Rabu, 31 Julai 2013


Cerpen: Pelukan Cinta





Aku berjalan-jalan di taman kecil milik keluarga Muhd Airiz atau lebih dikenali sebagai abang Iz kawan kepada abang kandungku Izzat. Esok Airiz akan berkahwin, jadi disebabkan keluarga kami ni rapat. Mak dan ayahku juga turut membantu persiapan majlis ini. Jam kini sudah menunjukkan pukul 9 malam, tetapi masih belum ada tanda-tanda yang keluargaku ingin pulang ke rumah..

Setelah lama aku berjalan-jalan, aku mengambil keputusan untuk masuk ke rumah. Penat juga aku berjalan di taman itu, dari pukul 8 malam juga aku asyik berjalan di taman itu.. Yelah kat dalam tu pun aku bosan, asyik dibincang pasal kahwin je, bukannya aku yang nak kahwin.. So, malas nak 
masuk campur..

Ketika ingin melintasi ruang tamu aku ternampak ramai yang berkumpul di situ.. Antaranya keluargaku dan keluarga abang Iz, kawan-kawan rapat Abang Iz dan Abang aku turut berada di situ..

Aik bincang apa malam-malam ni? Serius je aku tengok. Perlahan-lahan aku mendekati mereka semua.

“Ada masalah ke? Kenapa semua buat muka serius je ni??” Tanyaku pelik, takkanlah nak kahwin esok buat muka serius macam tu.. Kang takut pula tok kadi dengan tetamu-tetamu yang lain tu..

“Hah, apa kata kita ganti je dengan Ati. Boleh kan Iz??”soalan aku dijawab soalan pula oleh abang ku si Izzat itu..

“Ganti apa ni?” tanyaku lagi, soalan aku tanya dibalas soalan pula!! Semua orang memandang aku setelah aku bertanya, macam aku ni ada buat salah je.

“Macam ni, tiba-tiba kak Risa menghilang, dia hanya tinggalkan mesej dekat Iz yang bertulis.  Iz maafkan Risa, tapi Risa rasa kita memang dah tak ada jodoh. Jadi perkahwinan kita tu batalkan jelah”Izzat bersuara sekali gus menjawab pertanyaan aku tadi.

“Kak Risa buat macam tu?? Takkanlah, kan kak Risa memang sukakan abang I, takkanlah dia sanggup tinggalkan abang Iz??? Lagipunkan abang Iz dengan kak Risa tu kawan rapat, takkanlah eorang kawan sanggup malukan kawannya sendiri..” ujarku sambil mengeleng-gelengkan kepalaku 
tak percaya..

“Habis tu, ni siapa yang mesej?? Hantu!!?? Memanglah Iz dengan Risa rapat, tapi kalau nak jadi macam ni.. Apa orang kira rapat tak rapat??” tanya Izzat.. Aku mencebik, orang tanya je!!

“Dah berbalik kepada soalan tadi, ganti apa??” tanya aku balik, malas nak layan Izzat tu, buat sakit hati je!

“Abang ni kenapa?? Pandang Ati macam tu??”tanyaku bila Izzat asyik memandang kearahku Abangku memandang aku seperti ingin mengungkap sesuatu tapi tak boleh.

Tiba-tiba aku menelan air liur laju.. “Abang jangan cakap…” belum aku habis berkata Izzat sudah menganggukkan kepalanya.. Aku membulatkan mataku..

“Astaghfirullahalazim, abang jangan buat kerja gila boleh tak??!!”ujar Aku sedikit kuat, seriously kalau abang aku buat macam tu aku taknak mengaku dia abang aku!!

“Kerja gila apanya?? Nak tolong orang, Ati cakap kerja gila??”

“Nak tolong pun berpadalah abang oi.. Takkanlah abang yang nak ganti tempat kak Risa..?? Abang biar betul??!!” marahku, nak tolong kut sampai macam tu sekali!! Tak logik betul abang aku ni.. Kata-kataku disambut dengan hilai tawa semua yang ada diruang tamu itu..

