Selasa, 24 Disember 2013

Love Y0u Spy Girl!! 4





“Krystal dah pergi??” tanya Tuan Azman.. 

“Saya bangun, akak dah tak ada.. Dah pergilah kot..” jawab Keyril.. “Kalau macam tu kita gerak sekaranglah..” ujar Puan Lia.. 

Kevin, Tuan Azman, Zaf, Dian dan Keyril mengangguk.. 

“Abang!!!” jerit satu suara.. Keyril memandang ke tingkat tiga, dapat dilihat Keifa yang sedang melambai kearahnya.. Macam manalah aku boleh lupa pasal Keifa!! Keifa terus berlari ke bawah.. 

“Abang nak pergi mana?? Kata nak pergi rumah kitakan..” tanya Keifa.. Keyril menggaru kepala.. Dia memandang Kevin, Zaf dan Dian sebelum kembali memandang kearah adiknya kembali.. 

“Abang nak keluar dulu dengan kawan-kawan abang, ada hal sikit.. Nanti abang datang ambil Ifa ok..” 

“Abang nak pergi mana??” 

“Abang ada hal, Ifa tunggu kat rumah sekejap je.. Nanti abang datang balik..” Keifa memandang muka kawan-kawan abangnya itu.. 

“Itu pun kawan abang??” tunjuk Keifa kearah Tuan Azman dan Puan Lia.. Takkan kawan abang juga.. Nampak tua je.. 

“Itu bos abang..” 

“Bos??” 

“Haah..” Keyril menganggukkan kepalanya untuk meyakinkan Keifa.. 

“Jangan lama-lama..” 

“Ok, janji tak lama-lama.. Abang pergi dulu ye..” Keyril menghulurkan tangannya kepada Keifa lalu disambut oleh Keifa dan dicium tanda hormat.. Setelah itu mereka meninggalkan Keifa bersendirian.. 

“Apasal aku macam pernah nampak je kawan-kawan abang dengan bos abang tu?? Kat mana erk aku nampak??” Keifa berfikir.. 

“Erm, nevermind.. Baik aku pergi tengok tv.. Boleh tengok The Master’s Sun!! Hehehe..”

***** 

“Itu ke rumah arwah ayah kamu??” tanya Tuan Azman.. 

“Ye Tuan..” jawab Keyril.. 

“Ciri keselamatannya macam mana??” tanya Puan Lia.. 

“Saya dah cuba tanya dengan kakak saya.. Tapi dia tak nak bagi tahu..” 

“Takpelah kita masuk dulu.. Sekurang-kurangnya kita dah tahu, mana pintu rahsia bilik bawah tanah tu..” ujar Tuan Azman.. 

Keyril mengeluarkan kunci rumahnya lalu membuka pintu rumah itu.. 

“Mana pintu bawah tanah itu??” tanya Puan Lia.. 

“Situ” Keyril menunjukkan satu bilik yang berada beberapa meter disebelah kanannya.. 

“Dian awak periksa tingkat atas, Kevin periksa tingkat bawah dan Zaf awak periksa luar.. Mana tahu ada apa-apa yang ganjil, kita tak tahu kalau spy girl tu dah rancang something..” ujar Tuan Azman.. 

“Baik Tuan!!” sahut ketiga-tiga mereka sebelum terus bergegas ke tempat yang telah diarahkan.. Tuan Azman, Puan Lia dan Keyril melangkah ke bilik yang ditunjukkan oleh Keyril sebentar tadi.. Keyril cuba membuka pintu, tetapi terkunci.. 

“Awak tak ada kuncinya ke??” tanya Puan Lia dan Tuan Azman serentak.. Keyril memandang kearah kunci rumahnya yang juga memiliki beberapa kunci yang lain, tapi dia pasti.. Kakaknya tidak meletakkan kunci bilik ini di kunci rumah, biasanya kunci bilik berada di.. 

“Bilik utama!!” ujar Keyril, bilik utama, adalah bilik arwah ayah dan ibu mereka, disebabkan biliknya yang lebih besar daripada bilik yang lain, sebab itu bilik itu di panggil bilik utama.. Keyril terus berlari anak ke bilik utama yang berada di sebelah tangga untuk ke tingkat dua.. Keyril cuba untuk membuka pintu bilik itu, dan hasilnya tetap sama.. Pintu itu juga turut berkunci.. 

