapa?? Jangan buat aku takut wei.. Korang ok tak ni??”
Liza pantas meletakkan tangan kirinya di dahi Ikin dan tangan kanannya di dahi
Elyana..
“Ish, kitaorang ok jelah..” serentak Elyana dan Ikin menepis tangan
Liza yang berada di dahi mereka..
“Dah tu, apasal tersengih-sengih macam orang tak betul??”
Elyana dan Ikin tersenyum.. “Liza tahu tak lecturer yang gantikan
Prof Hamisah??” tanya Elyana..
“Alahai, ingatkan apa tadi.. Pasal lecturer tu lagi rupanya..”
“Liza tahu ke tak siapa lecturer baru tu??” tanya Elyana sekali
lagi..
“Tak, Liza tak pernah jumpa dia lagi..” walaupun pelik apabila
tiba-tiba perihal lecturer baru itu ditanyakan kepadanya.. Liza tetap menjawab
soalan kakaknya..
“Ruginya.. Lecturer tu hensem giler!! Kan Ikin..”tanya Elyana,
sambil menolak sedikit bahu Ikin..
“Ha’ah, seriously memang hensem!!” jawab Ikin..
“Hensem ke tak hensem ke.. Apa masalahnya sekarang ni, sampai
korang duk tersengih-sengih je dari tadi?? Apasal teringin nak memikat lecturer
tu ke apa??”
“Eh mana ada.. Aku dah ada suami kesayangan aku tu, lagi hensem
buat apa cari lain..” jawab Ikin..
“Entah, akak dah ada Izwan, bagi akak Izwan lagi hensem dari
lecturer tu.. Jadi, buat apa akak nak pikat lecturer tu..” Elyana menjawab
pula..
“Kalau suami kau lagi hensem dari lecturer tu dan kalau akak rasa
Izwan lagi hensem dari lecturer tu.. Apasal yang Ikin dengan akak suka sangat
cerita pasal lecturer tu sambil tersengih-sengih??”
“Adalah..” jawab Elyana dan Ikin serentak..
“Oh ya Liza, akak dengar dari Ikin yang semenjak dua menjak ni..
Kau ada secret admire, betul ke??”
“Entahlah kak, malas Liza nak ambil tahu pasal tu..”
“Mana boleh tak ambil tahu, kau kena ambil tahulah..” celah Ikin…
“Apasal aku kena ambil tahu pula, bukannya penting pun..”
“Siapa kata?? Dah jom kita ke loker kau, kita tengok kalau hari ni
secret admire tu letak kad dekat kau punya loker lagi..” Ikin terus menarik
Liza untuk mengikut langkahnya, Elyana turut membantu Ikin menarik Liza..
“Ei, tak naklah.. Dah lepaskan aku!!” suara Liza yang minta di
lepaskan tidak dihirau.. Ikin dan Elyana terus menarik Liza..
*****
“Walawei, siap ada love-love bagai.. Sweet giler!!” ujar Ikin..
“Sweet?? Entah siapa yang bagi kau kata sweet??” tanya Liza, kad
dan bunga ros merah yang dipegangnya dicampakkan ke tong sampah..
“Wei, apasal kau buang!!” jerit Ikin..
“Dah tu nak simpan?? Buat apa??”
“Yelah sekurang-kurangnya kau simpanlah kadnya.. Bukan selalu tau
kita ni ada secret admire macam tu..”
“So what?? That’s not my problem…”
“Liza memang selalu buang kad dengan bunga ros tu ke??” tanya Elyana..
“Ha’ah kak, buat apa nak simpan..”
“Ish, menyesal nanti baru tahu..” ujar Elyana..
“Ha’ah, menyesal lah kau nanti Liza oi..” sahut Ikin..
“Menyesal?? Untuk apa??”
“Hmm, yang tu Liza pandai-pandailah cari sendiri.. Akak dengan Ikin
pergi dulu..” kata Elyana lalu dia menarik tangan Ikin..
“Babai..” Ikin melambaikan tangannya kepada Liza yang sedang
memandang mereka dengan wajah penuh seribu satu soalan..
“Akak!! Ikin!!” panggil Liza.. Tetapi panggilan Liza tak dihiraukan
oleh Elyana dan Ikin, mereka pantas berlalu dari situ..
“Apa maksud akak dengan Ikin tadu tu hah?? Aku akan menyesal??
Untuk apa?? Bukan aku kenal pun dengan AiLi tu, so apasal aku kena menyesal
sebab buang kad dengan bunga ros dia tu??” ujar Liza perlahan, pelik sungguh
dia melihat perangai kakaknya dan Ikin itu..
