Jumaat, 29 November 2013

Love Y0u Spy Girl!! 2





“Uncle!! Ifa mana??” tanya Krystal kepada unclenya..  

Semenjak kematian kedua orang tuanya, dia kini tinggal bersama dengan unclenya kerana rumah keluarganya sedikit di pendalaman, unclenya bimbang kalau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada kami tiga beradik.. 

Tapi kalau ada masa lapang atau ada apa-apa masalah Krystal selalu pergi ke situ dan menginap untuk beberapa hari.. Banglo sebesar 2 tingkat milik keluarganya itu memiliki satu bilik bawah tanah yang dulunya milik arwah ayahnya.. Sekarang bilik itu telah digunakan oleh Krystal…   
                    
Oklah sambung cerita pasal unclenya pula.. Unclenya adalah salah seorang bisnesman yang terkemuka a.k.a Dato’ Benjamin, cuma perihal Krystal dan adik-adiknya tak pernah masuk ke suratkhabarlah.. Oh yeah, Krystal merupakan kakak sulung kepada dua orang adik beradik.. 

Keyril merupakan adik lelakinya yang pertama yang kini berumur 22 tahun, dia sedang menerima latihan di KSI kerana cita-citanya ialah untuk menyambung tempat arwah ayah, sebagai seorang pegawai KSI.. Keifa pula adalah adik perempuanya yang pertama, kini berumur 16 tahun.. Dia sangat manja, kerana jarak umurnya dengan Krystal pun jauh juga lebih kurang 7 tahun.. 

“Keifa belum balik lagi, katanya ada tuisyen..” 

“Oh..” 

“Hah, kamu esok jangan mengelat ye.. Ada meeting..” 

“Baik bos..” ujar Krystal sambil meletakkan tangan dikepala tanda hormat. 

“Ada-ada jelah kamu ni…” Dato’ Benjamin mengusap kepala Krystal yang sudah dianggap seperti anak sendiri.. Isteri Dato’ Benjamin dah meninggal 10 tahun lepas disebabkan kanser otak tanpa meninggalkan zuriat.. Sebab tulah Dato’ Benjamin manganggap Krystal juga Keyril dan Keifa.. 

***** 

Di kawasan perlatihan pengambilan ahli KSI.. “Azman!!” panggil ketua biro KSI.. 

“Ye Tuan!!” sahut Azman.. 

“Awak masih tengah menyiasat tentang Krystal ke??” 

“Ye Tuan, tapi kami masih belum dapat apa-apa.. Semua orang yang tinggal di kawasan dimana Krystal selalu berkeliaran, semua tak nak memberi maklumat.. Jadi agak susah untuk kami mengenal pasti  maklumat dia..” 

“Hmm, oh ya.. Saya datang ni sebenarnya sebab dia ni..” Ketua biro a.k.a Tuan Aizat meletakkan sekeping gambar.. 

“Dia ni..” 

“Ya, salah seorang pelatih yang sedang kita latih sekarang.. Keyril.. Dia merupakan anak kepada salah satu pegawai kita yang mati ditembak oleh JJ 4 tahun lepas.. Komander Rafiq, awak ingatkan..” 

“Ye.. Kenapa dengan dia Tuan??” “Cuba awak tengok gambar ni..” Tuan Aizat mengeluarkan satu lagi gambar lalu dihulurkan kepada Tuan Azman.. Tuan Azman melihat gambar tersebut..  

“Ini..” “Krystal..” pintas Tuan Aizat.. “Tapi macam mana Krystal boleh ada dalam gambar keluarga Rafiq??” 

“Saya tak pasti, tapi awak boleh tanya dekat Keyril kan..” “Kevin, saya nak awak panggil Keyril ke sini..” ujar Tuan Azman… 

“Baik Tuan!!” 

***** 

“Keyril!!” panggil Kevin.. Keyril yang sedang bersama kawannya Zack berpaling.. 

“Senior..” Keyril dan Zack menundukkan kepalanya.. 

“Tuan Azman dan Tuan Aizat panggil awak ke pejabatnya..” “Ada apa?? Saya ada buat salah ke?” 

“Tak..” 

“Habistu??” 

“Awak akan tahu juga nanti, sila ikut saya..” Keyril memandang Zack.. 

“Pergi jelah..” ujar Zack.. 