“Apasal berkunci pula ni!!??” Keyril berkata sedikit kuat.. Adakah kerana kakaknya dah tahu apa ynag ingin dibuat olehnya?? Sebab tu kakaknya kunci semua pintu bilik?? Argh!! Stress!! 

“Sabar Keyril.. Mungkin ada jalan lain untuk masuk ke dalam bilik tu..” ujar Puan Lia, dia cuba menenangkan Keyril, dia tahu Keyril gelabah kerana takut Krystal tahu.. “Tuan, saya dah check semua tempat, tapi tak ada apa-apa.. Cuma dalam bilik saya tak check, sebab bilik berkunci..” ujar Kevin yang tiba-tiba muncul dari dapur.. 

“Kamu ada jumpa jalan lain untuk kita masuk ke dalam bilik-bilik tu??” “Saya tak pasti, tapi yang saya tahu.. Kalau nak masuk kena ada kad, yang macam kat hotel tu.” Ujar Kevin.. Keyril mengerutkan dahinya 

“ Kad?? Selama ni kami pakai kunci, apasal pula tiba-tiba kena guna kad??” 

“Ye, tapi disebelah setiap pintu ada tempat pengesan yang kecil.. Kalau kata nak pengesan telapak tangan, ia terlalu kecil.. Tapi kalau nak kata untuk ibu jari, ia terlalu besar dan hanya paling muat pun kad sahaja..” ujar Kevin sambil menunjukkan pengesan yang dia katakan tadi.. Keyril mengerutkan dahinya sekali lagi, ye pengesan itu berada tepat disebelah pintu setiap bilik.. Macam mana aku boleh tak perasan?? Mana nak perasan dari tadi asyik pulas tombol sahaja.. 

“Tapi mana kadnya??”tanya Keyril..  

“Saya tak tahu.. Oh ya, saya juga telah jumpa beberapa skrin seperti segiempat tepat di pintu masuk, di dapur dan disebelah bilik yang Keyril tunjuk awal-awal tadi..” Kevin terus berkata.. 

“Apa pula kegunaannya??” 

“Itu saya tak pasti..” Mereka melangkah kembali ke bilik yang ditunjuk awal-awal oleh Keyril tadi.. 

“Tuan, saya dah check semua tempat tapi tak jumpa apa-apa!!” Zaf pula muncul memberi  laporan.. Tuan Azman menganggukkan kepalanya.. 

“Mana Dian?? Lamanya dia dekat atas tu..” Kevin dan Zaf hanya mengelengkan kepala tanda tak tahu.. 

“Itu bukan masalahnya sekarang.. Masalahnya macam mana kita nak masuk ke dalam bilik itu tanpa kad??” Puan Lia bersuara.. 

“Tuan!! Puan!! Ada hantu!!” jerit Dian, dia berlari ke tingkat bawah dengan laju bersama muka terkejutnya.. “Kamu ni kenapa Dian??” 

“Tadi.. Tadi saya ternampak satu skrin bentuknya macam IPad.. Saya cubalah tengok, tiba-tiba ada cahaya putih muncul, muncul muka macam kartun pastu dia cakap helo..” kata Dian.. 

“Apa kamu merepek ni??” 

“Saya tak merepeklah.. Saya sendiri nampak dengan dua-dua mata saya ni..” kata Dian bersungguh-sungguh.. 

“Imaginasi kau je kot Dian..” Zaf pula bersuara, kuat betul Imaginasi Dian ni..  Takkanlah skrin tu tiba-tiba boleh muncul kartun, cakap helo pula tu.. Ish, ish, ish.. Kena masuk tanjung rambutanlah gamaknya.. 

“Betullah wei, takkan aku tipu pula.. Lagipun apa aku dapat..” ujar Dian, dia masih mempertahankan kata-katanya.. 

“Betul ke??” tanya Zaf.. “Ish, kau ni!! Ingat aku main-main ke, takkanlah kita tengah buat misi pun aku nak main-main..” marah Dian kepada Zaf, geram pula bila kata-katanya dianggap main-main oleh Zaf.. 