Izzat sudah buat muka tercengang..“Ati tu yang gila.. Abang nak Ati tolong gantikan tempat kak 
Risa, bukan abang..!! Orang cakap tadi tak dengar, beberapa tahun tak korek telinga!!??” Izzat membalas geram, tak pasal-pasal orang cop dia gay pula.. Tolong erk, tak ada kuasa aku nak kahwin dengan sama jenis.. Dia pun ada taste ok!!

“Abang nak Ati gantikan tempat kak Risa?!”pertanyaan aku dibalas dengan anggukan.

“No way! Ati baru umur 23 tahun takkan dah nak kahwin!”giler ke, aku ni muda lagi untuk masuk ke lembah perkahwinan. Lagipun aku baru habis belajar takkan tiba-tiba nak kahwin kot.. Kerja pun tak ada lagi..

“Alah, kalau nak kahwin umur 23 pun tak salahkan?” ternganga aku memandang ayahku. Apahal pula ayah tiba-tiba nak suruh aku kahwin ni.

“Ha’ah, ibu pun sokong cakap ayah”aku macam nak nganga besar-besar lagi sahaja bila mak aku pun menyokong kata-kata ayahku..

“Ayah, ibu..Kita tak pernah bincang pasal ni tau..Tiba-tiba je Ati kena kahwin” balas ku.

“Bukan apa Ati, Risa dah menghilang. Kalau di cancelkan kesian dengan aunty Isma dan uncle Irwan..Ati takkan tak kesiankan diaorang” kata-kata ayah membuatkan aku memandang wajah aunty Isma dan uncle Irwan, muka diaorang penuh mengharap itu aku tak kisah. Aku pandang pula kedua orang tua ku. Fuh.. Muka diaorang lagi penuh mengharap, ini yang buat aku sayu ni. Belum pernah aku tolak permintaan ibu dan ayah aku.

“Aunty tak kisah kalau Ati tak boleh, nak buat macam manakan? Dah tersurat memang aunty tak boleh tengok Iz berkahwin esok” wajah aunty Isma penuh dengah riak sedih. Ish ni yang lemah ni, macam tau-tau je aku ni memang lemah tengok orang buat muka sedih ni.

“Dah lah tu, Isma benda dah nak jadi” pujuk uncle Irwan.

Fine!! Ati setuju kahwin dengan abang Iz”  ‘Ish benci-benci kenapalah hati aku ni cepat kesian!!!’ jeritku didalam hati..

 “Yes!” terlompat-lompat Izzat mendengar bicara satu-satunya adik perempuannya itu.

“Kan aku dah kata..Ati…”belum sempat menghabiskan bicara ayah ku sudah memotong.

“Izzat!” terus Izzat menutup mulut, apabila Airiz memanggil namanya tiba-tiba..

Aku memandang pelik mereka berdua “Apa yang abang nak cakap tadi??”Tanya ku..

“Hah..Er mana ada apa-apa. Abang gembira je sebab Ati dah setuju nak kahwin dengan Iz. Taklah abang risau sangat” jawapan Izzat masih tak membuat aku berpuas hati. Aku memandang tajam ke arahnya.

“Betul, lantak Ati lah nak percaya ke tidak”

“Hmm,apa-apalah. Ok Ati tunggu kat luar, nak tenangkan fikiran yang bercelaru ni..” Aku terus melangkah untuk keluar daripada rumah itu.. Yang lain hanya tersenyum sahaja melihat aku melangkah keluar..

*****

 “Ati”

Aku yang terdengar suara yang memanggilku terus berpaling, terangkat keningku melihat Airiz melangkah menuju ke arahku. Tiga jam lagi, sah lah kami bergelar suami isteri. Macam mimpi pula.

“Ada apa abang Iz?” Tanyaku.

“Hmm, abang cuma nak cakap … Terima kasih, sebab sudi jadi pengganti Risa” matanya redup memandangku. Ish pandanglah tempat lain, tak nampak ke aku punya jantung ni macam nak terkeluar! Apa yang kau merepek ni Ati! Fokus !

“Tak apalah, kalau itu dapat membantu aunty Isma dan uncle Irwan. Ati tak kisah” aku membalas selamba, kena control ayu sikit kan.. Lagi pun memang aku dah menganggap aunty Isma dengan uncle Irwan sebagai ibu dan bapaku sendiri.. Jadi kalau perkara ni membahagiakan mereka, tak apalah.. Lagipun aku yakin jodohku telah pun ditetapkan oleh Allah..