“Ok sila ikut saya..” Kevin melangkah ke pejabat Tuan Azman diikuti Keyril.. 

***** 

Keyril dan Kevin melangkah masuk ke pejabat.. “Tuan, ini dia Keyril..” 

“Ok..” Tuan Azman memandang Keyril.. 

“Ada apa Tuan panggil saya??” tanya Keyril.. “Duduk dulu..” arah Tuan Aizat.. Keyril menurut.. 

“Awak kenal dia ni??” ujar Tuan Azman sambil menghulurkan gambar Krystal.. 

“Kenal.. Dia kakak saya, tapi kenapa tuan tanya??” 

“Hmm, kalau macam tu awak mesti tahu semua pasal dia kan??” soalan di jawab oleh  soalan pula oleh Tuan Aizat.. Keyril mengangguk.. 

“Boleh awak cerita sikit pasal dia??” Keyril mengaru kepala.. “Hmm, kakak saya namanya Krystal, umurnya 23 tahun..” 

“Saya tahu..” 

“Macam mana tuan tahu??” 

“Adalah, sambung balik..” 

“Dia seorang yang sangat peka dengan keadaan sekitarnya.. Periang, tapi sangat tegas dalam perkara yang padanya serius.. Dia juga seorang yang mahir menggunakan pistol, pisau.. Dia ada 4 seni mempertahankan diri taekwando, kung fu, silat dan boxing..” “Dia pandai…” kata-kata Keyril terhenti, lagu android TVXQ dihensetnya menandakan ada yang menelefonnya.. Dia melihat hensetnya.. 

“Kakak saya..” ujar Keyril.. 

“Jawablah.. Loud speaker..” ujar Tuan Aizat yang duduk disebelah Tuan Azman.. Keyril mengangguk.. 

“Helo kak, ada apa??” tanya Keyril.. 

“Aik kakak sendiri tepon pun boleh.. Ni yang nak merajuk ni!!” 

“Hish, kakak ni, umur dah meningkat ingatkan dah matang tapi hampeh..” gurau Keyril.. “Oh, mengutuk.. Takpe..” 

“Orang gurau jelah, janganlah merajuk..” 

“Bila nak habis latihan??” 

“Dalam 2 minggu lagi.. Kenapa??” “Tak, bulan depan akak dengan uncle kena pergi ke Melaka sebab ada kursus.. Kesian Keifa sorang-sorang kat rumah tu yang akak tanya..”

“Oh..” 

“Oh, akak nak tutup dulu ok.. Ada meeting..” 

“Ok..” 

“Sayang Keyril!! Jaga diri ok!!” sempat Krystal menitipkan pesan kepada adik lelakinya itu.. 

“Sayang akak juga.. Akak pun jaga diri elok-elok ye..” 

“Bai..” Keyril terus menutup telefonnya.. Keyril memandang kearah Tuan Aizat dan Tuan Azman.. 

“Meeting?? Uncle???” Tuan Aizat terun menyoal.. 

“Kakak saya bekerja dengan uncle saya.. Uncle saya ialah Dato’ Benjamin pemilik syarikat gergasi Star Holdings” 

“Star Holdings antara syarikat yang terkaya di Kuala Lumpur ini??” 

“Ya..” “Krystal ada tak tempat yang dia selalu luangkan masa?? Macam bilik rahsia ke??” tanya Tuan Azman.. 

“Ada.. Di rumah kami, arwah ayah kami memiliki satu bilik bawah tanah.. Tapi kini bilik itu digunakan oleh kakak saya.. Dan tak silap saya, rumah itu sudah dipertingkatkan keselamatannya oleh kakak saya.. Saya pun dah lama tak pergi sana, jadi saya tak tahu macam pengawalan keselamatannya itu.. Bilik bawah tanah itu pun dah dinaik taraf..”ujar Keyril.. 

“Kamu tahu tak sebab kakak kamu buat macam tu pada rumah kamu??” “Katanya rumah tu tak ada siapa yang jaga..” 

“Masa arwah ayah kamu ada, macam mana ciri keselamatannya??” 