“Awak pernah jumpa benda tu ke Keyril??” tanya Kevin kepada Keyril.. 

“Saya rasa itu adalah robot yang mengawal keselamatan didalam rumah ni.. Macam dalam cerita Labrats channel astro 617 tu, dalam cerita tu, ada juga skrin kecil macam tu yang dipanggil Eddy, dia boleh menghubungkan skrin itu ke dalam makmal dan di mana saja yang skrin itu berada.. 

Kakak pernah kata dia nak cuba buat macam tu, jadi mungkin kakak dah buat, itu yang  ada banyak sangat skrin itu di dalam rumah ni..” kata Keyril.. 

“Jadi itu bukan hantulah ye..” pintas Dian.. 

“Kamu ni kan!! Tulah suka sangat tengok cerita seram, lepas tu mulalah kepala tu bayang benda yang entah apa-apa!!” Puan Lia sudah menjegilkan matanya ke Dian, dah besar dah pun, masih lagi fikiran keanak-anakkan, cubalah fikir rasional sikit.. Malu pula kena tegur.. 

Tapi nak buat macam mana aku memang suka tengok cerita seram, walaupun seram.. Lagipun adik-adik bawah aku yang suka sangat tengok cerita seram, jadi janganlah salahkan aku pula!! Aku hanya ikut tengok je.. Dian hanya tersengih sahaja.. 

“Habistu macam mana kita nak berhubung dengannya??” 

“Saya rasa kita kena sebut nama dia kot, sebab biasanya dalam cerita tu, saya nampak mereka selalu sebut nama Eddy sebelum Eddy muncul.. Tak tahulah kalau ni jadi ke tidak..” 

“Apa namanya??” Keyril mengelengkan kepala, manalah dia tahu kakaknya Krystal suka nama apa.. Sebab   boleh jadi, kakaknya letak nama robot itu sempena colour ke kan..

“Habistu macam mana??” “Takkan kamu tak tahu apa-apa nama atau benda ke yang selalu kakak kamu sebut??” Keyril memegang kedua-dua kepalanya, cuba mengingat apa perkataan yang selalu disebut oleh kakaknya.. 

Kejap!! “Kakak saya suka dengar lagu K-Pop!! Jadi mungkin nama kumpulan K-Pop kot.. Tapi saya tak pasti mana satu group kesukaan dia..” 

“Bagi nama lagu yang dia selalu dengar..” kata Dian, dia sudah keluarkan hensetnya..  Biasalah sekarang zaman teknologi, pakai henset je dah boleh google.. 

“Er… Ringtone saya, nama lagunya Android..”balas Keyril, sebab kakaknya yang menukar ringtonenya ke ringtone lagu Android.. 

“Lagi??” 

“Manalah saya ingat.. Eh, kejap!!” Keyril mengeluarkan hensetnya, dia menekan music dan menekan playlist di hensetnya yang tertulis ‘My Favourite Song!!’ Playlist itu milik kakaknya, sebab kadang-kadang kakaknya meminjam hensetnya untuk mendengar lagu.. Setelah itu muncul beberapa lagu yang ada di skrin.. 

“She, Humanoids, Keep Your Head Down, Rising Sun, Android, Maximum, Mirotic, Catch Me.. 

Yang ini dia tulis TVXQ.. Lepas tu ada lagi, Trap Henry, Run, It’s War, Run Mblaq.. Banyak lagi.. Tapi saya rasa dia minat TVXQ!!” ujar Keyril.. 

“Kejap..” Dian berkata sambil menekan-nekan skrin hensetnya, apa yang ditekan pun tak tahu.. 

“Kalau ikut yang tertulis dekat google, TVXQ dulu berlima sekarang tinggal 2 orang sahaja.. Kakak awak minat yang mana satu??” tanya Dian.. 

“Apa je nama yang ada??” 

“Kalau berlima U-know Yunho leader, Max Changmin maknae, Micky Yoochun, Xiah Junsu dengan Hero Jaejoong.. Tapi kalau sekarang U-know Yunho leader dengan Max Changmin maknae..” ujar Dian.. 

“Mana satu erk??” Keyril cuba mengingat kembali.. 