Airiz tersenyum “Oklah, Ati pergi siap-siap dulu. Pengantin perempuan mesti kena cantik masa akad nikah nanti” gurau Airiz, dia melangkah meninggalkan aku sendirian. Aku mengerutkan kening.

“Aik aku bukan dah cantik semula jadi ke??” Cis dah mula dah perangai perah santan aku ni. Tapi memang aku dah cantiklah..”

*****

Penat melayan tetamu, yang kini sudah beransur pulang. Selesai menukar baju aku terus terjun ke katil pengantin a.k.a katil abang Iz.. Penat tak terkata melayan tetamu tadi, mataku semakin kuyu, akhirnya aku terlelap..

“Krikk…” mata Airiz terus tertumpu pada sekujur tubuh yang sudah terlelap dikatilnya itu, tersenyum Airiz. Dia menutup pintu biliknya sebelum melangkah perlahan menuju ke katil dan dengan perlahan tubuhnya dibaringkan disebelah isterinya yang sudah terlena. Dia tersenyum memandang isterinya yang lena itu, sebelum dia turut memejamkan matanya

*****

“Aku terima nikah Nurul Izzati binti Muhd Idzfan dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai!”

“Allahuakhbar!” terbangun aku dari tidur yang lena.

“Astaghfirullahalazim, macam mana lah aku boleh mimpi kahwin dengan abang Iz. Tapi macam betul je benda tu jadi. Ish, ish mustahil!!” aku memandang hadapanku.. Mataku terbeliak! Ini.. Ini bukan bilik aku! Tapi ni macam bilik dalam mimpi aku, jangan-jangan… Aku memandang ke kananku. Abang Iz melemparkan senyuman manis kepadaku. Dengan senang hatinya tubuhku jatuh kekatil kembali.

“Aik pengsan pula?? Ati, Ati” Airiz menggeleng-geleng kan kepalanya. Dengan perlahan dia mendekati tubuh Izzati. Dia memerhatikan tubuh isterinya yang sudah mengereng membelakanginya. Dia terbangun tadi adalah kerana ingin mengejutkan Izzati tetapi Izzati dah tersedar dulu.

Baru beberapa minit aku sudah kembali tersedar, tiba-tiba aku terasa benda di belakang aku, abang Iz ke?? Pantas aku memusingkan badanku.. Cup..

Mata aku terbeliak, mata abang Iz lagilah terbeliak! Apa aku dah buat ni! Dengan laju aku berdiri.

“So..Sorry”

“Tak..Tak pe, lagi..pun Ati.. Tak sengaja”gagap lah pula!!

“Ati pergi, mandi dulu” aku terus melarikan diri masuk ke dalam bilik mandi, sebelum tu sempat aku mengambil peralatan dan pakaian mandiku yang memang tak sempat kemas malam tadi lalu aku terus masuk ke dalam bilik air.  Aku menyandarkan badanku di pintu…

‘Ati!!! Apa kau buat ni!! First kiss aku!! Benci-benci!!’ jerit Ati di dalam hatinya.
Abang Iz memegang perlahan bibirnya.. Sebelum tersenyum..

*****

Airiz melihat Izzati sedang memotong sayur-sayur membelakanginya sambil membelakanginya, dengan perlahan-lahan kakinya melangkah ke dapur. Perlahan-lahan tubuh Izzati dipeluk.

“Eh.. Siapa ni!!” Izzati meronta-ronta.

“Hei ni abanglah..” perlahan Airiz bersuara.

Izzati terus terkaku.. “Oh.. Dah lama ke abang balik??” tanya Izzati.

“Baru je.. Takpekan abang peluk Ati, penatlah..” Airiz bersuara manja.

“Abangkan.. Er, suami Ati”

Airiz tersengih.. “Sayang masak apa?”

Izzati mengerutkan dahinya.. Sayang pula.. Aih, pengsan kejap lagi aku dibuatnya.. “Er, Ati nak masak tom yam... Abang nak makan ke? Ati siapkan..”

“Abang nak mandi dululah, nanti abang turun makan ye..”
“Ok..”