“Rumah tu ada cctv, kalau ada pencuri atau seseorang yang tidak dikenali selain keluarga kami, pintu dan tingkap akan ditutupi dengan besi yang sangat keras, hanya pemiliknya sahaja dapat membukanya kembali, sama ada dari dalam atau luar.. Tapi saya tak tahulah kalau kakak saya dah tingkatkan ciri keselamatan tu, sebab kakak saya ni jenis adventure sikit, dia suka perkara yang mencabar..” 

“Takkan dia tak beritahu awak langsung??” 

“Tak, kakak saya kata kalau nak pergi sana kena ajak dia.. Tapi saya masih tak berkesempatan untuk pergi sana.. Lagipun arwah ayah saya dah beri kebenaran kepada kakak saya untuk menaik taraf rumah tu, rumah itu diberi kepada kakak saya untuk menjaga rumah peninggalan itu..” 

“Oh..” Tuan Azman memandang Kevin, Dian dan Zaf.. Mereka bertiga juga turut memandang Tuan Azman.. Bagai memahami apa yang ingin disampaikan oleh Tuan mereka itu, mereka bertiga pun menganggukkan kepala.. 

***** 

2 minggu kemudian… 

Keyril memandang seniornya Kevin, Dian dan Zaf.. “Perlu ke saya lakukan ni??” tanya Keyril.. 

“Perlu!! Keyril, awak saja yang boleh buat semua ni.. Sebab awak adik Krystal..” ujar Dian.. 

“Nanti kalau akak marah macam mana??” 

“Keyril!! Look at me, dia kakak awak.. Marah macam mana pun dia, dia tetap akan maafkan awakkan..” Dian tetap berusaha untuk memberi semangat kepada Keyril.. 

“Tapi..” 

“Keyril.. Awak kena yakin dengan diri awak..” ujar Kevin.. 

Keyril memandang Kevin, Kevin merupakan senior yang paling dia kagum.. Bukan je hensem, malah sangat cool walau dalam apa pun keadaan.. Dia sentiasa tegas, jarang untuk rapat dengan orang berbanding dengan Dian dan Zaf yang sangat peramah.. Tapi Kevin tak pernah bermain-main dalam menjalankan tugas begitu juga dengan dua lagi sahabat karibnya itu.. 

“Baiklah..” jawab Keyril, dia bersedia untuk melangkah keluar dari kereta Lamborghini Aventador hitam milik Kevin.. Tiba-tiba langkahnya terhenti.. 

“Kenapa??” tanya Zaf.. 

“Kakak saya!!” Keyril bersuara.. Kevin, Zaf dan Dian memandang keluar tingkap.. Dapat dilihat Krystal sedang berjalan menuju ke Villa uncle Benjamin yang tidak jauh dari kereta Kevin.. 

Mereka melihat Krystal sedang membawa beberapa plastik, mungkin baru lepas membeli barangan dapur.. Tiba-tiba langkah Krystal terhenti dan dia melihat ke sekelilingnya sebelum memandang ke kereta Lamborghini Aventador milik Kevin itu.. 

“Dia pandang sini!!” ujar Dian.. 

“Huish!! Diam, dia tak boleh nampak kita sebab cermin ni gelap.. Jadi jangan gerak nanti dia tahu ada orang dalam ni..” Kevin bersuara tegas.. 

Krystal menghampiri kereta Lamborghini hitam itu.. Dia menundukkan badan dan memandang cermin di mana Keyril sedang duduk.. Keyril menelan air liur perlahan.. Krystal memandang hampir seminit sebelum dia berdiri tegak dan melangkah pergi.. 

“Fuh.. Peka gila ar Spy Girl ni..” ujar Zaf.. 

“Entah, sebaik tak terkantoi, kalau tak!! Habis!!” Dian membalas.. 

Kevin memandang sahaja karenah dua sahabatnya itu sebelum menggeleng dan tersenyum kecil sebelum memandang pula kearah Keyril.. 

“Dah, awak boleh turun.. Kakak awak dah masuk dalam tu..” Keyril memandang Kevin lalu menganggukkan kepalanya perlahan sebelum melangkah keluar dari kereta Kevin dan terus menuju ke villa  Unclenya.. 

“Kita boleh ke harapkan dia??”tanya Zaf.. 

“Bolehlah kau ni!! Dia dah kata nak tolong kitakan, lagipun muka dia tu tak nampak macam dia nak tipu..”kata Dian.. 

“Kakak diakan licik, mana tahu dia pun sama.. Ye tak..” Zaf membalas.. 