“Salah seorang dari diaorang ni pernah berlakon dalam… Pa.. Paradise Ranch!! Itu drama yang akak banyak kali ulang, sebab akak cakap dia suka watak utama lelakinya.. Boleh check kat google..” Pinta Keyril kepada Dian.. 

Dian sekali lagi menekan-nekan skrin hensetnya.. “Shim Changmin atau dalam kumpulan dipanggil Max Changmin..” “Max!!” ujar Dian, ye tadi dia juga menyebut Max sebelum kartun tu tiba-tiba muncul.. Dia ternampak tulisan Max di atas satu buku yang turut tertulis nama Krystal.. 

“Ye, ada apa panggil saya??” tiba-tiba satu muka kartun muncul di skrin yang berdekatan dengan bilik yang berada dihadapan mereka.. 

“Hah tu dia!!” jerit Dian.. Puan Lia Lia menjeling Dian tajam.. Dian hanya membalas dengan sengihan.. Terover sudah!!! “Ada benda yang nak saya tolong ke??” tanya Max sekali lagi.. 

Keyril mengaru kepala seketika memikirkan apa yang hendak ditanyakan kepada Max ni..  “Erm, awak tahu macam mana nak buka pintu bilik ni??” tanya Keyril sambil tangannya  ditunjukkan kearah pintu yang didalamnya ada jalan untuk ke bilik bawah tanah.. 

“Mestilah saya tahu, kalau nak masuk kena ada kad..” 

“Kadnya dekat mana??” 

“Kadnya ada dekat Krystal, dia yang pegang kad semua bilik..” 

“Takkan tak ada spare kot..” “Tak ada..” “Tapi macam mana nak masuk kalau tak ada kad??” Dian bertanya… 

“Kalau tak ada kad?? Erm, tak payah masuklah..” ujar Max si kartun itu selamba.. 

Dian mencebik.. 

“Takkan awak tak boleh nak bagi kitaorang masuk?? Awakkan yang menjaga sistem, mesti awak boleh buka pintu inikan..??” kata Kevin.. 

“Memang betul, tapi saya telah diprogramkan untuk membuat itu hanya bila ada kecemasan sahaja, atau keadaan yang mendesak..” “Kami tak nampak terdesak ke??” tanya Dian.. 

“Tak!!” mendengar kata Max sekali lagi membuatkan Dian mencebik.. Tiba-tiba Max hilang dari pandangan mereka.. 

“Eh! Mana dia pergi??” tanya Puan Lia.. 

“Kan saya dah cakap dia tu Han…”Kata-kata Dian terhenti kerana melihat bukan hanya Puan Lia sahaja yang menjeling kearahnya.. Tuan Azman, Kevin, Zaf malah Keyril pun menjeling kearahnya.. Malu kot!! Malu!! 

“Sorry..” Dian meminta maaf dan membuat gaya macam sedang menge‘zip’ mulutnya.. Puan Lia dan Tuan Azman hanya mengelengkan kepalanya.. Dan saat itu juga pintu masuk untuk ke bilik bawah tanah itu terbuka.. Semua terkaku ‘what happen??’.. Max pula turut muncul sekali.. 

“Silakan masuk..” kata Max .. 

“Tadi kata, tak boleh masuk kalau tak ada kad??” tanya Keyril.. “Memanglah, tapi tiba-tiba saya baik hati pula nak bagi korang masuk..” 

“Tapi takkanlah kitaorang boleh masuk macam tu je..” 

“Memanglah tak boleh masuk macam tu je, ada orang yang akan temankan..” 

“Siapa???” terus semua bersuara.. Kevin hanya diam, masih lagi dengan muka selambanya.. 

“Tu..” Max menjuihkan mulutnya ke belakang mereka, kalau tunjuk tangan kang diaorang ingat kat atas.. 

Mereka semua berpaling dan terlihat ada satu susuk tubuh yang turun dari tingkat atas.. 

“Akak!!!” 

“Krystal!!” 

“Spy Girl!!” 

***** 

Sory lambat, hope korg suke.. And Please Follow me in FaceBook!!

Selasa, 3 Disember 2013

Love Y0u Spy Girl!! 3




“Macam mana??” tanya Tuan Azman. 

“Keyril dah selamat sampai di villa Dato’ Benjamin, kita cuma perlu tunggu sahaja..” ujar Kevin. 