Liza terus menutup pintu lokernya, kemudian berlari mendapatkan
Ikin dan Elyana yang semakin jauh darinya.. Perihal bunga ros dan kad itu,
malas dia nak ambil tahu.. Lama-lama nanti dia pasti tahu jugakkan, so malas
dia nak fikir tentang hal itu..
*****
“Hah!!” jerit Elyana ditelinga Liza..
“Akak!! Sakit tau telinga Liza, akak jerit kuat-kuat macam tu!!”
marah Liza sambil mengosok telinganya..
“Hehehe, marah ke??”
Liza memandang Elyana geram.. “Sebaiklah akak ni kakak yang paling
Liza sayang, kalau orang lain dah lama Liza buat smackdown kat sini!!”
“Memanglah akak ni kakak kesayangan Liza, apa Liza ada kakak lain
selain akak??” Elyana bertanya sambil mengangkat keningnya.. Dia terus membaringkan
tubuhnya disebelah Liza yang sedang berbaring diatas katilnya..
“Sebab Liza tak ada kakak lainlah Liza cakap akak kakak kesayangan
Liza.. Kalau Liza ada kakak lain, jangan haraplah akak jadi kakak kesayangan
Liza..”
“Oh, macam pula eh.. Takpe..” Elyana memusingkan badannya
membelakangi Liza,,
“Alah merajuk ke??”
Elyana diam..
“Eleh merajuk pula dia..” Liza terus mencucuk-cucuk pinggang
Elyana..
“Geli.. Gelilah.. Ok, ok.. Akak dah tak merajuk!!” jerit Elyana
kegelian bila Liza sudah mula menggeletek pinggangnya.. Tahu saje kelemahannya,
pantang kena geletek..
“Tahu takut… Hah, akak ni kenapa tiba-tiba masuk bilik Liza lepas
tu main sergah-sergah..”
Elyana tersengih.. “Saja je, yang Liza
tu kenapa dari tadi duk senyum-senyum je?? Ada apa-apa erk..”
“Mana ada apa-apa..” ujar Liza sambil
mengigit bibirnya menahan senyuman yang ingin terukir..
“Yelah tu, macamlah akak tak tahu..”
“Apa yang akak tahu??”
“Alah akak tahu, orang tu nak pergi
dating malam nikan??” Elyana berkata sambil
mengangkat keningnya..
Liza tidak membalas sebaliknya dia
mengerdip-ngerdipkan matanya beberapa kali..
“Jangan buat muka macam tu.. Geli akak
tengok..” ujar Elyana lalu menolak pipi adiknya yang sudah tersenyum itu..
“Akak rasa Liza kena pakai baju apa??”
Elyana ketawa.. Liza memandang pelik
kakaknya yang tiba-tiba ketawa itu..
“Akak ni dah kenapa??”
“Liza tu yang kenapa.. Macamlah baru
first time pergi dating, nak pakai baju apalah, nak
make up apalah, nak pakai
kasut apalah, nak pakai jam tangan apalah..”
“Alah Lizakan tanya pendapat je..”
ujar Liza kemudian dia memuncungkan bibirnya, jauh hati dia bila kakaknya
seolah-olah memperlekehkannya..
“Liza, janganlah merajuk.. Akak cuma
cakap je, lagipun baju apapun yang Liza pakai, Liza tetap nampak cantik..
Lagipun akak yakin, apapun baju yang Liza pakai, Aiman mesti suka
punya..” ujar
Elyana kemudian dia mengusap perlahan kepala Liza..
Liza tersenyum dia memeluk tubuh
Elyana erat.. Elyana terkejut apabila Liza tiba-tiba memeluknya erat..
“Kenapa ni??” tanya Elyana lembut..
“Akak, akak rasa Aiman cintakan Liza
tak??” tanya Liza setelah dia meleraikan
pelukannya..
Elyana tersenyum.. “Kenapa Liza tanya
macam tu?? Liza tak yakin ke yang Aiman cintakan Liza??”
“Hmm, entahlah..”
“Kenapa entahlah?? Liza dah bertunang
dengan Aiman hampir setahun, takkanlah Liza tak tahu perasaan Aiman dekat
Liza..”
“Memanglah Liza dengan Aiman dah dekat
setahun bertunang.. Tapi Aiman tak pernah cakap yang dia cintakan Liza..
Walaupun dia baik dengan Liza, entahlah Liza rasa macam Liza je yang cintakan
dia..”
“Kenapa Liza cakap macam tu??” tanya
Elyana sambil memandang kearah Liza yang sudah menundukkan wajahnya..