“Aku yakin, dia pun nak tahu pasal JJ dengan lebih lanjut dan kenapa kakaknya mengambil data KSI dan data JJ.. Jadi dia mesti bantu kita..” Kevin bersuara..

Zaf dan Dian memandang kearah Kevin sebelum tersenyum.. 

“Betul juga tu, aku pun nak tahu juga apa sebabnya.. Masakan adiknya tak nak tahukan..” Dian berkata.. 

Kevin memerhatikan rumah agam Dato’ Benjamin itu lalu dia terus menghidupkan enjin  keretanya dah berlalu pergi.. 

*****





        Citer ni memang agak pelik skit, Hope korang sukalah.. Peace No War!!

Selasa, 5 November 2013

Love Y0u Spy Girl!! 1




“Kevin, Zaf, Dian.. Awak dah cari siapa perempuan yang dicari-cari oleh JJ??” tanya Ketua Pegawai Disiplin a.k.a Tuan Azman. 

“Dah, tapi tak semua!! Kami juga masih tak tahu kenapa JJ mencari dia.. Kami cuma dapat beberapa data peribadi dia saja.. Nama dia Krystal, tapi JJ memanggilnya Spy Girl, itu kami tak tahu sebab apa.. Mungkin dia perisik, tapi masih tak tahu lagi dia berkerja untuk siapa..” ujar Kevin.

“Dia berumur 23 tahun, muda 2 tahun dari kami.. Tempat tinggal tak tahu, tapi info yang kami dapat dia pandai dalam menggodam, menyamar dan mahir dalam seni mempertahankan diri..” sambung Dian.. 

“Dia sangat licik dan juga pandai.. Malah mahir mengggunakan senjata” dan disambung pula oleh Zaf.. 

“Mungkin kita boleh tanya dia menggunakan mesin selidik True or False.. Jadi saya nak kamu bawa dia ke sini, kalau kita nak tahu siapa dia sebenarnya..” ujar Tuan Azman.. 

“Baik Tuan..” Tiba-tiba Puan Lia menyambuk a.k.a pembantu Tuan Azman(dan kawan baik Tuan Azman).. 

“Saya baru dapat informasi, Krystal tengah dikejar oleh orang-orang JJ di depan kedai serbaneka.. Jalan Cempaka, kamu boleh gerak sekarang..” arah Puan Lia. 

“Baik Puan!!” 

*****  

“Woi!! Jangan lari..” jerit salah seorang daripada kuncu-kuncu JJ.. Krystal tidak mengendahkannya dia tersenyum sambil berlari.. Jalan mati di depannya.. 

“Hmm, kau ingat kau boleh lari ke dari kitaorang??” ujar salah seorang dari mereka bertiga.. 

“Dah tak nak lari ke?? Spy Girl??” Krystal menundukkan kepalanya sahaja, sebelum tersenyum.. Dia memusingkan badannya menghadap mereka bertiga.. “Korang cakap dengan JJ, bukan senang nak tangkap aku tau..” Krystal tersenyum sinis.. 

“Kau nak cabar kitaorang ke hah!!”jerit orang itu.. Krystal masih tersenyum.. Dia memandang tangannya lalu ditunjukkan kepada mereka bertiga.. 

“Satu… Dua…” Krystal tersenyum melihat orang-orang itu kebingungan.. “Tiga!!” Krystal terus meluru kearah mereka bertiga dan melompat tinggi lalu  memusingkan badannya.. Kini mereka berada di belakangnya.. Krystal menunjukkan peace.. Lalu melarikan diri.. 

“Kejar!!” jerit orang itu.. 

“Mana dia pergi?? Tadi dia lari dekat situ kan..” 

“Cari je!!” mereka berlari hingga hilang dari pandangan mata Krystal.. 

“Apalah cari tak guna mata, terang-terang aku kat atas pokok ni..” Krystal tersengih.. Dia melompat turun dari pokok yang dinaiki sebentar tadi.. Tadi masa dia lari ke jalan mati dia sudah ternampak pokok yang berada berhampiran kedai runcit, lagipun ini waktu malam.. 

Amatlah tepat untuk dia menyorok diatas pokok itu.. Krystal memusingkan badannya untuk meneruskan langkahnya yang tergendala sebentar tadi disebabkan budak tiga orang itu.. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sesuatu.. Dapat dilihat olehnya 2 orang lelaki bersama 1 orang perempuan.. 