“Pastikan awak perhatikan setiap pergerakan Keyril dan minta apa saja maklumat yang dia dapat.. Mungkin kita boleh tahu mana Krystal letak data-data tentang JJ..” 

“Baik Tuan!!”kata Kevin, Dian dan Zaf serentak.. 

“Oh yeah, kamu ada bagi Keyril chip tu kan??” tanya Puan Lia.. 

“Ya, saya ada bagi dia Puan!!” Dian berkata.. 

Chip itu berfungsi untuk merakam perbualan dan terus bersambung ke chip lain yang berada dengan Korang- orang tertentu sahaja..Chip yang diberi kepada Keyril boleh berhubungkan dengan chip yang lain.. Jadi segala perbualan Keyril dan orang-orang yang berdekatan dengan Keyril dapat di dengar oleh mereka yang ada chip tersebut selagi chip itu tak pecah atau terkena air.. 

***** 

“Kakak!!” panggil Keyril..

“Ye Key.. Ada apa??” tanya Krystal, tangannya masih lincah memasak untuk makan malam ni.. 

“Bila akak nak pergi kursus tu??” tanya Keyril.. Krystal memandang adiknya sambil tersenyum..  

“Kenapa Key tanya??” 

“Alah tanya pun tak boleh ke..” Keyril memuncungkan bibirnya.. 

“Merajuk pula dia.. Akak pergi minggu depan hari Isnin..” “5 hari lagilah ye..” “Ha’ah.. Kenapa??” 

“Erm… Er, kalau Key dengan Ifa duduk dekat rumah kita boleh tak??” tanya Keyril sambil mengigit bibirnya… Krystal memandang Keyril sambil kening kanannya diangkat.. 

“Boleh tak??” 

“Kenapa nak pergi rumah kita pula, boleh je kan duduk rumah ni je..” “Alah, lagipunkan Ifa dengan Key kan dah lama tak pergi sana..” 

“Bukan akak tak nak bagi pergi, tapi kan ciri keselamatan kat sana akak dah tukar.. Takut  kalau jadi apa-apa kan susah..” 

“Alah bolehlah kak..” 

“Cuba cakap betul-betul dengan akak.. Key nak buat apa kat sana??” 

“Buat apa??? Nak duduk rumah sendiri takkan tak boleh kot..” 

“Ye akak tahu, tapi..” 

“Bolehlah kak.. Please….” Pujuk Keyril.. 

“Kenapa ni??” pintas Keifa yang baru turun dari biliknya di tingkat tiga.. 

“Ni hah abang Ifa ni..” 

“Kenapa dengan abang??” Keifa terus duduk disebelah abangnya Keyril itu.. 

Krystal hanya diam.. 

“Abang kenapa??” Keifa menarik-narik tangan abangnya, meminta penjelasan tentang apa yang berlaku.. Keyril mengaru kepala.. Kejap!! Kalau Keifa tahu, mungkin dia boleh pujuk akak!! Keyril tersenyum.. 

“Tak, abang cakap dengan akak nak duduk dekat rumah kita masa akak dengan uncle pergi kursus.. Tapi akak tak bagi” pancing Keyril.. 

“Rumah kita!!” Keyril mengangguk sambil tersenyum.. 

Saat itu juga Keifa berdiri dan terus pergi ke Krystal yang sedang mengoreng ayam.. 

“Akak.. Bolehlah, Ifa dah lama tak pergi rumah kita.. Lagipun minggu depan dah start cuti akhir tahun.. Akak dengan uncle nak pergi kursus.. Bagilah Ifa dengan abang tidur dekat rumah kita.. Bolehlah kak..” Keifa menggoncang-goncang tangan kakaknya itu.. 

Krystal mengeluh kecil, susah kalau adik bongsunya ini yang memujuknya.. Dia pasti akan meminta benda yang diingininya sehingga dapat.. 

“Boleh ye kak..” Keifa memandang Krystal sambil mengerlipkan matanya beberapa kali.. Krystal melepaskan senduk yang berada di tangannya lalu memandang Keifa.. 

“Yelah sayang…” Krystal berkata sambil mencubit kedua-dua pipi adik bongsunya itu.. 