Airiz tersenyum, dia mencium pipi isterinya itu lalu terus melangkah pergi kebiliknya ditingkat atas..  Izzati terkaku..

*****

“Sayang!!”panggil Airiz manja..

“Ye abang..” sahut Izzati, dia yang nak manja ye bukan aku.. Aku layan je..

“Dah siap ke?”

“Dah, abang duduk dulu, nanti Ati hidang..”

Airiz terus duduk di meja makan.. setelah itu, Izzati terus menghidangkan makanan untuk dirinya juga Airiz..

“Jemput makan..”

Airiz tersenyum.. “Macam mana dengan budak-budak dekat tadika?” tanya Airiz.. Lupa pula nak bagitahu, aku ni guru tadika, suamiku pula seorang arkitek..

“Ok je.. Diaorang tu comel-comel tau bang.. Cute sangat..”

“Abang lagi cute ke diaorang?”

Izzati mengecilkan matanya.. “Erm.. No comment!!”

“Alah.. Ati ni..” Airiz memuncungkan  bibirnya..

“Alah-alah, merajuk pula dia.. Yelah-yelah, abang lagi cute dari diaorang..”

Terus Airiz tersenyum.. Izzati mengelengkan kepalanya, Airiz yang biasanya tegas(sebelum nikah) jadi manja pula tiba-tiba.. Musykil-musykil..

“Abang macam mana pula? Banyak projek??”

“Alhamdulilah, banyaklah juga..”

“Oh” Izzati terangguk-angguk..

“Ati tahu tak??”

“Tak!”

“Hish Ati ni.. Dengarlah dulu abang nak cakap ni..”

“Hehehe, apa dia?”

“Ati nampak comel plus cute sangat hari ni..”

“Abang ni.. Tak pasal-pasal pipi Ati ada blusher..” Aku terus menutup mukaku yang rasanya dah 
kemerah-merahan itu..

“Hihihi..” Faris tersenyum bahagia melihat telatah isterinya.. Kalau dengan isterinya ini.. Memang bibirnya tak lokek dengan senyuman..

*****

“Apa you buat kat sini!!” tegas Airiz bersuara kepada Risa yang tiba-tiba muncul di pejabatnya.. Macam dah tak ada kerja lain je!! Sibuk nak datang, kalau isteri aku yang cute tu tak apa juga,  hilangkan penat, bukan tambahkan penat!!

You ni!! Selama ni I datang you tak kisah pun!! Tiba-tiba hari ni you nak marah kenapa??” Risa bersuara, dia datang dengan harapan untuk berbaik semula dengan Airiz..

“Itu masa I belum kahwin, tapi sekarang I dah Kahwin!! You hanya boleh jumpa I kalau ada perkara yang penting je! Ada hal penting ke sampai you datang sini?? Nak bincang pasal apa?? Kenapa you tak buat appointment  dengan I punya PA dulu??” tanya Airiz sambil matanya tajam memandang kearah Risa..

“Selama ni I datang tak payah buat appointment pun apasal tiba-tiba I kena buat?? Lagi satu, kenapa dengan you ni?? You marah I tinggalkan you ke?? Sebab tu you tak bagi I buat perkara yang I buat sebelum ni??” tanya Risa, sengaja dia ingin menguji lelaki itu..

Airiz tersengih.. “You rasa I buat macam tu sebabkan I still cintakan you ke??” tanyanya sambil keningnya diangkat..

You ada sebab lain ke??” tanya Risa, suaranya mulai perlahan.. Gaya Airiz seperti dia sudah tidak mempunyai perasaan langsung pada Risa..

Of course.. You nak tahu ke sebab kenapa I tak bagi you sesuka hati datang pejabat I tanpa buat appointment terlebih dahulu sedangkan dulu I tak halang you.. You nak tahu ke??” tanya Airiz dengan senyuman sinis..

Risa diam.. Dia tak tahu untuk membalas apa, dia tahu semuanya berpunca darinya.. Kalau tak 
disebabkan sikap dia, pastinya Airiz tidak menjadi sesinis itu.. Kalau tak disebabkan sikapnya yang ego itu, pasti semuanya takkan berlaku.. Tapi dia buat semua itu bersebab!!

“You taknak tahu ke??” Airiz mengulangi kembali soalannya..