“Orang KSI..”ujar Krystal perlahan.. Dia tersenyum.. Kevin, Zaf dan Dian hanya memandang Krystal yang tersenyum melihat mereka.. Krystal menutup kepalanya dengan penutup baju sweaternya.. Dia berjalan ke hadapan.. Setelah dia melepasi Kevin, Zaf dan Dian.. Kevin terus mengeluarkan satu sapu tangan dan menutup mulut dan hidung Krystal yang membelakanginya.. Krystal memberontak kemudian dia terjatuh tapi Kevin sempat memegang lengannya.. 

“Terpaksa guna cara nikan.. Kalau tak terlepas..” ujar Dian.. 

“Hmm, orang licik macam dia ni, memang kena guna cara ni je..” Zaf berkata pula.. 

“Dahlah jom bawa dia jumpa Tuan Azman..” Kevin mendukung tubuh Krystal diikuti oleh Zaf dan Dian.. 

“Sepadankan diaorang..” bisik Zaf kepada Dian.. “Haah, sweet giler!!” Dian membalas.. Mereka tersenyum melihat Kevin yang sedang mendukung Krustal yang sudah tidak sedarkan diri… 

***** 

Krystal membuka matanya perlahan.. Kepalanya pening, dia cuba mengangkat tangannya.. Tetapi tangannya terikat.. Krystal memandang sekeliling dapat dia lihat Kevin, Zaf dan Dian dan juga Tuan Azman dan Puan Lia.. 

“Dah bangun pun Spy Girl ni..” ujar Puan Lia.. Krystal hanya tersenyum memandang mereka berlima.. 

“Straight to the point, apa yang korang nak dari aku??” tanya Krystal selamba… 

“Hmm, sekarang kau tengah duduk dekat kerusi dengan tangan yang berikat… Depan kau ni ada alat pengesan True or False, dia akan memeriksa mata kau untuk melihat kebenaran atau kepalsuan yang kau berikan..” Ujar Dian.. 

“Oh.. Apa yang korang nak tahu??” “Kamu bekerja untuk siapa?” Tanya Tuan Azman.. 

“Bukan untuk siapa-siapa.. Untuk diri sendiri je..” True “Apa yang JJ nak dari kamu??” 

“Entah.. Manalah aku tahu..” False 

“Jawab dengan jujur..” 

“Hmm, dia nak rahsia korang.. Bila korang nak buat sesuatu, apa yang korang tengah rancang.. Siapa orang-orang penting KSI.. Data-data penting KSI, senjata dan banyak lagi..” Mereka berlima mengerutkan dahi.. True Krystal tersenyum memandang mereka.. 

“Macam mana kau boleh dapat data-data tu..” 

“Saya curi dari data koranglah..” True 

“Cuba tengok mesin tu.. Dia tulis True kan..” 

“Tapi, kenapa JJ nak benda tu semua..” 

“I don’t know..” True  

“Tapi sekurang-kurangnya kita dah tangkap dia..” ujar Puan Lia kepada Tuan Azman.. Krystal tersenyum.. 

“Tangkap?? Kena tangkap dengan serah diri lain tau..” 

“Maksud kamu??” 

Saya tak tahu kenapa dan mengapa JJ nak khidmat saya.. Cuma yang saya pasti ibu bapanya mati didalam kebakaran bangunan sekolah yang diletupkan oleh penjenayah lima tahun lepas..” 

“Dan sebab itulah JJ nakkan saya, kerana dia dapat tahu yang saya pernah memecah masuk ke bangunan KSI ini untuk mengambil data-data yang penting.. Tapi dia tak tahu yang saya juga mempunyai maklumat tentang orang-orang dia..” 

True 

“Tapi kenapa kamu nak dapatkan data dari pihak kami dan JJ?? Apa yang kamu dapat??” 

“Saya dapat tahu yang kematian ibu bapa saya ada kena mengena dengan JJ dan pihak KSI tapi saya masih tak berapa pasti..” True. Tuan Azman menarik nafas.. 

“Apa yang kamu boleh buat kalau kamu dapatkan data tu pun??” “Saya boleh hancurkan pihak yang saya nak.. Sama ada pihak JJ atau pihak KSI atau lebih tepat pihak yang membuat kedua orang tua saya mati..” 