“Yeah!!” Keifa sudah melompat kegirangan.. “Tapi!!” Keifa terus berhenti melompat dan memandang kearah Krystal.. 

“Tapi apa??” tanya Keifa sambil memuncungkan bibirnya.. 

“Tolong akak masak..” ujar Krystal..  

“Ok!!” Keifa berkata.. Dia tersenyum, tolong akaknya masak?? Biasanya dia tolong goreng-goreng je.. Jadi, taklah susah mana pun..

“Ada lagi..” Keifa memandang muka Krystal dengan geram.. 

“Apa lagi??”  

“Cium akak..” Krystal tersenyum sambil menunjukkan pipinya.. Keifa tersenyum, pantas sahaja pipi kakaknya di cium.. Krystal mengusap perlahan kepala Keifa.. 

“Amboi-amboi, gembira nampak.. Macam Key tak ada je kat sini..” ujar Keyril.. 

“Alah merajuk pula dia..” Keifa membalas.. 

Keyril menjeling kearah Keifa.. Keifa hanya tersengih.. 

“Key pergi kemas ruang tamu atas ya..” Krystal berkata sambil mengusap kepala Keyril seperti yang dilakukan kepada Keifa tadi.. 

“Ok!!” setelah berkata, Keyril terus mencium pipi kakaknya itu lalu terus berlari naik ke atas.. Krystal tersenyum melihat telatah adik lelakinya itu.. 

***** 

Keyril duduk di kerusi sambil memerhatikan sekeliling taman dan terbayang akan wajah kakaknya yang ceria.. 

“Sorry kak, kalau apa yang Key tengah buat ni menyakitkan akak.. Key tahu akak tak suka ditipu..Tapi, ini je caranya untuk Key tahu kenapa akak buat semua tu.. Maafkan Key kak..” perlahan Keyril berkata.. Bagaikan lupa yang setiap butir bicaranya dapat didengar.. 

“Keyril!!” tegur satu suara yang keluar dati chip yang tersorok di lipatan baju kemeja Keyril.. 

“Siapa ni??” tanya Keyril, dia tak pasti siapa yang berhubung dengannya.. Sebab dia diberitahu ada beberapa orang juga yang mempunyai chip itu.. “Dian..” ujar Dian perlahan.. 

“Oh, senior Dian.. Ada apa??” tanya Keyril.. 

“Awak sedih ke buat semua ni??” 

Keyril tersenyum hambar mendengar pertanyaan Dian.. “Sedih?? Taklah..” 

“Awak tak perlu tipu, saya dengar apa yang awak kata tadi..” 

“Hmm, saya tak sedih pun.. Tapi saya takut, apa reaksi kakak saya.. Kalau dia tahu  saya bekerjasama dengan pihak KSI untuk ambil data dari dia.. Walaupun mungkin dia takkan marah saya lam sangat, sebab apa pun saya masih adik dia.. Tapi, pasti dia tetap rasa dikhianati oleh adik dia kan??” Keyril berkata.. 

“Saya tak rasa yang kakak awak akan marah.. Saya pasti dia sayang sangat dengan awak dan faham dengan apa yang awak cuba lakukan..” “Macam mana senior boleh tahu??” 

“Sebab saya tahu.. Saya yakin dia hanya akan tersenyum sahaja sebab diakan sangat sayangkan adik-adiknya..” 

“Terima kasih senior, lega sikit hati saya ni..” 

“Welcome, oklah saya ada hal ni, pergi dulu ye..” 

“Ok, senior..” Tanpa disedari ada seseorang yang memerhatikan Keyril di sebalik pokok besar yang sukar untuk dilihat jika ada orang disitu.. Sebelum orang itu beredar dari taman itu dia  sempat tersenyum.. 

***** 

“Dah dapat sambungkan chip itu kepada Keyril balik tak??” tanya Tuan Azman.. “Belum Tuan..” ujar Zaf.. 

“Macam mana boleh terputus tiba-tiba?? Bukan dengan chip saya je, chip kamu semua pun dah tak boleh untuk berkomunikasi dengannya..” 

“Kami tak tahu Tuan” jawab Kevin.. 

“Tuan, sambungan dengan Chip Keyril dah dapat disambungkan..” pintas Dian.. 