Risa memandang Airiz seketika sebelum dia pula yang tersenyum sinis.. “Perlu ke I tahu semua tu?? Ke you nak I tahu semua tu??”

Airiz mengerutkan dahinya melihat Risa tersenyum sinis sebegitu, dia ke atau Risa yang patut marah ni..

You marah-marah I ni, you tahu tak kenapa I tinggalkan you.. Kenapa I suruh ayah dengan ibu I untuk pergi bercuti dengan I sehari sebelum I tinggalkan you?? Sedangkan I betul-betul ikhlas cintakan you?? You tahu marah I je!! Memanglah apa yang I buat tu satu kesalahan yang besar, tapi I dah lakukan pengorbanan yang besar untuk you!! Takkanlah you tak boleh maafkan I!!” marah Risa, bukanlah dia marah sangat cuma geram je..

Airiz hanya berdiam diri sahaja.. “Dahlah, I malas nak layan you.. Pengorbanan?? Pengorbanan apa yang you lakukan?? Dengan buat keluarga I hampir malu?? Macam tu??”

“I lakukan ni sebab..” belum sempat Risa membalas..

Tiba-tiba pintu terkuak dari luar, muncul Izzati, Izzati menghampiri Risa.. “Akak, akak datang lain kali ya.. Tunggu mood abang Iz baik sikit..” ujar Izzati dengan nada berbisik kearah Risa, dia yakin Risa baik.. Kerana selama ini dia mengenali wanita itu, Risa tidak pernah sanggup untuk melukakan hati orang lain, pastinya Risa melakukan semua ini dengan sebab..

Risa memandang kearah Izzati sambil tersenyum.. “Yelah, akak datang lain kali.. Ati pujuklah suami Ati tu, poyo nak marah-marah orang!!” ujar Risa geram.. Izzati membalas dengan anggukan.. Sebelum Risa pergi, dia sempat bersalaman dengan Izzati..

Setelah itu, Izzati terus melangkah kearah suaminya, sebelum tangannya dengan erat memeluk tubuh suaminya itu.. “Kenapa abang tak terkejut!!” Izzati melepaskan pelukannya.. Airiz terus memandang kearah isterinya..

“Isteri abang yang peluk buat apa abang nak terkejut..” Airiz tersenyum, dia melihat Risa sudah tidak ada di bilik itu, pastas tangannya melingkari pinggang Izzati..

“Ish!! Terkejut sekarang!!” arah Izzati..

“Oh! Terkejutnya abang..” Airiz buat-buat terkejut..

“Abang!! Patutnya terkejut biarlah real, hish!” Izzati sudah memuncungkan bibirnya..

“Alah-alah, sayang abang ni, janganlah merajuk..”

“Abang jom makan.. Laparlah..” ajak Izzati..

“Jom..” Airiz terus mencapai tangan isterinya. Izzati hanya tersenyum..

*****

Seminggu kemudian…
“Kenapa you asyik datang pejabat I ni?? You tak ada kerja lain ke apa??”tanya Airiz sambil 
memandang kearah Risa..

“Iz.. Please terima I balik.. I cintakan you..” Risa bersuara dengan nada perlahan, wajahnya kelihatan sedih..
“Maaf, tapi I tak cintakan you..”

See!! You tak cintakan I pun, jadi salah ke I tinggalkan you?? Sampai you nak marahkan I sebegitu sekali??!! You marahkan I sebab I tinggalkan you?? Sedangkan I buat semua tu sebab you?? I korbankan cinta I untuk kebahagiaan you, kawab baik I.. Tapi you langsung tak hargainya?? Dengar 
penjelasan I apatah lagi??” Tiba-tiba wajah Risa bertukar daripada sedih ke marah..

Airiz mengerutkan dahinya.. “Apa you cakapkan ni??”

I  buat semua ni sebab I tahu you tak cintakan I.. You cintakan orang lain, you terpaksa terima I sebab keluarga you suruh you kahwin dengan I, sedangkan you cintakan orang lain..”

“You tahu I cintakan Izzati?? Macam mana you tahu??!!” tanya Airiz dengan nada terkejut, dia tak sangka Risa boleh tahu tentang perasaannya itu..