“Jadi awak nak hancurkan pihak KSI??” 

“Saya masih belum tahu..” 

“Oklah, saya rasa cukuplah informasi yang saya berikan itu.. Satu je yang saya nak ingatkan.. Saya bagi informasi ni kerana memang saya nak bagi dan saya kena tangkap sebab memang saya yang nak ditangkap..” ujar Krystal.. 

“Maksudnya??” 

“Hmm, memang saya dah agak korang nak tangkap saya.. Dan kalau saya nak lari pun, saya boleh.. Tapi entah kenapa saya nak bagi korang informasi ni, yelah apa-apa pun arwah ayah saya pernah berkhidmat dekat sinikan..”

 “Siapa ayah awak tu??” 

“Yang itu, find it with yourself…Because I want back to my home now..” 

“Macam mana nak balik ke rumah?? Kalau dah terikat??” 

Krystal bangun dari kerusi.. Dia mengangkat tangannya.. “See, dah terlepas..” Krystal tersenyum.. Dian bertindak, dia cuba menangkap Krystal.. Tetapi Krystal lebih pantas, dia mengelak.. 

“Sorry, I really hate to fight..” Krystal memandang Dian dihadapannya.. “Habis tu?? Takkan kami nak lepaskan kau macam tu je!!” ujar Dian.. 

“Orang kata, kalau ada jodoh pasti akan berjumpa lagi..” Krystal tersenyum.. Krystal bergerak perlahan ke dinding sebelah kanan, di situ ada tingkap terbuka.. Krystal perlahan-lahan memanjat tingkap itu lalu menghadap mereka berlima.. 

“Peace…. No War!!” habis sahaja berkata, Krystal terus melompat keluar.. Dia ditingkat 4, manakala ditingkat 2 dia jatuh, nasib baik ada beranda yang luas.. Jadi taklah sakit mana.. Setelah itu dia mengambil tali diberanda itu, kemudian pasang disalah satu tiang beranda untuk turun.. 

Puan Lia mengambil walkie-Talkie yang menghubungkannya dengan security yang menjaga pintu utama.. “Tahan seorang perempuan yang cuba keluar dari sini!!” arah Puan Lia.. 

“Jom kita kejar, security mungkin boleh lambatkan dia..” ujar Tuan Azman.. Puan Lia, Kevin, Dian, Zaf dan Tuan Azman berlari untuk keluar.. 

***** 

Krystal berlari ke pintu utama.. Tetapi perjalanannya dihalang oleh dua security yang berpakaian tentera lengkap, siap ada senapang lagi.. Krystal merempuh mereka, tetapi mereka sempat menghalang Krystal.. Berlaku pergelutan antara mereka.. Krystal bergerak rapat ke dinding, sebelum kepalanya terhantuk ke dinding.. Dia rebah.. 

Saat itu Tuan Azman, Puan Lia, Kevin, Zaf dan Dian sudah sampai disitu.. “Kenapa ni??” tanya Tuan Azman.. 

“Mungkin tadi dia terhantuk di dinding.. Sebab itu dia pengsan..” ujar salah satu security itu.. Security itu duduk untuk merasa nadi Krystal.. Tiba-tiba kaki Krystal menendang badan security yang duduk itu sehingga hilang imbangan.. Dia terus bangun dan menendang perut security lagi satu yang sedang berdiri.. Kedua-dua security itu terjatuh.. Krystal melakukannya dengan pantas.. 

Krystal terus memanjat pagar di pintu utama dan melompat melepasinya. Krystal memusingkan kepalanya memandang Kevin, Puan Lia, Tuan Azman, Dian dan Zaf.. Sebelum tersenyum.. Krystal kembali memandang ke hadapan.. Dia meletakkan tangan kirinya dipoket seluar, manakala tangan kanannya menunjukkan peace.. Perlahan-lahan dia berlari.. 

“Licik..” ujar Zaf.. 

“Orang macam tulah yang kita nakkan, dia sangat membantu.. Ye kan Tuan Azman, Puan Lia??” tanya Kevin.. 

“Ya, tapi dia boleh juga jadi musuh dalam selimut.. Kerana dia pun tahu tentang data-data kita, apa-apa pun kita mesti sentiasa perhatikan dia..” 

*****