“Liza tak tahu… Tapi setiap kali
kitaorang keluar sama-sama, Liza macam rasa yang Aiman anggap Liza sebagai adik
je, hanya sekadar adik bukan tunang..”
“Itu yang Liza rasa je, bukan yang Aiman
rasakan??”
“Liza tahu.. Tapi, setiap kali
kitaorang keluar dia tak luahkan langsung perasaan dia dekat Liza.. Sebab dia
jadikan Liza tunang dia pun Liza tak tahu..”
“Liza rasa apa sebab Aiman jadikan
Liza tunang dia??”
Liza hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu.. “Aiman tak pernah cakap dekat
Liza pun..”
“Liza.. Memanglah Aiman tak pernah
cakap dengan Liza, sebab Liza tak pernah tanya Aimankan??”
Liza diam..
“Kenapa Aiman minta untuk bertunang
dengan Liza, kenapa Aiman tak pernah cakap yang dia cintakan Liza, kenapa Aiman
seperti menganggap yang Liza ni macam adik dia bukan tunang dia or betul ke
Aiman betul-betul cintakan Liza.. Pernah tak Liza tanyakan semua soalan tu
dekat Aiman??” tanya Elyana bertalu-talu..
Melihat Liza yang hanya mendiamkan diri
itu membuatkan Elyana bersuara lagi.. “Liza, tak bermakna kalau tunang kita tak
cakap dia cintakan kita maksudnya dia tak cintakan kita.. Tak bermakna kalau
tunang kita tak cakap yang dia sayangkan kita masudnya dia tak sayangkan kita..
Lagipun akak yakin, perasaan Aiman sama macam perasaan Liza.. So, you don’t
have to be worry..”
“Thanks kak..” ujar Liza sambil
tersenyum memandang kearah satu-satunya kakak yang dia ada di dunia kemudian
tubuh Elyana dipeluk sekali lagi..
Elyana tersenyum..“You’re most welcome”
*****
Liza melangkahkan kakinya ke restoran
yang kelihatan romantik dengan sekitar kawasan itu dihiasi pokok-pokok bunga
yang cantik..
“Cik Liza??”
Liza mengalihkan pandangannya untuk
mencari suara yang memanggilnya tadi.. Kelihatan
seorang pelayan perempuan yang
tersenyum memandang kearahnya.. “Er, saya Liza..”
“Saya disuruh untuk tunjukkan cik
tempat duduk cik.. Sila ikut saya..” ujar pelayan itu kemudian dia terus
berjalan..
Liza terus mengikuti langkah pelayan
itu sehinggalah mereka sampai di suatu kawasan yang agak terselindung dari
tempat-tempat duduk yang lain.. Hiasan mejanya yang cantik dengan susunan bunga
ros kegemaran Liza membuatkan Liza terpukau..
“Ini tempat duduk Cik, silakan duduk..”
ujar pelayan itu..
Liza memandang pelayan itu dengan riak
wajah tak percaya.. “Sini?? Biar betul?? Saya rasa adik salah orang kot..”
“Tak, saya memang dah disuruh untuk
bawa cik duduk kat sini dan saya tak silap orang.. Silakan duduk..”
Liza teragak-agak untuk duduk,
perlahan-lahan barulah dia duduk diatas kerusi itu..
Setelah Liza duduk, pelayan
itu terus berlalu..
“Aku yang silap ke pelayan tu yang
silap?? Takkanlah abang Aiman yang buat semua ni?? Ke aku yang silap tempat
duduk??” Liza bersuara perlahan, kepalanya yang tak gatal itu digaru..
Tiba-tiba muncul seorang pelayan
lelaki, dia menghulurkan sebuah bunga ros dan sekeping kad kepada Liza.. Liza
mengambil bunga ros dan kad itu dengan teragak-agak..
Belum sempat Liza ingin ucapkan terima
kasih pelayan lelaki itu dia terus berlalu meninggalkan Liza.. Liza mengerutkan
keningnya, setelah itu dia membuka kad yang di berikan oleh pelayan itu tadi..
Liza terkedu, kad itu terlepas dari
pegangannya.. Dia memerhatikan sekeliling restoran itu.. AiLi?? Macam mana dia
ada dekat sini?? Tak mungkin dia boleh tahu aku kat sini, siapa yang bagitahu
dia..
“Assalamualaikum..”
Liza memandang kearah suara yang memberi
salam itu.. “Waalaikumusalam, abang Aiman..” Liza menghembus nafas, tenang
sedikit hatinya melihat Aiman yang kini muncul dihadapannya itu..
“Cantik bunga ros tu.. Siapa bagi??”
“Hah, erm.. Oh, tadi ada pelayan yang
bagi.. Tak tahulah kenapa dia bagi, mungkin gift kot..”