“Keyril, awak boleh dengar saya??” tanya Tuan Azman.. 

“Siapa ya??” jawab Keyril 

“Saya Tuan Azman..” 

“Oh, Tuan!! Ada yang saya boleh bantu??” 

“Tak, tadi tiba-tiba kami lost contact  kamu..”

“Lost contact?? Bila masa pula?? Rasanya baru je kejap tadi saya cakap dengan senior Dian..”

“Dengan saya??” tanya Dian sambil membuat muka blurnya.. 

“Ye, dengan senior Dian.. Tadikan senior yang cakap dengan saya..” Keyril membalas.. 

Tuan Azman, Kevin dan Zaf memandang Dian.. Dian menggelengkan kepalanya.. 

“Betul saya pun lost contact dengan Keyril, macam mana pula saya boleh berhubung  dengan Keyril..” Dian berkata dengan bersungguh-sungguh.. 

“Betul ke kamu tadi contact dengan Dian??” tanya Tuan Azman.. 

“Ye kot, tapi orang tu yang cakap dia senior Dian, manalah saya tahu..” ujar Keyril yakin tak yakin.. 

“Siapa pula yang nak menyamar jadi saya??” tanya Dian sambil menggaru kepalanya yang tak gatal tu.. 

“Kamu betul tak tahu ke keyril, siapa yang bercakap dengan kamu tu??” 

“Tak, yang saya tahu chip untuk berhubung dengan saya ada banyak, so saya tak tahu siapa yang contact dengan saya.. Tu yang saya tanya siapa dia, dia kata dia senior Dian..”

“Apa yang dia cakap dengan kamu??” 

“Erm, dia cakap yang kakak saya takkan marah dengan saya dan cakap supaya saya jangan risau.. Itu je..” 

“Mungkin orang ni  tak ada niat jahat.. Tapi, lain kali saya nak kamu semua berhati-hati sikit..” 

“Baik Tuan!!” Dian masih menggaru kepalanya.. 

“Siapa yang menyamar jadi aku?? Kenapa dia cakap dengan Keyril supaya jangan risaulah apalah, dia kenal ke kitaorang ni?? Dia baik ke jahat??” Bermacam-macam benda yang bermain di fikiran Dian.. 

Kevin dan Zaf hanya memerhatikan sahaja gelagat rakan sejawatnya itu.. Sebelum menggelengkan kepala.. Dian memang kalau ada sesuatu mesti dia nak tahu dengan lebih dalam.. Memang mereka pun nak tahu, tapi kalau hanya benda itu je yang disampaikan kepada Keyril, maksudnya orang itu bukanlah dari orang jahatkan.. 

***** 

Seminggu lepas itu.. Krystal berjalan dengan unclenya ke depan villa milik unclenya itu.. Dato’ Benjamin akan ke Melaka untuk kursus.. 

“Uncle pergi dulu..” ujar Dato’ Benjamin.. 

“Baik uncle, jaga diri elok-elok..” ujar Krystal.. 

“Ok, nanti uncle belikan oleh-oleh untuk kamu dengan adik-adik kamu ye..” 

“Ok.. Sayang uncle..” Krystal bersalam dengan unclenya.. 

“Sayang kamu juga..” Dato’ Benjamin terus melangkah ke keretanya.. Saat kereta Dato’ Benjamin bergerak Krystal terus melambaikan tangannya.. Setelah kereta unclenya hilang dari pandangan dia masuk ke dalam rumah.. Korang mesti pelik kenapa Krystal tak ikut Dato’ Benjamin tadi.. 

Tiba-tiba pembantu Dato’ Benjamin yang sepatutnya diganti oleh Krystal balik awal dua hari dari cutinya, jadi dia yang akan pergi  dengan Dato’ Benjamin.. Krystal melangkah masuk ke dalam rumahnya.. 

“Hmm, aku nak buat supriselah..” fikir Krystal, dia tahu adik-adiknya masih tidur.. Yelah time cuti sekolahkan.. Krystal tersenyum.. Baju-bajunya yang memang sudah siap didalam beg, dibawa naik ke motornya lalu dia terus memandu  untuk ke suatu tempat…

*****

Entry baru siap!! Harap korang suka, Peace No War.. Jangan lupa komen, Love you All!!!