I  kawan you Iz, I kenal you dari umur kita 8 tahun lagi.. Mustahil I tak dapat agak yang you tak cintakan I, kalau you nak tahu semuanya sudah dirancang.. You dengan Ati je tak tahu apa-apa..”

I tak faham??”

“Bila I dah tahu tentang perasaan you.. I terus buat rancangan keluarga you dan keluarga Ati.. Mulanya diaorang macam ragu-ragu, tapi I yakinkan diaorang sebab I yakin pasti Ati pun sukakan you macam mana you sukakan Ati.. Akhirnya inilah yang berlaku, cuma I suruh diaorang rahsiakan dulu daripada you sebab I nak terangkan sendiri dekat you.. Tapi you asyik marah-marah I je..”

Airiz terkaku seketika.. “I minta maaf, I tak sangka yang ini semua dah dirancang.. I’m so sorry, I dah marah you, I dah buat you terluka..”

It’s okay.. Lagipun salah I juga sebab tak bagitahu you awal-awal.. Tak nak ucap terima kasih dekat I ke??”

Airiz tersenyum.. “Risa.. Thanks, because of you, I know who in my heart.. Because of you, now I’m married with the someone that I love.. The person who inside my heart.. I really thanks to you..”

“Kan senang kalau dari dulu you berterus-terang dekat keluarga you dekat I, taklah jadi complicated 
macam ni..”

 “I’m sorry, habis you macam mana?? You ok ke??” tanya Airiz lembut, dia tahu yang Risa betul-betul cintakan dia..

I ok je, I tahu you bukan jodoh I.. Cuma jeles dengan you, you dah kahwin tapi I belum.. Doakan I dapat jodoh cepat-cepat erk..”

“Mestilah I doakan kawan I.. Kawan I yang sanggup berkorban demi I kan.. I akan doakan you supaya you dapat lelaki yang baik dan boleh jaga you..”

“Oklah I balik dulu ya.. Kalau ada masa nanti I datang rumah you dengan my parents, you tak ada masalahkan??” tanya Risa..

Of course, datang jelah bila-bila you free.. Pintu rumah I selalu terbuka untuk you sekeluarga, apa-apa pun you stil my best friend foreverkan..”

Risa tersenyum.. “Yes!! You’re my best friend forever and ever!! See you again.. Assalamualaikum..”

“Waalaikumusalam..”

*****

I love you abang!!” ujar Izzati bila pintu pejabat Airiz dibuka..

Airiz yang sedang duduk di kerusinya termangu-mangu..

“Apa Ati cakap tadi??”tanya Airiz.

Thanks, because of you, I know who in my heart.. Because of you, now I’m married with the someone that I love.. The person who inside my heart… Sweetkan abang??” balas Izzati, dia dah dengar semuanya.. Risa yang menyuruhnya datang dan tunggu di hadapan pejabat Airiz, jadi dia dah 
tahu semuanya, dia tahu tentang perasaan suaminya kepadanya..

Airiz terdiam seketika, sebelum perlahan-lahan dia tersenyum.. “Nakal ya isteri abang ni, curi-curi dengar apa yang abang cakap ya..” ujar Airiz sambil tangannya laju mencuit hidung Izzati..

“Nakal-nakal pun, Ati juga yang abang cintakan??” tanya Izzati sambil mengenyit-ngenyitkan 
matanya..

“Abang tak balas lagi tadi..” ujar Izzati tiba-tiba sambil membuat muka merajuk..

“Balas apa??” tanya Airiz tak faham ke buat-buat tak faham..
Izzati menjeling suaminya geram.. Sengajalah tu nak aku ulang!! Nak merajuklah macam ni.. Izzati 
sudah bersiap sedia untuk keluar dari pejabat suaminya itu..

Tapi Airiz dengan pantas menarik tangan Izzati.. Cepat merajuklah isteri abang ni.. Yelah-yelah, I love you too sayang..” dahi isterinya dicium lalu tubuh isterinya dipeluk..   

Izzati membalas pelukan suaminya itu sambil tersenyum gembira.. Gembira dua pasang hati.. Di 
dalam ‘Pelukan Cinta’ kekasih hati.. Moga mereka bahagia hingga ke akhirnya..


                                                                         TAMAT