“Seriously?? Takkanlah dia bagi gift
tanpa sebab kot..”
“Me.. Memang di.. Dia bagilah..
Takkanlah o.. Orang lain yang bagikan..” ujar Liza sedikit tergagap..
“Yeke?? Dah tu kenapa Liza tergagap
ni??”
“Ma…Ehem..” Liza membetulkan sedikit
suaranya dan menarik nafas untuk
menenangkan hatinya.. “Mana ada, Liza tak
tergagaplah..”
“Oklah, abang percaya Liza..”
Sekali lagi muncul seorang pelayan
yang lain pula membawa satu hidangan berpenutup..
“Abang Aiman ada tempah apa-apa ke??”
tanya Liza matanya masih memandang kearah
hidangan yang diletakkan di meja..
Apabila tidak mendapat balasan daripada Aiman, Liza memandang kearah tempat
yang diduduk oleh Aiman tadi.. Tak ada!!
“Cik, silakan buka..”
“Ta..” belum sempat Liza ingin
bertanyakan tentang Aiman kepada pelayan itu, pelayan itu terus berlalu..
Liza sekali lagi terkedu, dia
memandang kearah hidangan yang diletakkan di hadapannya itu.. Dengan perlahan
penutup hidangan itu dibuka..
Liza terkejut, kali ni bukan hanya kad
dan bunga ros sahaja yang ada.. Terdapat satu kotak baldu merah juga disitu..
Disebabkan kotak baldu itu terbuka, Liza dapat melihat cincin yang cantik
cantik terletak di kotak baldu itu..
“Apa semua ni!!??” Liza dah
menggelabah semula.. Siapa AiLi!!!
“Liza..” panggil satu suara..
“Abang Aiman..” Liza memandang kearah
Aiman yang sedang membuat muka serius seperti sedang menghadapi masalah yang
besar..
“Abang Aiman, Liza boleh jelaskan..
Ini semua bukan..”
Tiba-tiba Aiman mengambil kotak baldu merah itu dan melutut dihadapan Liza.. Liza terus terbangun dari kerusi..
“Apa yang abang Aiman buat ni??” tanya
Liza pelik dan terkejut..
Aiman tak menjawab sebaliknya dia menarik nafas kemudian menghembukan kembali nafasnya.. “Nur Eliza binti Mohamad Azmi sudikah engkau menjadi tulang rusuk kiri kepada Mohamad Aiman bin Mohamad Malik??”
Liza diam, dia tak tahu nak buat
reaksi apa..
“Betul ke..”
Aiman menganggukkan kepalanya sambil
tersenyum..
“Betul ke kat depan Liza ni abang
Aiman..”
Aiman menarik semula senyuman, itu
rupa-rupanya soalan Liza, ingatkan.. Hah, sabar Aiman..
“Kenapa?? Kenapa setelah hampir dekat
setahun baru abang Aiman nak buat macam
ni?? Abang Aiman tahu tak, Liza ingat abang Aiman cuma anggap Liza adik
je tau.. Dengan cara abang Aiman layan Liza..”
“Maafkan abang.. Bukan abang tak nak
mengaku, abang perlukan waktu.. Sebab tu abang ikat Liza dengan pertunangan
ni.. Tapi, dalam masa hampir setahun ni pun, abang masih takut untuk meluahkan
perasaan abang..”
“Jadi AiLi??”
“AiLi is me.. Ai for Aiman and Li for
Liza.. Abang tak tahu macam mana nak luahkan perasaan abang.. Then, Ikin dengan
Yana cadangkan abang untuk buat semua tu.. So, abang buatlah..”
“Akak dengan Ikin??”
Aiman hanya menganggukkan kepalanya..
“Patutlah.. Jadi, orang yang nak jadi
lecturer tu??”
“Itu pun abang..”
Liza menganggukkan kepalanya..
Patutlah diaorang..
“Liza, apa jawapan Liza.. Abang dah
penat melutut ni..”
Liza mengigit bibir sebelum tersenyum.. “Perlu ke abang Aiman buat semua ni?? Abang sendiri tahukan apa jawapan Liza..”
“Perlu, sebab abang nak tahu dan nak
dengar sendiri dengan telinga abang yang Liza setuju..”
“Liza.. Setuju..”
Aiman tersenyum begitu juga dengan Liza..
*****
Dua bulan kemudian..
“Alhamdulilah, kahwin juga diaorang
akhirnya kan bang..” ujar Ikin tersenyum memandang ke langit yang cantik dengan
ditemani bintang-bintang berkerlipan itu..
Izzat memeluk tubuh isterinya dari belakang.. “Ha’ah.. Alhamdulilah, Allah mempermudahkan majlis perkahwinan diaorang..”
“Kan best kalau perkahwinan kita macam
tu dulu..” ujar Tengku Izzat lagi..
“Kenapa abang cakap macam tu??” Ikin
memusingkan badannya menghadap kearah Tengku Izzat..
“Yelah, perkahwinan diaorang penuh
dengan cinta, Liza dengan Yana tu pun gembira.. Abang jeles, sebab abang punya perkahwinan
tak macam tu dan Ikin pun tak gembira..”
“Mana abang tahu Ikin gembira ke
tidak??”
“Mestilah abang tahu.. Semua orang nak
perkahwinan yang meriah, penuh dengan cinta..
Bukan macam perkahwinan kita..”
“Abang, Ikin tak kisah semua tu..
Asalkan Ikin dah gembira dengan abang sekarang.. Kalau kahwin meriah sekali pun
macam dalam novel tu.. Kalau tak ada cinta pun tak guna
tau..”
“Betul ni?? Ikin tak kisah..” ujar Tengku
Izzat sambil memandang ke mata Ikin..
“Betul.. Ikin tak kisah, Ikin dapat
jadi isteri abang pun Ikin dah gembira sangat..” ujar Ikin sambil mencium pipi
Izzat..
“Nakal isteri abang ni..” ujar Izzat
sambil mencubit perlahan pipi isterinya itu.. Kemudian dia mencium dahi Ikin
lama..
“Ehem.. Aik, pengantin lama masih tak
puas lagi ke bermanja??”
Ikin menolak perlahan tubuh Izzat.. Merah mukanya melihat Elyana, Liza, Izwan dan Aiman yang memandang kearahnya..
“Sibuklah korang ni.. Aku baru nak
bermanja dengan isteri aku..” ujar Tengku Izzat..
Ikin menjeling tajam kearah suaminya
itu..
“Alah janganlah marah sayang, abang
gurau je..” ujar Tengku Izzat sambil mengerdip-ngerdipkan matanya..
“Nasib baiklah bang ni hensem..”” ujar
Ikin kemudian dia mencubit kuat pipi suaminya..
“Sakitlah..”
“Alah, keciannya dia..” Ikin
mengusap-ngusap lembut pipi suaminya..
“Uwek.. Akak, akak ada rasa nak muntah
tak??” ujar Liza..
“Ha’ahlah, rasa nak keluar muntah
hijau dekat sini..” balas Elyana..
“Isteri abang ni, sibuk je dengan hal
orang..” ujar Izwan..
“Orang saja je nak kacau pasanga
bahagia tu..”
“Ehem, korang semua boleh pergi tak??”
ujar Aiman tiba-tiba..
“Pergi mana??” tanya mereka yang lain..
“Pergi dari sini, aku dengan isteri
aku pun nak bermanja juga..” ujar Aiman sambil tangannya memeluk erat bahu isterinya Liza..
“Ceh, jiwang juga suami kau ni Liza..”
ujar Ikin..
“Ikin, isteri abang jangan nak kacau..” ujar Aiman sambil membulatkan mata memandang Ikin, satu-satu adiknya itu..
“Ceh back up lagi tu..” Elyana pun
turut mencelah..
Izwan dan Tengku Izzat hanya
mengelengkan kepala sahaja melihat telatah isteri-isteri mereka yang seperti budak-budak itu..
Ikin turut tersenyum, tapi hanya seketika sahaja.. Tiba-tiba dia berasa mual, seperti ingin muntah.. "Uwek..”
“Kenapa sayang??” tanya Tengku Izzat..
Ikin tak menjawab, dia terus berlari
keluar untuk ke tandas.. Tengku Izzat turut mengikuti langkah isterinya..
“Dapat anak buahlah kita tak lama
lagi..” ujar Aiman..
Izwan, Liza dan Elyana ketawa
mendengar kata-kata Aiman..
*****
“Thanks sayang..”
“Sebab??”
“Sebab bagi abang..” Tengku Izzat tak
meneruskan kata-katanya tapi dia mengosok
perlahan perut usterinya..
Ikin tersenyum.. “Thanks to you too..”
“Sebab??”
“Sebab sudi terima Ikin seadanya..”
“Of course, you is the only in my
heart.. Always..” Tengku Izzat tersenyum dia memeluk
isterinya..
“Alhamdulilah..” Ikin mengucap syukur,
perkahwinan yang terpaksa dulunya bertukar menjadi perkahwinan yang sangat
mengembirakan bagi Ikin dan suaminya..
-THE END-